Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, May 30, 2014

Dr. Abdul Rahman Humaid Al-Sumaith ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Jasa Dr. Abdul Rahman al-Sumaith teramat banyak, antaranya:
• Beliau membelanjakan seluruh harta yang diinfaqkan dengan katanya: “Harta-harta manusia yang mereka sumbangkan untuk amal kebajikan tidak mungkin bagiku membazirkannya walaupun seriyal.”
• Beliau menubuhkan sekolah-sekolah pembelajaran dan pendidikan untuk anak-anak Afrika lebih daripada setengah juta orang.
• Beliau menubuhkan 5 buah Universiti di Afrika.
• Beliau menggali telaga untuk para penduduk lebih daripada 12,000 telaga.
• Beliau menyediakan lebih daripada 4,000 pendakwah, guru dan pemikir untuk meneruskan dakwah Islamiyyah.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Maqasid Al-Syariah: Satu Pengenalan Umum ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ibn ‘Ashur berkata: “Bukanlah setiap mukallaf perlu kepada pengetahuan Maqasid al-Syariah, ini kerana mengetahui Maqasid al-Syariah adalah jenis yang halus dan seni daripada pelbagai jenis ilmu. Bahawa menjadi suatu hak bagi seorang alim mengetahui maqasid daripada ulama pelbagai tingkatan kefahaman dan penguasaan ilmunya.”

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Negara Sejatera Rahmat Untuk Semua ~ Dr. Zulkifli Mohd Al-Bakri

Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur merupakan suatu kefahaman yang perlu difahami oleh umat Islam pada zaman globalisasi ini, juga capaian maklumat tanpa sempadan dan kecelaruan yang tidak ketahuan. 

Agama Islam bersifat suci lagi murni mengajar penganutnya untuk memahami pembentukan negara berlandaskan nas dan dalil yang telah disyariatkan.

Buku Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Ghafur: Negara Sejahtera Rahmat Untuk Semua membicarakan secara mudah supaya umat Islam tidak sewenang-wenangnya ditipu dan tidak bercelaru pemikiran, juga kefahaman serta menjadi rakyat yang baik dalam pembikinan negara ke arah yang lebih baik dan sejahtera.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Talak & Permasalahannya ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Perkahwinan adalah untuk mengekalkan kehidupan berumahtangga pasangan suami isteri. Allah telah mensyariatkan pelbagai hukum dan adab perkahwinan untuk menjamin kebahagiaan serta menyuburkan hubungan kasih sayang mereka.

Walau bagaimanapun, kadangkala terdapat suami isteri atau salah seorang daripada mereka tidak mematuhinya maka talak adalah jalan keluar daripada kemelut ini.

Bilangan perceraian di Malaysia mempunyai lebih daripada dua kali ganda selama lapan tahun sejak tahun 2004. Pada tahun 2012, 56,760 kes perceraian telah direkodkan manakala statistik yang disediakan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), bilangan pasangan Islam yang bercerai meningkat 2.3 kali daripada 20,916 kes pada tahun 2004 kepada 47,740 kes pada tahun 2012 dan 49,311 kes pada tahun lepas.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Ahasin Al-Kalim: Syarah Al-Hikam Jilid 3 ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kitab al-Hikam, karangan Syeikh Ibnu ‘Atha’illah as-Sakandari rhm merupakan salah satu daripada kitab-kitab golongan Sufi yang paling bernilai dan tinggi martabatnya. Syarah al-Hikam ini telah berjaya menghurai dan melengkapkan lagi maksud-maksud kitab al-Hikam di samping menjelaskan kandungan-kandungannya yang tersembunyi.

Sesungguhnya kitab ini dan kitab-kitab seumpamanya adalah sebahagian daripada bahan-bahan yang boleh menyuluh jalan akhirat pada zaman ini yang ramai orang telah kehilangan arah dan penunjuk jalan yang benar.

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM65.00 - RM57.20

Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Usulnya ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Penemuan banyak artifak Islam seperti Batu Bersurat di Terengganu, wang syiling yang ada lambang Islam dan kesan-kesan yang terdapat di Kelantan, Pahang, Kedah, Acheh dan Palembang dan banyak lagi jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam sudah lama bertapak di Nusantara ini.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Solat Hajat & Doa ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Mutakhir ini, kita menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi yang kadang-kadang tidak disangka oleh akal kita yang mungkin melemahkan semangat kita dalam meneruskan sisa-sisa kehidupan lebih-lebih lagi ketika mana hubungan kita dengan yang Maha Esa begitu renggang ibarat retak menanti belah. Ini sudah pasti menyukarkan kita untuk mengecapi kehidupan yang bahagia yang penuh harmoni dan selesa. Justeru, amat wajar umat Islam kembali kepada asas kehidupannya dengan berdoa, solat hajat dan kembali kepada-Nya.

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Solat Tarawih ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Solat Tarawih merupakan salah satu solat nawafil yang begitu dikenali oleh umat Islam dan disebut-sebut apabila tibanya bulan Ramadan. Solat sunat ini hanya khusus dikerjakan pada bulan Ramadan sahaja dan tidak disunatkan mengerjakannya pada bulan-bulan yang lain. Ia sebagai suatu tambahan kepada solat-solat sunat lain yang sedia ada pada bulan yang mulia ini. Oleh itu, Imam al-Nawawi menyebut bahawa maksud qiyam Ramadan itu ialah solat tarawih.

Semoga dengan kedatangan Ramadan al-Mubarak akan meningkatkan lagi prestasi amalan kita untuk beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah dan akhirnya layak kita menghuni syurga Allah dan memasukinya melalui pintu Rayyan. Amin

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Solat Istisqa' ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Solat sunat Istisqa’ adalah amalan biasa para salaf al-Soleh dan ulama’ Islam sejak zaman dahulu lagi. Oleh itu, sewajarnya kita apabila ditimpa kemarau yang panjang perlu bersegera bagi menunaikan solat Istisqa’ sebagai jawapan Islam dalam menyelesaikan kemelut kemarau. Ini sudah pasti menambahkan keyakinan kita untuk kembali kepada Rab al-‘Alamin tatkala berlakunya ujian dan tribulasi dalam kehidupan.

Semoga buku kecil ini yang bertajuk Solat Istisqa’ menjadi bahan rujukan utama dalam melaksanakan ibadat ini.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S.S) RM9.00 - RM7.90

Thursday, May 29, 2014

Tragedi MH370: Solat Ghaib, Mafqud dan pelbagai Hukum ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Selepas mendengar pengumuman daripada YAB Perdana Menteri Malaysia dalam laporan berita secara langsung berkenaan dengan isu tragedi MH370 ini, maka penulis terpanggil untuk menulis sebuah buku secara khusus dan mengutarakan tajuk berkaitan dengan Tragedi MH370, Solat Ghaib, al-Mafqud dan Pelbagai Hukum mengikut perspektif Islam.

Al-Fatihah dan ucapan takziah kepada yang diuji. Semoga dikurniakan ketabahan.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Prinsip Mazhab Asya'irah & Sejarahnya ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Mazhab Asya’irah termasuk dalam akidah Islamiyyah yang diterima pakai oleh jumhur umat Islam dan kebanyakan ulama’nya bermula daripada zaman kenabian dan sepanjang sejarah Islam hingga ke hari ini sehingga Allah mewariskan dunia ini kepada sesiapa yang dikehendakinya.

Mazhab Asya’irah dinisbahkan kepada pengasasnya dan pemimpin utamanya al-Syeikh Abi al-Hasan Ali bin Ismail al-Asy’ari yang dilahirkan di kota Basrah pada tahun 260H dan meninggal dunia di kota Baghdad pada tahun 324H.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Cegah Jenayah: Pencegahan Jenayah Syariah ~ Dr. Zulkifli Al-Bakri

Pelaksanaan undang-undang jenayah Islam adalah berdasarkan dua prinsip asas iaitu “Menyeru kepada Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran” (al-Amru bil Ma’ruf wa al-Nahyu ‘anil Munkar). Kedua-dua prinsip ini juga menjadi asas kepada prinsip al-Hisbah yang menekankan tanggungjawab untuk mewujudkan masyarakat yang selamat dan bebas daripada persekitaran yang tidak baik.

Melalui prinsip ini, setiap individu, komuniti atau pemimpin masyarakat serta agensi-agensi yang berkaitan bertanggungjawab dalam mencegah atau sekurang-kurangnya membantu mencegah jenayah daripada berlaku. Jika tindakan pencegahan awal dapat dilaksanakan secara bersama dan berkesan kemungkinan pelakuan jenayah syariah dapat dikawal daripada berleluasa dalam sesebuah masyarakat.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90

Pemimpin Yang Adil: Rahmat Untuk Rakyat ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sebuah kerajaan Islam yang adil ialah kerajaan yang mana para pemimpin dan pegawai tadbir agensinya terdiri daripada orang Islam yang beriltizam dengan Islam dalam diri mereka.

Seluruh dasar-dasarnya disediakan berdasarkan Islam. Kerajaan ini berusaha melaksanakan Islam di dalam dan di luar negerinya. Sikap atau pendirian dalam atau luar negeri adalah Islam, patuh secara mutlak kepada hukum Allah SWT. Matlamatnya sama ada di dalam atau di luar negeri adalah semata-mata untuk Islam manakala syiarnya ialah menegakkan kerajaan agama Allah SWT, menyatukan ummah, menghidupkan sunnah Rasulullah SAW, memenangkan syariat Allah SWT dan berjihad pada jalan Allah sehingga kalimah Allah SWT menjadi tertinggi di dunia. Begitulah menurut Syeikh Said Hawwa.

Semoga buku pemimpin yang Adil ini dapat member manfaat kepada kita semua dalam memahami Fiqh Politik Islam yang dibahaskan oleh tokoh ilmuan Islam sejak dahulu lagi.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Titian Sirat: Menuju Ke Syurga Atau ke Neraka? ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sebenarnya isu akidah adalah isu pokok dan asas yang dianggap usul dalam agama kita. Ia mempunyai banyak cabang seperti isu qalam, arasy, titian sirat, syurga, neraka, timbangan mizan dan lain-lain lagi yang termasuk dibawah tajuk beriman dengan hari akhirat.

Justeru, amat wajar untuk ditekuni oleh para ulama dan juga umat Islam agar kefahamannya itu benar-benar menepati nas syariat bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Buku Titian Sirat ini diperhalusi dengan menggunakan kaedah soal jawab bagi menyelesaikan segala kemelut dan isu yang berbangkit.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Tuesday, May 27, 2014

Keagungan Zikir dan Doa Harian Rasulullah s.a.w ~ Imam An-Nawawi

Antara keistimewaan buku ini ialah :
  1. Dikarang oleh imam besar, Imam Nawwawi rahimahullah. 
  2. Menghimpunkan 20 tajuk besar berkaitan zikir, 356 bab dan 1242 hadis beserta takhrij. 
  3. Senarai manuskrip asal kitab al-Azkar, metodologi penyelidikan dan penyemakan, sumber rujukan 
  4. Ustaz Mohammad Taha bin Hassan selaku pentakhrij, penyelidik dan penyemak. Beliau mengijazahkan sanad periwayatan kitab al-Azkar dan semua karya Imam Nawawi rahimahullah kepada pembaca yang budiman. 
  5. Berimej dan berkonsep baru, berbeza dengan terbitan dan edaran yang pernah diterbitkan sebelum ini, memudahkan pengkaji dan penyelidik untuk merujuk setiap hadis. 
  6. Pengarang memulakan kupasannya dengan zikir sebagai pendahuluan, kemudian penjelasan berkenaan amalan pada waktu siang dan malam, serta mengakhirinya dengan tajuk zikir istighfar. 
  7. Disertakan dengan indeks al-Quran dan hadis yang terkandung dalam buku ini. 
  8. Tertumpu pada hadis sahih dan hasan. 
  9. Setiap muslim tidak akan ditimpa perkara yang dibencinya dari perkara yang meragukan atau seumpamanya melainkan mereka mendapati penyembuhnya di dalam kitab ini. Dengan perantaraan dan keberkatan doa nabi yang terpilih.
*****

(SEM) RM85.00 - RM74.80
(S/S) RM88.00 - RM77.40

Umar Abdul Aziz ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Imam al-Nawawi Rahimahullah berkata: “Umar ibn Abdul Aziz adalah salah seorang Khulafa’ al-Rasyidin dan manaqibnya amat banyak untuk dihitung.” Beliau juga berkata: “Pemerintahan Umar ibn Abdul Aziz selama dua tahun lima bulan hamper sama dengan pemerintahan Abu Bakar yang penuh dengan keadilan mengikut sunnah dan mematikan semua jalan kejahatan.”

Sufyan al-Thauri, Imam al-Syafie dan Abu Bakar Iyash rahimahumullah pernah berkata: “Khulafa’ al-Rasyidin ada lima orang. Mereka terdiri daripada Abu Bakar al-Siddiq ra, Umar ibn al-Khattab ra, Uthman bin Affan ra, Ali bin Abi Talib ra dan Umar ibn Abdul Aziz.”

*****

(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Guru Al-Quran Profesional ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Qr. Jalaluddin Hassanuddin Al-Baghdadi

Pembentukan Guru Al-Quran Profesional bukanlah semudah ucapan di bibir. Ia memerlukan komitmen yang tinggi dalam membina karakter seorang guru al-Quran yang berketrampilan dalam menyampaikan ilmu al-Quran kepada masyarakat. 

Justeru, terbitnya buku ini adalah merupakan manifestasi kepada Program Penarafan Guru Quran Profesional bagi mengiktiraf dan memartabatkan kerjaya Guru Al-Quran Profesional sebagai satu kerjaya mulia dan mendapat pengiktirafan masyarakat. Adalah diharapkan dengan lahirnya program ini bakal membentuk peribadi Guru Al-Quran yang disegani serta memiliki komitmen berterusan sebagai Guru Al-Quran.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Nota Untuk Anakku ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku ini sarat dengan nasihat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran. Ia persis kepada buku Ayyuha al-Walad karya Imam al-Ghazali yang menasihati muridnya. Isi kandungan buku ini berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi dengan sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru. Ia diperkukuhkan lagi dengan tambahan suri teladan dan mutiara kata dari pujangga dan cendekiawan berkenaan dengan erti kehidupan. 

Buku yang anda tatapi ini diakhiri dengan doa untuk amalan para pelajar bagi meningkatkan mutu pelajarannya.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Tangisan di Bumi Syria ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Krisis Syria, Mauqif Ulama dan Tangisan di Bumi Syria merupakan buku terbitan Pustaka Cahaya Kasturi berkenaan pergolakan sebenar yang berlaku di bumi Syria. Buku ini membongkar kezaliman rejim Basyar Asad terhadap rakyatnya sendiri dengan pembunuhan, penjara, penyeksaan, dan terpaksa menjadi pelarian. Pengarang menyebut pendirian para Ulama berkenaan isu Syria.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Permata Buat Orang Yang Beriman (Jilid 2) ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

• Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam konteks kehidupan.
• Mengemukakan hadis-hadis pilihan yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan keadaan masa kini bagi memantapkan kefahaman pembaca.
• Gaya bahasa yang informatif, dinamik dan cukup difahami serta dimuatkan kisah-kisah teladan bagi dijadikan panduan hidup.
• Setiap tajuk dihuraikan secara ringkas dan mudah difahami.

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM65.00 - RM57.20

Permata Buat Orang Yang Beriman (Jilid 1) ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

• Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam konteks kehidupan.
• Mengemukakan hadis-hadis pilihan yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan keadaan masa kini bagi memantapkan kefahaman pembaca.
• Gaya bahasa yang informatif, dinamik dan cukup difahami serta dimuatkan kisah-kisah teladan bagi dijadikan panduan hidup.
• Setiap tajuk dihuraikan secara ringkas dan mudah difahami.

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM65.00 - RM57.20

Monday, May 26, 2014

Haji... Apa Selepasnya? ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Saat kita pulang menunaikan haji, ditamatkan dengan acara tawaf wada’ menyebabkan kita merasa cukup hiba dan sedih tatkala ingin berpisah dari tempat yang paling suci dan mulia di bumi ini. Entah bila pula dapat datang lagi atau itu kali yang terakhir, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Itulah haji, penuh dengan nikmat yang tertambat pada hati. Seperti tenang yang tak mungkin akan dapat dirasai oleh sesiapa pun dalam kehidupannya.
Persoalannya, apa selepas haji? 

Buku ini cuba mengemukakan sejumlah rancangan yang sepatutnya dilakukan oleh jemaah haji. Justeru jangan biarkan ‘haji mabrur’ runtuh dengan kehidupan yang dilalui selepas haji.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Qiamullail & Solat Tahajjud: Fadhilat, Hukum dan Hikmah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Hasan al-Basri berkata: “Aku tidak dapati mana-mana ibadat lebih payah daripada solat di tengah malam. Ditanya kepadanya: Bagaimana keadaan ahli tahajjud yang muka mereka sangat bersih? Jawabnya: Kerana mereka berkhalwat dengan Tuhan yang Rahman, lantas dipakaikan kepada mereka daripada cahaya-Nya.”

Abu Sulaiman al-Darani berkata: “Ahli qiamullail dalam malam mereka lebih lazat daripada ahli lagha dalam kelalaian mereka dan kalaulah tidak kerana malam nescaya aku tidak suka untuk kekal di dunia ini.”

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Solat Witir: Fadhilat, Hukum dan Hikmah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Solat Witir sebagai bukti dan pernyataan seseorang untuk menzahirkan kesyukuran kepada Allah Rabbul ‘Alamin atas segala kurniaan nikmat tidak terhingga.

Solat Witir sebagai lambang teguh dan padunya akidah seseorang kerana hubung kait dengan sifat keEsaan Allah SWT, sudah tentu orang yang bersolat Witir seupaya mungkin mentauhidkan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh.

*****

(SEM) RM7.00 - RM6.20
(S/S) RM8.00 - RM7.00

Tanyalah Islam Menjawab ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku ini digarap seperti kitab Yas’alunaka fi al-Din wa al-Hayah hasil karangan Dr. Ahmad al-Syarbasi. Buku yang dihasilkan ini adalah seperti ensiklopedia dalam persoalan agama dan kami yakin penulis akan meneruskan siri-siri berikutnya dengan menambah baik persembahan dan juga kedalaman ilmiah dengan mengemukakan rujukan yang muktabar dalam pelbagai disiplin ilmu. Semoga buku ini layak dimasukkan dalam khazanah perpustakaan Islam.

Kaedah yang digunakan oleh penulis mengambil kira-kira asas-asas berikut:
• Selamat dari sikap ‘asabiyyah dan taqlid
• Tidak boleh mengambil satu pendapat dalam satu-satu persoalan tanpa dilandasi dan didasari atas dalil dan hujah yang kuat
• Bersifat memudahkan dan bukan menyusahkan. Syariat Islam dibina berasaskan kemudahan dan menghilangkan kesusahan ke atas hamba Allah SWT
• Menilai maslahat dan pendapat majoriti. Namun begitu, jika ia bertentangan dengan nas, maka nas lebih diutamakan.
Syeikh Sya’rawi berkata: ‘Jika datang maslahat sekalipun lemah, maka ia menjadi rajih’.

*****

(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM65.00 - RM57.20

Indahnya Hidup Mencintai Rasulullah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkata: “Ayat pemutus bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah SWT tetapi tidak menempuhi jalan Muhammad SAW, maka dia ialah pembohong dalam pengakuan cintanya itu sehingga dia mengikuti syariat dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”
Justeru, buku Indahnya Hidup Mencintai Rasulullah ini dinukilkan oleh penulis supaya dapat menjelaskan kepada kita hakikat cinta kepada Rasulullah SAW dan semoga kita layak meraih syurga-Nya, Amin.

Topik-topik yang dibincangkan adalah:
Bab 1: Erti Cinta
Bab 2: Pembahagian Cinta dan Falsafahnya
Bab 3: Hukum Mencintai Rasulullah dan Kelebihannya
Bab 4: Tanda Cinta Kepada Rasulullah
Bab 5: Cinta Sahabat Kepada Rasulullah
Bab 6: Mulianya Akhlak Rasulullah

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Solat Dhuha ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, Dia menjadikan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa diduga, dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan mencukupkannya, sesungguhnya Allah melaksana urusan yang dikehendakiNya, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”
(Surah At-Talaq: 2-3)

Solat Duha amat penting dalam kehidupan seharian khususnya bagi golongan yang bekerja. Orang yang benar-benar bertaqwa tidak pernah lalai daripada melaksanakan tuntutan ini. Sekalipun sibuk melakukan tugas harian, umat Islam sepatutnya tidak lupa daripada menghadap Allah SWT pada waktu rancak mengejar urusan berkenaan dunia.

*****

(SEM) RM9.00 - RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Travelog Kembara Bumi Syria ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Catatan harian penulis selama 4 hari berada di bumi Anbiya’, Jordan dalam Misi Bantuan Kemanusiaan tajaan Bank Muamalat. Lawatan ke beberapa tempat ini bertujuan untuk meninjau sendiri kemelut yang berlaku terhadap pelarian di bumi Syria. Pengalaman ini dikongsikan oleh penulis agar kita dapat merasai denyut nadi rakan-rakan pelarian yang dalam kesempitan dan kesengsaraan. Benarlah kata pepatah, “Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.”

Sebenarnya, isu Syria berkemungkinan akan berakhir apabila ramuan Islam dilaksanakan di dalam hati dan sanubari umatnya. Ramuan tersebut adalah gabungan antara elemen ukhuwah Islamiyyah, iman yang sahih, ilmu yang mendalam dan juga bantuan yang diberikan oleh saudara-saudara Islam yang lain.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Anti Hadis: Inilah Jawapannya ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kassim Ahmad, seorang karyawan dan bekas aktivis politik sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan ‘kasta paderi’. Beliau turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa golongan itu melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita. Resolusi seminar itu juga mahu mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu. Ia turut mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadis. 

Justeru kami merasa terpanggil untuk mengemukakan sebuah buku bertajuk “Anti Hadis: Inilah Jawapannya” yang ditulis oleh al-Fadhil Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri. Semoga sedikit pencerahan ini menjadi mukaddimah untuk dilanjutkan lagi perbincangan berkenaan kewajipan umat Islam mempertahankan Rasul dan Sunnahnya dengan bersungguh-sungguh.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Wednesday, May 7, 2014

Telaga Barahut dan Persoalan Berkaitan Dengannya ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Syeikh Ahmad al-Sobban berkata: "Walaupun banyak riwayat ahli sejarah menceritakan telaga Barahut terletak di Ahqaf, tetapi tidak ada seorang pun yang boleh menetapkan tempat Barahut ini berdasarkan dalil hakiki yang boleh menenangkan akal."

Semoga terbitnya buku Telaga Barahut & Persoalan Berkaitan Dengannya ini akan menjawab segala persoalan yang berlegar di kalangan pembaca dengan kefahaman yang betul. Penulis mengharapkan ia akan menghasilkan satu suasana yang baik di kalangan masyarakat di samping berpijak pada asas ilmiah.

*****

(SEM) RM11.00 - RM9.70
(S/S) RM13.00 - RM11.40

Monday, May 5, 2014

Al-Quran Al-Karim (Rekabentuk baru) ~ Telaga Biru

Al-Quran Al-Karim ini memiliki empat kelebihan utama berbanding Al-Quran Al-Karim sebelumnya. Pada setiap permulaan juzuk akan ditanda dengan warna bagi membolehkan pembaca mengetahui juzuk-juzuk Al-Quran dengan tepat. 

Terdapat tanda berwarna pada ayat di pertengahan Al-Quran bagi menandakan pertengahan Al-Quran. Selain itu, di setiap hujung muka surat terdapat permulaan ayat untuk muka surat seterusnya. Tulisan khat naskah ini merupakan tulisan khat naskah Osman Taha yang terbaru. Reka bentuk dan warna kulit Al-Quran Al-Karim ini lebih segar dan menarik untuk memancing minat golongan muda beramal dengan isinya.

*****

(SEM & S/S) RM50.00 - RM44.00

Darah Wanita: Pandangan Ulama dan Pakar Perubatan ~ Dr. Anisah Ab. Ghani

Buku Darah Wanita ialah jawapan kepada permasalahan yang sering dihadapi oleh masyarakat berhubung hukum haid, nifas dan istihadah yang berkaitan dalam pelaksanaan ibadat dan hubungan suami isteri. Milikilah buku ini sebagai rujukan sekeluarga. 

Buku ini wajib dimiliki kerana ia menjawab persoalan sekitar isu haid, nifas dan istihadah secara terperinci dengan mengambil pandangan ulama dan pakar perubatan. Huraian dan fakta berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah serta rujukan kitab muktabar. Panduan disertakan jadual, gambar rajah dan grafik menarik. Sesuai dijadikan rujukan buat wanita dan semua golongan.

*****

(SEM & S/S) RM17.00 - RM15.00

Indahnya Solat Berjemaah ~ Mohd Haidzir Hussin

Buku "Indahnya Solat Berjemaah " Membincangkan tentang persoalan hukum-hakam solat berjemaah menurut mazhab Syafii yang muktabar berdasarkan rujukan-rujukan yang muktamad dan masyhur mengikut mazhab Syafii dengan kolaborasi kitabkitab Arab dan Jawi. 

Buku ini membahaskan permasalahan secara ilmiah mengikut pendapat ulama daripada mazhab Syafii serta diselitkan juga pendapat ulama daripada mazhab-mazhab yang lain. Ini akan memberikan maklumat yang lebih luas dan terperinci. Menerangkan disiplin ilmu dalam mengistinbatsesuatu hukum dengan cara yang betul. Menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan santai akan memudahkan pembaca memahami sesuatu dengan cepat dan lebih berkesan. 

Setiap maklumat disertakan gambar, ilustrasi atau gambar rajah bagi membantu pemahaman pembaca. Kolaborasi kitab Arab dan Jawi dapat mevariasikan sumber rujukan bagi sesuatu isu di samping mempelbagaikan pendapat ulama terdahulu dan kontemporari.

*****

(SEM & S/S) RM60.00 - RM52.80

Mushaf Qiyam ~ Telaga Biru

Mushaf Qiyam dengan panduan Waqaf & Ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. 

Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Mushaf Qiyam ini direka dengan saiz yang besar yang sesuai digunakan oleh para imam ketika solat berjemaah di masjid lebih-lebih lagi amat membantu ketika solat terawih pada bulan Ramadan. Ia didatangkan dengan stand yang akan memudahkannya diletakkan dengan selesa dan dibaca dengan jelas.

*****

(SEM & S/S) RM500.00 - RM440.00

Pesan Hati Untuk Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

Buku ini merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Huraiannya bermula dengan persoalan asas yang berkaitan iman, Islam dan ibadah kemudian menjangkau aspek hubungan sesama makhluk agar pembaca akan sentiasa faham, ingat dan beramal selaras dengan prinsip pengajian yang dinamik. 

Buku ini wajar dimiliki kerana ia mendidik hati agar tidak terus alpa namun sentiasa bertakwa kepada Allah dengan memberi penekanan kepada pesan takwa. Menyingkap masalah-masalah yang berlaku dalam kalangan umat dan cara mengatasinya. Membawa mesej agar memurnikan kembali kehidupan beragama. Menekankan soal keberkesanan ibadah-ibadah lahiriah dalam proses pembentukan hati nurani yang baik dengan menyingkap aspek-aspek yang lebih maknawi. Buku ini sesuai dijadikan sebagai teman dalam menelusuri jalan takwa dan panduan dalam bermujahadah.

*****

(SEM & S/S) RM39.00 - RM34.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...