Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, September 30, 2020

How To Talk To Anyone: 92 Little Tricks for Big Success in Relationships (Edisi Bahasa Melayu) ~ Leil Lowndes

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Buku How to Talk to Anyone adalah buku berbentuk teknikal dan bersifat modul. Ia adalah sebuah buku komunikasi bersifat malar segar, dan dapat dijadikan sebagai alat bantuan komunikasi yang sangat berkesan. Diakui, kemahiran berkomunikasi bukan suatu perkara yang boleh dipandang ringan dalam menjalani kehidupan seharian. 

Komunikasi yang baik dan jelas bukan sahaja dapat membantu memudahkan kita menguruskan kehidupan, malahan dapat membina silaturrahim dan ukhuwah yang sihat dan harmoni.

The Power of Habit (Edisi Bahasa Melayu) ~ Charles Duhigg

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Mengapa kita lakukan apa yang kita lakukan, dan bagaimana hendak berubah.
 

Satu kertas kerja yang diterbitkan oleh penyelidik Universiti Duke pada tahun 2006 mendapati lebih daripada 40 peratus tindakan yang dilakukan oleh seseorang itu pada setiap hari bukan hasil daripada satu keputusan sebenar, sebaliknya ia hasil daripada tabiat mereka.

Mendidik Peribadi Anak Dengan Akhlak Nabi ~ Muhammad Zulian Alfarizi

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.50

Keteladanan Rasulullah dapat dijadikan sebagai inti dan sumber pembelajaran pendidikan karakter. Ini kerana, sumber pendidikan karakter ialah berperilaku, bersikap, dan bertutur kata yang baik. Tidak hanya itu, pendidikan karakter juga membimbing murid supaya mudah bergaul tetapi tidak melanggar norma-norma yang berlaku dalam kehidupan masyarakat. 

Antara Kandungan:
Bab 1 Karakter Nabi Muhammad sebagai Peribadi Muslim
A. Nabi Muhammad Mengajarkan Ketakwaan
B. Nabi Muhammad Mengajarkan Kesederhanaan
C. Nabi Muhammad Mengajarkan Berkasih Sayang
D. Nabi Muhammad Mengajarkan Kedermawanan

Bab 2 Karakter Nabi Muhammad sebagai Pemimpin
A. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Menjadi Pemimpin yang Kuat Pendirian
B. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Menjadi Pemimpin yang Melayani Masyarakat
C. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Menjadi Pemimpin Teladan Semua Orang
D. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Menjadi Pemimpin yang Adil

Bab 3 Karakter Nabi Muhammad sebagai Seorang Ahli Perniagaan
A. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Bekerja Keras
B. Nabi Muhammad Mengajarkan Kejujuran
C. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Menjaga Hak-Hak Pelanggan
D. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Tidak Memandang Rendah Perniagaam Orang Lain

Bab 4 Karakter Nabi Muhammad sebagai Pemimpin Rumah Tangga
A. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Pendidikan yang Penuh Kasih Sayang
B. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Keramahan
C. Nabi Muhammad Mengajarkan Perihal Keteladanan

Hadith-Hadith Sains: Fakta dan Bukti Ilmiah Dalam hadis Nabi Muhammad s.a.w. ~ Abdul Syukur Al-Azizi

 (SEM & SS) RM14.00 > RM12.60

Sebagaimana Al-Quran, hadith terbukti sarat dengan informasi tentang sains dan teknologi.

Fakta-fakta tentang sains dan teknologi yang ada di dalam hadith itu biasanya disebutkan secara tersirat dalam pelbagai penjelasan tentang
akidah dan keimanan. Itulah sebabnya, isi dan ajaran yang terdapat dalam hadith akan selalu selari dengan perkembangan zaman.

Dalam buku ini, terdapat lebih dari 15 hadith yang kebenaran kandungannya dibuktikan oleh
sains. Selain itu, diulas pula beberapa kisah ilmuan bukan Muslim yang memutuskan untuk memeluk Islam selepas meneliti beberapa
kandungan hadith dari kaca mata sains. Kerana itu, segeralah miliki buku ini, dan temukan bukti-bukti sains dalam hadith-hadith Nabi
Muhammad s.a.w.

Friday, September 11, 2020

Hiduplah Untuk Hari Ini ~ Muhammad Al-Ghazali

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.80

Sedih, risau, kecewa, gelisah.

Mungkin ada di antara kita yang dibelenggu kesilapan lalu sehingga menyalahkan diri sendiri, ataupun resah memikirkan hari esok yang belum pasti.

Hakikatnya, kita tidak boleh mengelak daripada melalui episod kegelisahan dalam hidup kita. Masa lalu tidak boleh diubah, masa hadapan pula tidak boleh diramal.

Namun, kita masih memiliki hari ini untuk ditempuhi dengan lebih baik dan meraih ketenangan dalam hidup kita.

Melalui buku ini, Muhammad Al-Ghazali menawarkan solusi bagi mendepani masalah yang sering mengganggu kehidupan kita mengikut panduan al-Quran dan hadis.

Antaranya termasuklah memperbetulkan salah faham kita tentang konsep sabar, takdir dan tawakal dalam Islam; bagaimana berhadapan dengan kritikan dan fitnah manusia; dan juga cara menguruskan emosi dengan lebih baik.

Hiduplah Untuk Hari Ini bukan sekadar laungan slogan kehidupan, tetapi suatu seruan berasas dan praktikal – menjadikan buku ini relevan untuk semua.

5 Cara Bantu Kucing / Anjing Jalanan


Mereka juga lapar.
Bila PKP dilaksanakan & sekarang bila banyak perniagaan atau bisnes tutup, teringat akan kucing & anjing gelandangan yang kadang-kadang diberi makan dan jumpa.
Bagaimana agaknya nasib mereka?
Adakah pihak tertentu beri mereka makan?
Lapar ke mereka?

Ini, kami sharekan tip bagaimana hendak bantu mereka, haiwan gelandangan & terbiar tanpa tuan. Mereka juga ingin hidup seperti kita.

Kata-Kata Yang Mampu Membawa Anda Ke Syurga

Jika ditanya kepada setiap orang, mahu pilih neraka atau syurga?
Sudah pasti semuanya mahu ke Syurga. Mahu menikmati segala apa yang Allah janjikan mahu diberi kepada manusia hebat, baik, bertakwa.

Namun, bagaimanakah antara caranya yang boleh kita lakukan untuk menjadi orang pilihan Allah ini. Antara cara yang diharap menjadi asbab untuk kita ke tempat tinggal abadi.

Menurut buku Sekalipun Benar Dia Pendosa oleh Muhammad Luqman Makhtar, ada 13 cara yang boleh dilakukan melalui kata-kata. Setiap ucapan pada orang keliling akan diingati dengan 2 cara. Pertama, orang suka. Kedua, orang benci atau sakit hati. Maka, untuk ke syurga, pastinya kita mahu kata-kata yang terbit dari mulut kita yang orang & Allah sukai.

Antara kata-kata ke Syurga yang boleh anda praktikkan:
  • Tidak lupa menyebut 'insyaAllah' dalam setiap yang dirancang.
  • Berdoa kepada Allah dalam setiap keadaan.
  • Rutinkan lidah dengan zikir.
  • Mengucapkan salam.
  • Membaca Al-Quran.
  • Mengajak orang berbuat baik.
  • Menasihati orang.
  • Menegur kemungkaran.
  • Bercakap lembut dengan ibu bapa, suami isteri & anak-anak.
  • Mendoakan kebaikan buat orang lain.
  • Mengajar ilmu yang bermanfaat.
  • Membantu orang, mempermudahkan urusan baik orang lain.
  • Mendamaikan Muslim yang berbalah.

Tuesday, September 8, 2020

Cinta Sentiasa Menang ~ Bonda Nor

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

First thing first. Utamakan yang utama. Dalam Islam, kita bahkan diajar tentang Fiqh Al-aulawiyat atau Prinsip Keutamaan. Kita diajar untuk menyusun setiap urusan kita mengikut keutamaan. 


Ramai yang mengabaikan perkara ini padahal ia adalah satu seni menyusun kehidupan yang boleh melorongkan kita pada kejayaan dan kebahagiaan!

CINTA SENTIASA MENANG adalah satu naskhah yang digarap khusus untuk membawa pembaca ke arah menyedari penyusunan keutamaan ini.

Allah teratas. Kemudian Rasul-Nya. Sesudah itu, barulah penyusunan keutamaan mengikut dimensi tertentu. Misalnya, bagi seorang anak, ibunya yang utama. Bagi seorang isteri, suaminya yang utama. Ya, aras ketaatan tidak sentiasa berada di level yang sama.

Diet Bukan Mitos ~ Ruqayyah Muhd

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Biasanya, persepsi awal orang awam mengenai diet sihat itu suatu yang mahal, susah untuk dibuat dan sukar diikuti mesti diubah. Hingga menyebabkan ramai yang terbantut hasrat mahu mengubah pemakanan kerana memikirkan kos-kos bulanan yang akan meningkat.


Tidak dinafikan, diet sihat yang sering dipaparkan dan dikongsikan banyak mempunyai menu-menu barat dan sukar untuk diikuti. Apatah lagi, apabila sudah biasa makan nasi bercicah sambal, mahu tukar makan ‘Grilled chichen with blackpepper sauce and baked potatoes.

Diet dalam erti sebenarnya bermaksud pemakanan. Bukanlah seperti kefahaman biasa, diet bermakna tidak makan atau mengehadkan makanan tertentu.

Maka, penulis hadirkan kisah-kisah di dalam naskhah ini mengenai diet sihat yang mudah agar semua orang mampu merealisasikan impian untuk menjadikan diet sihat itu bukan lagi hanya mitos.

Tuhfah Ar-Raghibin (Mahkota Orang Yang Gemar Menuntut Ilmu) ~ Al-Hidayah

(SEM & SS) RM9.00 > RM8.50

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita memeliharakan iman kita daripada segala perkara yang membinasakanya kerana barang siapa yang binasa imannya, jadilah ia kafir dan binasalah sekalian amal yang telah dikerjakannya dan jadilah ia isi neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya. Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita beri’tiqad dengan iqtiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama’ah kerana ia adalah jalan Nabi Allah dan sahabatnya dan segala mereka yang mengikut akan mereka itu dan yang mengikut akan yang mengikut mereka itu hingga hari kiamat. Dan wajib atas kita menjauhi sekalian rtiqad bid’ah yang sesat seperti i’tiqad segala kaum yang tujuh puluh dua yang tersebut bilangan mereka itu di dalam hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam;”Bahawasanya adalah kaum Bani Israil bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Musa tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan satu kaum jua yang masuk syurga; (dan lagi bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Isa tujuh puluh dua kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan suatu kaum jua yang masuk syurga; (dan bercerai-cerai umatku kemudian daripada aku tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya isi neraka melainkan suatu kaum jua masuk syurga, (maka) sembah segala sahabat: “Siapa yang suatu kaum itu, ya Rasulullah?” (Maka) sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasollam: “laitu yang aku di dalamnya dan segala sahabatku”, (yakni iaitu jalanku yang betel dan jalan segala sahabatku (yakni iaitu jalanku yang betul dan jalan segala sahabatku iatulah jalan ahli Al-Sunnah wa Al-Jamaah.” 

Oleh kerana itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah dia di antara kaum-kaum yang tersebut di dalam hadith ini, maka marilah kita sama-sama mempelajari dan mentadabbur isi kandungan kitab ini supaya kita dapat menjaga dan memelihara iman kita supaya tidak terkeluar daripada i’tiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama’ah, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan. Para pembaca disarankan agar mempelajari kitab ini secara bertalaqqi yakni berguru supaya para pembaca dapat memahami isi kandungan kitab ini dengan lebih baik dan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari para guru yang berkenaan. Kepada Allah kita memohon hidayah dan taufiqNya.

Kifayatul Ghulam Fi Bayani Arkani Al-Islami Wa Syurutihi (Kitab Yang Memadai Bagi Budak yang Baharu Belajar Pada Menyatakan Rukun Islam) ~ Maulana Al-Syeikh Isma'il Minangkabau

(SEM & SS) RM16.00 > RM15.00

Ini suatu risalah yang menyatakan hukum-hakam agama Islam yang membicarakan beberapa bab tertentu yang terdiri daripada bab yang menyatakan prihal najis, bab solat, zakat, puasa, haji dan umrah dan bab yang membicarakan hukum-hukum berkaitan nikah.

Di dalam risalah ini juga didatangkan bersama kitab berjual-beli yang membincangkan hukum-hakam jual-beli, dan juga kitab Faraid yang membicarakan hukum-hukum harta pusaka.

 

Kifayatul Muhtaj (Memaddai Bagi Orang Yang Berhajat) ~ Al-Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathani

(SEM & SS) RM9.00 > RM8.50

Kitab ini adalah salah sebuah kitab turath yang sangat popular dalam kalangan pelajar yang mendalami ilmu agama khususnya di pondok-pondok, surau, masjid dan juga di dalam majlis pengajian ilmu di pejabat-pejabat. Teks asalnya adalah dalam tulisan Jawi, namun bagi mengimarahkan lagi yang disampaikan oleh para ulama terdahulu, ia telah dialih tulisan kepada Rumi. Usaha ini adalah bagi memudahkan pencinta ilmu yang kurang mahir dalam tulisan jawi dapat mengikuti pengajian ilmu berkenaan. 


Pengalihan tulisannya dilakukan tanpa membuat sebarang pindaan daripada teks asalnya.Kitab ini membicarakan persoalan berkenaan peristiwa Israk dan Mikraj yang dialami oleh Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wasallam. Terkandung banyak pengajaran daripada peristiwa di dalam lsrak dan Mikraj yang dapat kita ikhtibar dan teladan daripadanya.
 

Risalah At-Tauhid ~ Abdul Ghani Yahya, Umar Yusuf

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

semua Rasul diturunkan Allah S.W.T untuk membawa agama tauhid, yakni membimbing dan memberi petunjuk kepada manusia agar mengetahui dirinya dan Tuhannya. Tauhid yang disusun dan digubal oleh ulama Ahlul-sunnah seperti lmran Hasan al-Asy’ari dan Imam Maturidi telah lama diikuti oleh umat Islam di Nusantara sejak beratus-ratus tahun yang lalu. Bertolak dari sini, adalah sangat perlu memahami dengan lebih mendalam tentang Tauhid Ahlul-Sunnah menerusi dalil-dalil Aqli dan NaqIi (Al-Quran & AI-Sunnah). Buku ini dapat membantu para pembaca dalam memahami Tauhid menerusi peranan akal, kewujudan alam dan sifat-sifat Allah S.W.T samada yang Wajib, Mustahil dan Jaiz. 

Justeru itu, bagi menguatkan lagi akidah sehingga mampu menolak fahaman-fahaman tauhid yang sesat dan menyesatkan, para pembaca dinasihatkan menghayati teori dan methodologi tauhid menerusi fahaman Ahlul-Sunnah; di antaranya dengan membaca buku ini.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...