Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, November 25, 2016

Perca ~ Roza Roslan

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar.

Perca-perca ini kisah yang melekat di hati sanubari. Keseluruhan kehidupan umpama cebisan perca dengan pelbagai corak dan warna. Ada warna ceria, gemilang, kabur, terang, muram dan pudar lagi hambar. Cebisan kecil itu kelihatan tidak berguna. Namun jika dikumpulkan, dijahit lalu dicantumkan cebisan demi cebisan ... ia menjadi selembar hamparan bermanfaat. Sehelai gebar memanaskan tubuh kedinginan pada malam hari. Adakalanya ia menjadi bidai atau tabir pembahagi ruang. Hasilnya menakjubkan. Sebesar mana ukuran bergantung kepada jumlah cantuman perca-perca. Ada bersaiz besar, sederhana malah ada yang hanya sebesar alas kaki sahaja.

Allahu Akbar! Lembaran itulah nanti bakal dibentangkan di hadapan Mahkamah Allah – Al-‘Adil – Yang Maha Adil bagi menilai setiap inci hasil kerja. Marilah kita terus berfikir, sekecil mana peristiwa kehidupan yang dihadapi oleh manusia, ia tetap milik Allah SWT. Kita hanyalah insan kerdil yang pasti menghadap-Nya lalu kekal selamanya di negeri abadi.

Bagaimanapun, terdapat satu sebab yang menguatkan hati penulis untuk meneruskan.

Kisah 12 Isteri Para Rasul ~ Harun Ar Rasyid

Wanita hebat menyerahkan hatinya kepada ALLAH, tangannya mampu menggoncang dunia dan jiwanya kental apabila diuji bertubi-tubi.
***
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Tuesday, November 22, 2016

Kronologi Kiamat ~ Prof. Dr. Sharaf Mahmud Muhammad Al-Qudhah

Islam memberikan perhatian terhadap kejadian masa hadapan serta keadaan huru-hara yang bakal berlaku terhadap umat Islam. Perkara ini menerusi keterangan al-Quran dan al-Sunah. Ini turut diberi keutamaan oleh para sahabat dan para ulama selepas mereka.
***
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Adat VS Ibadat ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Masyarakat Melayu Islam mempunyai amalan keagamaan yang tersendiri. Amalan-amalan ini diwarisi daripada generasi sebelum mereka. Hari ini, kedengaran suara dan tulisan yang mempertikaikan amalan- amalan yang dilakukan oleh masyarakat tersebut. Kritikan dan pertikaian terhadap amalan ini disandarkan kepada sebuah hadis Nabi SAW. Akibatnya, timbul pergaduhan dan perbalahan dalam kalangan masyarakat Melayu Islam. 

Oleh itu, milikilah buku ini bagi mengetahui jawapan kepada beberapa persoalan mengenai amalan masyarakat Islam di Nusantara.
***
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Munyatul Musolli ~ Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani, Dr. Abdul Basit Abdul Rahman

Buku Munyatul Musolli ini membicarakan perkara-perkara asas tentang solat berdasarkan mazhab Imam Syafi‘i. Risalah ini turut diselitkan dengan perbahasan tanggungjawab pemimpin yang disadur daripada kitab Siraj al-Muluk. Sementara itu, di akhir kitab ini disertakan juga kitab al- Bahjah al Mardhiyyah yang membicarakan persoalan perihal imam dan makmum.
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Monday, November 21, 2016

Supermama: Ligat, Cekap, Hebat ~ Khairunnisa Hamzah

Menjadi suri rumah bukanlah perkara mudah dan segalanya perlu dipelajari. Bagaimana mahu mengurus rumah agar selesa dan kemas dalam masa yang singkat? Apakah aktiviti kekeluargaan yang sesuai dilakukan pada hujung minggu? Bagaimana untuk mengajar dan mendidik anak-anak agar berperibadi mulia? Apa yang perlu dilakukan untuk menarik minat ahli keluarga untuk turut membantu melakukan kerja rumah? 

Segala persoalan ini dan banyak lagi persoalan dijawab dalam buku yang amat bernilai ini. Perkara yang dikongsi adalah tentang tip dan panduan untuk seorang suri yang menjalani kehidupan sepenuh masa di rumah agar menjadi seorang suri yang profesional. Yakni tidak kalut, mudah dan mahir tentang pengurusan rumah, masa, wang dan anak-anak, demi menjaga kepentingan rumah tangga dan kebahagiaan keluarga.
***
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Ibnu Battuta ~ Al-Ghazali

Dalam masa 30 tahun mengembara, Ibnu Battuta melengkapkan kembaranya ke Afrika Utara, Afrika Barat, Timur Tengah, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Tenggara (termasuk Melaka) dan juga China. 

Kembaranya bermula ketika Ibnu Battuta berusia 21 tahun semasa dia menunaikan haji ke Mekah. Selepas dari hari itu, dia langsung tidak pulang ke Morocco selama 24 tahun yang berikutnya. 

Inilah novel yang menceritakan dengan ringkas bagaimana kembara Ibnu Battuta akhirnya melahirkan 'Rihla' yang menjadi kajian di seluruh dunia.⁠⁠⁠⁠
***
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Kenapa Babi Tidak Halal? ~ Samhani Ismail

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Membongkar Hikmah Pengharaman Babi

“Banyak sekali perkara yang bermain di fikiran apabila membaca buku ini. Daripada isu mudarat lebih daripada khasiat, pengubahsuaian genetik, peranan kajian, kepada pelbagai lagi idea dan hikmah yang tersirat. Saya memang sarankan untuk anda baca!”
Yang Berhormat Hajjah Mumtaz Md Nawi
EXCO Kerajaan Negeri Kelantan
ADUN Demit

“Sebuah buku yang menarik kerana membincangkan perihal hukum haram haiwan babi dari sudut saintifik, khususnya kesan negatifnya kepada otak dan saraf. Kesan ini secara langsung menular ke bahagian jasad yang lain, oleh itu boleh memberi kesan negatif yang ketara kepada masyarakat. Ia patut dibaca oleh semua individu dalam usaha bagi menjadi ‘lebih bersih dan sihat’.”
Prof. Dr. Zamzuri Idris
Ketua Jabatan Neurosains USM
Consultant Neurosurgeon


“Perkataan BABI adalah satu perkataan yang sinonim dengan hal-hal yang jelik dalam komuniti Muslim. Sedangkan ia adalah sumber makanan utama bagi sesetengah komuniti bukan Islam. Pertembungan ini banyak mencetuskan persepsi negatif antara satu sama lain dan menyebabkan pengkelasan babi sebagai najis berat dalam Al-Quran dipandang serong. Inginkan hujah islamik dan saintifik pengharaman babi dalam Islam? Buku ini ada jawapannya!”
Dr. Zulkifli Mustapha
Pensyarah Neurosains USM
Bidang Kepakaran Comparative Neurosciences

Penawar Bagi Hati Edisi Jimat ~ Syeikh Abdul Qadir Abdul Muthalib Al-Mandili

(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

"Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Sahih Al-Bukhari

Antara Kandungan:
Bahagian Satu: Perihal Tujuh Anggota
Mata
Telinga
Lidah
Perut
Faraj
Tangan dan Kaki

Bahagian Dua: Qalbu (Jantung)
Pendahuluan
Tamak Terhadap Makanan
Tamak Dalam Berkata-Kata
Kemarahan
Sifat Dengki
Kedekut dan Sayang Harta
Bangga Diri
Cintakan Dunia
Besar Diri
Ujub
Riyak

Eksistensi ~ Lokman Hakim

Siapakah robot? Siapakah manusia? Adakah kedua-duanya sudah menyatu? Atau bertukar jati diri?

Faril dan Rumia, saling menjaga antara satu sama lain. Ada kalanya emosi itu mati, tetapi ia bukan selamanya. Ada kalanya emosi itu juga artifisial, tapi apakah ia memadai?

Pada masa yang sama, Menusa, sejenis cyborg mencari persempadanan antara manusiawi dan robotik. Kerakusan manusia mahu hidup berkekalan dan juga penanaman sifat manusiawi pada mesin, membuatkan sempadan antara dua kewujudan itu bercelaru.

Rakus manusia meratah alam. Dahaga sang robot pada curahan emosi. Konspirasi berselirat mencari teguh dalam memurnikan erti sebuah eksistensi.
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Lembaga Hikmat ~ HAMKA

Buku ini mengandungi pelbagai kisah dan pengalaman hidup orang-orang tertentu yang menempuh masalah. Ia sesuai dijadikan perbandingan dan panduan hidup untuk setiap insan, kerana setiap peristiwa itu mencerminkan naik turun kehidupan manusia yang penuh suka duka, tangis dan tawa.

Antara kandungan menarik buku ini adalah:
Kehidupan Batin dari Orang Besar
Babeek dan Fakir Hindi
Korban
Anak Gembala yang Malang
Imam yang Adil
Jabatan Prisik Zaman Dahulukala
Abu Musum Al-Khurasani
Harun Al-Rasyid dengan Fudhail bin Ayyadh
Usamah bin Zaid (Jeneral Muda)
Rasulullah Sebagai Seorang Diplomat
***
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Monday, November 14, 2016

Al-Quran Al-Karim Al-Mubarak With English Translation And Guide on Waqaf & Ibtida' ~ Telaga Biru

Terdapat 3 kod warna sebagai panduan bagi waqaf & Ibtida untuk memudahkan para pembaca memberhentikan dan memulakan bacaan. Menggunakan khat baru (Madinah) lebih halus dan jelas perkataannya. Dilengkapi nota kaki untuk menjelaskan sesuatu perkataan. 

Al-Quran ini menggunakan bahasa terjemahan dari United Kingdom (UK). Di setiap halaman sebelah kiri dan di bawah adanya rujukan ayat untuk muka surat seterusnya. Saiz al-Quran sesuai untuk dibawa ke mana-mana.
***
(SEM & S/S) RM50.00 > RM44.00



Friday, November 11, 2016

Hari Tanpa Tarikh ~ Ustaz Roslan Mohamed

Kiamat sudah dekat. Tanda-tandanya juga sudah banyak yang dapat kita lihat. Apa yang berlaku pada bumi ini menunjukkan ia sudah semakin hampir ke penghujungnya. Percaya kepada hari kiamat adalah rukun Iman kelima. Namun apakah kita sedia untuk menghadapinya? Cukupkah bekal amalan kita untuk dibawa ke sana? Atau masih leka dengan mainan dan perhiasan dunia? Penulis menyampaikan apa yang perlu setiap Muslim tahu tentang kiamat sebagai suatu peringatan kepada kita bahawa kengerian dan kedahsyatan hari kiamat itu melebihi jangkauan dan bayangan manusia. Antara topik yang dikupas:

* Ngerinya Hari Kiamat
* Mati: Permulaan Alam Akhirat
* Persiapan untuk Mati
* Mati dalam Husnul Khatimah
* Gambaran Seksa Kubur
* Ketuk Hati dengan Kiamat
* Hari Akhirat: Terbongkar Segala Dosa
* Berhakkah Kita Melalui Titian Sirat Allah?
* Empat Karakter Ahli Syurga
* Nama-nama Neraka dan Azabnya.
***
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Monday, November 7, 2016

Bahagia Berganda: Dia Mahu Kita Ke Syurga ~ Mohd Zaini Ariff, Muhd Kamil Ibrahim

DIA Mahu Kita ke Syurga
Kebahagiaan itu mendamaikan, datangnya berbeza arah.
Moga ada manfaat, ingatlah Allah sentiasa.

MOHD ZAINI MOHD ARRIF :
BAHAGIA
Wang boleh membeli kebahagiaan seandainya kita dapat berkongsi kemewahan bersama orang lain dengan penuh keikhlasan.

BERGANDA
Amalan bersedekah adalah kenderaan yang dapat melapangkan rezeki kesihatan, kekeluargaan dan harta benda. Hukum alam adalah hukum timbal balik bahawa jika kita memberi, maka Allah akan membalas perbuatan kita dengan pahala dan kehidupan yang baik lagi bahagia.

*******************************
MUHD KAMIL IBRAHIM :
BAHAGIA
Pada ketika itu jika ada bertanya tentang rasa bahagia, maka saat dan detik dinyatakan saya telah berjaya mendapat PhD merupakan kebahagiaan tertinggi pernah dicapai. Sungguh, ia kemuncak kepada segala rasa susah payah mengejar segulung ijazah. Ramai mencuba tetapi ramai juga kecundang. Ia bukan soal cerdik, pandai atau belajar semata-mata. Hanya mereka yang pernah melalui proses ini dapat memahami ujian dan cabarannya.

BERGANDA
Sesungguhnya anugerah ‘profesor’ membahagiakan. Namun kebahagian yang sebenar hanya terasa apabila mampu menitiskan air mata ketika hati menjadi sebak mengingati betapa Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Biniku Ninja ~ Azlan Andi

Biniku Ninja menceritakan penulis sebagai watak utama yang berasal dari keluarga susah yang akhirnya berjaya merantau ke UK setelah mendapat tawaran menyambung ijazah dalam aliran seni.

Penulis telah berjumpa dengan seorang gadis niqabis bernama Sabatini, semasa terlibat dalam aktiviti persatuan pelajar. Selepas 3 minggu penulis kemudian menikahi gadis tersebut dan perkara itu membuka kisah kehidupan nikah muda mereka yang mencabar.

Sebagai pasangan yang gemar mengembara, pembaca dibawa melalui pengalaman mereka mengembara ke negara-negara asing selain kemelut yang dilandai mereka sepanjang mereka hidup berdikari diluar negara.

Bermula dengan hanya artikel di online http://www.thevocket.com/kisah-perkahwinan-azlan-dan-sabatini/ .. kini kisah cinta mereka telah diterbitkan.

Best sangat cerita cinta diorang. Tak rugi beli!
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Bijak Zikrullah ~ Muhammad Nazir Mohammed Khalid

Bijak Zikrullah ini menyediakan latihan yang interaktif untuk penguasaan makna bacaan zikrullah dan wirid melalui permainan bahasa.

Modul ini diolah dalam bentuk yang lebih santai dan menyeronokkan agar dapat meningkatkan kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab dan penyelesaian masalah.
***
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Tuesday, November 1, 2016

Isu Cadangan Pindaan Akta 355: Satu Pendapat ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Usul persendirian bagi mencadangkan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian, bernama Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Marang di Dewan Rakyat pada 26 Mei 2016 telah menimbulkan pelbagai reaksi dalam masyarakat. Di samping sebahagian pihak menyambut baik cadangan tersebut, muncul juga pihak-pihak yang skeptical dengan RUU tersebut dan meolaknya atas alasan bertentangan dengan perlembagaan, bukan keutamaan, pertentangan dengan Maqasid al-syariah, dan hanya berkepentingan survival politik individujuga parti tertentu, tidak kurang juga respon negative yang diterima daripadasebahagiann ahli parlimen bukan islam yang bemata-matian menolak asal-usul persendirian tersebut tanpa mengambil kirakeperluan mendesak warganegara Muslim yang lain. 

Atas sebab inilah, makalah ini muncul bagi menjelaskan salah faham dan kejahilan beberapa pihak yang keliru, atau masih berdiam diri, daripada aspek yang lebih luas seperti sejara, perundangan, maqasid al-syariahdan aspirasi asal penubuhan undang-undang ibu, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, merentasi perbezaan politik, ras dan agama. Semoga keputusan kita pada hari ini. InsyaAllah
***
(SEM & S/S) RM7.00 > RM6.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...