Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, January 30, 2019

Risalah Al-Misbah Al-Munir Fi Ma'rifatillah Al-Qadir ~ Abdul Aziz Ismail Al-Fathani

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.20

SEBUAH KITAB YANG ASALNYA DI TULIS DLM TULISAN JAWI OLEH SYEIKH ABDUL AZIZ BIN ISMAIL AL-FATHANI.

KITAB INI TELAH DIGUNAKAN DI DLM PENGAJARAN SEKOLAH-SEKOLAH PONDOK.

DI ANTARA ISI KANDUNGAN YANG DIBAHASKAN:
- PENGENALAN AGAMA
- HUKUM SYARAK
- HUKUM ADAT
- HUKUM AKAL
-ILMU USULUDDIN
- SIFAT WAJIB, SIFAT MUSTAHIL DAN SIFAT HARUS BAGI ALLAH
- SIFAT WAJIB, SIFAT MUSTAHIL DAN SIFAT HARUS BAGI RASUL PERKARA-PERKARA YANG WAJIB DIKETAHUI AKAN DIA SERTA IKTIKAD
- SETENGAH-SETENGAH PERKARA YANG WAJIB ATAS MUKALLAF MENGERJAKAN SEGALA YANG DISURUH DAN MENINGGAL SEGALA YANG DITEGAH

Surah yasin serta 4 surah ~ Al-hidayah Publication

(SEM & SS) RM8.90 > RM8.00


Tuesday, January 29, 2019

Ummul Mukminin Khadijah ~ Abdul Mun'im Muhammad

(SEM & SS) RM27.00 > RM23.80

Naskhah yang menceritakan tentang riwayat hidup Khadijah binti Khuwailid. Di sebalik kelembutan wanita Quraisy ini, beliau merupakan ahli perniagaan yang amat dikenali dan memiliki harta kekayaan yang banyak. Wanita pertama yang beriman kepada ALLAH SWT dan Rasul-NYA ini banyak membantu dari segi menginfakkan hartanya dan memperteguhkan tekad baginda me¬laksanakan risalah dakwah. Malah beliau pernah menerima salam daripada ALLAH SWT dan malaikat Jibril. Betapa mulianya keperibadian Ummul Mukminin yang paling disayangi oleh baginda ini sehingga ALLAH SWT menjanjikan sebuah istana di Syurga! Subhanallah...

99 Soal Jawab Viral Netizen ~ Ustaz Syed Shahridzan

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Ilmu fikah memainkan peranan yang besar sebagai pencerah setiap jalan yang dilalui oleh seseorang Muslim bagi memastikan ia bertepatan dengan kehendak syariat. Tanpa ilmu ini umat Islam tidak dapat membezakan antara halal dan haram, sunat dan wajib serta hukum-hakam yang lain dalam urusan harian mereka.

Naskhah ini merupakan koleksi soalan yang berkaitan dengan hukum-hakam fikah yang diajukan kepada penulis melalui media sosial. Sebanyak 99 soal jawab yang terpilih yang dirasakan bersesuaian dengan kehidupan terkini masyarakat Islam khususnya di Malaysia.

Relaks & Senyum ~ Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.10

Pengurusan stres ini penting untuk dipelajari kerana untuk mendapat rasa tenang itu bukannya mudah disebabkan masalah yang menimpa kita, datangnya hampir setiap hari dan dalam cara dan ‘berat’ yang berbeza pula. Maka antara tipnya adalah kita perlu bermuhasabah untuk setiap yang telah dan akan kita lakukan, muhasabah atas perangai sendiri serta memberi dorongan positif kepada diri sendiri supaya kita lebih tenang dan relaks dalam hidup.

Buah tangan pertama Datuk Prof. Dr. Muhaya bersama Karya Bestari ini sangat istimewa kerana ia dihadirkan dengan layout yang menarik dan berwarna, serta penyampaian yang santai. Sesuai untuk bacaan remaja dan dewasa.

40 Kisah Tangisan Rasulullah dan Para Sahabat ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.20

Rasulullah SAW dan para sahabatnya merupakan manusia biasa seperti kita. Ada waktu mereka rasa gembira dan ada masa mereka bersedih kerana diuji dengan sesuatu perkara. Namun, apa beza kesedihan mereka dengan kesedihan kita?

Naskhah ini memberi kita peluang untuk menelusuri kisah-kisah ‘pahit’ Baginda SAW dan para sahabatnya berdasarkan sumber yang tidak diragui. Malah, mengajak para pembaca untuk berfikir tentang matlamat yang lebih utama, bukan hanya keduniaan semata-mata. Boleh menangis kerana dunia, tetapi jangan sampai air mata tidak mampu mengalir kerana agama.

Saturday, January 26, 2019

Penunggang Agama? ~ Wan Ji Wan Hussin

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

1. Fitnah Adalah Dosa
2. Apabila Fitnah Dijadikan Perniagaan
3. Penjenamaan Sunnah untuk Perniagaan
4. Makanan Sunnah
5. Air Jampi
6. Politik Jenama Agama
7. Kesan Politik Berjenama Islam
8. Penjenamaan Negatif Atas Nama Agama
9. Berniaga Dengan Ibadat
10. Ambil Upah Baca Al-Quran Kepada Si Mati

Anak Muda Bebas Hutang ~ Dr. Haji Badrul Hisham Mohd Yusoff

(SEM & SS) RM14.00 > RM12.30

Tip, teknik, nota, dan perkongsian pengalaman untuk golongan muda khususnya supaya bebas daripada belenggu hutang. Disertakan dengan gambar rajah serta jadual yang ringkas dan interkatif menjadikan buku ini mudah di'hadam' oleh pembaca daripada pelbagai peringkat umur. Penulisan turut disertakan dengan sumber daripada ayat Al-Quran dan hadis yang membolehkan pembaca mengaitkan sesuatu topik itu dengan perspektif Islam.

Antara Kandungan:
Pemuda yang Mencari Rezeki Juga Seperti Berjihad
BAB 1: BAHAGIA, KAYA & REZEKI
- Hakikat Kebahagiaan
- Fahami Konsep Rezeki
- Amalan untuk Mencukupkan dan Menghilangkan Kepapaan

BAB 2: PERANCANGAN ELAK HUTANG
- Bersederhanalah dalam Pelbagai Aspek Kehidupan
- Tujuh Langkah untuk Mula Hidup ‘Bebas Hutang’
- Bagaimana Cara Menabung yang Baik?
- Berapakah yang Perlu Disimpan Setiap Bulan?

Formula Kekayaan ~ Siti Eshah Md Rejab

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Buku ini mempunyai 1001 strategi dalam selok-belok perancangan kewangan di masa hadapan. Ia menyajikan tip-tip tentang amalan menjemput rezeki, bagaimana menjana pendapatan sampingan, cara mengubah gaya berbelanja, 20 kesilapan kewangan yang sering dilakukan dan banyak lagi topik menarik yang telah disajikan. 

Salah satu contoh topik seperti amalan menjemput rezeki telah dikupas dengan terperinci tentang petua bagaimana menjemput rezeki dalam kehidupan seseorang individu walaupun ia sedikit, tetapi cukup untuk dibelanjakan.

Kuasa Usul Fiqh ~ Fauwaz Fadzil Noor

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Usul fiqh ialah pintu kepada ilmu fatwa dan tarjih atau ijtihad. Ia juga medan yang sangat mencabar kerana berkaitan dengan hukum Allah yang berhajat kepada amanah dan kelayakan untuk menjadi rujukan orang ramai dalam mengeluarkan hukum-hakam. Buku ini mengandungi soal jawab usul fiqh, daripada mukadimah usul fiqh sehinggalah bab ijtihad. Kemudian, diikuti dengan perbahasan takhril, seterusnya ditutup dengan adaptasi kitab yang agung, iaitu al-Waraqat oleh Imam al-Haramain.

Kimia Tingkatan 5: Modul Al-Kimiya ~ Adura Azlin Ishak

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

• Mengandungi nota yang komprehensif.
• Latihan yang membantu mengukuhkan kefahaman konsep dan fakta.
• Grafik yang menarik dan membantu menjelaskan konsep dan fakta.
• Membantu memberikan maklumat, fakta dan konsep yang diperlukan dalam menjalankan pembelajaran abad ke 21.
• 100% berdasarkan buku teks Kimia (Gabungan versi BI 2005 dan BM 2011).
• Sesuai digunakan sebagai alat bantu berfikir untuk meningkatkan kemahiran berfikir murid selaras dengan kehendak aspirasi kemahiran berfikir murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
• Membantu mengukuhkan kefahaman serta grafik yang menarik.
• Berdasarkan Spesifikasi Kurikulum Kimia Ting 4 dan 5 2012.
• Sesuai dijadikan bahan ulangkaji berinfomatif dan mudah untuk diingati.
• Sesuai sebagai rujukan dan latihan untuk menghadapi peperiksaan SPM yang sebenar.

Friday, January 18, 2019

Tip Kewangan Viral ~ Syafieqah Alya

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Sanggup tidak anda jika kena buat begini:

A. Pergi kerja naik motor, di samping dapat sampai ke tempat kerja lebih awal, anda juga boleh jimat minyak dan tol.
B. Di tempat kerja, bawa bekal makan tengah hari lagi bagus, siap bawa buah potong dan air fresh oren buatan sendiri. Jimat banyak geng! Kawan pun boleh terliur tengok makanan kita.
C. Tinggallah sementara waktu dengan keluarga jika dapat kerja berdekatan dengan rumah. Duit yang orang lain buat bayar sewa rumah, kita gantikan sebagai duit poket mak ayah kita. Berkat pun dapat.
D. Kurang berbelanja sakan, cukup dengan apa yang kita ada. Matlamat kita untuk penuhkan tabungan hingga tercapai impian kita.
E. Cari pasangan yang cukup memahami tentang kewangan diri dan masa depan bersama. Tidak salah kurangdating. Yang salah bila kita tidak buat cara yang betul dengan halalkan hubungan yang terbina.

Sanggup atau tidak, tepuk dada tanya pada diri. Sekatan kewangan ini bukan untuk selama-lamanya tetapi untuk seketika, sementara kita membina mahligai kehidupan yang lebih baik.

HAMKA: Permata Tafsir Bumi Nusantara ~ Dr. Muhammad Yusry Affandy

(SEM & SS) RM20.00 > RM17.60

Sebuah buku yang melihat secara teliti biografi Hamka sebagai ahli tafsir dan juga keunikan tafsir Al-Quran versi Hamka.

Antara Kandungan:
Latar Belakang Hamka
Kembara Ilmu
Menabur Ilmu dan Budi
Menabur Budi Menerusi Sastera
Berjuang Wadah Politik Islam
Sumbangan Selaku Ahli Tafsir
Aktiviti Pentafsiran Al-Quran
Asas Utama Dalam Pentafsiran
Menampilkan pendapat Mazhab dan Ulama Muktabar
Ijithad Hamka Dalam Pentafsiran
Keistimewaan Hamka Dalam Pentafsiran Al-Quran
Meneguhkan Pentafsiran Dengan Ilmu Akademik
Mengambil Hikmah Kembara

Thursday, January 10, 2019

Filosofi Bawang ~ Anie-Alja

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Sebuah buku yang ditulis oleh penulis bestseller, Anie Alja yang terkenal dengan tulisan tajam dan sarkastik beliau, selepas buku Filosofi Mak Singa.

Filosofi bawang bukan sekadar buku membawang kosong, tapi penuh dengan teguran terhadap fenomena masyarakat kita, yang bakal menjentik hati pembaca dan membawa kesedaran untuk mengubah keadaan kepada yang tidak betul kepada betul.

"Dalam kebanyakan orang Melayu, sifat bawang ini berakar umbi dalam diri. Kita selalu rasa dibuli, dianaktirikan dan dibawangkan oleh orang keliling.Kita sering rasa diri menjadi mangsa keadaan, mangsa orang lain, seolah-olah kita tidak mampu berbuat apa-apa. Diam-diam beriman konon."

Monday, January 7, 2019

Lampu yang Menerang Pada Mengenalkan Allah Al-Qadar ~ Abdul Aziz bin Ismail Al-Fathani

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.00


Kemuliaan Zikir ~ Imam Al-Suyuthi

(SEM & SS) RM35.00 > RM30.80

Kitab ini merupakan ringkasan daripada kumpulan doa dan zikir harian Rasulullah saw yang dikumpulkan oleh Imam al-Nawawi r.a dalam kitabnya yang terkenal, iaitu al-Adzkar. Kitab ini wajar diterjemahkan sebagai galakan dan panduan kepada kita umat Islam untuk sentiasa mengamalkan doa atau zikir yang bersandarkan kepada Rasulullah saw. 

Baginda mengajarkan kita untuk mengamalkan doa-doa tertentu dalam melakukan perkara yang kecil seperti doa ketika berpakaian sehinggalah perkara yang besar dan seperti doa semasa peperangan.

12 Kunci Cepat Rezeki ~ Mukhlas Syarkun

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku yang bertajuk 12 Kunci Cepat Rezeki ini adalah untuk memberi kefahaman bahawa hakikat rezeki adalah mutlak dalam kekuasaan Allah swt. Dialah Yang Maha Berkuasa terhadap segala-nya termasuk mempercepat, menutup atau memperlahankan rezeki. Penulis melalui buku ini ingin mendedahkan pelbagai petunjuk dari-pada Allah swt sama ada daripada al-Quran, hadis dan pendapat ulama berkaitan cara mudah beroleh rezeki.

Tafsir Surah Al-Fil ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

(SEM & SS) RM15.00 > RM13.20

Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Fil dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak anak tentang setiap ayat suci al-Quran.
Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

Skor Mumtaz: Muzakkirat Syariah Tingkatan 3 ~ Robitah Qalamiah

(SEM & SS) RM14.90 > RM13.10

• Membantu pelajar menguasai pelajaran AsSyariah Islamiah dengan lebih baik.
• Terjemahan yang mengikut buku teks As-Asyariah tingkatan 3.
• Sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi guru-guru matapelajaran As-Syariah tingkatan 3.
• Boleh dijadikan bahan rujukan untuk memahami tajuk-tajuk tertentu dalam ilmu fekah.
• Buku ini mempunyai terjemahan yang mudah difahami oleh pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.
• Mempunyai grafik yang menarik minat pelajar untuk membaca buku ini.

Friday, January 4, 2019

Budak Meja Belakang: Pax Americana ~ Shah Ibrahim

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Buku ini adalah sequel daripada buku Budak Meja Belakang. Jika Budak Meja Belakang pertama adalah berkenaan kisah coretan penulisan semasa daripada bangku sekolah rendah, sehingga ke sekolah menengah, Budak Meja Belakang Pax Americana pula adalah sambungan kisah beliau melanjutkan pelajaran ke Amerika.

Selain daripada kejutan budaya, pelbagai kisah menarik bersama rakan-rakan Mat dan Minah Salleh, serta rakan serumah, pensyarah dan masyarakat sekeliling lain. Dalam Budak Meja Belakang ada Farah, kali ini dalam Budak Meja Belakang Pax Americana pula ada Mia. Bagaimana kesudahan cerita bersama Mia ini. Semua terjawab dalam buku ini.

Kilas Dalam Kias ~ Pahrol Mohamad Juoi

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.00

Profesor Dr. Hamka menegaskan, “Dakwah itu mengajak, bukan mengejek. Dakwah itu menyejukkan, bukan memojokkan. Dakwah itu mengajar, bukan menghajar.”

Berdakwah dengan berdialog adalah kaedah yang paling berkesan untuk melembutkan hati yang keras dan menundukkan fikiran yang degil. Dengan dialog, pengajaran-pengajaran yang baik mampu disampakan dengan lembut dan penuh kasih sayang. Dengan dialog juga, hati yang keras dan fikiran yang terbabas dapat dilembutkan dan diluruskan semula.

Buku KILAS DALAM KIAS ini mengandungi kisah bernilai dakwah dan tarbiah menerusi dialog yang bersahaja tetapi sarat dengan pengajaran. la memaparkan bagaimana pendakwah menangani salah faham dan kekeliruan terhadap lslam melalui dialog-dialog ilmiah, dalam suasana yang harmoni dan santai.
Ya, dalam kias ada kilas, dalam tamsilan ada teguran, dalam gurauan dan usikan ada pengajaran yang diselitkan. Buku ini memudahkan para pembaca untuk memahami kenapa terjadi salah faham tentang Islam dan bagaimana pula cara untuk membetulkannya.
Insya-Allah, dalam buku ini akan ada 'diri anda' sendiri untuk dilihat, dibaca dan dihayati.

Amalan Penawar Kesedihan & Kesempitan ~ Muhammad Hosnee Zainal Abidin Al-Azhari

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.20

Buku ini memaparkan risalah ringkas berkaitan doa dan zikir yang diajarkan oleh ulama untuk menjadi ubat dan penawar kedukaan, kesedihan, kesempitan, kegusaran dan seumpamanya.

180 Koleksi Doa Mustajab ~ PTS

(SEM & SS) RM10.00 > RM8.80

Buku ini menghimpunkan 180 doa mustajab yang dipetik daripada hadith dan ayat-ayat Al-Quran. Sesuai diamalkan dalam kehidupan seharian bagi mendapatkan ketenangan hati, kekuatan jiwa, dan kebahagiaan hidup.

Antara doa yang terdapat dalam buku ini adalah:
- Koleksi Doa Harian
- Koleksi Doa untuk Keluarga
- Cemerlang dengan Doa
- Menjemput Rezeki dengan Doa
- Amalan Ayat-Ayat Syifa

Asbabun Nuzul: Sebab-sebab Turunnya Ayat Al-Quran ~ Zulkifli Mohd Yusoff, Muhammad Mukhlis

(SEM & SS) RM65.00 > RM57.20

Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat Al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah s.a.w. berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna Al-Quran dengan lebih mudah dan jelas.

Buku ini disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir Al-Quran, iaitu Profesor Dato' Dr. Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Mukjizat Surah Al-Kahfi ~ Muhammad Mokhtar

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.60

Fitnah dajal adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan juga sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik. Namun, Allah s.w.t. itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah Al-Kahfi.

Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

Mukjizat Surah Al-Kahfi hanya dari segi bacaan, tetapi merangkumi rahsia isi-isinya. Antaranya adalah:
Rahsia Ashabul Kahfi
Rahsia Zulkarnain
Rahsia pengembaraan Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s.
Rahsia teguran Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Ternyata, ini adalah surah pendinding dajal. Ini adalah mesej daripada Allah s.w.t. kepada kita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...