Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, October 28, 2016

Head With Serban ~ Najmi Nawawi

JANGAN SIBUK NAK
‘BERGETAR TULANG RUSUK’,
KALAU SUBUH PUN NAK KENA KEJUT SAMPAI
‘BERGEGAR TIANG RUMAH’.

Dalam banyak-banyak pintu, pintu apa yang terbuka luas?
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Daielogy ~ Serban Putih

Aku ingin peluang.
Aku tahu selama ini aku sesat di pangkal jalan.
Hidupku hanya penuh dengan kelalaian.

Kerana nafsu aku tertewas dengan keinginan yang tidak pernah puas.
Aku gadaikan nikmat akhirat demi mengecapi nikmat dunia yang hanya sesaat.
Ya Allah, kini aku berdiri di hadapan pintu-Mu. Janganlah Engkau menghalauku.

Aku sudah pulang dan aku sangat mengharap agar Engkau terima aku lagi.
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Mat Cleaner UK ~ Ahmad Affzan Abdullah

Ada orang yang jadi tukang cuci sebab pilihan sendiri. Ada orang memang tak ada pilihan, sekadar itu sahaja kebolehan mereka. Bukan semua orang boleh cuci najis dan kotoran orang lain, tapi tukang cuci dah lalui itu semua. Mereka dah mudahkan kerja kita. Mereka kotorkan tangan supaya tangan sendiri tak kotor.

Ini semua kita perlu hargai.

Kerja sebagai tukang cuci ini memang penat. Kotor. Busuk. Tapi apabila kami berjumpa dengan pelanggan dan tetamu yang melayan kami seperti manusia, penat lelah kami itu seolah-olah hilang ditiup angin.

Ya, kami tukang cuci ini juga manusia. Ada hati dan perasaan. Ada masa kami tertekan, ada masa kami sedih, ada masa kami terluka.

Sama seperti pekerja kolar putih. Kmai juga ada tugasan yang perlu disiapkan dalam masa tertentu. Jadi kami ada pelanggan yang baik hati membantu meudahkan kerja kami. Alangkah gembiranya kami.

Terima kasih pelanggan yang baik hati.
Terima kasih kerana melayan kami seperti manusia.
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Namastee India ~ Siti Noridah A. Rahman

Buku ini mengisahkan tentang pengembaraan Siti Noridah Ab. Rahman di India pada tahun 2014 dan 2015. Mengembara di India telah mengajar beliau banyak perkara tentang kehidupan secara umumnya. Malah sepanjang tempoh pengembaraan solonya di sana, beliau sering diuji ketahanannya dari segi mental dan juga fizikal. Sebenarnya, bukan perkara yang mudah untuk mengembara seorang diri sebagai seorang wanita di India.

Beliau yang sememangnya gemarkan pengembaraan penuh cabaran, telah menjelajah ke daerah yang berhampiran dengan sempadan Tibet yang memerlukanpermit khas untuk ke sana. Keunikannya budaya, adat resam dan sejarah di India juga adalah sesuatu yang tidak kurang hebatnya.

Semoga kisah pengembaraan beliau menjadi inspirasi kepada mereka yang ingin mengembara ke India juga suatu hari nanti.
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Friday, October 21, 2016

Rumah Sakit ~ Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

“Bagaimana keadaan rumah sakit – dahulu atau sekarang – ia tetap bukan kawasan yang mahu saya hampiri tanpa sebab!”

Namun... Jika dunia ini ibarat rumah sakit, pesakitnya dibenarkan pulang apabila menempuh kematian, ingin saya ucapkan, “Jika terdengar berita saya sudah discaj dari rumah sakit ini, maafkan saya atas segala kesalahan zahir dan batin, berdoalah agar saya dilepaskan daripada azab kubur dan api neraka. Selamat tinggal, sehingga bertemu lagi dalam kehidupan kekal abadi di Firdaus.”

Buku RUMAH SAKIT: DIA Mahu Saya Menangis ini merupakan tulisan Prof. Muhd Kamil Ibrahim yang menjurus kepada ujian yang diberikan oleh Allah SWT melalui SAKIT. Kehidupan dan SAKIT tidak dapat dipisahkan sebagaimana kehidupan keluarga sendiri juga tidak dapat dipisahkan dengan kisah-kisah bencana tubuh. Buku ini merupakan catatan-catatan yang ditulis berdasarkan kepada pengalaman dikejarkan dan dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat serangan penyakit jantung kronik.

Mahasiswa Jutawan ~ Lutfi Latif

Buku ini ditulis bagi berkongsi idea-idea tentang kewangan untuk mahasiswa agar golongan ini mampu untuk survive dalam kehidupan yang penuh dengan cabaran. Selain itu, turut mendorong mereka untuk terus berusaha mengumpul wang dan meningkatkan pendapatan dari semasa ke semasa. Tidak mustahil, dengan usaha gigih yang dilakukan boleh memberikan kekayaan dan kebahagiaan buat mahasiswa di Malaysia. 

Kita perlu melakukan sesuatu jika ingin berjaya. Maka sebelum itu, kita harus belajar terlebih dahulu cara untuk menjadi kaya.
***
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Itu Juga Jalan Kita Ke Syurga ~ Muhammad Luqman Makhtar

Karya ini berkaitan dengan syurga dan amalan -amalan yang mendekatkan dan mengundang reda Allah SWT. Risalah ini berdasarkan sumber al-Quran dan sunah Nabi SAW yang dilampirkan untuk diamalkan oleh setiap insan yang ingin kembali kepada Tuhannya dengan hati yang sejahtera.
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Zero To Hero ~ Airol Irwan Limin

Zero to Hero sebuah buku yang begitu banyak peringatan dan manfaatnya buat kita. Melalui penulisan penulis ini, kita akan dapat mengetahui betapa luasnya pembacaan dan pengalaman beliau dalam dunia motivasi atau boleh kita katakan sebagai dunia dakwah. Kejayaan beliau dalam bidang rundingan ini telah menarik banyak perhatian media sehingga sering kali dijemput dalam program-program motivasi. 

Kini, buku ini merupakan medium untuk beliau mencurahkan dakwah ilmu dan pengalamannya.
***
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Thursday, October 20, 2016

Tafsir Al-Azhar Juzuk 30 ~ HAMKA

Tafsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Antara Kandungan:
Pengantar Juzuk 30
Surah An-Naba’
Berita yang Besar!
Alangkah Hebatnya Penciptaan Allah
Hari Keputusan
Penderitaan dalam Neraka Jahannam
Nikmat Syurga bagi yang Bertakwa
Surah An-Nazi`aat
Bila Kiamat Datang
Sedikit Peringatan tentang Musa
Hal-Ehwal Hari Kiamat
Surah `Abasa
Itab yang Merupakan Cinta
Peringatan!
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

As-Syamail Al-Muhammadiyah (Edisi Kemaskini Harga Ekonomi) ~ Imam At-Tirmidzi

Setelah cetakan pertama, beberapa penuntut ilmu di Mesir meminta supaya edisi terjemahan Syamail Muhammadiyah ini dicetak lagi. Dengan rasa rendah diri, kami memenuhi permintaan itu. Lalu kami melakukan beberapa penambahan dan perbaikan, supaya terjemahan Asy-Syamail Al-Muhammadiyah ini dapat lebih autentik dan lebih mudah.

Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:
Al-Muhaddith Syeikh Dr. Mahmud Said Muhammad Mamduh.
Syeikh Muhammad Amin al-Harari al-Buwaithi.
Syeikh Hamid Alkaf al-Makki (Khalifah Syeikh Yasin di Mekkah)
Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).
Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
Syeikh Prof. Dr, Ali Jum'ah
Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
Syeikh Dr. Ahmad Yusri
Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.

Peribadi ~ HAMKA

Seringkali kita membicarakan orang yang kita cintai atau hormati dan telah berpisah dengan kita. Kita ingat segala kebaikannya dan tidak ketinggalan juga kita membicarakan kelemahannya. Perangainya halus, hatinya suci, sikapnya jujur, perkataannya teratur, dan budinya mulia. Semuanya itu, iaitu budi, akal, pergaulan, kesehatan, dan pengetahuan, berkumpul menjadi satu pada satu orang. Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi. Lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurang dari segala yang disebutkan itu menyebabkan lemah ataupun kuat, lebih ataupun kurangnya peribadi. Itulah yang menentukan mutu seseorang.

Antara kandungan:
Bab Satu
Peribadi
Harga Seseorang Adalah Peribadinya
Penertian Peribadi
Peribadi Tidak Berkembang keranan Tekanan
Peribadi Bangsa dan Peribadi Individu
***
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Recipes When You're Broke ~ Chef Azian

Menikmati hidangan enak ketika orang lain mengikut perut bukan lagi sesuatu yang mustahil. Ini bukan buku motivasi. Ia adalah buku resipi yang dapat memberi motivasi kepada sesiapa yang menghadapi masalah 'poket kering'. Tanpa mengira masalah itu berpunca daripada apa, resipi dalam buku ini dapat memberikan senyuman kepada pembaca sama ada yang masih bujang ataupun yang sudah berkeluarga.

Antara menu:
Taucu Ikan Bilis
Nasi Goreng Telur
Nasi Goreng Kerabu
Burger Telur
Sup Jagung Ayam Berkrim
Mi Sup Ikan Tamban
Tauhu Masak Masam Manis
Nasi Cendawan Berempah
Kurma Telur
Mini Murtabak Kentang
Ikan Goreng dengan Kerabu Nanas
Sup Miso bersama Tauhu Putih
Nasi Goreng Labu
Gulai Petai Cili Padi
***
(SEM & S/S) RM6.50 > RM5.70

Yahudi, Kristian, Hindu dan Buddha Berasal Daripada Islam? ~ Ahmad Iqram Mohamad Noor

Ada beberapa perkara yang menjadi persoalan:
  • Mengapa dalam agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. terdapat kisah-kisah nabi terdahulu? Apa kaitan Baginda dengan nabi-nabi terdahulu?
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah berbangsa Arab, namun kenapa Al-Quran harus bercakap mengenai bangsa lain terutama sekali bangsa Yahudi?
  • Mengapa Al-Quran mengakui kitab-kitab terdahulu, malah terdapat banyak persamaan hukum di dalamnya?
  • Bagaimana Nabi Muhammad s.a.w. tahu mengenai kisah para nabi bangsa Yahudi, sedangkan dalam sejarah hidup Baginda tidak pernah belajar mengenai agama Yahudi dan tidak pernah membaca Taurat dan Injil?
Jawapan kepada empat soalan ini hanyalah satu. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah agama yang telah dibawa oleh nabi-nabi terdahulu, yang diturunkan melalui wahyu oleh Tuhan yang satu. Sekiranya Nabi Muhammad s.a.w. itu membawa agama baru, sudah tidak ada kepentingan baginya untuk menceritakan kisah nabi terdahulu dan tidak perlu mengakui bahawa kitab Taurat dan Injil itu adalah kitab yang diturunkan oleh Tuhan. Sekiranya agama Islam ini tidak ada kaitan dengan nabi terdahulu, Baginda tidak perlu bersusah payah untuk mengkhabarkan mengenai orang Yahudi, Nasrani, Sabien, dan Majusi kerana Baginda berbangsa Arab, manakala kesemua kelompok itu bukanlah daripada kalangan bangsa Arab.
***
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Monday, October 17, 2016

Malcolm X ~ Al Ghazali

Malcolm X dilahirkan pada tahun 1254 di Omaha, Nebraska. Bapanya, Earl Little, adalah seorang reverend yang berceramah untuk memperjuangkan hak orang kulit hitam. Oleh kerana ucapan bapanya sering berunsurkan subversif, keluarga Malcolm diserang oleh kumpulan 'white supremacist' Ku Klux Klan dan The Black Legion yang membakar rumah keluarga mereka. Selepas berpindah ke Michigan, bapanya mati dibunuh dan ibunya pula menjadi gila. Malcolm dan adik-beradiknya seramai lapan orang dipisahkan dan diletakkan di bawah keluarga angkat. Malcolmdibawa untuk bersekolah di Mason di bawah penjagaan keluarga Swerlin.

Malcolm adalah satu-satunya pelajar berkulit hitam di Mason Junior High School. Dia diskriminasi oleh gurunya sendiri apabila gurunya mahukan dia menjadi seorang tukang kayu daripada cita-citanya yang mahu menjadi seorang peguam. Semua itu kerana warna kulitnya yang berbeza. Apabila memasuki gred kelapan, Malcolm berhenti sekolah untuk tinggal bersama kakak angkatnya, Ella di Boston. Selepas bekerja sebagai penggilap kasut di Boston, Malcolm berpindah ke kawasan Harlem di New York untuk menjual marijuana. Selepas diekori polis narkotik, dia menukar karier menjadi perompak.

Nasibnya tidak baik apabila dicekup polis pada tahun 1946 kerana memiliki jam curi. Pada usia 20 tahun, dia dimasukkan ke Charlestown State Prison dengan hukuman penjara sepuluh tahun. Sedangkan tempoh biasa untuk hukuman merompak adalah dua tahun sahaja. Dia mengalami diskriminasi sistem kehakiman hanya kerana kulitnya yang hitam. Di dalam penjara, Malcolm berjumpa dengan rakan banduan, Bimbi. Bimbi menyebabkan Malcolm kembali mempelajari bahasa Inggeris dan membaca buku. Di dalam penjara, Malcolm yang buta huruf belajar menulis, menghafal kamus, dan mempelajari sejarah keturunan orang kulit hitam. Adik-beradiknya sering datang melawat. Satu hari, mereka mengajaknya untuk tidak merokok dan makan babi. Lama-kelamaan, Malcolm mendapat tahu keluarganya sudah memeluk agama Islam di bawah seorang lelaki yang bernama Elijah Muhammad melalui pertubuhan Nation of Islam. Selepas keluar penjara pada tahun 1952 melalui jaminan parol, Malcolm tinggal bersama abangnya di Detroit dan bekerja sebagai jurujual perabot. Pada masa lapang, dia menyertai pergerakan Nation of Islam dan dilantik menjadi pembantu minister pada musim panas tahun 1953. Malcolm menjadi figura penting yang memperjuangkan hak asasi orang kulit hitam di Amerika melalui siri ceramah dan juga pengelibatannya dalam Nation of Islam.

Friday, October 14, 2016

Oh My Jep! Kucing Pun Kacak ~ Ummi Jep

Hye gurlz! Yomciked!

Ada tiga kriteria bini yang Jep cari:
Misi
Misi
Misi

Walaupun Jep suka misi, tapi Jep boleh pertimbangkan acik-acik yang baik hati. Maklumlah Jep kan mudah tertawan orangnya.

Angkel-angkel? Yang hensem saja boleh selfie dengan Jep, okey! Bukan apa, nak bergambar faktor sekufu tu mesti diambil kira.

p/s: Jangan risau, yang tak hensem boleh bergambar dengan angkel Tan Sri Nazrey, okey!

- Koleksi komik Oh My Jep ini pasti membuatkan anda tak kering gusi menahan ketawa. Keletah yang selamba bila digabungkan dengan gambar-gambar yang mencuit hati membuatkan kucing bernama Jep ini mempunyai 400 ribu pengikut di Facebook.
***
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Tuesday, October 11, 2016

Erdogan Bukan Pejuang Islam? ~ Ahmad Azam, Najmuddin Mohd Nawi, Muhammad Suhail Ahmad

Siapa Erdogan sebenarnya?

Benarkah Kudeta berlaku ataupun hanya rekaan?
Benarkah Erdogan membiayai kumpulan pengganas ISIS?
Apakah kaitan Turki dengan negara haram Israel?

Mengapa Erdogan hendak dibunuh?
Apakah peranan Turki dalam NATO?
Adakah benar Turki sebuah negara Islam, ataupun boneka barat?

Biz Bir Ummatiz: Adakah suatu retorik ataupun realiti?
Siapakah Gulen yang dikatakan musuh dalam selimut?
***
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Sejarah Lengkap 25 Rasul ~ Rizem Aizid

Pengutusan para Rasul kepada umat manusia adalah anugerah terbesar daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Melalui para Rasul, umat manusia seolah-olah disisnari dengan cahaya bimbingan dan petunjuk yang tidak berpenghujung.

Akidah “Laa ilaaha illa Allah” diperteguhkan, akhlak mahmudah dan karimah diperkenalkan, sistem-sistem kehidupan yang sistematik ditonjolkan dan benarlah, kehadiran mereka membawa rahmat ke seluruh alam; “rahmatan lil a'lamin”. Justeru, buku ini membawa anda meneroka lipatan sejarah para Rasul pilihan ini; sejarah kehidupan, mukjizat-mukjizat serta kisah-kisah bersejarah mengenai ketokohan kekasih-kekasih Allah SWT ini. Istimewanya buku ini adalah perbahasan di dalamnya dibahas melalui pelbagai perspektif iaitu Islam, Kristian dan Yahudi dan juga beberapa fakta melalui kesan-kesan peninggalan dan artifak berkaitan mereka yang dijumpai.

Semoga dengan memahami kisah hidup kekasih-kekasih Allah SWT ini akan memberikan motivasi yang luar biasa hebat kepada kita dalam menjalani kehidupan pada akhir zaman ini.
***
(SEM & S/S) RM59.00 > RM51.90

Neredesin? Awak Di Mana? ~ Puteri Nor

Demi duha... Dan malam, apabila ia sunyi sepi.

Gel gör beni aşk neyledi. Mari lihat apa cinta buat kepada saya.

Ruby Haya arkitek lincah berkeyakinan tinggi yang menyembunyikan kepahitan hidup dalam keceriaan. Niat untuk menyertai pasukan simpanan tentera menemukannya dengan Mejar Syed Hilal Aslan. Tika berkelana di Istanbul, juruterbang pesawat tempur itu dijadikan pengawal peribadi disebabkan gangguan yang dialami. Peradaban tinggi pemuda peranakan Arab dan Turki itu mempesonakan Ruby. Takdir mereka bercantum di Bursa apabila flight leader itu melamar selepas suatu kejadian besar. Si ibu mentua cuba menyingkirkan Ruby apabila sejarah hitam keluarganya dibongkar oleh saudara yang berdengki. Tidak pernah mengecap kasih ibu, didewikannya wanita itu. Namun solusi berisiko tinggi yang diambil memakan diri. Kecewa, Ruby ke ibu kota untuk menjadi hamba kerjaya. Dalam satu kejadian, dia bertemu dengan doktor perubatan merangkap pengusaha business sukan air berjiwa bebas.

“Semua beach boy tak senonoh pada pandangan awak?” – SHAH

Ayhan yang menyelamatkan Ruby di hutan Chiang Mai pula ada misi peribadi.

“Kalau ditanya, say it loud and say it proud. Tuhan yang anugerahkan awak status itu.”– AYHAN

Baru persahabatan dengan Shah dan Ayhan berkembang, Syed Hilal yang sudah berstatus bapa muncul.

Monday, October 10, 2016

Talaqqi ~ Anwar Majdi

Ikuti perjalanan kisah benar seorang anak muda di bumi Syria dalam misi mendalami Ilmu, sebelum meletusnya krisis peperangan demi peperangan seperti hari ini. Diceritakan juga 1001 keindahan dan kunikan Syria semasa beliau di sana, namun kini, semuanya semakin terhakis.
***
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

40 Hadis Tentang Kanak-kanak ~ Mohd Khafidz Soroni

Perhatian kepada golongan kanak-kanak adalah penting kerana merekalah yang akan mencorakkan rona kehidupan pada masa akan datang. Mereka merupakan aset dalam pembentukan dan pembangunan sesebuah bangsa dan negara. Justeru, usaha memberi pendidikan dan tarbiah yang terbaik kepada mereka merupakan suatu tanggungjawab yang besar di bahu ibu bapa dan para pendidik secara umumnya.

Himpunan 40 buah hadis berkaitan kanak-kanak ini secara khusus bukanlah ditujukan kepada golongan kanak-kanak, tetapi yang lebih utama ia ditujukan kepada semua ibu bapa, guru dan lain-lain yang terlibat dalam tugas mendidik kanak-kanak. Buku ini diharapkan dapat menjadi panduan dan pedoman buat mereka untuk mendidik kanak-kanak menurut sunah Nabi dan para salafussoleh.
***
(SEM & S/S) RM9.00 > RM7.90

Tafsir Mini Surah Al-Tin Untuk Anak-anak ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

Buku Tafsir Mini Surah al-Tin untuk Anak-anak ini masih mengekalkan konsep "Pictorial Mnemonics and Sound Contrasting" sama seperti buku penulis sebelum ini iaitu Tafsir Mini Surah Al- Duha. Insya Allah, kaedah ini mampu menambah perbendaharaan kata kepada anak-anak khususnya. 

Setiap ayat disertakan dengan ilustrasi yang sesuai dan menarik bagi membantu anak-anak memahami ayat-ayat yang dibaca. Selain itu, peta cerita bergambar yang memberikan gambaran menyeluruh berkenaan surah ini turut disertakan.
***
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Tuesday, October 4, 2016

Bahagia Tanpa Zuriat ~ Noor Laila Aniza

Karya ringkas ini menjelaskan serba sedikit terapi untuk pasangan yang belum dikurniakan zuriat. Jangan berputus asa daripada rahmat Allah, pasti ada jalan dan ketentuan yang terbaik untuk kita. Redakan hatimu, tenangkan jiwamu, hapuskan air matamu. Selamat berbahagia dunia dan akhirat sekalipun tanpa zuriatmu sendiri!
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Anda Bertanya Ustaz Menjawab Mengenai Keluarga ~ Rohidzir Rais

Cinta biar sampai syurga, jangan tersekat hanya sekadar nikmat dunia.

Pabila berkasih, kita mahu sehidup semati. Tapi terkadang, kita lupa, hidup ini tidak berhenti di sini. Sehidup semati di dunia, biar nanti hidup balik, dan bersama-sama di syurga.

Mahu kejar syurga, bekalnya ilmu agama.

----------------------------------------------------

“Ustaz, bagaimana kita bezakan darah wanita?”

“Ustaz, boleh solat sunat kalau belum qadha solat fardhu?”

“Ustaz, bila pula lelaki dilaknat?”

“Ustaz, bolehkah mangsa rogol pulihkan daranya?”

Mahu tahu cukup atau tidak bekal, sekurang-kurangnya terjawab soalan di atas ini.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

ISIS ~ Dr. Maszlee Malik, Dr. Abdul Basit, Dr. Mohd Afandi Salleh, Jufitra Johar, Fikri CH, Hj. Syed Mohd Radhi

Siapa ISIS? Siapa pula DAESH? Apa beza dengan ISIL dan IS? ISIS ini benar-benar wujud atau rekaan sahaja? Siapa paling untung daripada kewujudan ISIS? Sekiranya ISIS Islam, kenapa ISIS sanggup bunuh orang Islam? Benarkah Israel di belakang ISIS? Bolehkah berjihad tanpa izin kerajaan?

... Dan banyak lagi persoalan terjawab dalam buku ini.


Antara Kandungan:
Siapakah ISIS?
Dr. Maszlee Malik

ISIS: Pejuang ataupun Petualang Islam?
Dr. Mohd Afandi Salleh &
Ar. Hj. Syed Mohd Radhi Syed Sakkaf

Fikrah ISIS
Dr. Maszlee Malik

Kumpulan ISIS Menyubur Islamophobia, Menjerat Belia
Jufitri Joha

Pandangan Para Ulama Mengenai ISIS
Dr. Maszlee Malik

Analisis Isu ISIS
Dr. Maszlee Malik

Faktor Kemunculan Militan Islam dalam Masyarakat
Prof Madya Dr. Mohd Basri Ibrahim

Definisi Jihad, Jenis, dan Hukum
Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Kahwin, Anda Berani? ~ Dr. Sakinah Salleh

Berkahwin, Anda Berani? Kalau berani, sila jumpa Tok Kadi. Tetapi, berkahwin bukan sekadar soal jumpa Tok Kadi ataupun akad nikah sahaja. Bahkan, tentang apa yang bakal dialami selepas berumah tangga.

Buku ini mempersembahkan realiti sebenar asam garam yang berlaku dalam alam rumah tangga. Turut dikongsi inspirasi kekeluargaan serta info fiqh penting yang boleh dijadikan motivasi, buat bekalan bakal pengantin mahupun pasangan yang sudah berkahwin, sebagai panduan bersama.

Jadi, baca dulu buku ini. Selesai baca, baru boleh tahu sama ada ‘Anda berani ataupun tidak’.
*****
(SEM & S/S) RM13.00 > RM11.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...