Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, October 27, 2014

Solat Taubat ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ungkapan ulama sufi tentang taubat daripada kitab al-Risalah al-Qusyairiyah:

- Sahl bin Abdullah berkata: "Taubat adalah jangan lupa dosa kamu."

- Junaid al-Baghdadi berkata: "Taubat ialah lupa dosa kamu."

- Al-Nuri berkata: "Taubat ialah engkau bertaubat daripada semuanya kecuali Allah SWT."

- Zu al-Nun al-Misri berkata: "Taubat orang awam adalah taubat dari dosa sedangkan taubat orang khawwas adalah taubat dari lalai."

*****
(SEM) RM7.00 - RM6.20
(S/S) RM8.00 - RM7.00

Solat Istikharah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Solat Istikharah ialah solat sunat sebanyak dua rakaat yang boleh dilakukan pada waktu-waktu yang tidak makruh. Solat ini sunat dilakukan oleh sesiapa yang mahu sesuatu perkara yang harus sedangkan dia tidak mengetahui kebaikan perkara tersebut.
Selepas solat Istikharah, sunat berdoa dengan doa yang ma'thur. Jika Allah melapangkan dadanya untuk melakukan perkara itu selepas mengerjakan solat tersebut maka lakukanlah, dan jika sebaliknya jangan melakukannya.

Solat Istikharah adalah merupakan satu jawapan dalam menentukan pilihan segala perkara yang baik kerana ianya berdasarkan kepada petunjuk nabawi dan ilham rabbani daripada Allah Rabb al-'alamin.

*****
(SEM) RM7.00 - RM6.20
(S/S) RM8.00 - RM7.00

Merungkai Permasalahan Tentang 'Iddah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dengan mengkaji hukum dan permasalahan tentang'iddah secara mendalam dan teliti, disulami rujukan yang muktabar sudah pasti kita akan menemui banyak natijah yang baik dan dapat memberi jalan penyelesaian kepada permasalahan ummah. Di samping ia mampu membawa dan memimpin kita ke arah lebih maju dan selari mengikut syariat Allah.

*****
(SEM) RM5.00 - RM4.40
(S/S) RM7.00 - RM6.20

Sedekah Luar Biasa ~ Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Sedekah bukan sahaja berben­tuk kewan­gan dan harta benda. Bahkan sedekah men­cakupi aspek tenaga, usaha, tin­dakan, ketelu­san dan ketu­lu­san dalam usaha mele­barkan man­faat buat diri, masyarakat serta umat manusia.

Sabda Rasu­l­ul­lah SAW yang bermak­sud, “Setiap kebaikan dan keba­jikan itu adalah sedekah.” Ini­lah prin­sip yang mesti dipegang oleh setiap Mus­lim agar setiap detik kehidu­pan itu terus-​menerus diberi gan­jaran pahala yang besar di sisi Allah. Ingat­lah, derma dari­pada seo­rang yang sedikit har­tanya lebih besar gan­jaran­nya dari­pada derma indi­vidu yang banyak har­tanya. Lalu, apa lagi alasan kita seba­gai Mus­lim? Bersedekahlah sebelum sam­pai nyawa di kerongkong.…Adakah si kaya ini gila ker­ana men­der­makan wang yang begitu banyak? Ataupun kita yang mabuk den­gan pen­car­ian wang secara mement­ingkan diri tanpa sebarang pemberian?

*****
(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Tuesday, October 21, 2014

Kitab Fikah Mazhab Syafie ~ Pustaka Salam

Kitab Fikah Mazhab Syafie (kulit nipis)

Harga selepas Diskaun 12%:
Jilid 1 - (SEM & S/S) RM19.40
Jilid 2 - (SEM & S/S) RM13.20
Jilid 3 - (SEM & S/S) RM11.40
Jilid 4 - (SEM & S/S) RM16.30
Jilid 5 - (SEM & S/S) RM16.30
Jilid 6 - (SEM & S/S) RM17.20
Jilid 7 - (SEM & S/S) RM19.40
Jilid 8 - (SEM & S/S) RM24.20

Sunday, October 12, 2014

Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Perbahasan Kitab Al-Umm (H/C) ~ Imam Al-Syafie

Imam Muhammad bin Idris al-Syafie ( 150-204H ) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (Pendapat Lama) dan Kitab yang ditulis ketika beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (Pendapat Baru).
Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie, iaitu; 

1.Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie.
2.Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafie dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla'i).
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam Mazhab as-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk ). la dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam Mazhab ol-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar don tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada al-Qur'an, al-Sunnah, Oak dan Qiyas. 

Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. Manakala dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakon menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Dalam kalangan utama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitab aI-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafie sendiri atau karya para muridnya. Walau apapun pandangan uloma mengenai kaedah penyusunan kitab aI-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan al-Syafie kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya dalam bidang hukum berdasarkan riwayat muridmuridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang add dan thiqah.

Jilid kelima daripada Kitab al-Umm ini membahaskan persoolan-persoalan fekah dalam Kitab Haji yang berkaitan ibadah haji (Manasik Al-Hajj) dan apa yang berkaitan dengannya seperti kewajipan berhaji seperti hukum-hakam berkaitan haji, Kitab Qurban yang berkaitan dengan ibadah qurban, Kitab Berburu dan Sembelihan yang berkaitan dengan hukum-hakam berburu dan sembelihan, don Kitab Makanan yang berkaitan dengan hukum halal haram dalam makanan dan minuman. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat kepada para pembaca don penuntut ilmu.

*****
(SEM) RM65.00 - RM57.20
(S/S) RM68.00 - RM59.80

Tuhfah Ar-Raghibin: Mahkota Orang Yang Gemar Menuntut Ilmu ~ Al-Hidayah

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita memeliharakan iman kita daripada segala perkara yang membinasakanya kerana barang siapa yang binasa imannya, jadilah ia kafir dan binasalah sekalian amal yang telah dikerjakannya dan jadilah ia isi neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya.

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita beri'tiqad dengan iqtiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah kerana ia adalah jalan Nabi Allah dan sahabatnya dan segala mereka yang mengikut akan mereka itu dan yang mengikut akan yang mengikut mereka itu hingga hari kiamat. Dan wajib atas kita menjauhi sekalian rtiqad bid'ah yang sesat seperti i'tiqad segala kaum yang tujuh puluh dua yang tersebut bilangan mereka itu di dalam hadith Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam:
"Bahawasanya adalah kaum Bani Israil bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Musa tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan satu kaum jua yang masuk syurga; (dan lagi bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Isa tujuh puluh dua kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan suatu kaum jua yang masuk syurga; (dan bercerai-cerai umatku kemudian daripada aku tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya isi neraka melainkan suatu kaum jua masuk syurga, (maka) sembah segala sahabat: "Siapa yang suatu kaum itu, ya Rasulullah?" (Maka) sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasollam: "laitu yang aku di dalamnya dan segala sahabatku", (yakni iaitu jalanku yang betel dan jalan segala sahabatku (yakni iaitu jalanku yang betul dan jalan segala sahabatku iatulah jalan ahli Al-Sunnah wa Al-Jamaah."

Oleh kerana itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah dia di antara kaum-kaum yang tersebut di dalam hadith ini, maka marilah kita sama-sama mempelajari dan mentadabbur isi kandungan kitab ini supaya kita dapat menjaga dan memelihara iman kita supaya tidak terkeluar daripada i'tiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan.

Para pembaca disarankan agar mempelajari kitab ini secara bertalaqqi yakni berguru supaya para pembaca dapat memahami isi kandungan kitab ini dengan lebih baik dan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari para guru yang berkenaan. Kepada Allah kita memohon hidayah dan taufiqNya.

*****
(SEM) RM9.00 -  RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...