Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, September 22, 2014

Wanita-wanita Hebat di Sekeliling Rasulullah s.a.w ~ Mahmud Al-Misri

Apabila kita singkap semula peradaban dunia yang sebelum Islam seperti Yunani, Romawi, Yahudi dan Arab Jahiliah, wanita dianggap sebagai makhluk yang tidak perlu wujud di dunia. Bahkan di zaman moden ini pun wanita kadangkala dianggap sebagai bahan yang boleh dieksploitasi untuk keseronokan dan peragaan ketika wanita tersebut masih muda dan menarik. Namun masih ada yang menganggap inilah simbol kebebasan dan kemodenan. Tetapi hakikatnya ini hanyalah merendah-rendahkan lagi martabat wanita.

Musuh-musuh Islam amat risau sekiranya apabila wanita muslimah begitu berpegang teguh kepada syariat Islam. Kebimbangan ini disebabkan, dari wanita muslimah inilah akan melahirkan generasi Islam yang mantap. Pelbagai helah dan rencana yang dirancang oleh musuh Islam untuk merosakkan wanita muslimah, demi untuk melemahkan generasi Islam yang akan terbina kelak.
Buku ini menghimpunkan beberapa tokoh wanita-wanita hebat yang berada di sekeliling Rasulullah S.A.W. Mereka merupakan contoh teladan yang terbaik untuk menjadi idola dan inspirasi kepada kaum Hawa dalam zaman yang penuh cabaran ini. Semoga dengan perkongsian ini mampu menjentik satu semangat murni ke dalam jiwa kita untuk menegakkan dan meninggikan lagi keagungan Islam.

*****
(SEM) RM80.00 - RM70.40
(S/S) RM83.00 - RM73.00

Friday, September 19, 2014

Ensiklopedia Akhlak Muhammad s.a.w ~ Mahmud Al-Misri

Rasulullah SAW adalah sumber teladan yang layak kita ikuti, kerana Allah SWT berfirman: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta is pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Surah al-Ahzab: 21)

Keteladanan yang baginda tunjukkan melalui akhlak mulia adalah rahsia kejayaan baginda dalam menyampaikan dakwah Islam dan ini dilakui oleh banyak pihak, sama ada muslim ataupun bukan muslim.
Penjelasan secara terperinci tentang rahsia itu kini ada di dalam ensiklopedia ini sehingga pembaca dapat mengamalkannya di dalam kehidupan sehari-hari dan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

*****
(SEM) RM98.00 - RM86.20
(S/S) RM101.00 - RM88.90

Monday, September 8, 2014

Fathul Bari: Syarah Shahih al-Bukhari Jilid 18 Kitab Jual Beli ~ Ibnu Hajar al-'Asqalani, Pustaka Imam Asy-Syafi'e, Telaga Biru

Kitab Syarah atau penjelasan kitab Shahih Al-Bukhari ini tergolong kitab syarah yang paling sempurna kerana kemampuannya dalam menyajikan dan menerangkan banyak hal. Jilid ke18 ini menghuraikan tentang perbahasan hadis-hadis berkaitan jual beli dan perniagaan. Antara tajuk yang dibahaskan di dalam kitab ini ialah penjelasan makna syubhat, berdagang di laut, kelapangan rezeki dan sebagainya.

*****
(SEM & S/S) RM80.00 - RM70.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...