Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, July 29, 2016

Power Parenting: Motivasi Anak Pintar ~ Dr. Tengku Asmadi

Buku ini lahir daripada persoalan-persoalan yang sering penulis terima selaku pengasas kepada syarikat latihan dan juga merupakan seorang 'Public Speaker' dan motivator terkenal

Antara persoalan dan keluhan ibu bapa yang sering diperolehi ketika ini:
* Anak saya rajin belajar tetapi kenapa tidak cemerlang?
* Saya tahu anak saya ada potensi, bagaiman mahu saya gilap potensinya itu?
* Anak saya dulunya baik kenapa kini berubah watak?
* Anak saya dulunya alim, kenapa sekarang solat pun disuruh?
* Kenapa anak saya malas belajar dan tidak siapkan kerja sekolahnya? Bagaimana nak buat?
* Anak saya pendiam, sedangkan saya ibu bapanya banyak celoteh?
* Sudah berbuih mulut ini bercakap tetapi kenapa macam masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri?

Penulis merasakan sudah sampai masanya untuk ibu bapa berubah walaupun tidak dinafikan ibu bapa mempunyai gaya yang unik dan tersendiri dalam mendidik anak-anak. Persoalannya adakah gaya keibubapaan mereka itu positif atau negatif? Ibu bapa sememangnya mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak. Tetapi sedarkah ibu bapa, ada waktunya mereka melakukan kesilapan tanpa mereka sedari? Bagaimana pula cara untuk memperbaiki kesilapan itu?

Bertolak daripada itu, penulis kongsikan dalam buku ini tip keibubapaan termasuk memberi peluang kepada ibu bapa untuk sama-sama menilai tahap sebenar keibubapaan mereka.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

17 Rukun Berbisnes Dengan Allah ~ Muhammad Muhyidin

Marilah kita bertanya kepada diri kita sendiri, " Adakah potensi dalam diri kita untuk menjadi orang berjaya, kaya dan senang tanpa melalul kesukaran dan permasalahan dalam kehiidupan?"
Jawapannya ada. 100% ada! laitu dengan cara berbisnes dengan Allah.

Buku ini menyatakan istilah khusus berkenaan berbisnes dengan Allah. Bisnes dengan Allah bermaksud menggali dan meraih motivasi dan semangat dari dalam diri kita sendiri berdasarkan rukun-rukun yang diisyaratkan Allah untuk mencapai kejayaan bisnes. Jika anda sedang tercari jalan, cara, teknik, akal atau tip-tip dalam bisnes yang akan sentiasa mengungtungkan pengalamat, maka tiada pilihan lain kecuali berbisnes dengan Allah.

17 rukun itulah yang sesungguhnya anda perlukan di tengah kegawatan keadaan sekarang ini. 17 rukun itulah yang akan menjadi pedoman utama anda bagi memenuhi bisnes praktikkan dengan Allah. Anda jalankan dan praktikkan bererti anda telah menjemput kekayaan dan kejayaan bisnes dalam hidup anda. Ambil tahu,pelajari, amalkan, segalanya ada di dalam buku ini!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Tuesday, July 26, 2016

Sultan Abdul Hamid II ~ Abdul Latip Talib

Kisah Sultan Abdul Hamid II yang cuba memulihkan kembali Empayar Uthamaniyyah, yang digelar orang Sakit Eropah. Pelbagai cabaran yang perlu baginda tempoh, Bukan sahaja cabarand aripada kuasa luar seperti British dan Rusia yang perlu baginda hadapi, malah, serangan dalaman dan pemberontakan juga perlu ditangani. Namun, segala-galanya sudah tersurat. Baginda jatuh juga, dan digantikan dengan seorang sultan boneka. Ini menjadikan baginda, Khalifah Terakhir Empayar Uthamaniyyah.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Monday, July 18, 2016

Islam Hina Wanita? ~ Dr. Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Ketahuilah bahawa wanita merupakan makhluk Allah yang sangat mulia. Wanita menjadi seindah-indah perhiasan dunia. Wanita pembawa bahagia, pendamai jiwa. Wanita pelengkap kepada dua jiwa; seorang jejaka maka seorang lagi wanita. Wanitalah tonggak penting dan watak signifikan yang rancak memacu kemajuan. Baik intelektual mahupun spiritual. Sudah terlalu banyak bukti ditonjolkan melalui cerminan zaman.

Lantas ketahuilah bahawa Islam tidak sekali-kali merendahkan wanita. Islam datang mengangkat darjat wanita. Berdesas-desus pseudofakta yang hanya dilapik dengan hujah selapis. Manakala justifikasinya tidak berpasakkan bukti yang sahih. Mereka menyebarkan bahawa Islam datang menghina wanita? Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi. Kita sediakan jawapannya. Kita petakan solusinya. Dengan izin-Nya, kita berjaya sederap meluncurkan sebuah karya yang amat baik untuk diketengahkan kepada umat Islam mahupun umat alam.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

X-Plorasi Surah Yasin ~ Muhammad Luqman Makhtar

Surah Yasin sememangnya sudah menjadi amalan masyarakat kita yang sangat baik untuk diteruskan. Bukan sekadar itu, bahkan sewajarnya kita bersama berusaha memahami dan mentadabbur surah ini dan al-Quran secara keseluruhannya. Itulah perintah dan tuntunan Allah SWT serta Rasulullah SAW atas kita agar al-Quran sentiasa hidup di dalam hati dan kehidupan kita. 

Untuk siri eksplorasi ini, penulis membawa banyak maklumat menarik tentang kandungan surah Yasin, 83 cabaran uji minda dan pengetahuan serta ilmu yang digarap daripada sumber yang autentik.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Teh Tarik Nasi Arab ~ Imam Muda Hassan

Teh Tarik, Nasi Arab ialah hasil gabungan dua dimensi dan dua budaya yang berbeza. Walau bagaimanapun, ia dapat disatukan kerana hasil gabungan ini walaupun nampak seperti pelik pada awalnya, tetapi lama-kelamaan seperti ngam pula akhirnya. 

Apa-apa sahaja yang baik daripada bangsa Arab yang Muslim, maka kita ambillah. Jangan diambil budaya barat kerana bakal mengundang bala dalam hidup. Pada masa yang sama, jangan dilupa kita ini berbangsa Melayu yang beragama Islam. Jika ada adat resam yang tidak menyalahi agama dan baik untuk diamalkan, maka janganlah ditinggalkan amalan itu kerana kita ada identiti tersendiri. Gabungkan yang baik, pasti lebih cantik.
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Saturday, July 16, 2016

Vehaen II: Rifat ~ Ainul Farihah

RIF'AT. Dia kembali ke tempat asalnya untuk mencari keluarganya sementara masih ada kesempatan. Bermula dengan penglibatannya dengan pasukan perubatan dari Malaysia, Rif'at meneruskan hidupnya bersama anak tempatan apabila terjadinya satu serangan yang mengorbankan ramai rakannya. Bermulalah misi pencarian susur-galurnya di bumi Palestin itu.

NAJDAT. Remaja Palestin yang hidup sebatang kara di rumah perlindungan. Dirinya tidak pernah tersenyum sejak dia kehilangan segalanya. Namun semangatnya tetap teguh untuk membebaskan negaranya daripada cengkaman Zionis. Pertemuan dengan Rif'at mengukir kembali senyuman pada wajahnya. Dia merasakan seperti punya keluarga semula.


"Najdat...."
Najdat tidak menjawab tetapi dia mendengar.
"Boleh aku sertai pasukan ketenteraan kamu ini?"
Najdat menoleh sekilas, angguk, namun disusuli dengan syarat. "Selepas kau temui apa yang kau cari."

Perjuangan mereka berbeza namun punya matlamat yang sama, reda Ilahi. Meski semua itu perlukan pengorbanan yang hakiki.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Friday, July 15, 2016

The Unsung Hero ~ Melur Jelita

Dan Dia mengajar manusia apa yang tak diketahuinya… ayat 5, Surah al Alaq

Kissing cousin?
Huh?!
Bagi Deraman tak berdosa.
Bagi Blackswan, sangat berdosa!
Sumbang mahram!
Dari Blackswan bertukar kepada angry bird.
Sombong menonggek!
Blah cam tu je dari Deraman, lelaki serigala jadi-jadian!

Ketika semua kesayangan ditarik dari seorang insan, dia tewas. Tapi seorang insan yang terpilih untuk diuji oleh Allah SWT, sebenarnya memiliki jiwa juang yang sangat kental. Allah pilih, Allah uji kerana dia mampu. Lihatlah bila satu jiwa yang tewas kemudiannya reda dengan ketentuan Allah bangkit menjadi jiwa baru. Dia harus kuat! Kerana itulah satu-satunya pilihan yang ada.

Kisah kejiwaan yang sangat meruntun hati di antara sepasang sepupu yang dipaksakan hubungan adik-abang dari kecil. Maryam akur.
Irvan enggan. Mereka terpisah dengan satu janji. Tetapi janji itu dimungkiri dengan kehadiran Riyaz.
Hoo rat! Riyaz sangat berani. Seorang putera raja berkuda putih!
Maryam, sang perawan yang pemalu, dipingit rapi dengan penuh adab dan bicara tewas kepada seorang pemuja.
Hatinya telah dipesona Riyaz yang berani melanggar sempadan pingitan bak dan bunda.
Irvan, Maryam, Riyaz, Haziq, bak dan bunda, di sinilah couple seminit bermula…

I Love You, Stupid! ~ Melur Jelita

KISAH KEMANUSIAAN YANG PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Perjalanan hidup Iris mencari jawapan kepada rasa sepi dan tidak berpunya yang sering bertandang dalam hatinya.

Aku Iris the diva. Pembunuh senyap lelaki tanpa bayang! I'm bad and I'm dangerous!

Aidan? My main course yang sangat menyelerakan!
“Saya nak Inspektor Iris digari dan dihukum kerana telah mencuri hati saya. Saya dah X-ray tubuh Inspektor Iris, saya nampak hati saya berada dalam hati Inspektor Iris… – Aidan

Abang pedas? Eye Mo aku!
“Apalah sangat dengan saman yang setakat 300 ringgit tu? Lebih dari tu I boleh bayar. Berbaloi dapat love letter dengan hot guy ni.Handsome dan pedasss!” - Iris
“Kesalahan keempat, cuba menggoda polis. Kesalahan kelima, menghina kerja polis, kesalahan keenam cuba menghalang polis dari menjalankan tugas...” – Abang pedas

Inspektor Ebrahim? My parfait, perfect!
“Sir! How could you! Menggoda seorang gadis di bawah umur?” - Iris
“Bukan di bawah umur, gadis di bawah sedar, di bawah pengaruh kurang cerdik!”
*****
(SEM & S/S) RM39.00 > RM34.30

Kopiah Buat Zauji ~ Syima Syawal


“Bunga tahi ayam?!” -Ella.
“Cuba kau jangan lihat dari namanya, tapi kau pandang pada keindahannya. Biarpun baunya busuk, tapi ia tetap mampu menyerikan taman. Betul tak?” - Hakimi.

Bila aweks rock bertemu dengan mamat K-pop, hasilnya memang sangat mengujakan. Bukan sefahaman tetapi huru-hara jadinya.

Ella dan Hakimi berlainan minat, berlainan fesyen. Masing-masing sering mengutuk antara satu sama lain. Namun dalam diam, Ella suka mencuri-curi pandang. Gaya lelaki itu mampu buatkan jantungnya berdegup kencang. Tanpa mereka duga, reunion orang tua mereka telah membawa mereka ke gerbang perkahwinan. Jangan salah sangka, bukan terpaksa tetapi mereka sememangnya rela. Masing-masing punya agenda tersendiri. Mahu bebas dengan kehendak mereka tanpa sebarang halangan.

Rumah tangga mana yang tidak diduga, bukan kerana orang ketiga tetapi masalah-masalah kecil yang terbuku sehingga membawa kepincangan yang nyata.

“Benci sangat ke abang pada saya? Apa salah saya? Saya ke yang buat abang jadi macam ni?
Saya ke yang aniaya abang? Saya ke yang cuba bunuh abang- Ella

Wednesday, July 13, 2016

Memburu 27 Darjat: Tatatertib Muafik & Masbuk ~ Nazirul Mubin

Solat ialah rukun Islam yang kedua selepas syahadah. Kefarduan solat yang istimewa – direct daripada Allah – cukup untuk menggambarkan keagungannya di sisi Islam. Solat merupakan penghubung utama manusia dengan Rabnya. Pendek kata, jika baik solat seseorang, maka baiklah hubungannya dengan Allah

Solat itu sebaik-baiknya dikerjakan dengan berjemaah. Bagi mereka yang mengerjakan solat fardu secara berjemaah mendapat kelebihan yang amat besar. Ia melambangkan syiar Islam yang mementingkan persaudaraan sesama Muslim, memperteguh dan menyatukan diri kita dalam satu barisan, melatih diri untuk taat kepada keperluan umum dengan mengikut imam untuk menuju kepada matlamat yang satu serta kepada perkara-perkara yang diredai Allah.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Inspirasi Haji: Rahsia Yang Tersimpan ~ Dato' Hj. Md Daud bin Che Ngah (Karya asal oleh Almarhum Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi)

INSPIRASI HAJI, Rahsia Yang Tersimpan mengupas hikmah dan pelajaran di sebalik pelaksanaan ibadah haji. Sejarah dan rahsia pensyariatan ibadah haji wajar diketahui umat Islam agar ibadah haji dapat dihayati sepenuhnya. Pulang dari tanah suci bukan sekadar membawa gelaran Haji/ Hajah, malah suatu amanah supaya sentiasa mendekatkan diri kepada-Nya dan menyeru manusia lain supaya mentaati-Nya.

Antara isi kandungan buku ini:
* Sejarah syariat haji.
* Beberapa rahsia mengenai haji.
* Al-Masyhad al-A‘zham.
* Masjidil Haram dalam al-Quran.
* Keutamaan negeri Makkah.
* Sebab-sebab Makkah menjadi Tanah Haram.
*****
(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Move On! ~ Reyna Ibrahim

Dulu saya anggap hidup saya biasa-biasa sahaja, tidak mungkin diuji atau dilambung ombak kehidupan. Namun ujian Allah petanda sebuah cinta dan rindu buat hamba-Nya, sampai masa dikirim-Nya ujian hati kepada saya, saat itu bersedialah wahai hati.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Pulang Bersama Haji Mabrur ~ Mohamad Zaki Abdul Halim

Mengerjakan ibadah haji memerlukan kita berfikir dan bertindak mengikut arahan. Bagi orang yang berfikir dan berusaha menghayati ibadah ini sepenuh hati dan perasaan, mereka pasti melalui demensi kehidupan yang berbeza. Apabila kita menyelami segala aturannya dengan bersungguh-sungguh, kita bertemu dengan mutiara-mutiara yang indah dan mahal harganya.

Oleh sebab rahsia yang tersirat ini tidak diteroka, akhirnya mutiara-mutiara itu tetap tersimpan dan terus menjadi misteri. Buku ini memberi jawapannya dalam pencarian haji yang mabrur.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

One Way Ticket: Pergi Tak Pasti Kembali ~ Muhammad Safwatullah, Mohd Fadli

Kata Ayah, jadilah pendakwah bukan pendakwa.

One Way Ticket: Pergi Tak Pasti Kembali membawa kita menroka sisi murni yang berkait dengan usaha dakwah.
Dakwah ini dilakukan oleh seorang remaja dengan bimbingan ayahanda dan bondanya. Berkisahkan perjalanan dakwah dalam mengajak manusia kepada Allah di sebuah tempat yang terpencil. Pahit dan manis dalam perjalanan dakwah ini sudah sunnah dalam perjuangan.

Tiada perjuangan yang tiada rintangan, tiada perjalanan yang tiada halangan.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

99 Stress Free Daddy ~ Azzam Supardi

Resume seseorang ayah, jika dizahirkan di atas kertas, tidaklah panjang berjela seperti resume seorang ibu. Mungkin kerana ayah lebih cool dengan anak-anak? Ehem.

Buku ini menghimpunkan 99 kisah antara seorang ayah dan anak perempuannya yang kuat berceloteh den 'membebel'. Ayah ini mengambil keputusan berhenti kerja dan membuka studio sendiri di rumah, demi melihat anaknya membesar di depan mata. Bagi beliau, stress menguruskan anak di rumah lebih ikhlas dan penuh kasih sayang, berbanding stress berada di pejabat orang dan menghabiskan usia dengan terperangkap dalam kesesakan jalan raya sewaktu pergi dan balik dari kerja. Segala dialog 'makan dalam' dan 'kejutan' yang berlaku antara mereka, dikumpul dan ditampilkan sebagai anekdot. Harapan beliau, semoga buku ini menjadi memori bertulis untuk tatapan anaknya apabila meningkat dewasa kelak.

Untuk para bapa dan pembaca, buku ini memberi panduan santai tentang bagaimana 'mengatasi' stres dalam menjaga anak perempuan yang sedang membesar. Kuncinya, bertabahlah! keh keh keh
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...