Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, December 30, 2015

Sirah 25 Rasul: Fakta VS Auta ~ Noor Shahira Ghazali

Menyajikan kisah para rasul yang sahih dan menyebutkan beberapa kisah yang palsu berdasarkan kajian ulama-ulama hadith. Pengetahuan dan pendedahan ini amat penting agar kita tidak terpengaruh dengan kisah-kisah yang tidak ada asal usulnya dan boleh memberi fitnah kepada para utusan Allah yang mulia.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Biografi Agung Dr Yusuf Al-Qaradhawi ~Prof Madya Dr. Mohamed Kamil Abdul Majid

Al-Qaradawi amat kritikal kepada mereka yang mendakwa diri mereka sebagai para sufi. Sedangkan mereka sebenarnya adalah aties dan zindiq. Ini dipersetujui oleh al-Sarraj al-Tusi (m. 378H) sejak abad keempat hijrah lagi. Mereka adalah pembohong dan penzalim yang seharusnya diberi perhatian.

Al-Qaradawi berfikiran objektif. Karya-karya beliau dalam bidang keislaman boleh dianggap sebuah ensiklopedia lengkap, seperti al-Ghazzali adalah tokoh ensiklopedia pada zamannya. Oleh sebab itulah, ada peminat dan murid-muridnya yang memberikan gelaran“al-Imam” pada Yusuf al-Qaradawi, dengan panggilan Imam Yusuf al-Qaradawi.

Kelahiran seorang tokoh besar seperti al-Qaradawi yang dianugerahkan Allah dengan ingatan yang kuat, akal yang pintar, hati yang bersih serta dibantu pula dengan senarai guru-guru yang hebat. Dialah Dr Yusuf al-Qaradawi sang murabbizaman yang sentiasa dinantikan pandangannya dalam semua aspek permasalahan.
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Thursday, December 17, 2015

Lost? Al-Quran Kan Ada... ~ Zamri Zainuldin, Khairi Ismail

Kadangkala di saat hati sedih, buntu memikirkan masalah kehidupan yang tidak berkesudahan, kita lebih suka mencari keseronokan lain untuk melupakan masalah. Namun, Allah SWT telah menitipkan Al-Quran kepada umatNya agar kehidupan manusia terpandu dengan baik.

Jika terasa diri jauh daripada Tuhan, buka dan bacalah Al-Quran. Sayangilah Al-Quran melebihi apa yang ada di sekeliling anda, kerana ia kalam Allah.

Pastikan Al-Quran sentiasa ada.
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Abdul Rahman Bin Auf: Tokoh Jutawan Islam Yang Dermawan dan Disegani ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Bab 1 - Biografi Abdul Rahman Bin Auf
Bab 2 - Sumbangan Abdul Rahman Bin Auf kepada Islam
Bab 3 - Kelebihan Abdul Rahman Bin Auf
Bab 4 - Strategi Abdul Rahman sebagai Tokoh Jutawan Islam
Bab 5 - Status Hadis Abdul Rahman Bin Auf Merangkak ke Syurga
*****
(SEM & S/S) RM7.00 > RM6.20

Uthman Bin Affan: Tokoh Korporat Islam Yang Pemurah dan Disanjungi ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Bab 1 - Biografi Sayidina Uthman bin Affan
Bab 2 - Ketokohan Akhlak Sayidina Uthman bin Affan
Bab 3 - Ketokohan Sayidina Uthman bin Affan Sebagai Ahli Korporat
Bab 4 - Pendirian Sayidina Uthman bin Affan
Bab 5 - Pujian kepada Sayidina Uthman bin Affan
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Wednesday, December 9, 2015

#Take 5 @ Roza Roslan ~ Roza Roslan

Judul: #Take 5 @ Roza Roslan Penulis: Roza Roslan Koleksi mutiara kata yang lahir dari dalam hati dan jiwa seorang wanita yang sering bermain dengan pelbagai rasa. 
Bahasa yang sangat halus, lembut tapi cukup BERBEKAS buat mereka yang mahu berubah ke jalan kebaikan.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Q&A Tentang Bersuci dan Solat ~ Dr. Zulkifli Muhammad Al-Bakri

Buku ini diharap akan dapat menjawab persoalan agama secara ilmiah bersandarkan kepada sumber yang asolah daripada al-Quran, al-Sunnah dan begitu juga fatwa ulama. Buku ini berbentuk soal jawab agama yang dikumpulkan mengikut kategori bersuci dan solat. Dalam mengemukakan jawapan, formula atau kaedah yang digunakan adalah mengambil kira beberapa asas:
  • Selamat dari sikap asabiyyah dan taklid. 
  • Tidak boleh mengambil satu pendapat dalam satu-satu persoalan tanpa dilandasi dan didasari atas dalil atau hujah yang kuat. 
  • Hendaklah memiliki kemampuan dan kepakaran untuk melakukan tarjih (mencari pendapat yang kuat) di antara beberapa pendapat yang berbeza-beza atau saling bercanggah, dengan menggunakan kaedah pertimbangan dari segi kuat dan lemahnya dalil. 
  • Hendaklah mempunyai kemampuan dan kepakaran untuk melakukan ijtihad juz’i.
Menilai maslahat dan pendapat majoriti.
  • Ini bertujuan maslahat sentiasa didaulatkan. 
  • Walaupun begitu, jika bertentangan dengan nas, maka nas hendaklah dijunjung. 
  • Syeikh Sya’rawi berkata: “Jika datang maslahat sekalipun lemah, maka ia menjadi rajih.”
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Monday, December 7, 2015

#Take 5 @ Prof Kamil ~ Muhd Kamil Ibrahim

#Take 5 @Prof Kamil Penulis: Muhd Kamil Ibrahim Koleksi mutira kata yang lahir dari dalam hati Prof Muhd Kamil Ibrahim. Dikongsikan bersama peminat agar sama-sama menjadi hamba Allah yang TERBAIK.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Wednesday, December 2, 2015

Adab & Ilmu: Pengajaran Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Adab memainkan peranan utama dalam mencapai dan menghasilkan ilmu. Kami mendapati uslub al-Quran yang penuh dengan kemukjizatan jelas menunjukkan kepada kita betapa adab satu hal yang penting dalam membentuk keperibadian seseorang pelajar dan meraih ilmu dengan sebanyak mungkin. Ia perlu disemai sehingga sebati dalam jiwa seseorang penuntut.

Dengan menginsafi perlakuan Nabi Allah Musa AS terhadap Nabi Khidir AS jelas menunjukkan kepada kita, sifat tawaduk boleh memberi kesan yang besar dalam membentuk sifat insani yang diredhai Allah SWT. Janganlah sekali-kali kita menjadi golongan yang tidak beradab dan muflis akhlak kerana ia sebenarnya menafikan hakikat ilmu. Justeru, marilah sama-sama kita membaiki dan memperbaiki akhlak kita sehingga mencapai kepada makarim al-akhlak selaras dengan kebangkitan Rasulullah SAW untuk menyempurnakannya.
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Monday, November 30, 2015

Bila Hati Berkata... Biar Hati Terasa ~ Bonda Nor, Muhd Kamil Ibrahim

Ia soal menjaga dan mendidik hati supaya hampir kepada pencipta. Penulis berkongsi pengalaman dari pelbagai sudut kehidupan untuk menjuruskan hati kepada sesuatu yang bermanfaat agar hati kita menjadi tempat sentuhan hidayah Allah SWT dan setia dengan kebenaran. Moga dengan asbab tersebut kita beroleh ketenangan yang sebenarnya.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Friday, November 27, 2015

Nasihat Buat Hati ~ Habib Ali Zaenal Abidin

“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?”

Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Nasihat 1: Pesanan Buat Penuntut Ilmu
Nasihat 2: Alim vs. Jahil
Nasihat 3: Bekalan Menuju Akhirat
Nasihat 4: Berfikiran Jauh adalah Sikap Seorang Dai
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Imam Bukhari: Pengarang Shahih Bukhari ~ Abdul Latip Talib

Kisah Imam Bukhari yang buta semasa kecilnya Berkta doa ibu, alhamdulillah penglihatannya kembali. Pada ketika dia sudah mampu melihat, kecintaannya terhadap ilmu terutama ilmu hadis semakin meninggi.

Dia mula belajar daripada seorang guru kepada guru yang lain. Dia mula mengembara hanya bagi mengumpulkan hadis-hadis. Akhirnya selepas bertahun-tahun lahirlah Kitab Shahih Bukhari.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Komik Tazkirah Tok Guru ~ Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Athool

Komik Tazkirah Tok Guru - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Himpunan petikan tazkirah dan kata-kata hikmat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang diadaptasi dan diilustrasikan dalam bentuk komik. Santai dan menyegarkan.
*****
(SEM & S/S) RM12.90 > RM11.40

Ayahku ~ HAMKA

Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan - HAMKA.

Inilah riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah, perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Wednesday, November 25, 2015

Suami Hensem Isteri Ohsem ~ Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

Menyelami perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam sebuah perhubungan dan berkongsi tip serta cara komunikasi yang baik untuk membentuk sebuah ikatan perkahwinan yang berkekalan. Buku ini berbentuk soal jawab agar pembaca lebih fokus dan bersistem dalam memahami keperluan dan kehendak pasangan berdasarkan fitrah yang Allah jadikan.

Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran mereka akan menggunakan duit besar (wang kertas) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier. "JIMAT MASA".

Orang perempuan pula akan cari duit syiling yang ada di dalam beg sebelum menggunakan wang kertas. "JIMAT DUIT".

MENGAPA?

Hanya dengan kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing dapat mengekalkan kebahagiaan suami dan isteri.
Cubalah!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

A-Z Tentang Solat ~ Dr. Nik Yusri Musa

Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar. Antara kandungan menarik:

• Falsafah Solat
•Tip Khusyuk Solat
• Wudhuk dan Tayamum
• Praktikal Solat Lelaki dan Perempuan
• Solat Berjemaah
• Solat Rukhsah
• Solat Sunat
• Soal Jawab Solat
• Solat Khauf
• Solat Jenazah, dan banyak lagi.
*****
(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Friday, November 20, 2015

47 Superstar Syurga ~ Umar Muhammad Noor

Apakah Wasiat Yang Dimaksudkan Itu? Ketahuinya Di Halaman (25)
Pada malam harinya, seseorang melihat Thabit bin Qais dalam mimpi. Dalam mimpi itu, Thabit berkata kepadanya, "Saya berpesan kepadamu satu wasiat. Janganlah engkau mengatakan ini hanya sebuah mimpi lalu mengabaikan wasiatku ini".

Mengapakah Abdullah Menangis? Ketahuinya Di Halaman (54)
Abdullah diturunkan dari tiang salib. Sebuah tungku berisi air panas diletakkan di atas sebuah api yang besar. Dua orang tawanan Muslim dibawa ke tungku tersebut. Satu per satu tawanan tersebut dilemparkan ke dalam air mendidih, sementara Abdullah terus ditawarkan untuk berpindah ke agama Nasrani. Abdullah menangis. Raja Rom menyangka hati beliau mula lemah. Dia bertanya, "Mengapa engkau menangis?".

Siapakah Isteri Baginda Yang "Panjang Tangan" Itu? Ketahuinya Di Halaman (153)
Suatu hari Rasulullah memberitahu isteri-isteri Baginda, "Orang yang paling cepat menyusuli aku dalam kalangan kamu ialah orang yang paling panjang tangannya." (Riwayat Muslim)

Untuk Siapakah Pinangan Yang Dimaksudkan Baginda Itu? Ketahuinya Di Halaman (199)
Lelaki Ansar ini menyangka Baginda menginginkan anak gadisnya menjadi isteri Baginda. Justeru beliau sangat gembira dan segera menerima pinangan tersebut. Namun Baginda menjelaskan, "Aku bukan meminangnya untuk diriku. Akan tetapi...

Risalah Fikriyyah: Menghuraikan Matan Jauharah ~ Dr. Akli Ahmad

Akidah merupakan tunjang kepada umat Islam. Sejak kecil lagi kita dipasakkan dengan keteguhan Islam dan iman berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang diajar oleh al-Quran dan hadis. Sudah tentulah perkara paling utama ialah mengakui dengan sepenuh hati bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT.

Oleh itu, tidak dinafikan, setiap individu Muslim wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah agar dapat meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya. Konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah. Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Thursday, November 19, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 3: Siri 2 (Akidah & Ibadah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Membawakan perbincangan langsung isu-isu akidah berkaitan pertalian dan pendirian Islam terhadap golongan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) masa kini. Juga dibincangkan tentang isu pemberian syafaat ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w. yang melakukan dosa semasa di hari kiamat kelak. Selain itu, siri kedua ini turut menyentuh beberapa hal lain berkaitan ibadat, khususnya dalam permasalahan berkenaan zakat dan haji.

ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Akidah

Bab 1: Kepentingan Mengetahui Pendirian Islam Berkaitan Akidah Yahudi dan Nasrani, sertaKekufuran Mereka terhadap Agama Islam.
Bab 2: Pendirian Umat Islam Terhadap Golongan Yahudi dan Kristian.
Bab 3: Ulasan Sesi Dialog bersama Dr. Muhammad Abdullah As-Syabani Berkaitan Tajuk Hubungan dengan Ahli Kitab.
Bab 4: Syafaat pada Hari Kiamat dan Pendirian Dr. Mustafa Mahmud.
Bab 5: Pelatnya (Kurang Kelancaran Pertuturan) Nabi Musa a.s.

Bahagian 2: Ibadah
Bab 6: Kiraan(Nisab) Zakat.

Take 5: Tazkirah 5 Minit Bukan 5 Jam ~ Dr. Mohd Izhar Ariff, Mohd Hariri Mohamad Daud

Dengar sahaja tazkirah, pasti terasa membosankan. Tetapi tidak buku ini. Tazkirah 5 minit (Bukan 5 Jam) insya Allah cukup ringkas, padat, dan warna-warni.

Tulisan bersama Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff dan Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud ini mengetengahkan poin dalam bentuk pendek-pendek.

Selain boleh dibaca pada waktu santai dan lapang, ada halamannya yang dapat di-snap dan kemudiannya dikongsi di media sosial.

Insya Allah mampu dapat banyak 'like'.

Antara Isi Kandungan:
Bab 1: Bagaimana Menggunakan Buku Ini
Bab 2: Ruang Tazkirah Efektif
Bab 3: Penyampaian Mempersona
Bab 4: Apa Itu Tazkirah
Bab 5: Mencintai Ilmu
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Thursday, November 12, 2015

Sunan Cinta Nan Sakti ~ Ramlee Awang Murshid

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.”
Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.
Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...
Di sinilah... lahirnya seorang legenda.
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.

Antologi Jiwa Kacau: Gaun Berdarah ~ Ramlee Awang Murshid, Maria Kajiwa, dan pelbagai penulis

Jiwa kacau seiring dengan perasaan berbaur misteri, trauma, takut dan seram. Himpunan kisah emosi ini hadir daripada karya-karya yang dihasilkan dalam portal ilham Karangkraf. Terdapat 27 buah cerpen yang dimuatkan dalam antologi ini.

Penulis-penulis yang terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, Maria Kajiwa dan ramai lagi menampilkan karya yang hebat dan bakal 'mengacau' jiwa anda selama-lamanya. Gaya bahasa dan penceritaan yang unik, pastui pembaca berimaginasi dengan dunia aneh. Mengikat emosi anda dengan dialog-dialog yang membuatkan tidak tidur malam. Tentunya anda teruja bukan?

Antologi ini mengupas beberapa cerita pembunuhan kejam yang tidak terjangkau dalam minda kita.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 - RM18.50

Sunan ~ Ramlee Awang Murshid

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk.

Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Meniti usia remaja, Saifudin terjebak cinta tiga segi. Engku Aminah dari kerajaan Pagar Ruyong tertarik dengan akhlak terpuji lelaki itu. Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menjadi penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
*****
(SEM & S/S) RM35.00 - RM30.80

Monday, November 9, 2015

Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu ~ Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri

Antara faktor yang mendorong kami mengemukakan buku ini kepada para pembaca ialah:
  • Menjelaskan metodologi pembelajaran agama (dini) pada peringkat awalan dengan lebih berkesan. 
  • Memberi inspirasi kepada para pelajar agar jangan lemah semangat dan tewas dalam medan menuntut ilmu. 
  • Memberi motivasi kepada para pelajar dalam melakarkan kejayaan yang cemerlang. 
  • Menghidupkan semangat himmah yang tinggi dalam menuntut ilmu seperti yang telah dizahirkan oleh ulama terdahulu. 
  • Menghiasi diri para pelajar dengan adab dan akhlak yang tinggi lagi luhur.
Kadangkala tidak disangka ramai juga pelajar yang rebah, patah semangat dan akhirnya kecundang dalam menuntut ilmu. Kami merasakan buku ini adalah jawapannya dalam menyelesaikan kemelut yang dinyatakan itu. Begitu juga membakar semangat pelajar untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam perjalanan menuntut ilmu. Buku ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang masih dalam perjalanan menuntut ilmu. Buku ini sarat dengan:
  • nas-nas tentang kepentingan menuntut ilmu
  • Cara ulama terdahulu dalam menuntut ilmu
  • Adab dengan ilmu dan adab dengan guru
  • Nasihat untuk bijak membahagikan masa dengan sebaiknya
  • Kitab-kitab yang perlu dibaca, dihadam dan dihafaz oleh penuntu ilmu agama
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Thursday, November 5, 2015

Anak-Anak Abah ~ Nazali Noor

“Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Anak kita bagaimana?” – NAZALI NOOR
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Baju Kelawar, Bedak Sejuk ~ Izawati Eni

Eh, Apa sangat kisah hidup suri rumah sepenuh masa! Duduk di rumah, jaga anak, setakat buat kerja sikit-sikit, nak stres apa? itu persepsi masayrakat kita kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa.Namun kita tak tahu, mereka ini yang bangun palingawal tapi tidur paling lewat, buat kerja tak habis-habis. tak ada slip gaji, tak ada cuti. Disindir dan diperli sampai rendah diri, aduh pedih nya hati!

Buat para suri rumah diluar sana, baju kelawar, bedak sejuk dinukil khas buat kalian yang memegang jawatan paling istimewa didunia. Daripada konflik dan masalah kehidupan harian seorang suri rumah sepenuh masa, sehiggalah pelbagai tip dan panduan yang memudahkan kerja. Semua ada.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Strategi Jihad Bisnes ~ Muhammad Ali Hashim

“Bisnes wajar dijadikan pilihan utama generasi muda berjihad!”

Sesungguhnya, bisnes sangat wajar dijadikan satu perjuangan jihad. Sumber motivasi paling hebat bagi usahawan yang menjayakan Jihad Bisnes terdapat pada janji Islam bahawa usahawan yang amanah dan jujur akan mendapat ganjaran istimewa di akhirat kelak.

Justeru, buku Strategi Jihad Bisnes ini menggunakan pendekatan yang tegas dan jelas dalam menyatakan prinsip perniagaan yang harus dipraktikkan dalam setiap perniagaan umat Islam. Setiap bab di dalam buku ini menerapkan unsur-unsur yang harus ada dalam setiap jihad usahawan Islam. Malah setiap bab menjelaskan peri penting pengamalan waqaf korporat dan jihad bisnes demi memastikan keunggulan bisnes umat Islam.

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI?
- Menyuntik kesedaran peri penting berbisnes dengan strategi yang berkiblatkan Islam dan bukannya Barat yang penuh kerakusan.
- Memangkin semangat jihad untuk menjana kekayaan ummah.
- Perkongsian kejayaan seorang tokoh yang banyak melakar kejayaan dalam dunia usahawan.
*****
(SEM & S/S) RM49.00 > RM43.10

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ~ Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Keistimewaan Buku Ini:
- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah
Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.
Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan
Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20
Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu
Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.
Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat
Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak
Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah
Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau
Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak
Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak
Bab 12: Tanamkan Azam dalam Diri Supaya Istiqamah dalam Mendidik Anak
Bab 13: Kenalkan Anak dengan Rukun Islam dan Rukun Iman
Bab 14: Perdengarkan Nasyid Ketuhanan
Bab 15: Asah Minda Anak dengan Kuiz
Bab 16: Latih Anak bagi Mengakui Kesilapan
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Friday, October 30, 2015

Versus ~ Harun Sulaiman

Lawan kepada diri sendiri adalah hawa nafsu. hidu ini adalah pilihan, sama ada kita ingin menjadi baik atau sebalaik nya.

Jika kita disoal di akhirat kelak, kenapa engkau mengejar dunia sedangkan akhirat itu lebih kekal abadi.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Muawiyah: Mencari KeredaanNya ~ Al-Ghazali

NAMA sebenar Muawiyah ialah Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb bin Umayyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab al-Qurashiyy al-Umawiyy. Beliau juga turut digelar sebagai Abu Abdul Rahman.

Inilah buku yang bercerita secara dasar siapa itu Muawiyah. Walaupun cuma secara asas tetapi ia sangat penting kepada pencinta ilmu bagi membetulkan salah faham sejarah yang besar sehingga wujudnya banyak puak pada ketika itu.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Fatwa Kontemporari Jilid 3 Siri 1: Al-Quran, Hadith & Usul Fiqh ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Membawakan perbincangan terperinci berkaitan pentafsiran Al-Quran daripada sudut saintifik dan hukum merawat dengan menggunakan Al-Quran. Juga dibincangkan tentang isu antara sunnah yang wajib dan tidak wajib diamalkan, pencerahan semula beberapa hadith yang sering menimbulkan persoalan dan hadith yang diragui dalam kalangan masyarakat. Selain itu, turut menyentuh hal-hal lain berkaitan usul fiqh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Pentafsiran Al-Quran
Bab 1: Tafsiran Saintifik Al-Quran
Bab 2: Merawat dengan Al-Quran
Bab 3: Ayat-Ayat yang Membicarakan tentang Kejahatan Bani Israel

Bahagian 2: Hadith dan Ilmunya yang Mulia
Bab 4: Sunnah Taqrir (Sunnah Pengakuan)
Bab 5: Sunnah yang Wajib dan Tidak Wajib Beramal dengannya
Bab 6: Hadith “Sebaik-baik Generasi Adalah Generasiku, Kemudian Generasi Setelah Itu”
Bab 7: Hadith “Tidak Datang Sesuatu Zaman Melainkan Zaman Selepasnya akan Menjadi Lebih Buruk daripadanya”
Bab 8: Hadith “Umat Berpecah kepada 73 Kumpulan”
Bab 9: Hadith “Pulang daripada Jihad Kecil kepada Jihad Besar, iaitu Jihad Hawa Nafsu”
Bab 10: Hadith “Tiada Konsep Beruzlah dalam Islam”
Bab 11: Hadith: “Sebutlah Banyak Kebaikan Si Mati”
Bab 12: Hadith: “Aku Diutuskan Menjelang Kiamat dengan Membawa Pedang”
Bab 13: Hadith yang Dikatakan Sempurna dan Mendalam
*****
(SEM & S/S) RM27.50 > RM24.20

Thursday, October 22, 2015

Tarbiah Basah ~ Syed Salahuddin Syed Ayob

“Bilakah kali terakhir hatimu DIBASAHI Iman?”

“Bilakah kali terakhir pipimu DIBASAHI air mata keinsafan?”

"Adakah hatimu gelisah? Adakah hatimu gundah-gulana?'"

"Adakah hatimu pedih, sedih dan sempit dek kerana dosa dan pelbagai masalah yang menimpa?"

"Mungkinkah HATIMU sudah lama tidak di BASAHI dengan iman?"

"Bagaimana pula dengan air matamu?"
"Sudah berapa lama ia kekeringan?"
"Sudah berapa lama ia tidak berlinangan kerana penyesalan?"
"Dan sudah berapa lama pipimu tidak di BASAHI air mata keinsafan?"
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Masihkah Taubatku Diterima? ~ Muhammad Widus Sempo

Buku ini menyingkap tabir gaya bahasa Al-Quran dalam menceritakan rasa penyesalan umat sepanjang sejarah. Selain itu, ia cuba membaca, menganalisis, dan menyimpulkan makna-makna kehidupan yang tersirat di sebalik setiap rintihan kesedihan dan penyesalan.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bab 1: Penyesalan Manusia Pertama yang Direkod Al-Quran
Bab 2: Azar, Bapa Nabi Ibrahim a.s. yang Berwajah Hodoh di Akhirat
Bab 3: Nabi Yunus a.s. dan Tiga Kegelapan
Bab 4: Terungkapnya Penyesalan yang Disembunyikan
Bab 5: Petani-Petani Kebun di Kota Dharawan yang Kedekut
Bab 6: Berakhirnya Kezaliman Firaun
Bab 7: Penyesalan Para Pengagum Harta Qarun
Bab 8: Anak yang Derhaka
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Perbahasan Kitab Al-Umm Jilid 10 ~ Imam Muhammad Bin Idris Al-Syafi’i

Imam Muhammad bin idris al-Syafi'e (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketka beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (pendapat baru). Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie iaitu; 

1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie.

2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh hr al-Syafie dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla'i).

3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.

Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab al-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dan al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. 

202 Soal Jawab Berkenaan Akidah ~ Al-Syeikh Hafiz bin Ahmad Al-Hakami

Buku ini membicarakan persoalan berkaitan akidah umat Islam; rukun Islam dan rukun Iman. Istimewanya, kaedah penulisan dalam buku ini sangat mudah difahami dan dihadam oleh para pembaca kerana is berbentuk soalan dan jawapan yang jelas dan menggunakan bahasa yang ringkas.

Antara perkara yang dibahaskan dalam buku ini accalah persoalan dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat serta haji. Adapun dalam hal berkaitan akidah, pengarang telah membicarakan persoalan iman kepada Allah yang merangkumi tauhid uluhiyah dan rububiyah serta tauhid asma' wa as-sifat. Cabang-cabang yang berkaitan rukun Iman seperti beriman kepada para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan qadar juga turut dibincangkan. Selain itu, penulis turut memuatkan huraian berkenaan ihsan, dan perkara-perkara yang membatalkan iman. Setiap persoalan-persoalan ini disertakan dengan dalil-dalil daripada nas Al-Quran dan As-Sunnah serta perbahasan mendalam daripada para ulama muktabar.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Monday, October 19, 2015

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur Yang Disandarkan Pada Agama ~ Mustafar Mohd Suki

Kisah Abdul Rahman Bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.

Kisah Saidina Umar r.a. menanam anak perempuan hidup-hidup ketika zaman jahiliah.

Kisah Hindun Memamah Hati Saidina Hamzah r.a.


Apa persamaan antara ketiga-tiga cerita masyhur di atas?
Ketiga-tiganya adalah PALSU.

Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.

Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1
Bab 1: Hadith Maudhu’
-Pengenalan Hadith Maudhu’
-Faktor Pendorong kepada Pemalsuan Hadith ataupun Cerita Palsu
-Kaedah Mengenali Hadith Palsu

Bab 2: Israiliyyat
-Sejarah Ringkas Kemunculan Israiliyyat
-Pembahagian Israiliyyat
-Pendirian Ulama Tentang Israiliyat
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

I'm A Backpacker: Korea ~ Halian Azurin

Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.
Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda.

Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.

Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti.

ISI KANDUNGAN
Bab 1 Tentang Seoul
Bab 2 Musim-Musim di Korea
Bab 3 Sejarah Korea
Bab 4 Survival Skill
Bab 5 Jangan Sesat di Seoul
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Kisah-kisah Daripada Al-Quran & Hadis: Rabiulawal Rabiulakhir ~ PTS Junior

Kisah-Kisah daripada Al-Quran dan Hadis menghimpunkan pelbagai kisah tentang perjalanan hidup Nabi dan sahabat, kisah-kisah perang yang berlaku serta kepahlawanan Nabi dan sahabat dalam menyebarkan agama Islam.

Buku ini berkonsepkan Bedtime Stories, Satu Hari Satu Cerita mengikut kalendar Islam. Sangat santai untuk dijadikan aktiviti bersama Si Cilik sebelum tidur. Ia juga dapat menjadikan mesej yang ingin disampaikan oleh Al-Quran dan hadis dekat dengan kehidupan para pembaca.

Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna warni serta info-info tambahan yang boleh dijadikan iktibar serta teladan kepada kita.

ANTARA ISI KANDUNGAN
BULAN RABIULAWAL
Nabi Ishak Menjadi Rasul
Cemburu Isy kepada Nabi Yaakub a.s.
Nabi Yaakub a.s. Mendapat Wahyu
Perkahwinan Nabi Yaakub a.s.
Nabi Yaakub a.s. Wafat
Nabi Yusuf a.s. Disayangi Bapanya
Mimpi Nabi Yusuf a.s.
Iri Hati Terhadap Nabi Yusuf a.s.
Kehilangan Nabi Yusuf a.s.
Nabi Yaakub a.s. Berdukacita
Menjadi Anak Angkat Ketua Polis Mesir
Fitnah Zulaikha
*****
(SEM & S/S) RM15.90 > RM14.00

Kisah-kisah Daripada Al-Quran & Hadis: Muharam Safar ~ PTS Junior

Kisah-Kisah daripada Al-Quran dan Hadis menghimpunkan pelbagai kisah tentang perjalanan hidup Nabi dan sahabat, kisah-kisah perang yang berlaku serta kepahlawanan Nabi dan sahabat dalam menyebarkan agama Islam.

Buku ini berkonsepkan Bedtime Stories, Satu Hari Satu Cerita mengikut kalendar Islam. Sangat santai untuk dijadikan aktiviti bersama Si Cilik sebelum tidur. Ia juga dapat menjadikan mesej yang ingin disampaikan oleh Al-Quran dan hadis dekat dengan kehidupan para pembaca.

Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna warni serta info-info tambahan yang boleh dijadikan iktibar serta teladan kepada kita.


ANTARA ISI KANDUNGAN
BULAN MUHARAM
01. Adam a.s. manusia pertama dan tentangan iblis
02. Hawa teman Adam a.s.
03. Adam a.s. dan Hawa diusir dari Syurga
04. Hawa melahirkan zuriat
05. Perkahwinan anak Nabi Adam a.s.
06. Pembunuhan pertama dalam sejarah manusia
07. Pengebumian pertama
08. Kelahiran Syith a.s.
*****
(SEM & S/S) RM15.90 > RM14.00

Thursday, October 15, 2015

#Sound Direct ~ Ustaz Abdullah Khairi

“Bangladesh paham, hangpa tak paham.
Hangpa lagi teruk daripada Bangladesh tu.”

“Sebab tu ada orang balik dari umrah ataupun haji, depa tak solat dah…, sebab dah banyak pahala!”

---------
Himpunan tazkirah ringkas dan pedas daripada Ustaz Abdullah Khairi yang disusun mengikut kategori, iaitu Ibadah, Akhlak, Akidah, dan Muamalah.
Ada pengajaran yang berguna.

ISI KANDUNGAN
Makan Makanan yang Halal
Kelebihan Penuntut Ilmu
Sempurnakan Wuduk
Kaabah Kiblat Orang Islam
Kewajiban Menutup Aurat
Umrah dan Haji Ketika Muda
Solat Tiang Agama
Kepentingan Menuntut Ilmu
Kelebihan Bersedekah
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Tahniah, Anda Hamil! ~ Muhammad Mawardi Zakaria, Siti Fairuz Zulkefeli, Mohammad Rizalmazli Salim, Muhammad Yusuf A. Kadir

- Sebagai persediaan awal bakal ibu dan bapa menyambut kelahiran anak buat kali pertama.
- Boleh dijadikan panduan sepanjang tempoh kehamilan, kelahiran dan perkembangan anak-anak sehingga 3 tahun.
- Setiap maklumat disampaikan dengan bahasa yang jelas, mudah difahami dan disertakan gambar yang menarik.
- Setiap maklumat diakui oleh pakar bidang yang bertauliah.
- Supaya ibu bapa sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan mental anak-anak.
*****
(SEM & S/S) RM69.00 > RM60.70

Wednesday, October 7, 2015

Fiqh Islam Mazhab Syafie ~ Sheikh Ahmad bin Hussain Al-Isfahani

Imam As-Syafie adalah ulama' terkemuka di seluru'h dunia Islam. Beliau merupakan salah seorang imam mazhab yang paling popular dan menjadi mazhab yang paling banyak diikuti oleh umat Islam. Kewibawaan dan kepakarannya dalam menganalisis, menghurai dan mengistinbat hukum-hakam fiqh melalui nas-nas Al-Quran dan hadis telah diakui oleh ramai ulama-ulama besar termasuklah imam-imam mazhab yang lain.

Buku di tangan anda ini adalah himpunan hukum-hakam yang sangat berkait dengan diri seorang Muslim. Buku yang telah ditahqiq ini merangkumi beberapa bab utama yang sangat penting termasuklah bab taharah, solat, zakat, puasa dan haji. Selain itu, buku ini juga memuatkan hukum-hakam berkaitan warisan, perkahwinan, jual beli, jenayah, hudud, jihad, binatang buruan dan sembelihan, perlumbaan dan panahan, sumpah dan nazar, saksi serta hamba sahaya.

Mudah-mudahan buku ini dapat menjadi bahan rujukan utama bagi setiap orang Islam dalam memahami hukum-hakam fiqh serta mengamalkannya.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sains Bekam ~ Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail

Kejadian penyakit-penyakit kronik yang meningkat pada han ini dapat dibendung dengan menggunakan kaedah yang ditunjukkan oleh pemimpin agung kita Nabi Muhammad SAW. Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud "Sesungguhnya sebaik-baik rawatan yang kamu gunakan ialah berbekam". Juga hadis yang diriwayatkan oleh Salma, seorang hamba Rasulullah SAW yang bermaksud "Tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang sesuatu penyakit melainkan Rasulullah SAW akan menyuruh orang tersebut melakukan bekam". Inilah jawapan untuk menyelesaikan masalah peningkatan penyakit penyakit kronik yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Bekam sebenarnya telah diamalkan semenjak lebih 1500 tahun sebelum Masihi di seluruh dunia. Kajian saintifik yang kami jalankan telah membuktikan bahawa berbekam itu boleh mengawal diabetes dengan menurunkan paras gula darah, menurunkan paras serum urea, kreatinin dan asid urik. Berbekam juga boleh mengawal lemak dengan menurunkan paras kolesterol (LDL, trigliserida) dan meningkatkan HDL kolesterol, menurunkan tekanan darah dan paras antigen Von Willebrand (VWF). Penurunan faktor-faktor ini boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan strok. Buku ini menerangkan dengan terperinci bagaimana kaedah bekam ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah peningkatan penyakit kronik yang melanda masyarakat moden hari ini. Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada semua golongan dan dapat memartabatkan lagi kaedah perubatan bekam selaras dengan ketinggian Islam itu sendiri.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Pengurusan Jenazah ~ Syeikh Abdullah Abdur Rahman Al-Jibrin

Apabila berlaku kematian dalam kalangan orang Islam, maka beberapa perkara mesti dilaksanakan dengan segera. Urusan pengurusan jenazah adalah perkara yang mesti disegerakan. Urusan yang perlu kita sempurnakan adalah seperti:
-Memandikan jenazah
-Mengapankan jenazah
-Solat jenazah
-Mengusung dan mengebumikan jenazah
-Memberikan ucapan takziah

Buku ini memberikan informasi berkenaan pengurusan jenazah ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan kita ilmu dan persediaan kepada kita semua dalam melaksanakan ibadah fardu kifayah ini.
*****
(SEM & S/S) RM4.50 > RM4.00

Monday, October 5, 2015

As-Syamail Al-Muhammadiyah: Keagunganmu Ya Rasulullah ~ Imam At-Tirmidzi

Daripada penterjemah:
Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:
- Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Syeikh al-Azhar 1958-1963)).
- Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim
- Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
- Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah
- Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
- Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy
- Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
- Syeikh Dr. Ahmad Yusri
- Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
- Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
- Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
- Syeikh Yusuf bin Ahmad

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi kemas kini ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.
Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.
Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.
al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî

Muhammad Masnur Hamzah
Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:
Mentakhrij ayat al-Qur`an.
Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.
Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).
Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.
Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.
Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.
Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Kemas Kini Ini
*****
(SEM & S/S) RM55.00 > RM48.40

Friday, October 2, 2015

Syurga, Aku Datang ~ Rubiah Abu Bakar

Anakku, saat kau dikafankan, kutatap lama wajah bersihmu, tidak kusangka sekejap ini kau akan pergi meninggalkanku. Andaiku tahu sesingkat ini hayatmu, akanku temanimu tanpa sesaat pun berlalu.

Tika doktor ingin menanggalkan penyambung hayatmu, ketahuilah anakku betapa hibanya aku ingin melepaskanmu.

Air mataku turun bagaikan hujan. Duniaku gelap gelita dan terasa kosong. Jika diberi pilihan aku sanggup menjadi galang ganti bagi menanggung deritamu. Namun, apakan daya. Itulah janji TUHAN. Setiap yang datang pasti akan pulang.

Kau pergi kerana esofagusmu tidak sempurna seperti insan biasa. Tujuh bulan menanggung derita, aku redha kau diambil-NYA. Aku tahu kau pasti bahagia bersama TUHAN di sana. Sampai masanya nanti, kita akan bertemu semula...
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Tuesday, September 29, 2015

Menggapai Husnul Khatimah ~ Muhammad Widus Sempo

Mengakhiri usia dengan husnul khatimah bukan satu perkara yang susah seperti yang difikirkan oleh majoriti masyarakat awam, bahkan juga dalam kalangan intelektual. Apa yang susah adalah sekiranya persepsi ini dibiarkan berlarutan. Ini sehingga menggigit daya pemikiran dan hati, tanpa sebarang usaha bagi menjelaskan sejauh mana peluang dan persiapan setiap insan dalam meraih husnul khatimah.

Husnul khatimah adalah jalan keemasan yang memimpin kita bagi meraih darjat kehambaan. Ini tidak dapat dinilai walaupun dengan emas. Darjat kehambaan itu tidak lain dan tidak bukan adalah bagi mendapatkan keredhaan dan maghfirah (keampunan) Allah s.w.t. Ini memungkinkan kita menemui dan melihat zat-Nya tanpa hijab di akhirat nanti.

ISI KANDUNGAN
Bab 1: Damba dan Impikan Husnul Khatimah
Bab 2: Syurgamu di Bawah Telapak Kaki Ibu
Bab 3: Sentiasa Berada dalam Naungan Kalimah Tauhid
Bab 4: Lazimi Diri dengan Zikir Pagi dan Petang
Bab 5: Merperbanyakkan Istighfar
Bab 6: Memperbanyakkan Selawat
Bab 7: Menggalakkan Budaya Mengaji pada Setiap Hari
Bab 8: Sudah Halalkah Makanan dan Minuman Kita?
Bab 9: Adakah Kita Sudah Memiliki Mata Kalis Api Neraka
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Monday, September 28, 2015

Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti Dalam Kenangan ~ Tim Akademi Intelektual Muda (AIMs)

Imam Mohamed Said Ramadan Al-Bouti dalam kenangan adalah himpunan kertas kerja yang ringkas dan padat berkenaan seorang ulama kontenporari yang tiada tandingannya pada zaman ini. Di samping kisah hidup dan latar belakang beliau, buku ini juga cuba mengetengahkan aspek pemikiran beliau yang dilihat kontroversi dan mengundang pelbagai kritikan, sehingga akhirnyadikurniakan syahid kerana dibom ketika sedang mengajar. Semoga Allah merahmati dan mengampuni beliau.

"Penguasaan dalam bahasa Arab yang baik, pidato yang mengesankan jiwa, hujah yang mantap, wajah istidlal daripada dalil dan juga kekuatan Usul Al-Fiqh menjadikan beliau cukup terkenal di bumi Syam. Beliau mampu mengajar ilmu tasawuf melalui Syarah Hikam yang cukup terkenal. Kajian sirah nabawiyah melalui kitabnya Fiqh As-Sirah melonjokkan namanya ke persada tokoh ulama dunia mutahkhir ini."
S.S Datuk Dr. Zulkifli Mohamed Al-Bakri
Mufti Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Dance In The Rain ~ Rabiatul Faazra

Kenapa mujahadah itu pahit?
Kerana syurga itu manis.
Ceritanya bermula begini...

Ini kisah seorang gadis yang mahu mengenal Tuhan. Ibarat diari, dia mencoret tentang percintaan, persahabatan, perubahan diri dan segala macam rasa yang dia lalui.

Ada suka dan duka. Ada masam dan manis. Ada masam dan tawar. Ehhh...macam-macam ada.

Bercampur perasaannya. Selayaknya menari di dalam hujan. Dance in the rain. Dia ingin sekali berkongsi hakikat perjalanan seorang hamba, sebelum kembali bertemu-Nya.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...