Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, April 28, 2017

Di Sebalik Tembok Yahudi: Ada Damai di Al-Aqsa ~ Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Ziarah al-aqsa?
Takut?
Mungkinkah kerana buminya yang sentiasa bergolak?

Tambahan ada pula fatwa ulama yang melarang umat Islam masuk berziarah di bumi yang dikuasai pemerintah Yahudi Zionis.

Namun hadis Nabi, menjelaskan, “Jangan bersusah-susah melakukan perjalanan jauh melainkan untuk mengunjungi tiga masjid, iaitu: Masjidku ini (Masjid Madinah), Masjidil Haram (di Makkah), dan Masjidil Aqsa (di Jerusalem).”

Ya. Umat Islam dituntut untuk berziarah ke sana, biarpun dengan susah payah.

DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa. Bukan ziarah biasa-biasa, tetapi ia merupakan ziarah berlandaskan ibadah semata-mata kerana Allah.

Sebuah travelog. Penulis menyingkap senario semasa di bumi Palestin. Di sebalik penindasan oleh Yahudi Zionis terhadap penduduk Palestin, masih wujud kedamaian lebih-lebih lagi bagi mereka yang dapat mengunjungi Masjid al-Aqsa itu sendiri. Apakah yang mendamaikan di bumi anbiya itu?

Ada sesuatu yang menarik yang membuka mata khalayak...rata-rata warga Palestin impikan pembebasan daripada cengkaman Zionis. Doa dipanjatkan siang malam, namun mengapa bantuan Allah masih lagi tertahan? Jawapannya ada pada solat Subuh di masjid-masjid mereka.

DI SEBALIK TEMBOK YAHUDI: Ada Damai di al-Aqsa pasti akan mengubah minda khalayak yang masih berfikir dan menimbang-nimbang membuat keputusan sama ada mahu bermusafir ke al-Aqsa atau tidak.

Amirul Budak Sudan ~ Roza Roslan

(SEM & S/S) RM35.00 > RM30.80

Harapan tinggi mama dan ayah mahu si anak menjadi Syeikh bahasa Arab. Dalam erti kata mudah, ‘pakar bahasa Arab'.

Maka, pada usia sangat muda (belasan tahun), berkelanalah si anak nun jauh ke benua Afrika untuk menyambung pelajaran. Tepatnya, negara Sudan yang bahasa Arabnya merupakan bahasa Arab tinggi.

Sekolah yang menjadi pilihan bukan sekolah biasa-biasa. Ia sekolah luar biasa. Mengapa luar biasa? Sebabnya jika diberi pilihan, orang biasa takkan memilih sekolah luar biasa seperti itu. Apatah lagi anak Malaysia! Yalah, siapalah mahu bersekolah di sekolah yang serba-serbi kekurangan. Bilik darjah suram berdebu. Dinding bersepih. Surau berlantaikan tanah keras. Daif!

Amirul Budak Sudan merupakan sebuah perjalanan remaja yang bercekal hati, ditinggalkan oleh orang tuanya di Sudan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah. Daripada seorang yang berbadan agak gempal, bertukar menjadi remaja kurus lampai.

Alahai! Bagaimanalah anak paling manja dalam keluarga dan masih keanak-anakan meneruskan hidupnya di negara terpencil jauh dari keluarga?

Tiga tahun menjadi anak dagang, menjadikannya sebuah perjalanan hidup yang mahal yang perlu dibayar.

Impian mama dan ayah, cuba ditunaikan, namun akhirnya terluah segala yang terpendam. Impian sebenarnya jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh mama dan ayah. Rupa-rupanya si anak sudah lama memendam rasa. Ada impian dan cita-cita sendiri yang mahu digapai.

Si anak tidak mahu menjadi syeikh bahasa Arab, tetapi mahu menjadi chef. Lalu mama dan ayah terpempan!

Amirul Budak Sudan – Penuh dengan ibrah dan teladan. Sebuah kisah keibubapaan ... jangan pandang rendah pada kemampuan anak walaupun pada zahirnya tidak kelihatan akademiknya cemerlang. Usah memaksa anak mengikut acuan ibu bapa. Perhatikan kelebihan anak dan arah mana kecenderungan minatnya, kemudian pimpinlah dia sehingga berjaya!

Amirul Budak Sudan – sebuah kisah merentas sempadan negara dan budaya, pasti mencuit naluri rasa mereka yang bergelar ibu bapa!

Salahuddin VS Richard The Lion Heart ~ Mu'min Jarni

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Perang Salib Ketiga menjadi medan pertembungan dua tamadun dan agama. Barat dan Timur. Kristian dan Islam. Tetapi peperangan ini lebih terkenal kerana menjadi medan tempur buat dua personaliti yang melangkaui zaman.

Sultan Salahuddin al-Ayubbi dan Raja Richard the Lionheart.

Salahuddin vs Richard the Lionheart mendokumentasikan tentang perseteruan dua legenda ini dengan lebih lanjut.

Tiga pertempuran yang melibatkan wira Islam dan pahlawan Kristian ini akan diceritakan dengan teliti, termasuk sejarah kedua-dua raja ini sebelum penglibatan mereka dalam Perang Salib.

8 Langkah Memahami Bid'ah ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Bid’ah sering menjadi isu yang memecah belahkan masyarakat Islam, malah menjadi perbahasan di kalangan orang awam. Amalan seperti membaca Yasin pada malam Jumaat dan sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah yang sudah lama diamalkan.

Buku ini hadir bagi memberi pencerahan yang jelas dengan membawa 8 langkah yang mesti kita ketahui bagi memahami apa sebenarnya bid‘ah dan mengapa ia menjadi isu hangat yang sering diperdebatkan.

Raja Kesatria: Hijab Raja Zulqarnain ~ Web Sutera

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran? Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama.

Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya manusia.

Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab. Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan daripada belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang
pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Dengan ilham daripada mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala.

Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah. NOVEL IBRAH SEJARAH yang diberi nafas baharu daripada karya asal MACEDONIA ALEXANDER AGUNG Hijab Raja Zulqarnain.

Cash Flow Untuk Wanita ~ Shamsuddin Kadir, Ain Muhammad

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Biar nampak miskin harta, asalkan tak miskin minda.

Pernahkah kita bertanya khabar bagaimana kesihatan gaji kita hari ini? Sihat atau kritikal? Dompet kita berisi atau makin mengempis? Ataupun dompet kita ada penyakit obesiti resit sahaja?

Mungkin kita tidak menyedari bahawa kebanyakan wang di tangan kita selalu tak pernah rasa cukup disebabkan terlalu ikut kehendak kata orang, bukan ikut kata diri sendiri. Kerana mahu tutup mulut orang daripada mengkritik, lalu kita beli barangan di luar kemampuan kita.

Justeru, kepada para wanita, jadilah wanita yang hebat, berwawasan dan cerdik, seperti Siti Khadijah r.a., seorang ahli perniagaan yang berjaya. Semoga buku ini menjadikan wanita lebih matang serta lebih bijak dalam membuat keputusan dan memilih jalan hidup yang ada kaitan dengan kewangan.

Jadikan buku ini sebagai hadiah kepada perempuan ataupun wanita seawal umur 15 tahun, supaya kita semua bijak menguruskan wang sedari awal lagi. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Bajet Power: Simpan dan Labur Gaya Orang Muda ~ Harith Faisal

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Simpan dan Labur Gaya Orang Muda

Sebaik sahaja mendapat gaji pertama, pelbagai keinginan muncul di kepala. Maklumlah teruja kerana pertama kali memegang duit hasil titik peluh sendiri. Andai ketika itu kita tersilap langkah mengatur bajet bulanan, pasti ia akan memberi kesan kepada kewangan kita.

Jadi, sebagai anak muda yang sangat berwawasan, kita kena bijak dalam mengatur dan merancang kewangan masing-masing. Tanpa mengira sama ada bergaji besar atau kecil, semua kita boleh mulakannya. Ia lebih kepada bagaimana kita menyusun kewangan kita.

Tip yang paling utama, mulakan menabung. Jangan tunggu ada duit lebih baru menabung, tapi simpan dulu ... selebihnya baru belanja. Pelbagai lagi tip dan panduan yang terkandung dalam buku ini yang boleh menjadi inspirasi kepada anak muda khususnya.

Buku ini ditulis secara santai, sentap dan sempoi untuk semua anak muda yang sedang mencari hala tuju kewangan, pelaburan dan kehidupan yang lebih baik. Ia berdasarkan pengalaman penulis dalam bidang perbankan, pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah.

Anda perlu memiliki buku ini jika:
* Baru mula bekerja.
* Ingin mengurus kewangan ke arah yang lebih baik.
* Mahu kahwin tapi belum ada simpanan.

Sunday, April 16, 2017

Bersolek (Tabarruj) ~ Ni'mat Sidqi

(SEM & S/S) RM6.00 > RM5.30

"Tabarruj" adalah sebuah buku yang dikarang oleh Almarhumah Hajjah Ni'mat Sidqi. Beliau seorang wanita Islam yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Islam di Mesir. Walaupun beliau telah kembali ke alam baqa', namun karya-karyanya tetap menjadi tatapan umum bagi kaum Muslimin dan Muslimat.

KANDUNGAN
- Huraian Tabarruj
- Tradisi Make-up
- Amaran Allah
- Satu Kehinaan
- Bersolek Adalah Tanda Kekolotan
- Awasilah Kesesatan Fahaman Pasif
- Doorongan Kekolotan (Jahil Tentang Agama)
- Sikap Ibu Bapa (Dalam Mendidik Anak-Anak)
- Bermake-up...Haram
- Sepatah Kata Untuk Ibu Bapa
- Wanita Dalam Neraka

Hadith 4- (Terjemahan Dan Syarahnya) ~ Mustafa 'Abdul Rahman

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80


Ziarah Ke Alam Barzakh ~ Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas initampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

Lewat buku ini, Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh reality yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Hadis Qudsi (Edisi Bahasa Melayu) ~ K.H.M Ali Usman, Dr. H.M.D Dahlan, H.A.A Dahlan

(SEM & S/S) RM35.00 > RM30.80

Dalam usaha menjelaskan Hadis Qudsi dalam buku ini, penulis cuba menghubungkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis-Hadis Nabawi. Terdapat juga kata-kata mutiara dari para sahabat dan para tabi'in yang diharapkan dapat menambahkan pengetahuan kepada pembaca.

Mudah-mudahan buku ini dapat memberi dorongan dan inspirasi kepada pembaca untuk mengenali hakikat diri dan kenyatan hidup ini

Tanhibul Ghafilin: Peringatan Bagi yang Lupa ~ Abu Laits Al-Samarqandi

(SEM & S/S) RM55.00 > RM48.40

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat semula jadi iaitu bertabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut. Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah dan gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil dan kedekut. Dengan sifat dan tabiat ini sekiranya Allah berikan kepadanya pelbagai kenikmatan dunia maka dengan mudahnya ia lupa, sombong bahkan berasa takbur seakan-akan ia merupakan kejayaan yang datang atas jerih payahnya sendiri. Makhluk bernama manusia ini tidak sedar bahawa segala nikmat yang diberik oleh Allah merupakan kurniaan yang handaknya digunakan untuk kemaslahatan dan kebaikan semata..

InsyaAllah buku ini akan banyak memberi manfaat terutamanya bagi kaum muslimin-muslimat, generasi muda dan para pendidik untuk sentiasa saling memberi nasihat dan muhasabah menuju ke arah kebaikan dan kebenaran.

ANTARA KANDUNGAN
JILID 1
- Bab Ikhlas (Bersih Hati Dari Segala Tujuan Selain Keredhaan Allah)
- Bab Beratnya Maut Dan Kengeriannya
- Bab Kedahsyatan Dan Kengerian Hari Qiyamat
- Bab Sifat Api Neraka Dan Ahlinya
- Bab Sifat Syurga Dan Ahlinya
- Bab Yang Dapat Diharapkan Dari Rahmat Allah
- Bab Amar Ma'ruf Dan Nahi Mungkar
- Bab Taubat
- Bab Hak Kedua Ibu Bapa (Orang Tua)
- Bab Hak Anak Terhadap Orang Tua
- Bab Silaturrahim (Menghubungi Kerabat)

Friday, April 14, 2017

Blur: Bila Kau Sendiri Tak Pasti Apa Yang Kau Cari ~ Bonda Nor

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

“Kalaupun ada musibah yang Allah nak beri kepada kita, biarlah kerana 
kasih sayang-Nya. Bukan kerana murka-Nya terhadap kedegilan kita!”

BLUR – Tidak ada satu hal pun yang sia-sia. Semua ada hikmahnya. Buruk atau baik yang berlaku tetap memberi nilai tambah kepada kita. Kau stres sebab kau BLUR!

Buku PURIS ini merupakan hasil daripada siri Bengkel Penulisan Bonda Nor. BLUR adalah salah satu medan untuk para peserta mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi menerusi bengkel ini.

Bonda Nor tidak mahu sekadar berusaha seorang diri menyumbang bahan-bahan penulisan yang baik buat masyarakat dan bergerak atas objektif utama bengkel, dia bertekad mahu melatih masyarakat melahirkan sendiri karya-karya yang bermanfaat.

BLUR – membawa maksud kabur, tidak jelas dan samar-samar. Situasi yang sering menimpa anak-anak remaja yang sedang menginjak ke alam dewasa. Pada usia seperti ini, masing-masing ibarat baru sahaja menerima kunci kebebasan dan harus bijak mengendalikan keterujaan. Jika tersilap langkah, pasti membawa padah!

Tuesday, April 11, 2017

Syam Negara Misteri Akhir Zaman ~ Anwar Majdi Ashan

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Bersesuaian dengan namanya Syam Negara Misteri Akhir Zaman ini dihasilkan untuk mengupas sekali gus menjelaskan tentang perjalanan negara Syam yang penuh misteri dengan 1001 kisah berkisar tentangnya. Antara bahagian menarik yang terkandung dalam buku ini adalah mengenai asal usul dan sejarah Syam serta kelebihan Syam yang disebut dalam Al-Quran dan hadis. 

Negara Syam dibahagikan kepada empat buah negeri iaitu Syria, Jordan, Lubnan dan Palestin yang sedang bergelombang dengan pancaroba. Walaupun begitu percayalah, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah menyarankan supaya kita menetap di Syam saat fitnah bergelombang menimpa dunia. Subhanallah.

Indahnya Mencintai Rasulullah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Ibnu Kathir dalam tafsirnya berkata:
“Ayat pemutus bagi setiap orang yang mengaku mencintai Allah SWT tetapi tidak menempuhi jalan Muhammad SAW, maka dia ialah pembohong dalam pengakuan cintanya itu sehingga dia mengikuti syariat dan agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW dalam semua ucapan dan perbuatannya.”

Justeru, buku Indahnya Hidup Mencintai Rasulullah ini dinukilkan oleh penulis supaya dapat menjelaskan kepada kita hakikat cinta kepada Rasulullah SAW dan semoga kita layak meraih syurga-Nya, Amin.

Topik-topik yang dibincangkan adalah:
Bab 1: Erti Cinta
Bab 2: Pembahagian Cinta dan Falsafahnya
Bab 3: Hukum Mencintai Rasulullah dan Kelebihannya
Bab 4: Tanda Cinta Kepada Rasulullah
Bab 5: Cinta Sahabat Kepada Rasulullah
Bab 6: Mulianya Akhlak Rasulullah

Friday, April 7, 2017

Tenang Dengan Ujian ~ Dato' Dr. Hj. Abd. Basit Hj. Abd. Rahman

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Apakah itu fitnah? Apakah pula sebab dan punca fitnah? Bagaimana akhlak dalam menghadapi fitnah? Bagaimana pula mahu berbaik sangka (husnuzzan) sesama Muslim?

Buku Tenang Dengan Ujian ini menjawab semua persoalan di atas dan banyak lagi persoalan lain yang berkaitan. Buku ini patut dihadam oleh setiap generasi dalam pembentukan ummah yang positif dan cemerlang. Tanpa fitnah, kita tidak akan susah. Tanpa fitnah, kita mendapat reda Allah. Tanpa fitnah juga, pastilah ketengan yang abadi dapat diraih.

Segelas Air Segenggam Kopi ~ Dato' Ustaz Badli Shah Alauddin

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Ramai orang suka makan ketam. Tapi tak ramai orang tahu bahawa ketam adalah binatang yang memiliki sifat dengki yang sangat kuat. Jika ketam-ketam yang masih hidup dimasukkan ke dalam baldi, kita akan dapati perkara yang menghairankan iaitu tidak ada seekor pun ketam yang akan merangkak atau memanjat keluar. Kenapa tidak ada ketam yang berjaya keluar?

Itu antara puluhan kisah penuh iktibar dan kisah kejayaan beberapa individu yang istimewa di dalam buku ini. Istimewa kerana daripada tiada apa-apa, berkat kesungguhan dan kesabaran, Allah kurniakan mereka kejayaan luar biasa. Malah kejayaan mereka turut dinikmati oleh ramai orang.

Kisah bukan sebarang kisah tetapi kisah penuh pengajaran. Membacanya membuatkan fikiran yang tepu jadi terhibur, jiwa yang stres jadi kendur bahkan jiwa yang kendur dan lemah akan menjadi bersemangat semula.

Kisah-kisah ini mungkin nampak kecil atau biasa-biasa sahaja, tetapi siapa tahu ia bakal memberi kesan besar kepada individu yang benar-benar memerlukan sokongan hidup.

Lasik Untuk Jiwa ~ Datuk Prof. Dr. Muhaya Mohamad

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Seorang kanak-kanak keluar dari rumah dan melihat ada tiga orang lelaki berjanggut panjang.
“Awak ini siapa?” tanya kanak-kanak itu.
“Saya ini Kebahagiaan,” jawab lelaki pertama.
“Saya, Kejayaan,” jawab lelaki kedua.
“Saya, Kekayaan,” jawab lelaki ketiga pula.
“Awak pilihlah sesiapa yang awak ingin bawa masuk ke dalam rumah awak,” kata lelaki bertiga itu.

Setelah kanak-kanak itu bertanya kepada ibunya, mereka bersetuju untuk membawa masuk Kebahagiaan. Apabila Kebahagiaan masuk, Kekayaan dan Kejayaan pun turut masuk ke dalam.


Justeru, marilah pada hari ini kita niatkan, “Saya ingin bahagia dan membahagiakan.” Bagaimana untuk bahagia? “Saya yakin Allah bersama saya. Dan untuk Allah sayang kepada saya maka saya harus lakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.”

Prophet Yusuf: Series 2 ~ Ummu Ammar Amir, Ris Melati Shamsuddin

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Prophet Yusuf Series 2 merupakan siri kedua kepada Prophet Adventures Series terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini merupakan kesinambungan daripada Prophet Yusuf Series 1 yang mengisahkan nasib Nabi Yusuf setelah ditinggalkan oleh adik-beradiknya di dalam perigi buta. Kemudian Nabi Yusuf ditemui kalifah dagang dan membesar menjadi pemuda yang sangat kacak. 

Akibat satu peristiwa baginda dipenjarakan. Turutan cerita ini dikisahkan dengan begitu menarik melalui gambaran yang berwarna-warni bagi memudahkan pemahaman pembaca. Pengajaran yang diterapkan dalam penceritaan ini juga mampu mendidik jiwa kanak-kanak agar mencintai Al-Quran dan Sunnah.

Dosa Dan Insan: Perjalanan Menuju Allah ~ Hilal Asyraf

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Dosa dan Insan, jika kita teliti dua hal ini, sesungguhnya tidak dapat kita nafikan bahawa kedua-duanya tidak terpisah. Sebagai manusia biasa, kita punya dosa. Pasti ada kekurangan dan kelemahan kita. Mungkin ada yang telah mampu kita tinggalkan, mungkin ada yang masih bertempur untuk meninggalkannya, dan mungkin sahaja ada antara kita yang jatuh semula, lagi dan lagi.

Kuasa Kepimpinan Al-Fateh (edisi 2017) ~ Muhammad Syaari Abdul Rahman

(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Muhammad Al-Fateh disebut-sebut dan dikagumi ramai. Apakah rahsia di sebalik kegemilangan namanya?

Antara kandungan:
Fakta Asas Peristiwa 1453 Masihi
Sejarah Hanya Bermakna Pada Ulil Albab
Kuasa Semangat Pemuda
Kuasa Pemikiran Strategik
Kuasa Pemikiran Kreatif dan Inovatif
Kuasa Kerja Berpasukan
Kuasa Contoh
Kuasa Pidato Berpengaruh
Kuasa Iman dan Tawakal
Kuasa Jihad dan Pengorbanan
Kuasa Diplomasi dan Kebajikan
Kuasa Bahasa
Kuasa Sentuhan Ulama

Biografi Agung Syeikh Ahmad Al-Khatib Al-Minankabawi ~ Mat Rofa Ismail

(SEM & S/S) RM50.00 > RM44.00

Sheikh Ahmad Al-Khatib ialah tokoh dunia Islam keseluruhannya. Beliau lahir pada tahun 1860 dan meninggal pada tahun 1916. Beliau pernah bertugas sebagai imam dan khatib Masjidil Haram yang melambangkan ketinggian ilmunya.

Beliau diiktiraf sebagai ulama dunia Islam dan tersenarai sebagai ulama Makkah yang berwibawa dalam mazhab Imam Al-Syafii dalam Al-A'lam Al-Makkiyyah yakni senarai ulama besar Makkah.

Sheikh Ahmad Al-khatib Al-Minankabawi menguasai pelbagai ilmu warisan dan ilmu moden termasuk matematik, falak, ekonomi dan kemasyarakatan. Dalam jangkamasa hayatnya, beliau menghasilkan puluhan kitab dan risalah yang menjadi obor umat sepanjang zaman.

Kitabnya, masih dipelajari dan dikaji dalam pelbagai wadah ilmu. Beliau mengeluarkan fatwa, menjadi guru, penasihat dan pendamai umat. Kesepaduan ilmu aqli dan naqli dalam tulisannya menjadi simbol ilmuwan Islam zaman keagungan yang dijelmakan oleh ilmuwan Melayu kurun ke-19.

Pengaruh pemikirannya melebar ke seluruh dunia Islam khususnya ke seluruh pelusuk kepulauan Malayonesia yang dikembangkan oleh pelajarnya yang bertaburan ibarat kerdipan bintang yang menjadi panduan pengembaraan umat.

Tuesday, April 4, 2017

Mageddo: Petaka Ahzab ~ Web Sutera

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Buku PURIS ini, MAGEDDO: PETAKA AHZAB karya oleh penulis WEB SUTERAmerupakan novel ketiga bagi Trilogi Armagedon. Kesinambungan dari dua novel sebelumnya, PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: PETAKA ARMAGEDON.

Novel ini meneruskan sebuah epik perjuangan bangsa. Perang dan petaka masa hadapan ini berlaku akibat daripada konspirasi Zionis-Yahudi yang berterusan memacu dendam Ahzab untuk memenuhi ramalan muncul sebagai kuasa baharu dunia. Pertempuran berlaku dengan para Mujahid Islam yang berjuang menentang gerembolan Zionis-Kabbalah yang mengadu domba ini.

Manusia dan jagat menjadi rosak rentetan daripada perang berdarah. Muncul Islam di persada dari bumi anbiya, melayari horizon buana kemanusiaan atas nama jihad atau mati syahid. Petaka yang tiada belas kasihan ini terhampar dari Palestin dan Al-Quds sehingga ke Nusantara, termasuk juga petaka Yakjuj dan Makjuj ke dunia ghaib.

Mulai muncul kesedaran banyak pihak yang selama ini menuding jari kepada ‘teroris Islam’, bahawa ia hanyalah propaganda Zionis-Yahudi yang berpusat di negara haram Israel. Tewaskah gerombolan syaitan dan tentera hibrid yang diketuai oleh Zionet? Berjayakah anak muda Mujahid Islam menggenggam kemenangan apabila perjuangan mereka dipandu oleh ulama sedunia?

Duo Ejen ~ Syarq Nasri, Da'i Azrin

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Jadilah seorang Mukmin yang kuat luar dan dalam, supaya segala urusan dapat dilaksanakan dengan mudah dan tersusun. Usia muda semestinya punyai kekuatan fizikal yang lebih, jadi gunakanlah ia untuk menyumbang ke jalan kebenaran.

DUO EJEN ini cuba membantu para pembaca di luar sana agar berada di landasan dakwah dan menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain. EJEN yang dimaksudkan itu bukanlah ejen kepada mana-mana syarikat, sebaliknya menjadi ejen kepada-Nya untuk melaksanakan amanah sebagai pemimpin Islam di atas muka bumi ini. Tugas itu bukan tugas mereka berdua sahaja, tetapi tugas dakwah itu untuk semua selaku hamba-Nya.

Buku ini mengandungi dua bahagian yang istimewa, yang mana pada bahagian pertama, mereka membawa pembaca untuk menelusuri kisah bagaimana permulaan berdakwah dan saat terdetiknya rasa untuk masuk ke dunia dakwah ini. Manakala di bahagian yang kedua pula, mereka muatkan dengan semangat, inspirasi, panduan, kisah teladan untuk pembaca semua berjinak dalam dunia dakwah.

We're Not Naughy: Geng Mengaji 2 ~ Diq Danial

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Semasa membersihkan kelas, Amir menjumpai beberapa butir telur di dalam laci meja. Suasana kelas menjadi gamat hanya kerana kehadiran telur itu. Rentetan peristiwa itu, Ustazah Hasanah telah menceritakan kisah burung merpati yang pernah menunggu di depan pintu Gua Tsur semasa hijrah Rasulullah SAW.

Namun, Ustazah Hasanah sengaja membiarkan beberapa persoalan berkenaan burung tersebut berlegar di fikiran murid-muridnya.
Amir telah dilantik menjadi ketua dalam misi mengharumkan nama sekolah di Festival Burung Sandakan. Dia menerima kritikan tajam di atas perlantikan itu kerana sikapnya yang nakal.
· Apakah persoalan yang ditimbulkan Ustazah Hasanah itu?
· Apa rahsia burung merpati dan labah-labah yang berada di pintu gua?
· Apa pula kaitan pacat dan manusia?
· Mampukah Amir dan rakan-rakannya mengharumkan nama sekolah?

Ikuti bagaimana semua ini dirungkai di dalam We’re Not Naughty: Geng Mengaji 2

Mari Menjadi Hamba ~ Hilal Asyraf

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kawan biar dengan semua, tetapi sahabat cari yang betul-betul.

Buku PURIS Mari Menjadi Hamba oleh Hilal Asyraf ini telah diberi nafas baharu serta garapan mesej yang lebih terkini terdiri daripada pengumpulan artikel-artikel yang membawa kita terus pulang kepada Allah, tanpa melupakan praktisnya dalam kehidupan.

Mari Menjadi Hamba hendak membawa kita semua pulang menjadi hamba kepada Allah. Tidak memisahkan dunia dengan akhirat. Tidak memisahkan akhirat dengan dunia. Seterusnya mengajak kepada disiplin hidup yang mapan dan kehidupan yang matang serta berwawasan.

Mari Menjadi Hamba kali ini diharap dapat memberikan anjakan dan gesaan agar kita melihat persoalan-persoalan itu dari satu sisi yang baharu. Bagi HILAL ASYRAF, dia menulis kerana mahu menyampaikan, sebagai peringatan buat diri sendiri sambil mahu mengajak orang lain agar sama-sama kembali menjadi hamba Ilahi. Menyumbangkan apa yang ada pada dirinya itu untuk pembangunan umat. Sesungguhnya umat yang mantap itu, dibina oleh isinya yang mantap juga.

Sunday, April 2, 2017

Dictionary For Backpackers And Business Travellers ~ Prof. Madya Dr. Muhammad Sabri Sahrir

(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Bagi anda yang sukakan melancong ke luar negara atau mempunyai perniagaan di sana, pastikan buku Dictionary For Backpackers And Business Travellers sudah anda miliki. Semestinya buku ini di susun bagi memudahkan komunikasi anda bersama masyarakat tempatan dan jabatan kerajaan di tempat asing. Contoh perbualan asas dan dokumen yang dilampirkan begitu membantu sesiapa sahaja yang selalu memikirkan kesukaran berkominukasi bersama mereka. Apabila perkara ini dikuasi, tiada lagi kerunsingan ketika berada di sana bahkan perjalanan anda menjadi lebih menyeronokkan!

Imam Mahdi Tidak Wujud? ~ Mustafar Mohd Suki

(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

KEDATANGAN IMAM MAHDI SUATU REKAAN? BIAR BETUL!

Kebanyakan kita pernah mendengar nama Imam Mahdi yang dikaitkan dengan tanda-tanda berlakunya peristiwa Kiamat. Kewujudannya diletakkan sebaris dengan kemunculan Dajjal dan turunnya Nabi Isa a.s. kelak. Namun, adakah kita ketahui bahawa ada ilmuwan Islam yang menolak kehadirannya pada akhir zaman?

Antara mereka ada yang mendakwa bahawa perawi hadith-hadith berkenaan Imam Mahdi tidak siqah (tidak terpercaya). Turut terdapat banyak kekeliruan dan pertentangan dalam riwayat-riwayat yang dikaitkan dengan kemunculannya.

Maka, naskhah ini akan membongkarkan jawapan atas segala persoalan tersebut agar kita dapat memahami perbahasan dan perselisihan mengenai kedatangan Imam Mahdi.

KANDUNGAN MENARIK
 Mempelajari Asas Ilmu Hadith
 Mengenali Tanda-tanda Hari Kiamat
 Sejarah Nabi Isa A.S. Dan Dajjal
 Hujah Menolak Kewujudan Imam Mahdi
 Hujah Balas Menerima Kedatangan Imam Mahdi

Kaedah Resam Uthmani Dalam Al-Quran ~ Ustaz Mahadi Dahlan, Ustaz Hj. Azahari Othman

(SEM & S/S) RM6.00 > RM5.30

Buku ini sebagai panduan asas untuk setiap individu Muslim mengetahui dan mempraktikkan pembacaan Al-Qur'an secara yang betul (iaitu menurut tajwid Al-Qur'an). Ini berdasarkan kepada firman Allah SWT yang bermaskud:
"...bacalah Al-Qur'an itu dengan tertibnya."
AI-Muzzamil:4

Oleh kerana is dituntut maka setiap individu sudah sewajarnya belajar dan mengetahui bagaimana kitab Al-Qur'an itu dibaca, dihafal dan dilagukan.
Di dalam buku ini hanya ditunjukkan cara sebutan dan hukum pembacaan Al-Qur'an setelah kita mahir dan dapat mengenalnya maka adalah lebih baik dibacakan dengan berlagu dan berusaha untuk menghafalnya. Kerana Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
"Yang paling mulia di antara umatku adalah mereka yang membaca Al-Qur'an."
H.R, Tirmidzi

Oleh itu untuk kita memulai pembacaan Al-Qur'an maka mengenal dan memahami kaedah-kaedah membacanya amatlah penting. Maka buku ini amatlah sesuai dengan tujuan itu, di samping buku ini ringkas dan mudah difahami. Insya Allah.

Nota Ajal Seorang Mukmin ~ Ahmad Dusuki Abd. Rani

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan kematian”.
Benar, sesungguhnya kematian adalah haq, pasti terjadi, tidak dapat disangkal lagi. Walau sehebat mana kehidupan dan pangkat kita di dunia, tiada siapa pun yang dapat hidup kekal selama-lamanya.

Tetapi bagaimana keadaan kita mati? Adakah mati kita itu dalam keadaan yang indah atau penuh dengan kekeliruan? Bagaimana kehidupan kita selepas kematian? Dan mengapa Rasulullah SAW menangis di akhirat kelak?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam buku "Nota Ajal Seorang Mukmin." Buku ini membicarakan mengenai hakikat kematian, kehidupan kita selepas kematian, keadaan roh, sifat malaikat maut, serta keadaan-keadaan di dalam kubur, fitnah kubur dan seksaannya.

Semua isu yang terkandung di dalam buku ini disampaikan dengan menggunakan bahasa yang santai dan mudah difahami. Paling penting ia bersumberkan al-Quran dan hadis yang sahih.

Mukjizat Surah Al-Kahfi ~ Muhammad Mokhtar

(SEM & S/S) RM9.90 > RM7.70

Adakah mengelakkan fitnah dajal itu penting?

Sudah pasti, ya.

Fitnah dajal itu adalah fitnah yang paling dahsyat. Fitnah dajal bukan sekadar fitnah fizikal, bukan sekadar gosip-gosip liar. Fitnah dajal itu adalah fitnah yang halus, seumpama silap mata. Fitnahnya membuatkan perkara yang baik kelihatan buruk. Sementara perkara yang buruk pula kelihatan baik.

Namun, Tuhan itu maha adil. Dia menyediakan kita bekalan. Bekalan itu adalah surah Al-Kahfi.

Mukjizat Surah Al-Kahfi menekuni satu per satu perbincangan perihal surah Al-Kahfi. Kita dapat mengetahui banyak perkara, seperti sebab turunnya surah ini, tafsiran ayat, dan kelebihan-kelebihan ayatnya.

Rahsia Ashabul Kahfi
Rahsia Zulkarnain
Rahsia pengembaraan Nabi Musa dan Nabi Khidir
Rahsia teguran Allah kepada Nabi Muhammad
Ternyata, ini adalah surah pendinding dajal. Ini adalah mesej daripada Tuhan kita.

Menu Campak-campak: Ayam ~ Chef Fendi

(SEM & S/S) RM6.50 > RM5.70

Siri Menu Campak-Campak menerbitkan Resipi Ayam untuk buku pertama dalam siri ini. Resipi-resipi di dalam buku ini menunjukkan 30 resipi ayam yang menggunakan bahan-bahan yang mudah dengan kos yang murah dan cara memasak yang singkat. 30 menu bajet yang sesuai untuk dimasak dan dimakan oleh pelbagai peringkat usia 'wajib' dicuba dan dirasa. Buku ini lengkap dengan gambar langkah demi langkah, serta info yang berguna untuk setiap jenis resipi. Gabungan masakan kampung, barat, dan fusion yang pasti tidak menghampakan semua.

Antara Kandungan:
1)Ayam Tiga Rasa
2)Ayam Bakar Barat
3)Ayam Masak Lengkuas
4)Ayam Goreng Berempah
5)Ayam Kicap Bujang
6)Ayam Masak Halia
7)Ayam Percik Ibu
8)Ayam Bakar Kicap
9)Ayam Goreng Rangup
10)Ayam Masak Merah Bujang
11)Ayam Bujang Senang
12)Ayam Black Pepper Kampung
13)Ayam Butter
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...