Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, August 30, 2019

Membongkar Sejarah Yahudi dan Freemason di Tanah Melayu ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Yahudi dan Freemason sudah lama bertapak di Tanah Melayu. Freemason masuk ke Tanah Melayu melalui penjajahan Portugis, Belanda dan juga British. Portugis telah Berjaya bertapak di Melaka, tetapi mereka gagal hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu. Ini kerana tentangansengit daripada pelbagai penjuru seperti dari kerajaan Johor-Riau, Kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh. Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengabil alih dari Portugis. 

Mereka cuba bertapak di Perak tetapi lodges mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Buku ini mendedeahkan tentang orang Yahudi di Tanah Melayu terdiri daripada keturunan Yahudi Sephardi yang tinggal dalam kalangan orang Kristang (Orang Serani), Yahudi Mizrah (Majoritinya adalah orang Yahudi Baghdadi), Yahudi Cochin dari India dan Yahudi Ashkenazi (Kaum Khazar). Perhubungan pertama antara masyarakat Yahudi dan masyarakat di Tanah melayu bermula sekitar kurun ke-9 yang bermula di Lembah Bujang. Pada abad ke-18, kaum Yahudi dijumpai di Melaka.

Ibn Zuhr: Ahli Perubatan & Pakar Jantung ~ Shafie Abdul Rahman

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Ibn Zuhr adalah cerdik pandai Islam kelahiran Sevila atau Seville di Sepanyol pada 1162. Beliau adalah generasi ketiga daripada keluarga Abul Marwan yang amat terkenal dalam bidang perubatan selama lima generasi, termasuk melahirkan beberapa orang doktor wainta. 

Beliau dianggap sebagai “Pengasa Ilmu Latihan Perubatan” kerana bertanggungjawab menyusun sukatan pelajaran untuk membolehkan seseorang itu layak menjadi doktor dan mengamalkan ilmu kedoktoran secara praktikal. 

Selain daripada itu, beliau juga dianggap antara pakar jantung terkemuka di samping bertanggungjawab mengasaskan pusat latihan kedoktoran atau sekolah perubatan pertama di Sepanyol.

Terapi Solat Tahajud ~ Dr. Mohammad Salleh

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Tentu Anda Ingin Tahu:
  • Benarkah solat tahajud dapat menyembuhkan penyakit? 
  • Apakah bukti solat tahajud dapat merangsang penghasilan hormon badan? 
  • Bagaimana solat tahajud mampu mempengaruhi peningkatan sistem imunisasi? 
  • Mengapa ramai orang menunaikan solat tahajud namun penyakitnya tidak juga sembuh? 
  • Apakah teknik terbaik dalam menghasilkan kesan optimum kepada tubuh sewaktu melaksanakan solat tahajud? 
  • Anda mempunyai penyakit yang sukar disembuhkan? 
  • Ingin kembali sihat dan memiliki daya tahan tubuh yang ampuh? 
  • Tercari-cari ubat mujarab dalam menyembuhkan diri daripada penyakit yang dideritai?
Lupakanlah segala ubat-ubatan yang anda tahu. Lakukanlah solat tahajud.

Ar-Rahiq Al-Makhtum: Sirah Nabawiyyah ~ Sheikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri

(SEM & SS) RM90.00 > RM81.00
Di tengah-tengah masyarakat Arab yang sedang bergelumang dengan amalan yang menyimpang daripada ajaran Tuhan, lahir seorang manusia paling sempurna di atas muka Mekah. Muhammad bin Abdullah s.a.w., Rasul Allah yang mulia. Sebaik-baik kejadian manusia. Keperibadian Baginda adalah Al-Quran, kitab Allah yang sempurna.

Karya tentang sirah Nabi Muhammad s.a.w (perkataan, perbuatan, dan akhlak Baginda) ini dikarang oleh Syeikh Safiyyur Rahman Al-Mubarakfuri dari Universiti As-Salafiyyah, India. Karya ini diangkat sebagai johan dalam pertandingan antarabangsa mencipta buku sirah Nabi Muhammad s.a.w. anjuran badan kebajikan Islam, Rabitah Al-Alam Al-Islami di Persidangan Islam Asia Pertama pada tahun 1978.

Berlandaskan kecintaan beliau terhadap Baginda s.a.w., biografi lengkap ini ditulis dengan hasil kajian terperinci daripada sumber yang sahih sahaja. Melalui penulisan yang lengkap dan padat, penulis membawa pembaca merasai sendiri setiap momen kehidupan Rasulullah s.a.w. Daripada detik kelahiran, perjalanan kehidupan Baginda, fasa penyebaran dakwah, fasa hijrah ke Madinah, perihal peperangan, fasa perjanjian damai, sehingga detik terakhir Baginda s.a.w. bersama umatnya dan alam dunia.

Wednesday, August 21, 2019

Ya Tuhan! Bantu Aku Bangkit ~ Begum Irdawati

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Mencintai tidak semestinya memiliki, kadang-kadang Tuhan hanya menemukan demi sebuah pengajaran. Jangan salahkan Tuhan, jangan salahkan takdir. Kerana setiap yang berlaku, pasti terselit hikmah yang indah.

Naskhah ini khusus buat wanita yang mencari kekuatan untuk bangkit selepas menghadapi keruntuhan rumah tangga, dan juga sumber inspirasi buat para wanita yang masih berpegang kepada 'aku bertahan demi anak-anak', 'aku malu bergelar janda' kerana takut akan persepsi negatif masyarakat sekeliling.

"Perempuan yang paling malang adalah perempuan yang tersalah memilih suami." (Prof Dr Muhaya)

"Bagaimana memujuk hati setelah teruji dengan situasi, teruji dengan dosa sendiri atau teruji dengan dosa orang lain? Benar. berdepan dengan ujian sering buat kita penasaran. Ia tidak mudah. Namun percayalah, kita takkan terus rebah jika segera mencari Allah SWT." (Bonda Nor)

Panduan Solat Jamak & Qasar Untuk Para Musafir ~ Zulkarnain Dollah

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Allah SWT amat menggalakkan umat Islam untuk meneroka dan menjelajah dunia yang terbentang luas ini. Selain menjelajah untuk menyebar dakwah atau bekerja, dengan menjelajah juga kita dapat sentiasa menambah ilmu pengetahuan, memahami budaya di kawasan asing, menimba pengalaman baru dan yang boleh dikatakan paling adalah mengukuhkan hubungan silaturahim sesama manusia.

Namun begitu, tidak kira ke mana pun kita menjelajah, kita wajib melaksanakan ibadah utama kita, solat lima waktu. Oleh itu, sebagai tanda kasih sayang Allah SWT kepada umat Nabi Muhammad SAW maka dikurniakan rukhsah kepada umat Islam. Rukhsah bermaksud kemudahan atau keringanan untuk orang bermusafir bagi melaksanakan solat dengan cara qasar dan jamak.

Buku ini menerangkan definisi, hukum-hukum dan merungkai kekeliruaan yang berkaitan selain memberi panduan lengkap untuk menunaikan solat secara jamak dan qasar.

Something Is Missing ~ Kamaruddin Ismail

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Apakah kayu pengukur kejayaan dalam hidup seorang hamba Allah di dunia ini?

Kemewahan wang ringgit?
Kejayaan dalam pelajaran?
Kerjaya yang berjawatan tinggi?
Sentiasa peka dengan arus teknologi?
Itu sahaja?

Atau ada sesuatu yang telah kita lupa?

Pedoman Buat Umat ~ Habib Ali Zaenal Abidin

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

Pedoman Buat Umat adalah buku ke-3 Habib Ali Zaenal Abidin. Dalam tulisan kali ini, fokusnya lebih kepada contoh-contoh dan kisah yang dapat kita teladani daripada kehidupan Nabi Muhammad S.A.W dan juga sahabat-sahabat Baginda R.A.

Antara kandungan:
BAB 1 : Hati Kita
BAB 2 : Nilai Syahadah
BAB 3 : Kurniaan Nur
BAB 4 : Kemuliaan dan Kecintaan Rasulullah
BAB 5 : Israk dan Mikraj
BAB 6 : Kepentingan Mengingati Orang Soleh
BAB 7 : Pembawa Rahmat
BAB 8 : Sifat Rahmat Nabi kepada Umat

40 Hadis Sahih Kisah Ghaib & Ajaib ~ Prof. Dr. 'Umar Sulayman Al-Ashqar

(SEM & SS) RM19.00 > RM17.10

Buku 40 Hadis Sahih Kisah Ghaib dan Ajaib ini merupakan sebuah buku yang diinspirasikan daripada sebuah kitab bahasa Arab, Qisas al-Ghayb fÄ« Shahih al-Hadis al-Nabawi karya Prof. Dr. ‘Umar Sulayman al- ‘Ashqar. 

Buku ini menampilkan kisah-kisah ajaib yang diambil daripada hadis-hadis sahih dalam kitab Sunan Sittah. Antaranya ialah hadis tentang keadaan ahli syurga, hadis Tamim al-Dari, hadis Imam al- Mahdi dan pelbagai perkara ghaib yang lain.

Tafsir Mini Surah Al-Nashr ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Romlie

(SEM & SS) RM12.00 > RM10.80

• Buku ini memberikan penerangan yang mendalam tentang surah al- Nashr dengan gaya bahasa yang mudah, sesuai untuk anak-anak.

• Disertai ilustrasi serta aktiviti menarik bagi membantu mengekalkan minat dam memudahkan pemahaman anak anak tentang setiap ayat suci al-Quran.

• Amat sesuai digunakan oleh ibu bapa dan pendidik untuk menggalakkan komunikasi berkesan dengan anak-anak seperti melalui penceritaan, soalan uji minda dan sebagainya.

Marugoto: Japanese Language And Culture Elementary A2 Coursebook For Comunnicative Language Competence (Peach Rikai) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM55.00 > RM49.50

  • Di peringkat A2, silabus juga dibahagikan kepada dua jilid: "Katsudoo" (Aktiviti komunikasi) - mengambil amalan dari situasi praktikal sebagai tumpuan; "Rikai" (Pemahaman bahasa) – mengambil pembelajaran bahasa sebagai tumpuan. Berdasarkan ini, pelajar boleh memilih kaedah menggunakan kursus mengikut keperluan dan gaya pembelajaran mereka. 
  • Membina keadaan watak dari budaya yang berbeza berdasarkan semangat memahami dan menghormati perbezaan budaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain dalam Bahasa Jepun. 
  • Reka bentuk latihan untuk membantu pelajar membiasakan diri dengan perbualan dengan konteks semula jadi untuk memupuk bahasa melalui pemahaman mendengar. 
  • Menggunakan kaedah menggunakan rekod kecekapan peribadi untuk menguruskan diri sendiri. 
  • Membahagikan tahap Marugoto mengikut piawaian pendidikan Jepun JF: Memasuki A1, Awal 1 dan 2 (A2), Penengah Asas (A2 / B1) dan Menengah 1 dan 2 (B1). Enam tahap JFS sesuai dengan tahap CEFR *, jadi mudah untuk membandingkan keupayaan bahasa Jepun dibandingkan dengan bahasa lain. 

Marugoto: Japanese Language and Culture Elementary A2 Coursebook For Communicative Language Activitier (Putih Katsudoo) ~ Telaga Biru

(SEM & SS) RM55.00 > RM49.50


  • Di peringkat A2, silabus juga dibahagikan kepada dua jilid: "Katsudoo" (Aktiviti komunikasi) - mengambil amalan dari situasi praktikal sebagai tumpuan; "Rikai" (Pemahaman bahasa) - mengambil pembelajaran bahasa sebagai tumpuan.
  •  Berdasarkan ini, pelajar boleh memilih kaedah menggunakan kursus mengikut keperluan dan gaya pembelajaran mereka. 
  • Membina keadaan watak dari budaya yang berbeza berdasarkan semangat memahami dan menghormati perbezaan budaya untuk berkomunikasi antara satu sama lain dalam bahasa Jepun. 
  • Reka bentuk latihan untuk membantu pelajar membiasakan diri dengan perbualan dengan konteks semula jadi untuk memupuk bahasa melalui pemahaman mendengar. 
  • Menggunakan kaedah menggunakan rekod kecekapan peribadi untuk menguruskan diri sendiri. 

Friday, August 16, 2019

Membongkar Sejarah Kerajaan Melayu Purba Yang Hilang ~ Abdullah Sidek

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Kesedaran orang Melayu mengenai sejarah bangsanya semakin meningkat dalam dekad-dekad yang terakhir ini. Kadar celik huruf yang tinggi dan pendidikan uang tinggi telah merangsang orang Melayu untuk mengorek kembali sejarah bangsanya dan kerajaannya. Orang Melayu bukanlah orang buta sehingga tidak mengambil kisah mengenai peredaran dunia bahkan orang Melayu telah mempunyai tamadun antara yang terawal di dunia. Penemuan Tamadun Sungai Batu di Merbok Kedah yang berusia sekitar 2600 tahun telah membuka mata masyarakat dunia tentang bangsa melayu. 

Oleh itu, buku ini akan membawakan kepada anda mengenai kerajaan-kerajaan Melayu yang pernah wujud di Asia Tenggara antaranya Kerajaan Champa, Kerajaan Melayu, Kerajaan Funan dan banyak lagi.

50 Ilmuwan Islam Tersohor ~ Shafie Abdul Rahman

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Sesungguhnya, jika hadiah Nobel telah mula diperkenalkan sejak abad ke-9 lagi, tidak syak lagi bahawa penerima anugerah tersebut bermula daripada abada ke-9 hinggalah abad ke-15, semuanya akan dibolot oleh cerdik pandai Islam!

Pelbagai ikon menjadi pujaan dan sebutan dalam kalangan generasi muda serta anak-anak remaja kini. Ada antara mereka termasuklah para artis dan selebriti baik di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat tempatan. Namun kurang sekali antara kita khususnya umat Islam mengambil tahu akan tokoh-tokoh ilmuwan Islam yang banyak menyumbang jasa dalam membawa agama Allah ini.

Sejak abad ke-8 hinggalah abad ke-15, sejarah ketamadunan Islam telah berjaya mewarnai sisi peradaban Islam dengan penuh kegemilangan yang amat mengagumkan. Sepanjang tempoh lebih daripada 700 tahun, telah menyaksikan kelahiran ratusan bahkan ribuan ilmuwan Islam yang cemerlang, yang telah berjaya membuka mata para cerdik pandai Barat tentang kegemilangan cerdik pandai Islam terdahulu serta betapa besarnya sumbangan mereka terhadap perkembangan ilmu moden serta pencapaian sains teknologi sekarang. Sebagai menjunjung tinggi ketinggian ilmu serta dengan mengambil ibrah daripada turunnya wahyu pertama yang bermula dengan kalimah Iqra’ atau bermaksud ‘Bacalah’; buku ini ditulis.

Konspirasi & Eksploitasi Saintis Barat Pseudosains Terhadap Asal Usul Kejadian Manusia ~ Malek Muhamat Said

(SEM & SS) RM38.90 > RM35.00

Majoriti pendukung doktrin evolusi Darwinisme (Darwinisme Sosial) adalah para saintis paleoantropologi yang bersandar sepenuhnya kepada rasionalisme. Mendakwa menggunakan kaedah saintifik tetapi sering dituduh mengeksploitasi retorik imaginasi, fantasi dan ilusi. Hampir kesemua mereka adalah golongan agnostis, skeptis dan ateis yang hidup tanpa pegangan agama. Mereka mengeksploitasi dan memanipulasi bidang sains persejarahan sehingga bidang berkenaan dicemari dengan fiksyen dan dongengan pseudosains.

Asas pegangan mereka dimulakan dengan sangkaan iaitu apabila sesuatu proses evoulsi berlaku terhadap sesuatu hidupan maka akan mucul suatu spesis yang baru. Kononnya, setiap spesis baru yang menjelma akan memiliki struktur dan bentuk yang lebih berdaya saing, kompleks dan maju. Menggunakan daya imaginasi dan fantasi, mereka mendakwa telah wujud beberapa sepsis beruk besar purba (primat) jutaan mengalami mutasi dan seterusnya bervolusi sehingga termuncullah spesis peralihan (hominid) yang berkesudahan dengan kemunculan keturunan manusia (genus homo) yang wujud sehingga ke hari ini.

The Golden Story of Uthman bin Affan: Tokoh Korporat Islam yang Dermawan ~ Haji Husseiny Zamburi

(SEM & SS) RM39.00 > RM35.10

Setelah Khalifah Umar Al-Khattab meninggal dunia, Saidina Uthman bin Affan telah dipilih menggantikan tugas sebagai Khalifah Islam yang ketiga. Di era kepimpinan Khalifah Uthman r.a., perluasan kekuasaan Islam telah diteruskan dan agama Islam telah tersebar dengan pesatnya ke wilayah-wilayah Eropah Timur, Empayar Parsi, sebahagian daripada wilayah Soviet Rusia dahulunya hingga ke sempadan India.

Selain meneruskan dasar-dasar yang telah dilaksanakan oleh khalifah sebelumnya, beliau juga telah melakukan beberapa pembaharuan dan penambahbaikan. Malah beberapa penambahbaikan itu boleh kita lihat dan saksikan sehingga sekarang. Di antaranya adalah pembesaran Masjid Nabawidi Madinah dalam tahun ke-29 hijrah (ada yang mengatakan tahun ke-30) yang boleh kita saksikan sehingga sekarang. Selain itu juga, beliau telah membuka pelabuhan Jeddah pada tahun ke-26 hijrah. Di mana kita dapat melihat kepesatan pelabuhan ini hingga sekarang yang menjadi pelabuhan utama menghubungkan dunia luar dengan Mekah melalui laut.

Selain itu, penambahbaikan yang besar yang telah beliau laksanakan adalah pengumpulan dan penulisan Al-Quran yang dikenali sebagai Mushaf Uthmani. Proses pengumpulan al-quran yang telah ditulis oleh penulis-penulis wahyu Allah ini bermula dari zaman Khalifah yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq lagi. Kemudian diteruskan oleh Saidina Umar Al-Khattab. Dan era Khalifah Uthman, beliau telah menyempurnakannya.

The Golden Story of Umar Al-Khattab: Ulama dan Pemimpin yang Adil ~ Haji Husseiny Zamburi

(SEM & SS) RM39.00 > RM35.10

Tanggal 23 Ogos (633-644 masihi) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 hijrah, Saidina Umar Al-Khattab telah dilantik menjadi khalifah kedua Islam. Dalam era pemerintahan beliau, empayar Islam berkembang dengan pesat, menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada empayar Parsi (berjaya menamatkan empayar Parsi) dan juga menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).

Tentera Islam pada zaman beliau yang berjumlah 40000 orang juga berjaya menumpaskan tentera Byzantine yang berjumlah 120000 orang yang telah mengakhiri pemerintahan Byzantine di selatan Asia Kecil. Pada zaman pemerintahan beliau juga, telah berlaku peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Islam seperti penyerahan kunci kota Baitul Maqdis.

Saidina Umar Al-Khattab juga banyak melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan baru yang dibuka, melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan dan menyusun dan mengemaskini sistem pentadbiran negara. Semasa pemerintahannya juga, kota Basrah dan Kufah dibangunkan.

Thursday, August 15, 2019

The Golden Story of Abu Bakar As-Siddiq: Sahabat Nabi yang Paling Utama ~ Haji Husseiny Zamburi

(SEM & SS) RM39.00 > RM35.10

Setelah wafatnya Nabi Muhammad s.a.w, Abu Bakar telah dibai'ah menjadi khalifah Islam yang pertama pada tanggal 13 Rabiulawal tahun ke-11 hijrah. Memegang tampuk kepimpinan yang tertinggi di dalam sebuah negara yang masih baru memerlukan kekuatan dan kemahiran dari pelbagai aspek. Lebih-lebih lagi ketika itu cabarannya amat besar dan mencabar. Banyak unsur negatif timbul seperti Nabi palsu, keengganan untuk patuhi ajaran Islam, tidak mahu membayar zakat dan juga ancaman daripada musuh-musuh yang berazam untuk menghancusrkan Islam seperti Rom dan Parsi. Ini yang perlu dihadapi oleh Saidina Abu Bakar.


Thursday, August 8, 2019

Tafsir Surah As-Saff, Al-Jumu'ah, At-Talaq dan Juzuk 28 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Antara kandungan:
AL-MUJADALAH (PEMBANTAHAN)
Zihar
An-Najwaa (Perundingan Rahsia)
Sopan santun (Etiket) dalam Majlis
Keruntuhan Jiwa Orang-orang Munafik
Disiplin

SURAH AL-HASYR (PENGUSIRAN)
Pengusiran
Harta Rampasan Perang
Al-Ansar
Kebohongan Kaum Munafik
Persediaan untuk Hari Esok
Gunung Pun Boleh Runtuh
Nama-nama yang Mulia bagi Allah

Surah Al-mumtahanah (PEREMPUAN YANG DIUJI)
Disiplin
Suri Teladan Yang Baik
Menghadapi Kafir yang Belum Ada Perjanjian
Baiat
Bai’atun Nisaa’

Tafsir Surah Al-Ma'idah dan Juzuk 6 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Antara Kandungan:
Surah An-Nisaa’ (Perempuan-Perempuan)
- Nabi Isa Tidak Mati Disalib
- Kepercayaan Terhadap Salib
- Kepercayaan Kristian Terhadap Salib Al-Masih
- Pandangan Seorang Muslim Yang Mengerti Agamanya Tentang Kepercayaan Itu
- Ajaran Islam Tentang Pembersihan Dosa
- Dari Mana Kepercayaan Tebus Dosa Dengan Salib?
- Kesimpulan Tentang Kepercayaan Salib
- Berita-Berita Kebangkitannya Dari Kubur
- Kematian Yahuda (Yudas) Askhariyuti
- Kesaksian Perjanjian Lama
- Naskah Dari Gua Qamran
- Beragama Jangan Melebih-Lebihi

Surah Al-Ma’idah (Hidangan)
- Jangan Mengorak Buhul
- Makanan Yang Terlarang
- Tentang Yang Halal
- Memelihara Anjing
- Wuduk Dan Tayamum
- Lima Syarat Dan Janji
- Sinar Cahaya
- Anak Allah

Wednesday, August 7, 2019

Membongkar Rahsia Hadith Peringkat Zaman Sehingga Hari Kiamat ~ Abu Muhammad Arafah Adha

(SEM & SS) RM45.90 > RM41.30

Bermula dengan menceritakan umur dunia dan umur manusia di atas muka bumi ini, penulis mengajak para pembaca merenung beberapa peringkat zaman yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW. Baginda membahagikan zaman di dunia ini kepada lima peringkat;

-Zaman Kenabian (Minhaj Nubuwwah)
-Zaman Khalifah (Khalifah Al-Rasyidin)
-Zaman Pemerintahan yang Menggigit (Mulkan Adhan)
-Zaman Pemerintahan Kuku Besi (Mulkan Jabariyan
-Zaman Khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian (Khalifah al-Minhaj Nubuwwah).

Penulis mengajak para pemaca dan umat Islam untuk melihat pada ZAMAN DI MANA KITA SEDANG BERADA. Kini,kita memasuki Zaman Mulkan Jabariyan iaitu zaman pemerintahan diktator atau kuku besi. Walaupun zaman ini dibayangkan sebagai zaman akhir dan telah hampir dengan kiamat, tetapi kita masih belum nampak tanda-tanda jelas akan bukti-bukti kebenaran pada peringkat zaman yang dijanjikan iaitu zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut zaman Nubuwwah. Untuk mengetahui tentang peringkat zaman dengan lebih lanjut anda perlu memiliki dan membaca buku ini. Selain memaparkan peringkat-peringkat zaman, ia juga mengandungi panduan-panduan untuk menjadi insan yang selamat di dunia dan akhirat.

Halal & Haram Dalam Islam ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

(SEM & SS) RM70.00 > RM63.00

Antara keistimewaan yang terdapat pada buku ini ialah:
• Menjawab dan menghurai permasalahan ummah pada masa kini
• Memperkenalkan masyarakat kepada dalil-dalil sama ada secara naqli atau aqli.
• Memimpin pembaca untuk makrifah dan mengenali cara istinbat hukum.
• Menjelaskan bagaimana penggunaan kaedah usul fiqh dan kaedah fiqh.
• Mengemukakan fatwa ulama dan pendapat mereka.
• Mendahulukan maslahah dan juga menolak mafsadah dalam mengemukakan hukum ijtihad.
• Tidak terikat dengan hanya satu-satu mazhab.
• Menjawab isu-isu kontemporari dan moden dengan menghubungkan illah dan qias.

Penulis mengakhiri pujian terhadap kitab ini seperti yang dinyatakan oleh al-‘Allamah Syeikh Mustafa al-Zarqa’: “Sesungguhnya memelihara dan memiliki kitab ini menjadi kewajipan dan kemestian bagi setiap keluarga Islam.”

Khunsa & Transeksual: Identiti Undang-undang dan Hukum Menurut Islam ~ Arif Ariffin

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Dahulu golongan khunsa dan transeksual ini adalah antara golongan yang dirahsiakan identitinya. Tiada siapa yang tahu kewujudan jantina unik ini. Dalam masyarakat, golongan ini menjadi golongan minoriti dan dianggap memalukan nama baik keluarga dan keturunan.

Namun begitu, pada zaman sekarang semakin ramai golongan ini yang keluar ke masyarakat dan secara terang-terangan menonjolkan diri mereka tanpa rasa malu atau rendah diri. Mereka ini terdiri daripada golongan professional, pemilik syarikat kosmetik dan ada yang menjadi penghibur.

Siapakah golongan khunsa? Siapa pula golongan transeksual? Adakah mereka ini sama? Golongan yang kita panggil mak nyah, pondan, bapuk, transgender, tomboy dan macam-macam gelaran lagi.

Bagaimana kita dapat bezakan ini? Apakah status mereka dalam masyarakat dari segi perundangan dan juga islam? Apakah hukum-hakam yang terpakai untuk mereka dalam menunaikan solat, perkahwinan, faraid, haji dan umrah serta aurat?

Buku Khunsa & Transeksual: Identiti, Undang-undang dan hukum menurut islam ini akan memberi jawapan kepada setiap persoalan ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...