Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, September 26, 2013

Buku Rujukan Haji & Umrah Untuk Wanita ~ Dr. 'Ablah Muhammad Al-Kahlawi

Ibadah Haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Manakala Umrah pula ibadah sunnah yang dikenali sebagai ibadah Haji Kecil, yang mempunyai banyak kelebihan dan fadilatnya. Kedua-dua ibadah ini memerlukan persediaan fizikal, mental dan rohani yang sempurna untuk mendapat ibadah yang mabrur.

Buku ini merupakan sebuah rujukan yang amat sesuai untuk kaum Hawa dalam menyiapkan diri untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah. Berbeza daripada kebanyakan buku persediaan atau rujukan ibadah Haji dan Umrah yang sedia ada, buku ini memasukkan bab-bab pengkhususan untuk bakal jemaah Haji dan Umrah wanita. Disampaikan apa yang dibolehkan dan dilarang bagi jemaah wanita khususnya, selain itu juga ditambahkan dengan kedudukan mereka yang dimuliakan di sisi Allah.

Semoga dengan usaha penulis yang menyediakan sebuah rujukan khusus untuk bakal Haji dan Umrah wanita dapat dimanfaat sebaiknya. Lebih besar lagi harapannya untuk memberikan lebih keyakinan kepada kaum Hawa yang akan menunaikan ibadah Haji dan Umrah dengan persediaan ilmu dan pengetahuan yang mantap, selain persediaan fizikal dan material.

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM48.00 - RM42.20

Menjadi Isteri Yang Dapat Mengajak Suami Masuk Syurga Bersama ~ Fathan Mubina

Sebagai isteri, apa yang kita impikan dari sebuah rumah tangga? Pasti terlintas di dalam hati, apa yang kita inginkan adalah kemewahan, kelengkapan, perhiasan dan sebagainya dalam bentuk kepuasan material. Namun itu semua adalah hanya keperluan material yang bersifat sementara sahaja. Ia tidak bermakna sekiranya tiada kebahagiaan dan keharmonian di dalam rumah tangga.

Kehidupan berkeluarga yang harmonis, bahagia dan tenang bersama suami tersayang dan anak tercinta adalah impian sebenar seorang isteri dan setiap wanita. Malah lebih jauh lagi kebahagiaan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga. Pasti isteri impikan ke syurga bersama suami tersayangnya. Lalu bagaimana mewujudkan impian ini?

Inilah yang dikupas di dalam buku ini. Apakah tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh seorang wanita bergelar isteri. Malah itulah juga kunci untuk menuju syurga bersama suami. Lebih menarik lagi pengisiannya diperkuatkan lagi dengan nas-nas yang dipetik daripada al-Quran dan hadis.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Menjadi Suami Yang Membawa Isteri Masuk Syurga ~ Fathan Mubina

Seorang suami sudah semesti mengimpikan untuk dapat hidup bersama isteri dan anak-anaknya baik di dunia mahupun di akhirat. Namun jalan untuk mencapai semua itu bukanlah mudah tetapi tidak juga sukar. Banyak perkara yang mesti dipersiapkan dan dilakukan. Patuh kepada perintah dan larangan Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W merupakan salah satu daripada tanggungjawab utama yang perlu dilaksanakan oleh seorang lelaki bergelar suami. Bukan sahaja diri sendiri sahaja patuh dan taat kepada perintah dan larangan Allah tetapi seluruh ahli keluarga untuk melakukannya.

Tanggungjawab seorang suami adalah melindungi dan menjaga isteri dan anak-anak sama ada di dunia ataupun daripada mendapat balasan di akhirat kelak. Tanpa persiapan dan ilmu kekeluargaan yang lengkap adalah sukar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang suami. Untuk itu, buku memberikan panduan dan tip berguna untuk para suami menyiapkan diri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai suami dan mewujudkan impian ke syurga bersama isteri.

Semoga setiap perkongsian dan pencerahan yang terdapat di dalam buku ini, boleh kita jadi panduan dalam membina sebuah keluarga yang bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. Di samping itu akan terus memberikan motivasi kepada diri sendiri serta keluarga untuk meraih cinta dan redha daripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Sikap Suami Yang Boleh Merosakkan Keharmonian Rumahtangga ~ Nur Rokhim

Kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga tidak akan dapat dicapai tanpa kesefahaman dan tolak ansur di antara pasangan suami isteri. Kedua belah pihak memainkan peranan masing-masing yang besar untuk mencapai sebuah mahligai yang diidam-idamkan. Selain daripada motivasi diri yang menyentuh tentang sikap-sikap positif yang penting dalam berumah tangga, juga amat penting untuk kita mengetahui dan menghindari sikap-sikap negatifnya.

Huraian yang disentuh di dalam buku ini adalah tentang sikap-sikap suami atau lelaki yang boleh merosakkan keharmonian rumah tangga. Kenapa perlu tahu tentang sikap buruk ini? Pasti ia adalah sebagai peringatan untuk kita agar tidak melakukan dan meninggalkan sikap buruk tersebut. Hal ini amat penting kerana ia berkait rapat dengan jiwa dan emosi isteri atau wanita. Walaupun ia nampak remeh namun impaknya mungkin akan merosakkan keharmonian kehidupan berkeluarga.

Semoga dengan pencerahan ini dapat kita ambil ikhtibar dan manfaatnya untuk mencapai sebuah perkahwinan yang bahagia dan dirahmati Allah.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Sikap Isteri Yang Boleh Merosakkan Keharmonian Rumahtangga ~ Zulian Al-Farizzi

Dalam menjaga dan mengekalkan keharmonian rumah tangga, salah satu aspek amat penting untuk diperhatikan adalah sikap. Sama ada bagi pihak suami ataupun isteri. Rumah tangga yang bahagia dan harmoni sering tergugat oleh sikap-sikap negatif yang tidak diambil perhatian oleh setiap pasangan. Seringkali ia diambil mudah oleh salah satu pasangan sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati yang membawa kepada keruntuhan rumah tangga.

Buku ini menjuruskan secara khusus berkenaan sikap isteri yang boleh merosakkan keharmonian rumah tangga. Kadang-kadang sikap ini dirasakan kecil atau remeh, tetapi sebenarnya ia umpama bom jangka yang mungkin akan meruntuhkan sebuah keharmonian rumah tangga. Sangat penting untuk setiap kita mengetahui sikap-sikap yang mesti dihindari dalam membina dan mengekalkan hubungan serta suasana bahagia dan harmoni dalam rumah tangga.

Semoga dengan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini memberikan kita banyak manfaat dan membantu kita dalam mendiri dan mengekalkan rumah tangga yang bahagia, harmoni dan mendapat keredhaan Allah.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Menggapai Rezeki Berlimpah Asalkan Tahu Kuncinya ~ Shiva Awamy

Siapa yang tidak mahu menjadi kaya dan mendapat rezeki yang melimpah ruah. Walaupun kata orang, harta kekayaan dan wang ringgit itu tidak menjanjikan kebahagiaan, namun Islam tidak menghalang umatnya untuk menjadi kaya-raya. Tetapi yang penting kaya yang pemurah, sentiasa membantu orang lain dan membelanjakan harta untuk kebaikan dan jalan Allah. Tetapi bagaimanakah caranya untuk meraih rezeki yang berlimpah dan penuh berkat ini?

Caranya mudah sahaja!

Selain bertungkus lumus mencari rezeki dengan tulang empat kerat sendiri, kita juga boleh mendapatkan rezeki dengan banyak bersilaturrahim, bersedekah dan bersyukur.

Kenapa? Tidak percaya?

Buktinya, baca dan hayatilah buku ini. Dengan huraian yang santai dan mudah, buku ini mengetengahkan kelebihan silaturrahim yang dapat meluaskan rezeki ; betapa ajaibnya sedekah dalam menjemput rezeki ke pintu rumah ; serta betapa dahsyatnya kuasa syukur dalam membawa masuk rezeki ke dalam rumah. Malah untuk menjentik motivasi diri, diceritakan kisah seorang hamba Allah yang mampu menunaikan haji kerana rajin bersedekah.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Banjir Harta Dengan Ajaibnya Solat Hajat, Duha & Tahajjud ~ Iqra' Al-Firdaus, Aep S. Hamidin

Semua orang mahu menjadi kaya dengan harta yang melimpah-ruah dan juga kaya jiwa dengan penuh kesyukuran kepada Ilahi dan sifat pemurah serta sering menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Namun tidak semuanya mendapat meraih semua itu. Ada yang kaya hartanya tetapi begitu fakir sekali jiwanya dan ada juga yang kaya harta dan kaya jiwanya. Pasti kita bercita-cita menjadi mereka yang kaya harta dan jiwanya.

Kekayaan tidak hanya dapat diraih dengan kesungguhan dan kerja keras dari sudut fizikal sahaja. Kesungguhan dan kerja keras dari sudut spiritual juga memainkan peranan yang amat besar dan senjata ampuh untuk meraih kekayaan. Amalan Solat Hajat, Duha dan Tahajjud merupakan sunnah yang diamalkan oleh Nabi S.A.W. Ibadah sunat yang begitu banyak sekali kelebihan dan manfaatnya dalam usaha meraih kekayaan dan kejayaan. Buku ini menghuraikan tentang keajaiban ketiga-tiga solat sunat ini. Namun dalam menunaikan ibadah, perkara yang paling asas adalah ikhlas diniatkan melakukan ibadah itu kerana Allah.

Semoga dengan perkongsian yang terdapat di dalam buku ini dapat kita manfaatkan untuk meraih keredhaan Allah serta meraih kejayaan dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Tuesday, September 24, 2013

Membina Istana Bahagia ~ Syeikh Mahmud Al-Masri

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan d?adikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Surah al-Rum: 21)

Setiap yang ada di dunia ada pasangannya yang telah ditetapkan. Siang dan malam, bulan dan matahari, laut dan pantai. Begitu jugalah dengan manusia, lelaki pasangannya adalah wanita (suami dan isteri). Perkahwinan adalah satu ibadah yang sangat dituntut di dalam Islam. Kenapa? Ini adalah kerana perkahwinan merupakan asas utama dalam membina institusi keluarga muslim mithali sehingga menjadi unsur pembentuk komuniti dan negara Muslim yang baik. Selain itu keluarga juga adalah lingkungan institusi pendidikan kecil yang amat besar peranannya dalam pembentukan masyarakat dan ketamadunan. Di sini bermula pendidikan Islam berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah yang akan membentuk sahsiah dan peribadi seorang Muslim yang seterusnya membentuk satu negara yang bersahsiah dan mengamalkan Islam.

Dalam merealisasikan pembinaan sebuah keluarga, komuniti masyarakat dan negara yang cemerlang di dunia dan akhirat, maka pada peringkat awal lagi sebelum pembinaan sesebuah keluarga adalah proses yang amat penting. Pemilihan calon isteri atau suami yang dapat membawa syurga kepada rumah tangga yang akan dibina. Apabila sudah berada di dalam institusi keluarga aspek pengurusan rumah tangga dari setiap sudut sama ada akal, emosi, perasaan, spiritual dan material perlu diurus selia dengan bijaksana dan penuh hikmah.

Di mana rujukannya bagi kita mempersiapkan diri untuk itu. Jawapannya terdapat di dalam buku ini. Huraian dan pencerahan yang dijelaskan berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah. Semoga dengan percikan ilmu yang terdapat di dalam naskhah ini akan merealisasikan sebuah keluarga yang bahagia dan sentiasa mendapat keredaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM38.00 - RM33.40
(S/S) RM41.00 - RM36.10

100 Keistimewaan Malam & Hari Jumaat ~ Al-Imam Jalaluddin As-Suyuthi

Buku ini adalah terjemahan daripada dua buah karya asal Bahasa Arab oleh Imam Jalaluddin Abdul Rahman as-Sayuti dan ulasannya oleh al-Ustaz Muhammad Riyadh al-Malih, bertajuk Khushushiyyat Yaum Al-Jumuah.

Sesungguhnya hari Jumaat itu adalah penghulu bagi segala hari dan mempunyai banyak keistimewaan. Sebanyak 100 keistimewaan malam dan hari Jumaat telah berjaya dihimpunkan oleh Imam as-Sayuti di dalam kitab ini.

Antara lain buku ini menjelaskan bahawa Jumaat adalah Hari Raya mingguan bagi umat Islam, Neraka Jahannam tidak menggelegak dan pelupusan dosa pada hari Jumaat, orang yang mati pada malam atau siang hari Jumaat selamat daripada seksa kubur, segala roh berkumpul pada hari Jumaat, ia adalah hari pengampunan, hari pembebasan dan juga mempunyai ketika yang mustajab.

Untuk mengetahui lebih lanjut apakah keistimewaan-keistimewaan lain dalam buku ini yang mencapai sehingga 100 kelebihan, teruskan membaca dan meraih ilmu melaluinya agar kita dapat meningkatkan amal ibadat kita setiap masa lebih-lebih lagi pada malam dan siang hari Jumaat.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Menilai Tarikat Al-Tijaniyah: Berdasarkan Al-Quran & Al-Sunnah ~ Syeikh Taqiy Al-Din Al-Hilali Al-Husaini, Syeikh Ibrahim Al-Qattan, Syeikh Abd. Rahman bin Yusuf Al-Ifriqi

Ilmu Tasawwuf merupakan antara ilmu yang perlu dituntut oleh setiap muslim yang mukallaf. Tumpuan utama yang ditekankan di dalam ilmu tasawwuf adalah tentang pembaikan jiwa terutamanya hati, kerana hati merupakan raja kepada dalam kerajaan tubuh badan. Sekiranya rajanya baik maka seluruh rakyat jelatanya akan baik, namun sekiranya hatinya atau rajanya rosak maka seluruh rakyat jelatanya akan mengalami kerosakan.

Persoalan utama yang menjadi tumpuan tasawwuf adalah berkenaan ihsan dan menggalakkan manusia untuk beribadah kepada Allah dengan lengkap dan sempurna. Ini akan membersihkan hati daripada kerosakan dan bencana yang memusnahkan seterus membenihkan perasaan kasih sayang, belas kasih dan rahmat sesama makhluk. Ini kerana orang yang paling bermanfaat dalam kalangan manusia adalah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain. Iaitu orang yang tidak sombong, membangga diri, menyeleweng dan melakukan maksiat.

Namun yang menjadi kebimbangan dalam kalangan umat Islam adalah penyusupan masuk para penyamar atau mereka yang mahu mengambil kesempatan, berusaha untuk memburukkan ilmu tasawwuf. Inilah sering terjadi mutakhir ini. Malah ini sebenarnya mencacatkan lagi keindahan dan kesempurnaan Islam itu sendiri.

Buku ini membawakan penilaian terhadap Tarikat Al-Tijaniyah berdasarkan Al-Qur’an dan Al-Sunnah. Semoga apa yang diketengahkan oleh penulis dan penterjemah di dalam buku ini dapatkan kita fahami dan nilai serta memberikan ilmu dan panduan yang berguna bagi kita untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Monday, September 23, 2013

Apa Itu Syiah ~ Prof. Dr. H. M. Rasjidi

Isu tentang fahaman Syiah kembali hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Lebih-lebih dengan pelbagai langkah yang diambil oleh pihak berwajib bagi mengekang fahaman ini daripada tersebar luas dalam kalangan masyarakat setempat. Malah fatwa yang mengharamkannya juga telah diwartakan oleh beberapa negeri.

Dalam kehangatan isu ini diperkatakan, masih ramai di antara kita yang samar-samar dalam memahami dan mengetahui tentang fahaman ini. Buku ini menghurai secara ringkas berkenaan fahaman Syiah. Semoga dengan huraian dan pencerahan yang diberikan di dalam buku ini memberikan kita maklumat dan kefahaman tentang fahaman Syiah yang jelas berbeza dan tersasar keluar daripada fahaman Ahlus Sunnah wal Jamaah.

*****

(SEM) RM5.50 - RM4.80
(S/S) RM7.50 - RM6.60

Bertaubatlah Sekarang Sebelum Ia Terlalu Lewat ~ Muhammad Nabil Dhaif

“Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Al-‘Asr : 1-3)

Memetik intipati yang dijelaskan di dalam Surah Al-‘Asr itu, jelaskan menyatakan bahawa manusia ini sentiasa dalam keadaan yang rugi. Kecuali mereka yang dijelaskan kriterianya, iaitu beriman, mengerjakan amal soleh, saling menasihati dengan kebenaran dan kesabaran. Taubat merupakan salah satu amal soleh dan ibadat, maka amat rugilah mereka yang melalaikan taubat mereka. Apatah lagi sekiranya ada dalam kalangan orang yang melanggar perintah Allah ini tidak sempat bertaubat dan maut terlebih dahulu menjemputnya.

Maka apa yang kita tunggu-tunggu lagi bersegeralah menadah tangan memohon keampunan dan belas kasih Allah Yang Maha Pengampun, Pengasih lagi Maha Penyayang. Ini kerana kita tidak tahu bila ajal itu akan tiba. Semoga Allah akan sentiasa menerima taubat kita dan mengampunkan dosa-dosa kita.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Jadilah Orang Yang Berjaya Dengan Jiwa Tenang ~ Feni Sudilarsih

Setiap orang impikan kebahagiaan. Kebahagiaan yang bagaimana sebenarnya yang kita mahukan? Pastinya sebuah kebahagiaan yang menenangkan jiwa dan kehidupan. Bukannya kebahagiaan yang hanya dinampakkan pada apa yang dimiliki dan dinampakkan pada kebendaan.

Cabaran, dugaan, kegagalan dan kesedihan tidak pernah terlepas daripada mengunjungi setiap manusia. Tetapi itu bukan bererti hidup kita sudah tidak ada harapan atau kita akan gagal sepanjang kehidupan. Sebenarnya perkara itulah yang akan mengajarkan kita erti sebuah kehidupan yang sebenar dan erti sebuah perjuangan. Ia juga memperkenalkan kita kepada indahnya sebuah keredhaan, kesabaran dan nikmatnya kesyukuran. Tidak usah bersedih, bersusah hati dan kecewa. Kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar dan bersangka baik kepada-Nya.

Buku ini membawakan inspirasi serta kisah-kisah yang mampu mengugah jiwa. Semoga sedikit perkongsian yang dibawakan bermanfaat dan menjadikan kita semua lebih bijaksana dalam menjalani dan menghadapi semua perkara yang akan kita hadapi hari ini dan esok.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Ramalan-ramalan Rasululah s.a.w. Yang Kini Terbukti Menurut Sains ~ Yanuar Arifin

Lebih 1400 tahun yang lalu, tanpa peralatan moden dan makmal yang lengkap dan canggih, Rasulullah S.A.W telah meramalkan pelbagai perkara yang akan dilalui dan terjadi kepada umat manusia yang akan datang. Kesemua ramalan ini dicatatkan dalam hadis-hadis baginda S.A.W. Lebih-lebih lagi kini dengan kelengkapan penyelidikan yang serba canggih dan moden telah membuktikan setiap ramalan dan kenyataan Rasulullah S.A.W itu benar. Ini disahkan sendiri untuk pakar sains sama ada Islam dan bukan Islam.

Apa yang dihuraikan di dalam buku ini disertakan dengan data-data yang tepat dan sandaran nas-nas yang benar, membentangkan fakta-fakta yang menakjubkan yang disahkan dan terbukti oleh sains dan para pakar di dalam bidang tersebut. Ramalan dan kenyataan baginda S.A.W tentang manfaat berbekam, bahayanya air liur anjing, bahayanya seks bebas, bahayanya minuman beralkohol, hinggalah kepada ramalan berkenaan akan datangnya kaum yang gemar melakukan bidaah dan berpecahnya umat Islam kepada 73 golongan ternyata terbukti secara ilmiah dan kajian sains.

Dengan apa yang dihidangkan di dalam buku ini, akan memberikan ilmu dan manfaat yang besar kepada kita. Semoga dengan kebenaran yang ditunjukkan oleh Allah ini akan menguatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Solat Menurut Fiqh Al-Syafie ~ Dr. Basri Ibrahim, Mariam Mohammad

Seperti yang kita sudah ketahui, solat terdiri daripada niat, pergerakan dan bacaan ayat Al-Quran, doa dan zikir. Di dalam solat, setiap pergerakan telah ditetapkan berdasarkan cara solat Nabi S.A.W. Ini adalah pergerakan yang wajib kita lakukan kecualilah kita berada dalam keadaan darurat atau tidak berkemampuan. Namun keadaan dan situasi tersebut tidak akan menghalang kita daripada menunaikan solat yang telah ditetapkan.

Selain daripada itu terdapat juga pergerakan-pergerakan yang diharuskan di dalam solat menurut Fiqh Al-Syafie. Pergerakan-pergerakan ini boleh dilakukan dengan syarat-syarat tertentu. Sekiranya dilakukan dengan syarat yang telah ditetapkan, ia tidak akan mencacat atau membatalkan ibadah solat itu.

Buku ini amat menarik buat semua pembaca dalam menambahkan lagi ilmu pengetahuan tentang ibadah khususnya solat. Dengan memantapkan ilmu-ilmu ibadah di dalam diri kita, insya Allah akan menjadikan kita lebih yakin dan khusyuk di dalam setiap ibadah yang kita tunaikan. Semoga perkongsian ilmu ini memberikan manfaat dan ganjaran yang besar kepada kita sebagai hamba Allah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

33 Amalan Mendidik Anak Soleh ~ Haji Muhammad Nuruddin

Ketahuilah tips dan petua-petua cara Islam untuk membentuk dan menggilap cahaya mata keluarga yang bermula daripada aspek pemilihan pasangan lagi menerusi 33 Amalan Melahirkan Anak Soleh. Usaha tersebut wajar bermula daripada aspek pemilihan pasangan dan berterusan sehingga soal adab-adab dengan pasangan termasuk ketika melakukan hubungan intim agar hubungan yang suci itu tidak diganggu-gugat oleh makhluk-makhluk ghaib seperti jin dan syaitan. Hal yang demikian sangat penting demi membentuk benih keturunan yang murni dan terpelihara.

Pembaca turut akan didedahkan dengan banyak lagi amalan kaedah Islam ketika kehamilan termasuk doa-doa dan zikir-zikir tertentu dalam usaha kita melahirkan zuriat yang taat, beriman dan bertakwa. Usaha ini mencakupi bacaan tertentu ketika memberi nama anak sehinggalah petua-petua secara Islam mengasuh dan mendidik anak-anak. Bonus buat pembaca, buku ini turut menawarkan wirid khusus sebagai penyelamat fizikal dan rohani iaitu Ayat Lima.

Antara yang utama adalah menyuburkan amalan solat berjemaah sesama pasangan, anak-anak dan ahli keluarga yang lain. Rahsia kebahagiaan keluarga yang penuh dengan sakinah dan mawaddah turut dipaparkan. Jadikanlah buku ini sebagai penunjuk jalan ke arah mewujudkan golongan Mukmin sejati yang pengisiannya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00

Hukum Hudud: Dalam Perundangan Islam ~ Dato' Dr. Harun Din

Ketika faktor-faktor membina keimanan dipinggirkan, hati akan dicengkam unsur materialistik, manakala akal pula akan terbelenggu oleh rasionalisme.Padahal tidak semestinya semua perkara kebendaan itu mendatangkan keuntungan dan tidak semestinya semua yang rasional itu ideal, apalagi akal manuasia amat terbatas dan tidak mampu menjangkau segala perkara. Ketika itu, seolah-olah mereka tidak menyedari realiti sistem rekaan manusia sudah menemui kegagalan.

Senario tersebut menyebabkan penolakan dan penghinaan terhadap hukum hudud menjadi semakin meruncing.Hakikatnya perlaksanaan hukum hudud banyak memberi kesan positif, Hal ini demikian kerana pelaksanaannya bukanlah agenda pertama yang mesti dilaksanakan sebelum pelaksanaan total syariat Islam dalam sistem pemerintahan negara.

Syariat Islam lebih mengutamakan pendidikan kemudian barulah diikuti pengawalan dan pencegahan. Namun, tahap pendidikan tersebut tidak wajar berterusan selama-lamanya tetapi mestilah disusuli atau diiringi oleh tahap pengawalan dan pencegahan melalui penguatkuasaan dan pelaksanaan undand-undang seperti hukum hudud. Disamping itu, umat islam mestilah sedar bahawa mereka menanggung dosa jika mereka menerima atau memilih selain daripada hukum Allah SWT.

Semoga buku ini dapat menjawab segala polemik dan isu hangat mengenai Hukum Hudud yang sentiasa menjadi persoalan dan perdebatan dalam masyarakat terutama setiap kali menjelang pilihan raya umum Malaysia.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Ensiklopedia Bidaah ~ Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz, Mohd Rifqi Myinddin

Ensiklopedia Bidaah mengungkap persoalan yang menyatakan bahawa isu bidaah sebenarnya bukan suatu perkara baru bagi masyarakat umat Islam di Malaysia. Begitu juga di negara-negara Islam yang lain. Dalam konteks masyarakat Islam Malaysia, terdapat dua kumpulan yang sentiasa bertelingkah mengenai masalah bidaah ini. Kumpulan pertama digelar atau dikenali sebagai Kaum Tua dan kumpulan yang satu lagi dikenali sebagai Kaum Muda.

Antara yang dinyatakan juga adalah masalah bidaah ini termasuk dalam perkara khilaf iaitu yang diperselisihkan oleh ulama mengenai pengertiannya. Bidaah dhalalahiaitu yang menyesatkan juga termasuk dalam kategori masalah yang tidak ada dalil qati’e. Dalilnya hanya setakat zanni sahaja. Kerana itu, bukan semua amalan yang belum pernah dilakukan Nabi SAW itu dan dilakukan oleh kita adalah bidaah yang menyesatkan. Penulis turut memberi tumpuan pada jenis-jenis khilaf, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya khilaf, kaedah-kaedah menangani khilafiyyah dan adab al-Khilaf.

*****

(SEM) RM100.00 - RM88.00
(S/S) RM102.00 - RM89.70

Syarah Al-Hikam 2 ~ Dr. Zuklifli Al-Bakri

Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf.

Al-Hikam mengandungi inti sari Tasawuf ialah ilmu yang mengupas bagaimana menyucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub.Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). Terdapat 259 hikmah yang terkandung dalam kitab al-Hikam yang membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus dan membimbing mereka menuju kepada Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM50.00 - RM44.00

Hadis-hadis Peringatan Buat Umur Insan ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Buku ini mengumpulkan hadis-hadis yang membicarakan 4 perkara pokok iaitu:
Membentuk peribadi dan sahsiah insan
Ibadah
Perhubungan di antara insan
Bidang kerjaya dan ekonomi

Ia ditulis untuk masyarakat umum. Sangat sesuai dijadikan modul kursus, usrah dan tazkirah serta bahan rujukan pensyarah dan pelajar di universiti.

*****

(SEM & S/S) RM30.00 - RM26.40

Friday, September 20, 2013

Ensiklopedia Tumbuhan Ubatan Malaysia ~ Siti Fuziah Yusof

Bumi Malaysia bukan sahaja kaya dan unik dengan kepelbagaian bangsa, budaya dan kesenian. Malah kedudukannya yang terletak di kawasan beriklim khatulistiwa yang juga dikenali sebagai iklim hutan hujan tropika sememangnya menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna ciptaan Allah. Dengan kesuburan tanahnya tumbuh subur di atas pelbagai khazanah bumi yang begitu berharga sekali iaitu tumbuh-tumbuhan. Tidak kira kecil mahupun besar semuanya adalah khazanah bumi yang amat berharga.

Seperti yang kita ketahui, hutan hujan tropika ini menyimpan pelbagai misteri, keajaiban dan keunikannya yang tersendiri . Begitu juga tumbuh-tumbuhan yang tumbuh subur di atasnya. Sejak turun temurun lagi hubungan di antara manusia dan alam sekitar itu sangat akrab. Tumbuh-tumbuhan yang ada di sekitar manusia menyimpan khasiat dan keajaibannya yang tersendiri khususnya dalam bidang perubatan tradisional ataupun perubatan alternatif. Berdasarkan pengalaman nenek moyang terdahulu, tumbuhan-tumbuhan yang digunakan untuk tujuan perubatan diperolehi dari kawasan hutan, persekitaran ataupun ditanam khas. Tanpa kita sedari, tanaman-tanaman yang biasanya menghiasi persekitaran kita seperti pokok bunga, pokok hiasan dan tanaman lain nyata mempunyai khasiat perubatan bagi merawat pelbagai jenis penyakit.

Marilah kita terokai khasiat tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling kita ini untuk dijadikan sebagai alternatif dalam merawat penyakit dan penyembuhan. Namun, kita harus berhati-hati dalam menggunakan tumbuhan-tumbuhan ini kerana tanpa pengetahuan yang betul dan tepat agar ia tidak memudaratkan atau mendatangkan kesan buruk.

Semoga dengan maklumat dan ilmu yang dinukilkan di dalam buku ini akan memberikan kita pencerahan dan pengetahuan tentang tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah dan menambahkan lagi keyakinan kita kepada kekuasaan dan kehebatan Yang Maha Menciptakan Alam ini.

*****

(SEM) RM69.00 - RM60.70
(S/S) RM72.00 - RM63.40

Para Malaikat Pembawa Rahmat ~ Abu Talhah Muhammad Yunus Abdu Al-Sattar

Keimanan dan kepercayaan kepada yang ghaib merupakan salah satu asas Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang itu kecuali dengan beriman kepada Allah S.W.T, para Malaikatnya, Kitab-kitab-Nya, para Rasul-Nya, Hari Kiamat dan ketentuan Allah yang baik ataupun yang buruk.

Semua agama samawi sependapat bahawa di sebalik alam yang nyata ini, wujud alam lain yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau zahir iaitu alam yang di luar jangkauan fikiran dan pandangan manusia. Di alam tersebut banyak makhluk ciptaan Ilahi yang tidak terkira jumlahnya. Salah satu makhluk yang Allah ciptakan adalah Malaikat yang diciptakan daripada ‘Nur’. Di dalam kitab suci Al-Qur’an terdapat ayat-ayat yang membicara dan menerangkan tentang Malaikat. Terdapat empat malaikat yang sangat terkenal dan dekat di sisi Allah S.W.T. Mereka adalah Jibril a.s, Mikail a.s, ‘Izrail a.s dan Israfil a.s.

Buku ini memaparkan secara padat berkenaan para Malaikat ini. Moga-moga dengan penjelasan yang dipaparkan di dalam buku ini memberikan kita kefahaman dan pengetahuan yang mampu menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kita kepada Allah Yang Maha Menciptakan dan Maha Berkuasa.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Tokoh Islam Banyak Berjasa Pada Dunia ~ Imam Ahmad Ibnu Nizar

Kenali dan kagumilah para penakluk dan pahlawan Islam sepanjang zaman yang telah mewarnai landskap peradaban dunia melalui buku ini. 

Bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Mungkin ramai dalam kalangan generasi sekarang yang tidak mengenali tokoh-tokoh ini, apatah lagi sejarah mereka. Mungkin kerana dunia hari ini yang arah tuju tokoh pujaan dan idola semakin hedonis sifatnya. Anak muda lebih mengagumi artis, ahli sukan dan tokoh-tokoh semasa yang hebat bagi mereka. Ini bukanlah suatu yang ganjil, kerana ia adalah trend kalangan anak muda agar kelihatan tidak ketinggalan dalam kalangan mereka. 

Namun sebenarnya tidak salah untuk mengenali sesiapa pun, yang penting dari sudut manakah perspektif akan difokus dan dihalakan. Sekiranya ia bersifat hanya untuk keseronokan dan ketaksuban, maka impak negatifnya akan lebih terserlah dan mungkin mengundang gejala sosial yang membarah. Oleh itu jangan kita lupa bahawa mengenali dan mengagumi jejak langkah tokoh-tokoh Islam yang besar adalah penting. Ia memberikan kita inspirasi tentang semangat juang dan kesungguhan mereka dalam menegakkan syariat, ilmu dan dakwah Islam walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan. 

Meneladani prinsip, strategi dan semangat para tokoh Islam yang dimuatkan di dalam buku ini memberikan banyak pelajaran hidup, motivasi dan semangat ke dalam diri anda.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Hidup Tanpa Dosa Besar ~ Al-Imam Al-Hafiz Az-Zahabi

Manusia sememangnya tidak pernah sepi daripada melakukan kesalahan dan maksiat kepada Allah S.W.T. Begitu juga iblis dan syaitan tidak akan pernah berputus asa untuk menyesatkan umat Adam hingga ke hari kiamat. Semakin kuat keimanan manusia maka semakin hebatlah cabaran dan dugaan yang pasti akan dihadapinya. 

Tetapi ini semua bukan alasan untuk mudah menyerah kalah dan pasrah dengan godaan iblis dan syaitan tidak pernah tenang sekiranya tidak dapat menyesatkan anak Adam. Allah S.W.T telah menciptakan manusia ini sebagai satu ciptaan yang begitu unik dan sempurna. Dikurniakan nafsu yang dipandu oleh akal dan dibimbing oleh iman, maka di situ ada pilihan untuk kita memilih ke jalan yang mana. Allah S.W.T juga melalui Nabi Muhammad S.A.W telah memberikan khabar gembira tentang syurga yang indah sebagai balasan bagi mereka yang patuh serta taat akan perintah dan larangan-Nya. Dan khabar buruk dan dahsyatnya neraka dan seksaan khas buat mereka yang derhaka dan sesat. Ini semua memberikan kita pilihan ke mana arah tujuan perjalanan kita, syurga atau neraka.

Apa yang dibicarakan di dalam buku ini, memberikan kita sedikit pencerahan dan ingatan tentang dosa-dosa besar yang sering diremehkan oleh sesetengah manusia. Semoga dengan perkongsian ilmu ini, menjadi panduan untuk kita dalam meraih keredhaan Illahi dengan penuh keikhlasan dan istiqamah.

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S RM31.00 - RM27.30

75 Tanda-Tanda Kecil Datangnya Hari Kiamat ~ Yusuf Ali Badaiwi

Sesungguhnya Allah S.W.T, telah menciptakan dunia dan seluruh alam semesta ini. Dia juga yang telah membuat kehidupan dunia memiliki permulaan dan pengakhiran berupa Hari Kiamat. Sebelum tibanya Hari Kiamat, Allah datangkan tanda-tandanya yang dimulai dengan tanda-tanda kecil dan disusuli dengan tanda-tanda besar. 

Namun bilakah kiamat, itu hanya Allah yang mengetahuinya. Ini merupakan rahmat ke atas para hamba yang juga bentuk kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Dengan itu agar hamba-hamba-Nya sentiasa siap sedia, gigih berusaha untuk terus taat dan patuh kepada perintah dan larangan Allah S.W.T. Tidak kira berapa lama pun manusia hidup atau berapa panjang pun usianya, dia akan tetap mati dan pada Hari Kiamat nanti seluruh manusia akan berdiri di hadapan Allah S.W.T untuk menerima hisabnya.

Semoga dengan tanda dan peringatan yang Allah berikan dan tunjukkan kepada kita, akan membuatkan kita sentiasa bersedia dan gigih berusaha untuk meraih redha dan hidayah Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM5.00 - RM4.40
(S/S) RM7.00 - RM6.10

Menyingkap Misteri Kisah Yakjuj & Makjuj ~ Iqra' Al-Firdaus

Yakjuj Makjuj, siapakah gerangannya makhluk ini? Apakah yang akan mereka lakukan apabila mereka muncul nanti? Kenapa nama mereka diabadikan di dalam kitab suci Al-Qur’an? Bukan sahaja Al-Qur’an, malah juga dikisahkan di dalam Taurat dan Injil.

Di dalam Al-Qur’an dijelaskan bahawa Yakjuj dan Makjuj adalah bangsa atau makhluk yang sentiasa membuat kerosakan dan kemusnahan di muka bumi ini. Satu bangsa yang telah wujud lama dan telah melakukan kerosakan dan kemusnahan di muka bumi ini.

Pelbagai pertanyaan yang sering ditimbulkan sekitar Yakjuj dan Makjuj ini. Bagaimanakah rupa dan sosoknya bangsa ini? Asal-usul mereka? Di mana letaknya penempatan mereka dan bilakah bangsa ini akan muncul? Benarkah mereka ini akan muncul semula untuk melakukan kerosakan dan kemusnahan di atas muka bumi ini?

Semua persoalan ini dijawab di dalam buku ini. Sebuah tulisan yang menyingkap pelbagai tanda tanya yang menyelubungi misteri Yakjuj dan Makjuj.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Wahai Wanita! Selamatkan Diri Daripada Seksa Neraka ~ Nor Fadilah

Pasti kita sudah biasa mendengar hadis yang menyatakan bahawa lebih ramai wanita masuk ke neraka. Ini juga menimbulkan tanda tanya kenapa wanita lebih ramai menjadi penghuni neraka? Apakah yang membuat mereka ini begitu mudah memasuki neraka yang penuh dengan azab seksaan itu? 

Jawapan untuk persoalan itu adalah kerana perbuatan dan tingkah laku mereka yang melanggar perintah dan larangan Allah. Contoh perbuatan yang melanggar perintah Allah ialah mendedahkan aurat, tidak menghormati suami, memfitnah dan mengadu domba dan banyak lagi. Untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut, jawapan dan huraian mengenainya terdapat di dalam buku ini. 

Semoga dengan perkongsian ilmu yang terdapat di dalam buku ini, boleh kita jadikan sempadan dan teladan. Hindari dan jauhilah perlakuan dan sifat buruk yang akan membawa kita ke neraka.

*****

(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Wahai Lelaki! Selamatkan Diri Daripada Seksa Neraka ~ Muhammad Muhibbuddin

Sering disebutkan bahawa wanita adalah penghuni teramai di dalam neraka. Namun kaum lelaki juga mempunyai potensi yang besar untuk menjadi penghuni neraka. Apakah potensi atau penyebab-penyebab yang membawa lelaki ke lubang neraka ini? Perlakuan dosa dan maksiat yang bagaimanakah yang mengesahkan tiket ke neraka? 

Buku yang membicarakan secara khusus berkenaan perbuatan dan perlakuan buruk yang sering dilakukan oleh kaum lelaki yang pasti membawa mereka ke neraka. Perbuatan-perbuatan ini wajib dihindarkan dan dijauhi bagi menghindarkan kaum lelaki dari terjerumus ke lubang neraka. Oleh itu untuk semua kaum lelaki adalah wajib mengetahui tentang sifat dan perlakuan buruk yang dapat menempah nama ke neraka. 

Semoga dengan perkongsian yang santai dan sederhana ini sama-sama kita ambil ikhtibar dan pengajarannya. Demi untuk mencapai kebahagiaan dan kemenangan di akhirat kelak.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Thursday, September 12, 2013

Melukis Syurga ~ A. Ubaidillah Alias

Abdul Khair telah dididik oleh Puan Kalthom dengan kehidupan beragama semenjak bapanya meninggal dunia. Dia seorang yang taat dan warak. Namun sebagai anak muda, Khair juga menyemai harapan untuk menikahi gadis idamannya. Gadis yang dimaksudkan ialah Raihan, seorang kawan karib semenjak kecil dan juga merupakan anak kepada Ustaz Solahuddin. Hampir sahaja Khair dan Raihan ditunangkan, namun kerana Raihan perlu melanjutkan pengajian ke Timur Tengah maka pertunangan mereka ditangguhkan. 

Tanpa diduga, sebaik Raihan ke Timur Tengah, Khair terpaksa menerima sepupunya Sabariah sebagai isteri atas perintah ibunya. Khair akur dengan takdir dan berusaha menjadi seorang suami yang baik. Sejurus Raihan pulang, dia tidak mengerti kenapa Khair menolak cintanya? Dia berusaha mencari jawapan. Dia masih berharap cintanya akan kembali bertaut. Ketika itu, Daniel seorang anak orang kaya cuba melamarnya. Raihan semakin keliru. Wajarkah dia melepaskan Khair dan menerima Daniel, sedangkan hatinya masih kuat berharap kepada Khair?

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Agar Kubur Menjadi Taman Syurga: Hukum & Permasalahan ~ Dr Umar Abdullah Kamil

Bolehkah kita berdoa di kubur? Adakah kita dibenarkan mengambil berkat di kubur? Benarkah amalan kita membaca talkin di kubur? Semua persoalan ini seperti kita sudah ketahui jawapannya tetapi adakah kita pasti dengan jawapan tersebut? Maka setiap inti pati dalam buku “AgarKubur Menjadi Taman Syurga” dapat memberi jawapan kepada setiap persoalan di atas. 

Buku ini dapat menyelesaikan masalah-masalah berkaitan hukum-hukum kubur yang mungkin dihadapi oleh umat Islam kini. Setiap hujah dinukilkan berdasarkan persepakatan para ulama terhadap perkara tersebut dengan bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah yang sedikit pun tidak meninggalkan sebarang keraguan dan syak kepada para pembaca yang peka. Insya-Allah.

*****

(SEM & S/S) RM10.00 - RM8.80

Indahnya Kenegaraan Islam: Bagaimanakah Memahaminya ~ Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Buku “INDAHNYA kenegaraan Islam” ini adalah berkenaan dengan hukum dan akhlak. Buku ini mengupas beberapa perkara berkaitan isu politik, pentadbiran dan sistem negara. Maka penulis cuba mengolah semula pendapat dan pemikiran ulama dalam buku ini. Buku ini menjadi kemestian kepada masyarakat untuk memilikinya kerana mengupas secara ilmiah berkaitan tunjang asas dalam sesebuah negara. 

Menyingkap pendekatan Islam dalam pemerintahan dan kenegaraan. Memberikan garis panduan kepada rakyat dan pemerintah dalam etika bernegara dan mengharmonikan sistem yang sedia ada agar selari dengan panduan Islam. Diharapkan dengan memiliki buku ini, masyarakat bijak berpolitik dengan matang tanpa meruntuhkan asas keharmonian, persaudaraan dan kenegaraan.

*****

(SEM & S/S) RM22.00 - RM19.40

Sabil Al-Muhtadin: Solat-solat Sunat ~ Mohammad Haidzir Hussin

Solat merupakan salah satu ibadat amali yang disyariatkan kepada umat islam dalam mendekatkan diri dan mengingati Allah AST.Solat Fardu merupakan tanggungjawab yang diwajibkan oleh Allah kepada Umat Muhammad SAW untuk dilaksanakan sebagai hamba kepada-nya.Manakala solat sunat pula merupakan ibadah tambahan dan pelengkap kepada ibadat fardu jika terdapat kekurangan atau kecacatan dalam perlaksanaanya. Hal ini telah diungkapkan oleh Rasullullah SAW melalui sabda Baginda melalui Tamim Ad-Dari r.a” 

Perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya dia menyermpurnakan solatnya ditulis (amalan) untuknya sempurna. Sekiranya dia tidak menyempurnakan solatnya, Allah berfirman kepada malaikat-Nya,” Perhatikan, adakah kamu dapati solat-solat sunat bagi hambaku? (Sekiranya ada) maka kamu sempurnakan solat fardunya dengannya (solat-solat sunat).”

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Bertajwid ~ Prof Madya Dr Hj. Abdul Raof Tan Sri Hassan

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan). 

Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang. 

Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

*****

(SEM & S/S) RM95.00 - RM83.60

Wednesday, September 11, 2013

Al-Quran Al-Karim Muslimah ~ Alaf21

Didatangkan dalam 7 warna, produk Al-Quran khas untuk Muslimah ini disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.

Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.

Warna: Merah, Merah Jambu, Ungu, Hijau, Biru, Oren, Kuning

*****

(SEM) RM75.00 - RM66.00
(S/S) RM78.00 - RM68.60

Al-Quran Al-Karim: Terjemahan & Tajwid Berwarna ~ Alaf21

Didatangkan dalam 4 warna, al-Quran al-Karim ini sistematik mengikut tema, daripada sumber yang sahih merujuk metode penafsira para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma’sur). Diharapkan menjadi solusi terbaik memahami tata cara ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Lebih istimewa, mushaf ini dilengkapi panduan ilmu tajwid berwarna penuh. Mushaf Resam Uthmani terjemahan bahasa Melayu secara sistematik ini pilhan terbaik dijadikan panduan hidup.

Warna: Merah, Hitam, Hijau, Biru

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Pintar Al-Quran ~ Muhammad Nazir Mohammed Khalid

Hari ini, banyak teknik yang diperkenalkan untuk menjadikan al-Quran sebagai perkara yang seronok untuk didalami. Buku tajwid misalnya, menjadi nilai tambah untuk mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna dan betul. Namun, sejauh mana kaedah tersebut dapat mengajak masyarakat untuk memahami bahasa al-Quran?

PINTAR AL-QURAN dihasilkan untuk mencapai tujuan tersebut melalui kedah berkesan. Di mana, beberapa perkataan di dalam al-Quran dipilih daripada mana-mana surah dan diterjemahkan ke dalam bentuk permainan. Objektif buku ini ialah untuk merangsang masyarakat agar lebih mendekati al-Quran.

Modul ini juga diolah dalam bentuk fleksibel dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan, selain dapat meningkatkan kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab dan menyelesaikan masalah.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Magis ~ Ramlee Awang Murshid

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Inche' Jamil Menantu Mithali ~ Norisah A. Bakar

Sepuluh perkara yang Nasuha tidak suka tentang Inche’ Jamil:

Saya tak nak pakai baju kahwin...
Kita tak payah pergi bulan madu, kita bukan kahwin suka sama suka.
Terima kasihlah Kak Esah bagi perabot lama dia, tak payah kita beli yang baharu.
Saya tak suka tukar tandas duduk, jadi tak payah tukar tandas mencangkung ni.
Baju ni kita boleh pakai dua kali, jimat sabun dan air.
Jangan baca novel, Nasuha, buang masa saja!
Jangan tonton TV lama-lama, nanti karan mahal.
Belajar menjahit, nanti awak boleh jahitkan baju Melayu saya, jimat sikit.
Beri anak susu bayi, murah belanja, tak payah beli susu tepung.
Saya kena teman emak saya melancong ke Langkawi dan Kuala Lumpur, maaf... awak tinggal ya di sini.

Rasanya ada banyak lagi...

tapi ada SATU perkara yang buat Nasuha suka sangat-sangat pada Inche’ Jamil. Nak tahu kenalah baca sampai habislah, ya!

*****

(SEM) RM24.00 - RM21.10
(S/S) RM27.00 - RM23.80

Sepetang di Kafe Biblioholic ~ Ainunl Muaiyanah Sulaiman

“Kopi dan gula itu seperti cinta dalam hati. Bagaimana kau dapat pisahkan cinta dalam hati?”

Kamellia yang dulunya peminat tegar teh, tiba-tiba berkabung terus daripada meminum minuman itu semenjak ibunya meninggal dunia. Hanya rasa kopi mampu menggantikan rasa teh yang penuh kenangan itu.

“Alah, awak kan peminum teh sejati. Mana tahu menikmati secawan kopi.

Redza seorang penggemar teh sejati, sekali gus menjadi seteru Kamellia. Pengurus Kafe Biblioholic itu sering saja dingin tak tentu fasal dengan Kamellia. Padahal, dengan pekerja kafe yang lain, nada suaranya enak-enak saja. Ini membuatkan Kamellia jadi tidak puas hati.
Umair, lelaki itu garang seperti singa. Tapi, siapa sangka dia boleh jadi sahabat Kamellia yang baik sekali apabila di luar pejabat. Peminat tegar espreso itu menyimpan banyak rahsia yang akhirnya membawa kisah silam yang pahit antara dia dan Redza.
Antara Redza dan Umair, kedua-duanya menyimpan perasaan pada Kamellia. Antara teh dan espreso, yang mana satukah pilihan Kamellia?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Nak Kahwin Duit Tak Ada ~ Naufal Tarmizi

Saiful Ammar telah mengenali Hanis Amirah sejak empat tahun yang lalu. Mereka sudah membayangkan hubungan mereka akan diakhiri dengan ikatan sakinah pernikahan. Akan tetapi, Ammar seakan ragu-ragu dengan keputusan untuk berkahwin dan meminta untuk menangguhkan hasrat Hanis Amirah untuk segera berkahwin. Setiap hari Hanis Amirah mendesak Ammar untuk segera berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Hujan Di Hati ~ Fateen Najwa

"Dengarkan kata-kata ini, Suraya..."
Serunya dengan suara parau dari jarak yang amat dekat. Suraya menahan nafas apabila dapat menangkap bau nafasnya yang busuk.

"Suatu hari nanti kau akan berkahwin dengan orang yang kaya berpangkat, hidup mewah...Tapi kau hanya mampu membawa malang kepada mereka. Ingat Suraya! Jangan sombong bila kau sudah jadi kaya dan terkenal."

Tubuh Suraya lemah dan dia jatuh terjelepok di atas tanah. Matanya terpejam rapat, terlalu takut untuk membuka mata. Namun, suara pawang itu masih didengarinya dengan jelas, terakam dalam relung otaknya.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Lenakan Tidurnya ~ Norhayati Berahim

Awak yang paling saya benci!
Awak...
Jangan terperanjat menerima pasu bunga ini. Saya tak letak bom di dalamnya.
Hana, awak tahu tak saya sangat bencikan awak! Bukan saja tingkah laku awak menyebabkan saya tak suka, tapi melihat awak saja sudah boleh menyebabkan mata saya sangat menderita...
Awak fikir saya cintakan awak? Awak fikir saya sangat teruja dengan awak?
Saya sangat bencikan awak, Hana. Awak seorang wanita sombong. Yang membuat saya tertanya-tanya, apa kurangnya saya? Sedangkan dalam sejarah kehidupan saya sejak bergelar pemuda selepas masuk jawi, saya sentiasa digilai wanita yang sangat tertawan dengan ketampanan saya.
Awak, saya terseksa dengan tingkah laku awak. Saya bencikan awak namun awak harus tahu, betapa banyaknya kebencian saya pada awak tidak mengurangkan rasa sayang dan cinta saya pada awak!!!

Awak yang semanis cup-cake...
Cinta saya tidak pernah berubah untuk awak...

*****

(SEM) RM31.00 - RM27.30
(S/S) RM34.00 - RM29.90

Kau Belacan, Aku Keju! ~ Ayuna Asma

“Tak ada maknanya aku nak kahwin bagai. Selagi tak ada perempuan yang berjaya membuat tempat ni bergetar, tak ada makna aku nak kahwin.” Kata Faeq sambil menunjuk ke arah dadanya.
“Pigi dah! Banyak kau punya bergetar, Paet! Meh aku ketuk dada kau tu dengan tukul, kita tengok itu tukul ada kasi getar itu dada atau tak!”

“I akan terus berusaha untuk menggetarkan jantung you, Yuna. Kalau perlu guna vibrate handphone untuk menggetarkan jantung you tu pun I sanggup.”
“I tak buta, Khai. I nampak keikhlasan you. Tapi, Khai... hati ni langsung tak bergetar apabila nampak you. I sendiri tak tahu kenapa.”

Semasa menjalani praktikum, Ayuna mengenali Faeq. Sikap mereka yang berlawanan menyebabkan berlakunya banyak pertelingkahan. Namun tanpa mereka sedar, setiap pertelingkahan antara mereka menjadikan mereka lebih rapat.

“Kiranya orang ni dah berjaya buat hati kau bergetarlah ni?” Zarra mengusik Ayuna.“Jahat kau ni, Zarra! Tapi yes, definitely dia dah berjaya menggetarkan hati aku tanpa aku sedar.”

Sekembalinya daripada praktikum, perkahwinannya dengan Khairy seakan telah diatur, sedangkan hatinya telah ‘dicuri’ oleh Faeq tanpa sedar. Apakah pilihan Ayuna? Menerima rancangan yang telah diatur, atau menunggu orang yang belum pasti?

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Tuesday, September 10, 2013

Tunggu Aira di Kota Bandung ~ Nirrosette

Perkenalan Aira dengan cinta pertamanya buat dia terasa seperti di awang-awangan. Indahnya. Manisnya. Bahagianya. Baru saja rasa itu ingin ditelan, terasa pula pahitnya. Jejaka yang didamba rupanya sudah berpunya!

Lalu Aira cuba mencari bahagianya sendiri. Sangkanya bahagia itu telah ditemui, tapi luka lama datang menyapa kembali. Aduh, bagaimana lagi harus dia lakukan? Namun dia tekad, bahagia sudah ada di depan mata. Tak perlu lagi dicari.

Kisah cinta Aira terlalu banyak likunya. Dukanya. Tangisnya. Bilamana yang hilang tak terganti lagi, biarkan saja yang pergi terus menjauh. Sesungguhnya Dia lebih tahu segala-galanya.

andai maafmu bisa menghapus air mata duka
mungkin saja aku
bisa lupakan semua

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Reya, Semanis Macaron ~ Iftirasy

Pertemuan demi pertemuan berlangsung dalam rasa tidak selesa dan situasi tidak terduga. Terbit rasa dalam hati masing-masing, namun tidak disedari. Sayangnya, saat ingin mula menyulam kasih, sesuatu terjadi kepada Khasyi Kelvin membuatkan pemergian Reya ke Perancis sunyi tanpa khabar berita daripada lelaki itu.

Sekembalinya ke Malaysia, Reya bertemu semula dengan Khasyi Kelvin secara tidak sengaja sehingga menjadi titik tolak dirinya dirisik, bertunang dan seterusnya bernikah, walhal tidak pernah Reya mengungkapkan perkataan cinta. Segala-galanya disimpan rapi dalam hati. Dia mahu Khasyi Kelvin menyedarinya sendiri.

Malangnya, pernikahan yang baru menampakkan bahagia itu membawa kepada rasa tidak senang tiga individu. Seorang ‘pemuja rahsia’ Reya, manakala dua yang lain adalah perempuan dari masa silam Khasyi Kelvin. Cinta bersegi-segi begini kadang-kadang mengundang pelbagai cerita.

Khasyi Kelvin dan Reya menjadi mangsa keadaan. Kini, angkara dendam, Reya menerima ancaman sehingga membahayakan nyawanya.

Apa yang terjadi seterusnya...?

*****

(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Akrilik Atas Kanvas ~ Aishah Madadiy

Amanina, kehadirannya tidak pernah diingini. Di mata ayahnya, dia anak perempuan yang menyusahkan! Hidupnya kini hanya demi ibu dan adiknya. Setelah pemergian ibunya, dia hilang arah. Mujur ada lukisan, tarian dan sahabat yang sentiasa menjadi teman di sisi.

“Kenapa kau datang?”

“Nak tengok kau.”

“Tengok aku? Kenapa?”

“Aku tahu apa yang kau rasa, Nina. Kau tak sendirian… aku ada.”

Syahren, segala apa yang dilakukannya tak pernah memuaskan hati ibu bapanya. Ada sahaja yang tak kena. Lantas dia mencari tenang dengan muzik dan tarian.

“Cer... cerita kat aku, kau suka jenis yang macam mana?”

“Aku? Aku suka yang biasa aje, tak girly sangat. Sedap mata memandang. Lagi bagus, boleh menari... kalau boleh, seorang b-girl.”

Mereka mencari ketenangan dengan cara mereka sendiri. Namun, tenang yang dicari tidak disandarkan pada yang kekal. Bukan mudah untuk mereka berubah dan meninggalkan sesuatu yang telah bersemadi dalam diri sejak sekian lama. Bukan mudah melawan gejolak perasaan. Mereka perlu kuat. Mereka mesti nekad!

*****

(SEM) RM19.00 - RM16.70
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Secangkir Kopi Karamel ~ Ijazati Habib

"Awak macam kopi karamel. Ada pahit, ada manis. Tapi saya suka!"

Kerana benci kepada saudara tiri yang sering menganggapnya penumpang, Irdina mahu menjauhkan diri daripada keluarga. Dia fikir, kahwin ialah jalan terbaik untuk dia mencapai bahagia. Di universiti, dia rapat dengan seorang lelaki yang dikenalinya sejak zaman sekolah. Dia nekad mahu mengahwini lelaki itu sebaik sahaja menamatkan pelajaran. Namun, cintanya ditolak.

Tatkala Irdina sedang bertatih merawat luka, timbul gosip bahawa Irdina mempunyai hubungan sulit dengan seseorang yang terkenal. Demi mempertahankan maruah...

“Aku nampak jalan keluar... tapi macam melampau sikit.”

“Apa dia?”

“Kau kahwin dengan aku.” Rayyan berkata selamba. Mendatar. Dia memang hati kering.

“Hah?” Dia ni melamar aku ke apa? Ajak kahwin? Serius? Tapi tak romantik langsung. Nada macam kayu... plain!

Perkahwinannya dengan Rayyan membuahkan bibit-bibit bahagia. Kehadiran Irdina dalam hidup Rayyan juga telah mengubah kehidupan sosial Rayyan. Sedang mereka melayari kehidupan bahagia suami isteri, mereka diuji dengan sesuatu yang lebih menyayat hati. Tegarkah mereka untuk terus bertahan?

Hidupku pahit seperti kopi,

Kau karamel yang melengkapi...

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Warna Hati Nurul ~ Shahzy Hana

Demi menyelamatkan satu nyawa, Nurul Hasyifa menerima Fasil dalam keadaan terpaksa. Biarpun Fasil telah berterus-terang ingin mengahwininya kerana cinta, hati Nurul tetap tidak mampu menerima kehadiran lelaki itu. Namun, sukar baginya untuk menolak kerana dia tersepit antara perasaannya dan nyawa ibu Fasil.

Keikhlasan Fasil benar-benar membuat hatinya tertambat. Tapi, saat Nurul mahu membuka pintu hatinya, datang pula Azreen membuat onar. Rumah tangga yang baru dibina tiba-tiba diuji dengan berita kecurangan Fasil. Walau berkali-kali Fasil membela diri, namun tiada siapa yang percaya bahawa dirinya difitnah. Kecewa kerana hilangnya sokongan daripada keluarga, Fasil akhirnya mengambil keputusan membawa diri ke Gaza.

Demi sebuah keampunan, Nurul tidak jemu-jemu menunggu kepulangan Fasil. Namun, masih adakah sinar untuk mereka mengecap bahagia? Atau penantian Nurul hanya sia-sia?

Haruskah aku terus berpaut di dahan yang rapuh itu, sedangkan kelopak dedaun sedang berguguran?

*****


(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Monday, September 9, 2013

Mengapa Perlu Berduka ~ Norsaleha Mohd Salleh

"Dan janganlah kamu berasa hina dan bersedih, sesungguhnya kamu berada dalam darjat yang tinggi sekiranya kamu beriman." Surah Ali Imran ayat 139.
Himpunan nasihat dan motivasi bagi sesiapa yang sedang bermuram durja dan ingin mengecap BAHAGIA. Di dalamnya turut mengupas kesedihan ditinggalkan orang yang tersayang atau kecewa dengan pelbagai musibah yang menimpa kehidupan.

Segala nasihat dilapisi dengan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis Rasulullah SAW dan pendapat para ulama sebagai motivasi.

Antara Kandungan:
1. MENGAPA PERLU BERDUKA
2. HABIS ITU, MACAM MANA? TAK BOLEH BERDUKAKAH?
3. KEHILANGAN ORANG TERSAYANG
4. HIDUP INI SEMENTARA
5. AKU MAHU BAHAGIA
6. PASTIKAN BAHAGIA SAMPAI KE PETANG
7. BAHAGIA ITU APABILA MENGHARGAI
8. BIJAK MEMBUAT PILIHAN
9. DIDIK DIRI MENJADI ORANG YANG REDA
10. KEHIDUPAN YANG MEMBOSANKAN
11. BAHAGIA PADA MEMBERI
12. TUKAR SENGSARA MENJADI BAHAGIA
13. BAHAGIA ITU DI HATI
14. BAHAGIA DAN MEMBAHAGIAKAN
15. BERSEDIA UNTUK DIRAWAT

*****

(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM19.90 - RM17.50

Ketika Gugurnya Air Mata Rasulullah ~ Syeikh Muhd Mujahid

Ketika Gugurnya Air Mata Rasulullah, sebuah penulisan yang akan membawa anda menyelusuri detik-detik tika mana air mata mengalir dari kedua-dua kelopak mata Nabi SAW yang mulia. Melalui garapan 10 kisah yang dihimpun daripada hadis-hadis Nabi SAW berserta huraian, ia pasti akan meruntun jiwa anda.

Aduhai pembaca, janganlah dikau malu untuk menitiskan air mata kerana Allah SWT, kerana Rasulullah SAW turut pernah mengalirkan air mata Baginda kerana-Nya. Bahkan, penulisan ini akan memandu para pembaca tentang konsep sebenar tangisan yang dibenarkan syariat dan mendapat rahmat Allah SWT.

Antara Kandungan:
Tangisan itu adalah rahmat.
Menangislah kerana takutkan Allah SWT.
Keuntungan bagi tangisan kerana menginsafi kekhilafan diri. T
Tangisan kerana takutkan Allah SWT menjadi sumber hidayah bagi orang lain.
Naungan Allah SWT bagi tangisan kerana takutkan Allah SWT.
Hadirkan tangisan kerana Allah SWT dengan 10 perkara.

KISAH-KISAH TANGISAN DAN AIR MATA RASULULLAH SAW:
Menangis bersama Rasulullah SAW.
Kisah 1: Ketika mendengar bacaan ’Abdullah Bin Mas'ud RA.
Kisah 2: Kerana sayang dan cinta kepada umatnya.
Kisah 3: Ketika menziarahi kubur ibunya.
Kisah 4: Ketika berkata : 'Janganlah kamu lupakan dua perkara yang besar : Syurga dan neraka'.
Kisah 5: Ketika Baginda bersolat.
Kisah 6: Pada hari peperangan Badar Al-Kubra.
Kisah 7: Ketika solat Qiamullail.
Kisah 8: Ketika sebahagian para sahabat menceritakan zaman Jahiliah mereka.
Kisah 9: Ketika berjalan bersama-sama Sayidina Ali di Madinah.
Kisah 10: Kerana tangisan Jibril AS.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...