Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, May 28, 2015

Pembahagian Harta Pusaka dan Kepentingan Wasiat ~ Ghazali Ibrahim

Miliki buku Ustaz Ghazali yang perlu dibeli untuk urus harta kita. Ia juga panduan berguna setiap kita yang pastinya mempunyai harta.

Berkecimpung dalam bidang faraid dan pusaka selama lebih 7 tahun. Beliau telah melatih lebih 600 orang Perunding Pusaka dan menyiapkan lebih 1500 Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka.

"Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkannya kepada orang lain. Kerana sesungguhnya ia adalah sebahagian daripada ilmu yang banyak. Tetapi malangnya, ia adalah ilmu yang dilupakan dan ia adalah ilmu yang mula-mula akan dicabut daripada umatku!"
(Riwayat al-Hakim dan Baihaqi)

Adakah kita benar-benar tahu dan mahir tentang ilmu faraid?

Miliki ilmu yang tertinggal untuk kita mengetahui hak setiap waris yang ditinggalkan. Jangan sampai kita terambil hak yang bukan kita punya. Merbahaya! Selesaikan hutang piutang si mati terlebih dahulu. Moga kita terhindar daripada fitnah harta serta selamat dunia dan akhirat.
*****
(SEM) RM30.00 > RM26.40
(S/S) RM33.00 > RM29.00

Friday, May 22, 2015

Batalkah Puasa Saya? ~ Dr. Hamidah Mat

Mengapa Buku Ini Mesti Dimiliki?
*Buku ini Merungkai persoalan-persoalan lazim berkaitan kes rawatan perubatan terhadap ibadah puasa.Perbincangan mencakupi hukum rawatan perubatan,rawatan pembedahan,ujian klinikal,rawatan pergigan dan lain-lain.Penulis membahaskan setiap inti pati dengan mengabungkan disiplin ilmu fiqah dan kaedah rawatan moden.

*Kajian ini diadaptasi daripada kajian tesis ijazah kedoktoran penulis yang telah dimudahkan bahasanya untuk tatapan umum.Sebahagian perbahasan dikekalkan sifat akademiknya untuk memberikan pendedahan bahawa hukum-hakam yang ada pada hari ini merupakan hasil perbahasan panjang dan mendalam oleh para ulama silam dan komtemporari.

*Buku ini sangat baik bagi pembaca yang menyukai perbahasan mendalam berkenaan hukum-hakam ibadah puasa dan kaitannya dalam perubatan moden dalam konteks hari ini.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Fiqh Medic ~ Fauwaz Fadzil Noor

KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG DAPAT DIMANFAATKAN DARIPADA BUKU INI :

*Selari dengan perkembangan teknologi yang telah menemukan pelbagai kaedah dan metodperubatannya,penulis cuba menampilkan kebersamaan fiqh dalam setiap permasalahan yang diutarakan.

*Bertunjangkan dalil dan hujah daripada al-Quran,hadis serta koleksi fatwa daripada para ulama dan badan fatwa,ia dengan sendirinya meningkatkan lagi kualiti buku ini.

*Penulis mendatangkan kesimpulan dan pandangan yang amat baik setelah memnbentangkan setiap permasalahan dengan penuh tertib dan tersusun,selain cuba meraikan setiap permasalahan berdasarkan konteks atau situasi yang biasanya berlaku dalam masyarakat di Malaysia.

*Fakta kemas,padat.ringkas dan sangat memadai untuk memberi kefahaman kepada orang awam.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Tuesday, May 19, 2015

Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam ~ Dr. Faszly Rahim, Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Prof Dr. Aminah Abdullah

Makanan ialah bahan yang digunakan bagi menyediakan sokongan nutrisi untuk tubuh badan manusia. Biasanya ia terdiri daripada tumbuhan dan haiwan, dan mengandungi nutrien penting seperti lemak, protein, vitamin dan mineral. Bahan ini dimakan oleh organisma dan diserap oleh sel-sel badannya untuk ditukarkan kepada tenaga, mengekalkan kehidupan dan merangsang peetumbuhan. 

Bagi mencapai natijah optimum daripada sumber makanan yang diambil, Islam mengajar umatnya tentang pemakanan yang baik. Ia boleh diertikan sebagai gizi yang halal dan mendatangkan manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia. Alangkah indahnya agama ini, bukan sahaja menunjukkan jalan supaya memilih makanan yang baik kepada jasmani bahkan menyuruh agar memastikan ia benar-benar halal demi menjaga aspek rohani. 

MENGAPAKAH ANDA PERLU MEMILIKI BUKU "INDAHNYA PEMAKANAN & PERUBATAN ISLAM"
*Dapat menghayati kebesaran Allah SWT menerusi ayat al-Quran dan hadis Nabi SAW tentang tumbuhan dan makanan.
*Memperkenalkan maklumat baharu tentang dunia tumbuhan yang berada disekeliling kita.
*Boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar dalam menghasilkan kajian dalam bidang berkaitan.
*Menyediakan panduan kepada para pengamal perubatan alternatif.
*Perkongsian maklumat bersama seisi keluarga dan rakan-rakan.
*****
(SEM & S/S) 70.00 > RM61.60

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Ghufran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' ~ Telaga Biru

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Ghufran Dengan Panduan Wakaf & Ibtida'.
Terjemahan Terkini Berserta Asbabun Nuzul & Hadith.
*****
(SEM & S/S) RM80.00 > RM70.40

Saturday, May 16, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 1: Siri 4 (Hubungan Kemasyarakatan) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."

Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan hubungan kemasyarakatan.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Satu, Siri Empat ini adalah:
  • Adakah riba terdapat pada wang kertas? 
  • Apakah hukum makan ayam dan daging yang disembelih dan diimport dari negara luar? 
  • Apakah hukum mengharapkan kematian di saat kita berputus asa untuk meneruskan kehidupan? 
  • Apakah hukum bekerjasama dengan musuh demi menyelamatkan diri sendiri? 
  • Hukum merokok menurut Al-Quran, sunnah, dan kaedah syariah. 
  • Benarkah hukum menonton televisyen, mendengar lagu adalah haram? 
  • Apakah pandangan Islam berkaitan kamera dan fotografi?
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

Fatwa Kontemporari Jilid 1: Siri 3 (Wanita dan Keluarga) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden , khususnya berkaitan wanita dan keluarga.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 3 adalah:
  • Benarkah kata-kata Saidina Ali menyatakan bahawa setiap wanita adalah jahat? 
  • Adakah haram untuk seorang wanita pergi ke pusat kecantikan? 
  • Apakah jenis dusta yang dibenarkan dalam rumah tangga? 
  • Apakah hukum bagi seorang isteri yang mencintai selain daripada suaminya? 
  • Hukum mewarnakan kuku dengan pewarna tiruan. 
  • Apakah hukum pengambilan sperma dan ovun untuk disenyawakan, dan kemudian disuntik semula ke dalam rahim?
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

Friday, May 15, 2015

Biografi Malaikat ~ Rachmat Ramadhana Al-Banjari

Pernahkah anda membayangkan malaikat yang abstrak namun wajib hukumnya untuk kita imani kewujudannya? Pernahkah juga anda memikirkan tentang apakah yang dilakukan Malaikat Jibril setelah usai sejarah kenabian di muka bumi ini? Serta, mungkinkah kita berinteraksi dengan para malaikat Allah?

Buku ini mengemukakan penelitian yang mengejutkan dan menyedarkan kita tentang wujudnya para malaikat Allah. Segala yang ingin anda ketahui tentang makhluk ghaib tersebut insyaAllah terhimpun di dalam buku yang mampu membimbing anda meneguhkan iman yang sempurna ini.

• Para Malaikat Yang Bertugas Menjaga, Mengawasi Dan Mencatat Seluruh Aktiviti Manusia
• Malaikat Harut Dan Marut
• Malaikat Yang Hadir Ketika Solat Lima Waktu
• Malaikat Yang Memohonkan Keampunan Bagi Orang Yang Menunaikan Solat Jumaat
• Doa Malaikat Untuk Orang Yang Gemar Bersedekah Dan Menafkahkan Hartanya Di Jalan Allah
• Malaikat Yang Memohonkan Rahmat Dan Keampunan Allah Untuk Para Ahli Ilmu Dan Penuntut Ilmu
• Tujuh Puluh Ribu Malaikat Berselawat Kepada Orang Muslim Yang Menjenguk Saudaranya Yang Sakit
• Malaikat Yang Menguatkan Rohani Dengan Mengilhamkan Kebaikan Dan Kebenaran Ketuhanan
• Malaikat Yang Menghadiri Majlis Zikir Dan Membaca Al-Qur’an
• Doa Dan Sambutan Para Malaikat Kepada Orang Yang Menunaikan Haji Dan Berwukuf Di Arafah
• Sebab-Sebab Malaikat Tidak Mahu Hadir Di Tengah-Tengah Manusia
• Cara Menjalinkan Persahabatan Dengan Para Malaikat
• Hikmah Berselawat, Memberi Salam Dan Bertabarruk Kepada Para Malaikat Allah
*****
(SEM) RM15.00 > RM13.20
(S/S) RM16.00 > RM14.00

Tuesday, May 5, 2015

Allah Loves Me (Edisi Bahasa Melayu) ~ Jerry D. Gray

Kisah saya bukan yang terbaik untuk diceritakan, bukan juga paling hebat untuk dijadikan iktibar. Namun, saya ingin berkongsi detik-detik indah ketika saya mula sedar betapa Tuhan itu begitu cintakan saya.

Saya tidak tahu yang Allah s.w.t. sudah mempunyai misi khas untuk saya sejak dilahirkan lagi. Ujian demi ujian, kesakitan demi kesakitan itu rupa-rupanya adalah petanda Dia mahu saya kembali mereguk cinta-Nya.

Tiada yang lebih membahagiakan apabila sudah merasakan nikmat cinta itu, dan tidak mungkin saya berpaling lagi. Ini adalah jalan yang terbaik.

“Aku redha Allah s.w.t. adalah Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad s.a.w. sebagai Rasulku.”
*****
(SEM) RM35.00 > RM30.80
(S/S) RM38.00 > RM33.40

Sahih Al-Lu'Lu' Wal-Marjan: Himpunan Hadis Sahih yang Disepakati Imam Bukhari & Imam Muslim (H/C) ~ Muhammad Fuad Abdul Baqi'

Hadis Rasulullah SAW adalah rujukan utama yang kedua bagi umat Islam selepas Al-Quran Al-Karim. Sumber kedua dalam Islam itu kini telah banyak bercampur-aduk antara hadis dan bukan hadis. Maka, menjadi tanggungjawab setiap Muslim untuk memastikan sumber hadis yang benar-benar sahih untuk diamalkan.

Imam Bukhari dan Imam Muslim adalah dua tokoh yang sangat masyhur dalam dunia periwayatan hadis. Kedua-duanya mempunyai cara dan prinsip yang tersendiri dalam proses menerima dan meriwayatkan hadis Nabi SAW. Mereka terkenal dengan sikap teliti dan amanah dalam meneliti hadis serta sangat mementingkan sanad hadis daripada perawi-perawi yang adil dan dhabit. Selain itu, kedua-dua imam ini akan memastikan setiap hadis tidak syaz (lemah) dan tiada illah (kecacatan). Inilah yang dikatakan hadis sahih.

Sahih al-Lu'lu' wal Marjan merupakan kitab rujukan muktabar yang menghimpunkan hadis yang paling tinggi tingkat kesahihannya iaitu hadis muttafaq 'alaih (yang disepakati) daripada Imam Bukhari dan Muslim. Kitab ini sangat istimewa kerana telah menyatukan intisari berharga yang telah ditulis oleh dua imam masyhur iaitu Imam Bukhari dan Imam Muslim. Penulis telah menggabungkan teks hadis yang paling sesuai daripada dua kitab; Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serta memuatkannya ke dalam satu kitab. Penyusunan hadis yang mengikut bab, pernomboran hadis yang sistematik serta takhrij hadis yang lengkap akan memudahkan para pembaca dan penuntut ilmu dalam proses pembacaan, pemahaman dan membuat rujukan.
*****
(SEM) RM98.00 > RM86.20
(S/S) RM101.00 > RM88.90

Psikologi Rasulullah s.a.w Dalam Berinteraksi dengan Masyarakat ~ Dr. Basri Ibrahim Al-Hasani Al-Azhari

Buku ini membicarakan persoalan Psikologi Rasulullah SAW, yang dibahaskan berdasarkan kepada nas al-Qur'an dan al-Sunnah bersertakan dengan contoh-contohnya sekali. Sebenarnya kalau dikaji nas al-Qur'an, al-Sunnah, buku-buku tafsir, hadis, sirah dan juga sejarah, didapati baginda telahpun menggunakan berbagai-bagai bentuk psikologi di dalam berinteraksi dengan masyarakat, termasuk musuh baginda sendiri. Inilah rahsia kejayaan Rasulullah SAW menyebarkan dakwah Islam ke seluruh pelusuk tanah Arab. Baginda menggunakan psikologi ketika berinteraksi dengan kanak-kanak, isteri, anak-anak, pasangan suami isteri yang bermasalah, para sahabat, orang-orang Islam yang melakukan kesalahan, orang-orang bukan Islam yang menjadi jiran tetangga dan bukan jiran tetangga dan juga di dalam berhadapan dengan perwakilan asing dan juga orang-orang luar, samada yang telah memeluk Islam mahupun yang belum memeluk Islam.

Kebanyakan interaksi baginda adalah secara berhikmah, Iemah lembut dan bertoleransi. Ketika berhadapan dengan Maharaja Herculis sahaja, baginda terpaksa mengambil sikap yang keras dan tegas, kerana sikap boneka maharaja itu iaitu Syurahbil Bin Amru al-Ghassani bertindak membunuh utusan baginda yang diutuskan untuk menyeru raja itu kepada Islam. Tindakan membunuh utusan adalah satu perbuatan biadab, berdasarkan kepada amalan politik antarabangsa.

Buku ini bertujuan antara lain membuka minda umat Islam di negara kita, tentang psikologi nabi Muhammad dalam berinteraksi dengan masyarakat, agar mereka turut menggunakan pendekatan psikologi di dalam berinteraksi dengan masyarakat, samada yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam. la satu perkara yang mesti dilakukan oleh semua pihak, demi mengekalkan perpaduan ummah dan melihat pembangunan negara terus berjalan lancar di dalam berbagai-bagai bidang.
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM20.00 > RM17.60

Ringkasan Ihya' Ulumuddin (H/C) ~ Imam Al-Ghazali

Kitab Ihya Ulumuddin merupakan antara kitab rujukan klasik yang popular daripada kitab-kitab klasik-tradisional yang ada. Bahkan hingga kini, kitab ini tetap dijadikan rujukan utama bagi para ahli suli dan ahli agama. Buku ringkasan Ihya Ulumuddin iii mentpakan ringkasan daripada kitab Ihya Ulumuddin yang berjilid-jilid jumlahnya. Walaupun sudah banyak ringkasan yang telah dilakukan, buku ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana ringkasannya dilakukan sendiri oleh Imam al-Ghazali, dengan menjaga intisari dan Lujuan buku tersebut.

Kitab Ihya Ulumuddin karya Imam Abu Hamid al-Ghazali ini mempunyai penganti yang sangat besar dalam mengekang ancaman dan serangan materialisme yang menghembuskan racun-racun taksubkan kebendaan dan kecintaan kepada dunia. Melalui usaha beliau yang multi, ramai initial sedar hahawa aspek kesufian juga mempunyai peranan yang besar dalam mengharmonikan kehidupan dan memberikan keseimbangan antara keperluan dunia clan akhirat.

Kitab ini menganduiigi panduan-panduan tentang adab, ibadah, tauhid, akidah dan tasawuf yang sangat mendalam. Kitab ini merupakan hasil pemerhatian yang mendalam dan tajam daripada Imam Ghazali tentang berbagai perkara khususnya tentang penyucian hati.
*****
(SEM) RM55.00 > RM48.40
(S/S) RM58.00 > RM51.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...