Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, October 31, 2013

Konspirasi Dajal ~ Miftahul Asror Malik

Kemunculan Dajal pada akhir zaman sudah termaktub dalam Al-Quran dan hadith. Misi utamanya adalah mahu menyesatkan umat Muhammad s.a.w. dan membawa kita semua ke dalam lembah kehinaan. Rasulullah s.a.w. dengan keras memberi peringatan kepada kita bahawa Dajal pasti datang dan kita perlu bersedia dengan iman dan hati yang jitu.

Anas bin Malik menyatakan, Rasulullah s.a.w. berkata, “Allah tidak mengutus seorang nabi kecuali para nabi sudah mengingatkan umatnya berkenaan orang yang buta sebelah lagi pendusta. Ingatlah, sesungguhnya Dajal itu buta sebelah dan sesungguhnya Tuhan kamu tidak buta sebelah.” (Hadith direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Dengan membawa agenda licik dan halus, umat manusia kadangkala tidak sedar bahawa Dajal sedang menipu kita pada akhir zaman. Dikaitkan dengan agenda Yahudi dan kafir penentang Islam, tidak hairan mengapa golongan itu sering melakukan kekejaman dan siri penipuan terhadap umat Islam. Apakah Dajal itu sudah wujud dalam kalangan mereka pada hari ini? Siapakah makhluk yang disebut Tuhan sebagai Pembawa Bencana Pada Akhir Zaman?

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Menjejak Cinta Allah & Rasul ~ Anis Humaira

“MENJEJAK CINTA ALLAH DAN RASULULLAH dibawa dengan olahan yang sederhana dan santai. Buku ini adalah sebuah renungan sederhana dalam mengintrospeksi diri. Konsep penulisan yang bercorak motivasi dengan mengetengahkan kisah-kisah inspirasi dan refleksi berserta pengajaran dalam mengintrospeksi diri.

“MENJEJAK CINTA ALLAH DAN RASULULLAH” juga tidak lupa menyelitkan puisi dan kata-kata hikmah dan motivasi untuk membawa pembaca mencerminkan kembali sebuah perjalanan musafir yang selama ini dilalui sama ada telah berjaya dari tiga sisi utama. yang disentuh meliputi introspeksi sang hamba terhadap pencipta, kekasih-Nya dan suri teladan sahabat Nabi serta terhadap hubungan sesama manusia.

Melihat golongan masa kini yang ramai ingin berhijrah dan mencari hala tuju hidup namun masih ada kekangan untuk menghadiri majlis ilmu, maka konsep yang dibawa ini amat mudah dengan menggunakan bahasa yang santai dan bersahaja serta bahasa memujuk jiwa. Ia turut memberi pendedahan kepada aspek mengislahkan diri sendiri sebagai umat Islam.
Antara Kandungan:
Sombong Seorang Musafir
Belajar Merindui Syurga
Mengikat Semangat Ibadah Itu Perlu
Isror Yang Tercela
Suara Yang Disukai Allah!
Nota Prasyarat Kematian
Kad Kahwin Daripada Sahabat!
Rindu Dibalas Rindu

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM121.00 - RM18.50

25 Soal Jawab Martabat Wanita Dalam Islam ~ Faisal Abdurrahman

Allah SWT meletakkan kedudukan yang tinggi untuk wanita dalam Islam. Sehinggakan, terdapat sebuah surah yang membawa erti wanita iaitu An-Nisa’ di dalam al-Quran. Wanita adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang istimewa dan unik.

”Berpesanlah kamu dengan wanita, sesungguhnya wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang paling bengkok dan teratas sekali, jika kamu hendak meluruskannya, maka ia akan patah. Jika kamu membiarkannya, ia akan tetap dalam keadaan bengkok. Oleh itu, hendaklah kamu menasihati wanita dengan sebaik-baiknya.”
(Riwayat Muslim)

Naskhah ini akan merungkai persoalan-persoalan mengenai martabat wanita dengan menggunakan firman Allah SWT, hadis dan pandangan ulama secara saintifik. Perbahasan yang diberi juga memaparkan ayat yang mudah dan ringkas, berserta analogi yang mudah difahami bagi menyampaikan mesej sebenar. Hasil penulisan gandingan penulis lelaki dan wanita ini secara langsung mengiktiraf darjat dan hak-hak asasi wanita dalam aspek kemasyarakatan dan politik.

Antara Kandungan:
1. ADAKAH PEREMPUAN MUSLIM BOLEH MENJADI ARTIS?
2. ADAKAH PEREMPUAN MUSLIM BOLEH BEKERJA DI LUAR RUMAH?
3. ADAKAH PEREMPUAN MUSLIM BOLEH MENJADI PERDANA MENTERI?
4. ADAKAH PEREMPUAN MUSLIM BOLEH MEMANDU KERETA?
5. ADAKAH SUARA WANITA DIANGGAP AURAT?
6. ADAKAH WANITA BOLEH SOLAT JUMAAT?
7. ADAKAH SEORANG SAKSI LELAKI SAMA DENGAN DUA ORANG SAKSI WANITA?
8. ADAKAH MANGSA ROGOL PERLU MEMBAWA EMPAT ORANG SAKSI?

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Himpunan Doa Dari Al-quran & Hadis ~ Mohammad Zaki Yahpar

“HIMPUNAN DOA DARI AL-QURAN DAN HADIS” merupakan
kumpulan doa yang dipetik dari kitab suci al-Quran dan hadis-hadis
Rasulullah yang menjadi pegangan umat Islam. Doa merupakan suatu
kalimah yang banyak disebut dalam al-Quran. Setiap kalimah itu
membawa maksud yang tertentu iaitu memohon bantuan, pertolongan
dan perlindungan. Doa juga merupakan permintaan hamba kepada
Allah SWT semata-mata. Tidak ada tempat meminta Yang Agung selain daripada kita meminta kepada Allah SWT. Doa merupakan tali penghubung antara seorang hamba kepada Tuhannya.

“Tuhan kita (Allah) turun pada setiap malam ke langit dunia, pada
sepertiga malam terakhir, lalu berfirman, “Barang siapa yang berdoa kepada-Ku maka aku akan kabulkan baginya, barang siapa yang meminta kepada-Ku, maka aku beri kepadanya, Barang siapa yang meminta ampunan maka Aku akan mengampuninya”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

La Tahzan Terasing ~ Ibnu Rijal

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Islam itu bermula dengan terasing, dan akan kembali terasing seperti permulaannya, maka berbahagialah untuk mereka yang terasing itu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Pernahkah dalam hidupmu, ada ketikanya kau berasa bersendirian, atau kau terasa ditinggalkan? Atau kau berasa seolah-olah dirimu terasing dalam duniamu sendiri. Di saat kau cuba menegakkan Islam yang sebenarnya, dikau dipandang rendah, seolah Islam sudah tidak wujud dalam dunia.

La Tahzan! Usah dikau bersedih, jika dirimu termasuk golongan yang dianggap asing, janggal dan pelik. Pesan Nabimu, “Maka bergembiralah untuk mereka yang terasing itu.” Pasti ada suatu yang hebat menantimu di hadapan, pasti ada jalan dan pasti ada kemenangan. Rasa terasing itu mendekatkan kamu dengan Tuhan. Rasa terasing itu mengingatkan kamu kepada Islam pada awal perjuangan.

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM20.00 - RM17.60

Friday, October 25, 2013

Kesalahan Dalam Berniaga Yang Membuatkan Usaha Anda Tidak Berkat ~ Yanuar Arifin

Pelbagai cara dan usaha sudah dilakukan. Tip dan petua untuk berjaya dalam bisnes juga telah dipraktikkan. Namun hasilnya tidak juga menampakkan bibit-bibit kejayaan dalam berbisnes. Untung pun tidak tetapi rugi yang lebih.

Hati-hati, mungkin tidak ada keberkatan di dalam rezeki tersebut.

Terdapat banyak faktor atau kesalahan dalam berbisnes yang membuat rezeki tidak berkat. Semua itu perlu dihindari agar tidak menjadi penghalang keberkatan dalam bisnes kita.

Apakah kesalahan-kesalahan tersebut? Bagaimana cara untuk menghindarinya?

Selami dan selusuri penjelasan berkenaan kesalahan dan langkah menghindarkannya di dalam buku ini. Barangkali kita menganggap sering perkara itu enteng, namun sebenar member impak dan kesan besar terhadap usaha kita untuk berjaya. Buku ini hadir sebagai rujukan agar kita boleh membetulkan kesalahan yang sering kita lakukan dan menghindari kesalahan lain yang membuatkan usaha kita tidak mendapat keberkatan Allah.

Bersedialah untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya di dunia dan akhirat.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

La Tahzan Buat Muslimah Yang Berkerjaya ~ Dr Aidh Al-Qarni

Menjadi wanita solehah adalah idaman setiap muslimah kerana wanita solehah adalah sebaik-baik dan secantik-cantik perhiasan dunia, mengalahkan pergunungan emas, intan dan permata serta perhiasan dunia yang lain. Hanya wanita solehah yang mampu melahirkan generasi yang Rabbani yang akan memikul risalah Islamiah menuju puncak kejayaan.

Buat Muslimah berkerjaya usah bersedih, ikhlas segala amal ibadah kerana Allah, tunaikan dan ikhlaskanlah segala tanggungjawab yang dipikul kerana Allah. Sekiranya ada aral yang melintang di tengah perjalanan. Bermohonlah kepada Allah, mengadulah kepada-Nya kerana Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Thursday, October 24, 2013

Yahudi, Syiah dan Dajal: Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah ~ Sabaruddin Hussien

Termaktub dalam Al-Quran dan hadith, bangsa Yahudi adalah bangsa yang banyak melakukan kerosakan di bumi. Bangsa berketurunan Nabi Yaaqub a.s. ini seringkali dikaitkan dengan pemalsuan, pemesongan akidah. Malah, mereka juga membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka.

Sejarah juga membuktikan, bangsa ini memainkan peranan yang begitu penting sebagai masterminddalam pertembungan antara timur dan barat seperti kejatuhan Empayar Uthmaniah, peperangan dan penjajahan era Perang Dunia Pertama dan Kedua, dan yang terkini penyembelihan umat Islam di Palestin, Syria, dan Mesir. Malah, isu ini tidak akan lengkap perbincangan ia sekiranya tidak mengaitkan dengan peranan Syiah di rantau asia tengah.

Siapakah Yahudi dan syiah yang sebenar? Apakah perkaitan antara kedua-dua golongan ini dengan Dajal? Apakah kesesatan dan keburukan yang dibawa oleh mereka?

Buku ini akan memperkenalkan kelompok manusia yang suka melakukan kerosakan di atas muka bumi Allah s.w.t. ini, sehingga menjadi fitnah kepada orang yang beriman.

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Keimanan Adalah Paksi ~ Hilal Asyraf, Abu Umar, Abu Ridhwan, Afdholul Rahman, Bro Hamzah

Mengapa tema iman menjadi pilihan?

Kerana keimanan adalah paksi kepada seorang yang beragama Islam. Tiada warden di rumah untuk menyebat kita sekiranya kita lewat solat. Melainkan keimanan kita menggerakkan kita untuk berdisiplin menunaikannya. Tiada siapa mampu menghalang kita daripada melakukan maksiat kepada Allah s.w.t., melainkan iman kita yang bergetar dan merasa amat yakin betapa Allah s.w.t. sedang melihat kita. Tiada siapa mampu menunjukkan kepada kita syurga Allah s.w.t. yang dijanjikan jikalau kita bersabar, jikalau kita memikul beban dakwah, dan sebagainya. Tetapi, imanlah yang membuatkan kita yakin seakan-akan kita pernah melihatnya. Ya, begitulah juga dalam banyak situasi yang lain, iman memainkan peranan.

Iman ibarat matahari, yang menjadi paksi kepada bima sakti, yang menjadi pusat kepada orbit planet-planet, yang menjadi sumber tenaga dan punca kehidupan di Bumi. Tanpa keimanan, jiwa kita akan gelap dan tidak mempunyai arah yang benar. Terganggu keimanan, maka akan ada masalah pada aktiviti hidup kita sebagai seorang Muslim.

*****

(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

Jurnal Haji Pengubat Rindu ~ Intan Yaacob

“Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci. Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka duka dan pahit manis diceritakan agar menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut. 

“Benarlah kata orang, pekerjaan haji ialah kemuncak seorang Islam menghambakan diri kepada Penciptanya. Pekerjaan haji merupakan pengorbanan diri sepenuhnya kepada Tuhan Yang Maha Esa. Andainya pekerjaan haji ini boleh dikategorikan sebagai satu percutian, maka percutianku ini bukan setakat lima bintang sahaja. Sebaliknya ingin kukatakan kepada dunia bahawa percutianku ini bernilai berjuta-juta bintang. Subhanallah....”

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Anakku Seorang Hafiz ~ Mohd Solleh Ab. Razak

Bagaimanakah cara memotivasikan anak untuk menghafaz al-Quran? Bagaimanakah untuk merancang? Apakah formula dan kaedah yang sesuai untuk anak-anak menghafaz al-Quran? Bagaimanakah cara berhadapan dengan permasalahan anak ketika menghafaz al-Quran?

Setiap persoalan ini diperjelaskan dalam buku “Anakku Seorang Hafiz” ini agar dapat membantu dan menyuluh jalan dalam mendidik dan mentarbiah, seterusnya merealisasikan impian kita untuk melihat anak kita berjaya menghafaz al-Quran. Buku “ANAKKU SEORANG HA FIZ” ini sesuai untuk dijadikan salah satu bahan panduan dalam mendidik anak-anak kita menghafaz al-Quran sama ada di rumah atau di sekolah. Panduan yang dibariskan oleh penulis begitu jelas mampu membantu dan memudahkan usaha yang murni ini. 

Panduan yang dibentangkan juga, bukan sekadar melalui pengalaman sahaja, malah dikuatkan oleh pengalaman-pengalaman para ulama dan diteguhkan lagi oleh fakta serta formula yang diyakini kemampuannya.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Solat Emergency ~ Fauzi Abdul Hamid

Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya. 

Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku “Solat Emergency” sesuai sebagai bahan rujukan masyarakat. Buku ini wajib dimiliki kerana ia menyuntik kesedaran kepada pesakit agar mendirikan solat. Menjelaskan secara teori dan praktikal panduan ibadah pesakit. 

Dilengkapi dengan gambar kaedah pelaksanaan ibadah pesakit serta menjelaskan tatacara wuduk dan tayamum mengikut pelbagai situasi dan keadaan pesakit.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Amanat Cinta Seorang Hamba ~ Thoyba Mursyidah

"Aku tidak mahu jatuh lagi. Perjuanganku masih belum selesai. Biarlah Allah SWT menentukan segalanya.” Fidae’i Al Humaidi

“Perhatian yang awak berikan telah meyakinkan saya bahawa wujud satu perasaan lain antara kita.” Iffah Amani

“Kerja Islam masih banyak menunggu. Aku tidak mahu perkara lain membantutkan semuanya.” Yusof Bahij

Perjuangan anak-anak muda. Iman diduga, persahabatan diuji, amanah dicabar. Mampukah mereka mendepani setiap badai yang melanda? Berjayakah mereka menyempurnakan amanah yang terpikul?

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Sunday, October 20, 2013

Travelog Haji Mengusik Hati ~ Muhd Kamil Ibrahim, Roza Roslan

Masya Allah, Subhanallah, Allahuakbar.

Sungguh, saya rasa teruja apabila dikhabarkan ketiga-tiga buku, iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman (THMSI), Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok (TDMHE), dan 50 Tip Motivasi Haji
(50TMH) hasil karya bersama PTS akan diterbitkan semula sebagai buku tunggal. Ia memberi makna mendalam kepada perjalanan kehidupan saya bersama pembaca.

Tentu sekali saya masih terkenang bagaimana teragak-agaknya hati dan perasaan ketika menghulurkan manuskrip THMSI kepada Puan Ainon Mohamad (Pengerusi PTS) pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007. Sepatah komen beliau, “Buku ini akan memberi kesan motivasi besar kepada khalayak pembaca.” Beliau menolak rasa tidak yakin kepada keperluan menerbitkan buku ini.

THMSI adalah sejarah. Proses penulisannya melalui pelbagai tahap dalaman yang tidak mampu saya catatkan secara terperinci. Ada ketikanya air mata menitis tanpa paksaan. Ada ketikanya saya tersenyum sendirian. Namun, rasa tunduk dan patuh kepada-Nya melingkari hari-hari bersama rasa hati yang sentiasa bersyukur dengan pengalaman yang membuka sempadan iman.

TDMHE adalah catatan pasca haji. Ia ditulis ketika hati masih terawang-awang dengan keinginan mahu menjadi manusia terbaik di sisi-Nya. Ia ditulis sejurus pulang dari Makkah dan Madinah. Saya mempunyai keinginan yang jelas, seperti mahu sentiasa menunaikan solat berjemaah di masjid, bangun malam, berpuasa sunat, membaca Al-Quran dan terjemahan, serta membersihkan hati. Ia permintaan dan permohonan kepada-Nya terlangsung bermula ketika hati resah gelisah mengenangi kisah-kisah lampau. Ini sebagaimana catatan dalam THMSI.

Rasa ini yang melahirkan 50TMH. Ia adalah THMSI yang dipermudahkan. Khalayak pembaca mungkin bersama-sama merasai travelog haji dengan melihat bagaimana seorang profesor yang tidak pandai membaca Al-Quran mengenal huruf dan menamatkan bacaan selepas sebulan lebih berada di Makkah. Malah, ramai yang teruja membaca bagaimana saya menghabiskan bacaan terjemahan Al-Quran dalam tempoh enam hari semasa berada di Madinah. Namun, catatan yang dipersembahkan kepada khalayak bukan soal emosi semata-mata. Ia mengandungi pelbagai falsafah yang mampu dipertimbangkan oleh bakal jemaah haji.

Akhirnya, ketiga-tiga buku ini, iaitu THMSI, TDMHE, dan 50TMH bersifat kesalingan. Mengumpulnya dalam buku tunggal membawa manfaat kepada khalayak pembaca, terutamanya mereka yang mengenali saya selepas tujuh tahun penghasilan buku THMSI. Kesukaran mencari ketiga-tiga buku serentak menjadikan penghasilan buku ini menjadi relevan.

*****

(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 - RM46.60

Pembimbing Ke Tanah Suci: Haji, Umrah, Ziarah

Buku ini adalah sebuah buku panduan lengkap perjalanan dan bimbingan bagi melaksanakan ibadah fardhu haji, umrah, dan ziarah ke Tanah Suci. Bimbingan amalan dan doa diatur secara mudah, ringkas, dan lengkap, iaitu langkah demi langkah bermula dari rumah sehingga ke rumah selepas kembali dari Tanah Suci.

Antara kelebihan buku ini adalah:
1. Panduan lengkap bimbingan perjalanan, tatacara amalan, dan bacaan doa yang berkaitan dengan ibadat yang dilakukan.

2. Setiap amalan yang dilakukan dijelaskan hukumnya, sama ada rukun, wajib, ataupun sunat.

3. Disertakan sejarah tempat-tempat penting di Makkah dan Madinah, di samping gambar yang menarik.

4. Terdapat senarai semak amalan-amalan yang akan dilakukan oleh para jemaah sama ada ibadah umrah, haji tamattuk, haji qiran, ataupun haji ifrad.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...