Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, August 27, 2015

Perpustakaan Dalam Islam ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Halaman Rentetan terhasilnya buku Kuasa Iqra, SS. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri merasa terpanggil untuk melebarkan lagi perbincangan berkenaan dengan tajuk Perpustakaan Dalam Islam. Al-Imam Hasan al-Banna menggalakkan rakan-rakannya supaya mengadakan perpustakaan peribadi di rumah. Para pencinta ilmu sudah pasti akan mengumpul pelbagai buku dan koleksi karya mengikut bidang dan ikhtisas masing-masing. Maka tidak hairanlah, ramai di kalangan ulama dan cendekiawan Islam, mempunyai perpustakaan peribadi yang mewah dan berkualiti. 

Malah, ada kisah mereka yang mati kerana ditimpa buku-buku atau jatuh kerana memanjat untuk mengambil buku di atas rak. Alhamdulillah kami berjaya menerbitkan buku ini, sekalipun sudah 3 tahun tertangguh, untuk tatapan para pencinta ilmu dan pemilik buku yang bercadang menubuhkan maktabah peribadi atau untuk masyarakat umum. Ini juga lambang cinta kepada ilmu dan buku yang biasanya sinonim dengan cendekiawan dan cerdik pandai.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Merungkai Permasalahan Tentang Rujuk ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Buku kecil ini digarap untuk membincangkan secara khusus pelbagai hukum dan isu berkaitan rujuk. Semoga buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua dalam melayari kehidupan agar ia benar-benar menepati hukum syarak.
*****
(SEM & S/S) RM5.00 > RM4.40

8 Surah Pilihan Untuk Diamalkan ~ Umar Mukhtar, Hafizudin Saad

Al-Quran itu, jika boleh kita katakan, ialah penyembuh, penghidup hati yang mati, dan pemberi ketenangan kepada jiwa yang gundah. Maka kami menyusun lapan surah-surah daripada al-Quran ini, tanpa menafikan kehebatan surah-surah yang lain. Dengan harapan sebagai silibus rohani kepada pembaca yang mengharapkan perubahan positif dalam kehidupan. 

Surah-surah yang disusun ini memiliki kelebihan tersendiri terutama pada pengajaran, kisah tauladan dan hikmah-hikmah yang tidak terhitung banyak kepada mereka yang berakal. Bukan sedikit para sarjana mengamalkan surah-surah lazim ini sekali pun sebahagian hadis-hadis fadilatnya berstatus daif. Namun mereka menganggapnya sekadar silibus kehidupan dan jadual peningkatan iman yang dengan membaca, meneliti dan mengamalkan ajaran al-Quran, mereka memperoleh berkat dan manfaat yang tidak terhitung.
*****
(SEM & S/S) RM7.00 > RM6.20

Memperkasakan Pengurusan Masjid ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Halaman Selepas terbitnya sebuah buku yang bertajuk Mencari Keikhlasan dan Redha Dalam Menjaga Kemuliaan Rumah Allah maka buku ini diterbitkan dengan penambahbaikan dengan maklumat-maklumat yang baharu. Semoga buku ini memberi manfaat kepada kita semua. Begitu juga harapan kami agar boleh menjadi pemangkin dalam penambahbaikan pengurusan masjid dan pengimarahannya mengikut landasan syariat Islam.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili Yang Kukenali ~ Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Pada pagi yang mulia ini, 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, kami menerima berita yang telah disahkan dan disemak berkenaan pemergian guru yang kami kasihi, Fadhilat al-Syeikh al-Allamah Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili ke rahmatullah setengah jam sebelum fajar. Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada' dan solihin. Kami tidak ingin mengatakan apa-apa kecuali yang diredhai berkenaannya.

Ya Syaikhana, sesungguhnya pemergianmu membuatkan diri ini teramat sedih. Inna lillahi wa inna ilaihi raj'iun.

Dengan ini kami mengambil kesempatan untuk menerbitkan buku tentang beliau supaya ia dapat dikenali seluruh umat Islam.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Ahasin Al-Kalim: Syarah Al-Hikam Jilid 1, 2, 3 ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Keistimewaan buku ini ialah pada untaian-untaian kata hikmah yang disampaikan serta syarahan yang ringkas dan padat.

Buku ini sesuai kepada mereka yang tercari-cari makna dalam kehidupan dan penyucian jiwa yang komprehensif.
*****
(SEM & S/S) RM180.00 > RM158.40

Monday, August 24, 2015

Promosi Kombo Merdeka Diskaun 15%

Assalammualaikum / Selamat Sejahtera,

Sempena bulan kemerdekaan ini, kami di Booksville Ent. mengadakan Promosi Kombo Merdeka Diskaun 15% untuk buku-buku baru yang terpilih.
Promosi bermula 25/8/15 sehingga 16/9/15.
Diskaun 15% diberikan kepada semua buku terpilih ini tetapi minimun belian adalah 2 naskhah.

Anda boleh emel/whatsapp/inbox kami di FB untuk belian buku tersebut.
Untuk caj pos, anda boleh klik logo Pos Laju/Skynet yang ada di sebelah tepi blog Belidiskaun (http://belidiskaun.blogspot.com).

Terima kasih & Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Books For All
Booksville Ent.

Thursday, August 20, 2015

Masuk Syurga Laju-laju ~ Ahmad Damha

Himpunan nasihat yang mampu menjentik diri kita untuk terus masuk Syurga.

Syurga dambaan setiap kita yang hamba kepada Allah SWT.

Masuk syurga laju-laju. Pelbagai kisah yang terus terkena di hati kita, kosah harian yang adakalanya dianggap remeh dan hanya jadi siulan bual kosong di waktu petang. Penulis tampil memberi hikmah bagi setiap senario biasa yang kita lihat dan alami.

Ada kisah Lawak, Makan Dalam, Tarbiah dan Sarkastik.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Amalan Murah Rezeki: Agar Hidup Bertambah Berkat ~ Dato' Siti Nor Bahyah Mahamood, Dr. Hj. Zahazan Mohamed, Mahfuzah Omar

Kita sering berdoa agar dimurahkan rezeki. Bukan itu sahaja kita tambah lagi dengan bermohon rezeki yang halal. Orang yang murah rezeki sebahagian besar tanggungan kehidupannya telah selesai.

Orang yang sempit rezeki sering berhutang keliling pinggang. Begitu juga orang yang boros berbelanja. Orang yang berhutang, siangnya sentiasa diburu ketakutan.Malamnya membuat tidur tidak lena.

Buku ini memberi petua bagaimana mendapatkan rezeki murah. Perjalanan yang ditempuh sekali gus membawa sifat takwa dalam kehidupan seperti bertaubat, takut kepada Allah, sentiasa mengingati Allah, tawakal, beribadah, membetulkan niat, istiqamah dalam bertugas, mengerjakan haji dan umrah, menjalin silaturahim, bersedekah, berdoa dan bersyukur.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Wednesday, August 19, 2015

Fiqh Kecantikan: Hukum-Hakam Berhias dan Bersolek ~ Dr. Mohd Izhar Ariff, Dr. Ahmad Dahlan Salleh

Buku “Fiqah Kecantikan” ini bertujuan menyuntik kefahaman dan keyakinan pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati. Buku ini juga untuk menarik wanita bagi memilih prinsip imej dan penampilan Muslimah yang bertepatan dengan syariat Islam

Mengapa buku ini perlu dimiliki?
– Perbincangan yang santai dan berfakta.
– Hujah dan dalil yang dikemukakan ringkas dan padat serta memudahkan pemahaman.
– Ilustrasi dan grafik yang berwarna penuh mampu menarik perhatian pembaca.
– Sesuai dijadikan bahan usrah. sebagai rujukan dan hadiah buat teman serta ahli keluarga.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kahwin Muda: Ke Arah Mencari Reda-Nya ~ Aizuddin Hamid

Buku ini mengupas kesemua persoalan kahwin muda melalui huraian yang mudah dan ringkas untuk memudahkan pemahaman pembaca.Hal ini demikian kerana perkahwinan yang diredai Allah perlu bermula daripada asas yang kukuh.Justeru, perkahwinan memerlukan persediaan daripada segala segi meliputi material mahupun rohani.

Mengapa buku ini perlu dimiliki?
– Memberi inspirasi kepada golongan muda supaya menyalurkan fitrah cinta melalui jalan yang betul iaitu melalui perkahwinan.
– Mengemukkan panduan yang berlandaskan syariat bagi mereka yang belum bernikah untuk mempersiapkan diri sebelum melayari alam rumah tangga.
– Memaparkan pengalaman penulis yang bernikah pada usia muda.
– Huraian yang padat, mudah difahami dan ringkas disertai ilustrasi yang menarik.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Monday, August 17, 2015

Kun Anta Muaddaban ~ Ustaz Zulkarnain Dollah

RASULULLAH AJAR...JADILAH ORANG BERADAB

Menghuraikan 31 ADAB seorang Muslim yang mudah dan praktikal. Dihuraikan berdasarkan al-Quran dan hadis dan pandangan ulama. Berbentuk isi-isi penting yang ringkas dan padat. Antara adab yang dimuatkan:
Cara tidur dan bagun yang betul mengikut sunnah.
Adab makan dan minum.
Adab berguru.
Adab dengan haiwan
Adab dengan tumbuhan
Adab dengan buku.
Adab menggunakan telefon.
Adab melancong.
Adab bersahabat... dan banyak lagi.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Tuan Direktur ~ HAMKA

Sekarang dia sudah tahu wang itu boleh dijadikan titian untuk menyeberangi batang air kekurangan, dengan wang segala maksud boleh berhasil.
*****
(SEM & S/S) RM13.00 > RM11.40

Sunday, August 16, 2015

Kepala Batu Kepala Angin ~ Fizziany

Kisah bermula apabila Si Jelita, Azah masuk bekerja. Yang tidak pernah menyikat rambut ke pejabat, kini dah pandai pakai gel rambut. Yang kemejanya berkedut sejuta, kini tegang diseterika macam ditepek kanji. Yang dah kahwin, mengaku bujang lagi!

Tapi Harris pula berkecuali. Dia bermuka tembok berhati batu. Azah dikerling tanpa perasaan. Kena pula, tiba-tiba Azah menjadi pembantunya! Maka bermulalah episod gila antara mereka. Si dara jelita rupanya garang bak singa. Bertengkar, bergaduh dah tak peduli orang sekeliling, macam dalam dunia cuma ada mereka sahaja!

“Kau jangan cakap kau yang calarkan kereta aku!”
Makin lebar sengih Azah. Perlahan Azah mengangguk.
Harris ternganga.

Tapi, apabila selalu saja bersama, perasaan berputar 360 darjah. Azah dan Harris mula bingung. Harris resah lantaran rahsia membelenggu diri. Azah tegar kerana tanggungjawab yang tersandar di bahu sendiri. Cinta? Bukan pilihan yang baik buat mereka…

Menggalas cinta dan rindu yang kian memberat di bahu, sedangkan terpaksa senyum dalam hiba di celah-celah riuh rendah rakan sepejabat, mampukah Azah dan Harris terus bertahan?
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Suri Hati Abang ~ Aylanins

Kisah antara Mardhiyah dan Agus, seorang tukang gunting rambut. Agus dan Mardhiyah merupakan kawan sekolah sejak zaman sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Walaupun mereka berkawan baik di zaman sekolah, tapi mereka bukanlah kawan yang rapat kerana Agus merupakan seorang pelajar yang nakal dan suka melanggar peraturan sekolah manakala Mardhiyah pula memegang jawatan sebagai Ketua Pengawas.

Kisah mereka bermula selepas beberapa tahun tidak bersua (selepas sekolah menengah). Agus yang bekerja sebagai tukang gunting rambut bersua kembali dengan Mardhiyah, yang merupakan seorang pegawai lulusan universiti. Agus masih lagi menaruh hati pada Mardhiyah dan telah menyuarakan hasratnya untuk menjadikan Mardhiyah sebagai isteri kepada ibu bapanya, tetapi hasrat itu telah ditolak oleh Mardhiyah.

Kisah berlanjutan apabila Mardhiyah berkenalan dengan Luqman, seorang guru sekolah rendah sehingga akhirnya mereka berdua mengikat tali pertunangan. Dugaan datang ketika Mardhiyah mengalami kemalangan dan semasa dalam rawatan di hospital, dia didiagnosis dengan penyakit kanser tulang kaki. Mardhiyah menjalani rawatan untuk satu tempoh yang lama yang mengakibatkan keluarga Luqman jadi berbelah bagi sama ada untuk meneruskan pertunangan itu atau tidak.

Friday, August 14, 2015

Meh Dok Kejap ~ Qalam Amiera Ibrahim

Meh dok kejap!
Tak lama
Kejap je
Cuba tengok ni....

"Kenapa perlu pakai tudung? Tak up to date langsung!"
"Ish, kena solat pulak. Orang barat releks aje. Seminggu sekali aje. Kenapa kita disusahkan macam ini?"
"Ish, menyampah betul. Nak couple pun tak boleh. Orang putih, orang Korea tu releks je."

Astaghfirullah.

Ini adalah tanda yang jiwa kita dah lelah.
Meh dok kejap, kita refresh semula diri kita dengan coretan-coretan santai dalam naskhah ini. Ada kisah nyata, ada kisah sirah, ada ksah dialog manusia dan iblis dan kisah suami isteri yang sweet-sweet belaka. Yang pastinya, semuanya untuk diambil pengajaran, dijadikan panduan dan diserap sebagai pedoman. Buat bekalan dalam hidup kita seharian.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Diskaun 12% seluruh Malaysia pada harga Semenanjung

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Untuk makluman anda semua, bermula hari ini, semua naskhah buku, novel dan kitab agama dijual dengan DISKAUN 12% SELURUH MALAYSIA pada satu harga (harga Semenanjung Malaysia). Buat anda yang tinggal di Sabah, Sarawak dan luar negara, mari dapatkan bahan bacaan dengan kami pada harga berpatutan. Jom Jimat...

Books For All
Booksville Ent.

Thursday, August 13, 2015

Resipi Herba Hebat ala Bidan ~ Lenan Sari

Kehamilan merupakan sesuatu yang amat menakjubkan dan membahagiakan bagi pasangan suami isteri. Akan tetapi bagi pasangan yang pertama kali mengandung, mereka akan diliputi kebimbangan yang besar dengan proses kehamilan tersebut. Buku "Resepi Herba Hebat Ala Bidan" mengulas resepi herba yang boleh diamalkan sebagai ramuan makanan, mahupun menu masakan sihat bagi bakal ibu yang mahukan kehamilan yang sihat, proses kelahiran yang normal dan selepas melahirkan anak yang sihat. 

Buku ini juga mengulas ramuan herba mulai sejak kehamilan sehingga selepas melahirkan anak serta panduan bagi penggunaan resepi herba mengikut usia kehamilan. Mudah-mudahan, buku ini memberi manfaat yang besar serta mampu menjawab kegelisahan para ibu / bakal ibu dan bagi mengatasi kebimbingan tersebut, buku ini hadir di hadapan anda.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Banjir Harta Dengan Hebatnya Zikir, Solat Sunat dan Puasa Sunat ~ Muhammad Arifin Rahman

Amalan-amalan seperti zikir, solat sunat dan puasa s adalah tiga amalan sunat yang sangat dituntut oleh Allah SWT kepada para hamba-Nya. Bukti pentingnya ketiga-tiga amalan ini untuk diamalkan dapat kita telusuri melalui firman-Nya, Al-Quran Al-Karim yang menjanjikan kebaikan dan ketenangan kepada pengamalnya yang istiqamah. Maka tidak hairanlah jika zikir, solat sunat dan puasa sunat boleh memberikan manfaat yang luar biasa besar kepada kita dalam soal apa pun, termasuk urusan rezeki berupa harta.

Justeru, buku ini tampil untuk menghuraikan dengan lebih jelas bagaimana tiga amalan hebat ini akan menjadi asbab kepada seseorang itu dibanjiri dengan harta. Tiga amalan ini telah diadun dengan cantik dan padat serta mudah dipraktikkan oleh penulis. Semoga hadirnya buku ini dapat memberi manfaat dan membantu para pembaca untuk menjalani kehidupan yang lebih baik di dunia dan akhirat.
*****
(SEM & S/S) RM11.00 > RM9.70

Monday, August 10, 2015

Biografi Agung Nuruddin Zanki ~ Syed Alwi Alatas

Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu... Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem.

Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib.

Menurut Carole Hillenbrand dalam bukunya, Perang Salib, menyatakan bahawa, selama berabad-abad sejak masa Perang Salib “adalah Nuruddin, dan bukannya Saladin, yang memiliki reputasi paling gemilang sebagai sosok mujahid sejati. Saladin ‘ditemukan kembali’ oleh umat Islam pada abad kesembilan belas dan kedua puluh.” Rupanya, bersamaan dengan ‘ditemukannya’ Salahuddin pada masa-masa yang belakangan, peranan Nuruddin Zanki menjadi pudar dari ingatan kaum Muslimin kontemporer.

Tulisan ini tidak bermaksud mengembalikan keadaan seperti sebelum abad kesembilan belas, iaitu agar Nuruddin Zanki menjadi tokoh mujahidin yang lebih terkenal dan lebih menonjol daripada Salahuddin. Walaupun buku ini secara khusus menulis tentang Nuruddin Zanki, dan tidak banyak membahas tentang Salahuddin, tapi saya berharap kedua-dua tokoh ini dikenali oleh kaum Muslimin serta diberi penghargaan secara seimbang dan semestinya.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Apa Jadinya Hidup Tanpa Islam ~ Firdaus Shaharudin

Mengapa Yahudi suka apabila agama Islam dipisahkan daripada pentadbiran?

Agama Kristian juga pernah disatukan dalam pentadbiran, namun akhirnya dipisahkan. Apa puncanya?

Mengapa syriat Islam dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW diperakui oleh pakar-pakar dari barat? Apa istimewanya Islam yang tiada pada agama lain?

Hanya kerana menentang kepimpinan yang zalim, lidah mereka dipotong dan mereka dibakar hidup-hidup. Siapa mereka ini?

Seribu orang mati dibunuh dalam masa satu malam dan 9 juta orang menderita terkorban dalam tempoh lima abad. Inikah natijahnya hidup tidak berlandaskan Islam.
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Cinta Pleas #Throwback: Memoir Casablanca ~ Nourlhousna Tawfiq

Kisah ini hanya kisah biasa-biasa, hanya cetusan rasa dan pengalaman diri ini.

Namun, kisah ini kisah kita bersama. Aku dan kamu juga pernah melalui kisah ini, kerana itu kalian tidak pernah sendiri.

Inilah cerita....
#persahabatan #cinta #kasihsayang #dakwah
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Friday, August 7, 2015

Syarah Safinatun Naja ~ Muhadir Hj. Joll

Kitab turats feqah Mazhab Syafi'i berbahasa Arab yang terkenal karya Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i ini diterjemah dan disyarahkan semula dengan bahasa yang lebih moden tanpa menghilangkan keaslian maksud asal kitab.
* Bersuci
* Solat
* Pengurusan Jenazah
* Puasa
* Zakat
* Haji dan Umrah
* Sembelihan
*****
(SEM) RM40.00 > RM35.20
(S/S) RM43.00 > RM37.80

Maharaja Napoleon: Jatuhnya Sebuah Empayar ~ Abdul Latip Talib

Waktu ini Napoleon sudah merajai Eropah. Satu per satu medan tempur dia kuasai. Tidak ada kuasa yang dapat berkata tidak kepada Napoleon Bonaparte. Baik dalam negara, mahupun luar negara.

Empayar Perancis semakin kuat. Sehingga Napoleon Bonaparte mendapat gelaran tertinggi, iaitu Maharaja Napoleon.

Namun semua itu berubah apabila Maharaja Napoleon bersama dengan 650,00 Orang tentera, berarak ke Empayar Rusia.

Apa akhirnya empayar ini?
*****
(SEM) RM24.00 > RM21.10
(S/S) RM27.00 > RM23.70

UK Aku Mai ~ Shahkang

Puji-pujian untuk Manchester, Aku Mai.

“Oleh sebab Shahkang biasa menulis karya kreatif, khususnya cerpen dan novel, beliau boleh bercerita dengan baik. Antara kelebihan Shahkang ialah bermain cerita / kata-kata dengan sinis tetapi tidak mencederakan perasaan orang lain. Kelebihan ini turut dibawa ke tahap cerpen-cerpen satira yang pernah Shahkang hasilkan.” - Nisah Haron, penulis.

“Buku ini bercerita tentang pengalaman orang Malaysia di Manchester dari sudut-sudut trivia yang jarang didendang. Ditulis dengan santai dan kasual tetapi menggarap makna yang begitu deep dan thought-provoking. Saya suka!” - Dr. Rem Dambul, penulis.

“Terasa sangat dekat dengan semua situasi yang diceritakan dalam buku ini kerana 2 faktor; mengenali shahkang secara peribadi dan pernah tinggal di Manchester. Namun paling menarik adalah pembaca dapat melihat situasi-situasi ini dari perspektif seorang shahkang. Sungguh, banyak pengalaman menarik yang telah direkodkan didalam buku ini. Bacaan ringan yang amat menarik.” - Ahmad Hakym bin Ahmad Hilmy, pengasas KL Sketchnation.
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

The Best Student of The Day ~ Dr. Nik Salida, Bahruddin Bekri

Manuskrip ini menghimpunkan kisah-kisah inspirasi daripada sisi seorang ibu, berkaitan isu didikan dan pendidikan.

Dr. Nik Salida yang mempunyai pengalaman menghantar anak-anak bagi mendapatkan pendidikan awal di United Kingdom, berkongsi rahsia, tip, dan info-info menarik daripada sistem pendidikan di sana.

Menariknya, sistem pendidikan di sana mirip dengan sistem yang diterapkan dalam kitab-kitab agama Islam yang lama. Turut dikongsikan di sini bagaimana kanak-kanak seawal usia 4 tahun sudah ke sekolah biasa dengan diajar berkenaan 2 perkara sahaja selama setahun. Bagaimana emosi anak-anak dan ibu bapa dapat membentuk sesuatu yang positif pada keluarga.
*****
(SEM) RM13.00 > RM11.40
(S/S) RM15.00 > RM13.20

Bahagianya Apabila Zakatmu Diterima Allah ~ Fahrur Muis

Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya kamu membersihkan mereka dan menyucikan mereka, serta doakanlah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketenteraman untuk mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
(Surah At-Taubah, ayat 103)
*****
(SEM) RM20.00 > RM17.60
(S/S) RM23.00 > RM20.20

Thursday, August 6, 2015

Dahsyatnya Petaka Kiamat ~ Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi

KIAMAT semakin dekat! Kiamat pasti berlaku! Janji-janji Allah itu pasti. Sudah termaktub di dalam kitab suci Al- Quran mengenai Kiamat. Tanda-tanda akhir zaman makin jelas. Tanda-tanda kecil banyak melata. Tanda-tanda besar juga makin nyata. Cuma yang masih menjadi rahsia Allah adalah bila Kiamat akan berlaku.

Dunia semakin sakit. Akhlak semakin sempit. Fitnah tegar membadai. Kerakusan manusia menjadi tunjang. Nafsu semakin bermaharajalela. Iman semakin dikesisikan. Yang benar dinafikan dan yang batil dijulang. Itulah realiti akhir zaman. Tanda-tanda Kiamat semakin rapat.

Antara tanda akhir zaman ialah fitnah yang berleluasa. Serangan fitnah menghukum bertubi-tubi. Serangan datang dengan pelbagai cara dan strategi yang berbeza. Penindasan berlaku di mana-mana. Kerosakan makin menyenakkan. Bencana alam bertali arus. Banyak peringatan dan amaran yang Allah berikan. Namun, manusia makin alpa dan terbuai dengan yang fana. Kiamat makin dekat namun manusia semakin jauh daripada Maha Pencipta.

Fakta sains mengenai Kiamat tidak mungkin dapat disangkal lagi. Namun kerakusan memerangkap manusia daripada mempercayai janji-janji Allah. Semua yang berlaku sudah diceritakan oleh ‘Pengarah Alam Semesta’ melalui Al-Quran dan hadis-hadis baginda Rasulullah SAW. Apakah persiapan kita? Sudah kita menyiapkan bekalan untuk menghadapi pengakhiran ini dan melalui alam yang kekal? Sikap ketidakpedulian umat Islam terhadap agenda musuh-musuh Islam merudumkan keimanan.

Buku ini merangkum catatan mengenai Kiamat, tanda-tanda akhir zaman, permainan hero-hero syaitan yang bertujuan untuk melalaikan manusia, dan sebagainya untuk ingatan kita bersama. Semoga buku ini dapat memupuk jiwa kita untuk tampil berjihad menumpaskan segala fitnah akhir zaman ini seterusnya membentengi diri kita dengan keimanan yang ampuh. Gabungan KIFA iaitu Khalifah, Ibadah, Fana dan Abadi dalam konsep buku ini diharap dapat menerapkan keyakinan dan kekuatan kita dalam menempuh perjalanan menuju alam Akhirat yang abadi.

“Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seperti malam yang sangat gelap. Seseorang yang beriman di waktu pagi, kemudian di waktu petang dia sudah menjadi kafir atau seseorang yang masih beriman di waktu pagi, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda keduniaan.” (Riwayat Muslim)
*****
(SEM) RM75.00 > RM66.00
(S/S) RM78.00 > RM68.60

Kepimpinan Rasulullah Dalam Peperangan ~ Dr. Abdullah Muhammad Al-Rasyid

Menghuraikan bagaimana karakter dan perwatakan yang ada pada diri Rasulullah SAW mampu menjadikan Baginda seorang pemimpin yang disegani khususnya dalam hal ketenteraan.
*****
(SEM) RM43.00 > RM37.80
(S/S) RM46.00 > RM40.50

Aku Bukan Pendosa: 70 Dosa Besar Yang Wajib Dihindar ~ Nik Nizam Nasir

Kita wajar menangis apabila melihat tanah air kita, Malaysia, makin tenggelam dalam lumpur maksiat yang busuk dan menjijikkan. Maksiat makin berani dilakukan secara terbuka tanpa ada sekatan dan rasa bersalah. Lalu generasi yang lahir adalah mereka yang sudah lunyai jiwa dan minda mereka dengan hiburan kemaksiatan yang menghakis iman dalam jiwa mereka.

Dosa-dosa besar ini tidak mungkin dibiarkan tanpa mendapat kemurkaan Allah. Lalu sukar untuk tidak mengaitkan pelbagai tragedi yang menimpa negara ini sebagai balasan daripada dosa-dosa ini. Banjir luar biasa yang menimpa beberapa buah negeri, tanah runtuh dan kepanasan melampau adalah natijah daripada kemurkaan Allah. Lalu mereka yang melakukan dosa dan mereka yang membiarkan dosa-dosa dilakukan, menerima musibahnya. Kedengarannya seperti tidak adil. Namun hakikatnya, kita tidak dihukum atas apa yang kita lakukan, tetapi juga ata apa yang kita biarkan berlaku. Kerana membiarkan maksiat dan enggan mencegahnya adalah maksiat!

Lalu buku AKU BUKAN PENDOSA ini adalah sebuah buku bagi membantu masyarakat mengaudit kembali amalan hidup mereka seharian. Apakah terpalit dosa-dosa besar yang mereka lakukan secara sengaja atau tidak. 70 dosa yang disenaraikan dalam buku ini adalah dosa-dosa yang dilakukan manusia sepanjang zaman. Menariknya, sekali pun zaman berubah, dosa-dosa ini begitu kalis masa sehingga mampu bertahan hingga kini walau pun dengan wajah-wajah dosa yang berbeza.
*****
(SEM) RM80.00 > RM70.40
(S/S) RM83.00 > RM73.00

Monday, August 3, 2015

Ya! Islam Itu Mudah ~ Hashim Shiyuti

Naskhah ini dibawa khusus untuk pembaca sebagai merintis jalan yang sesuai dalam beragama agar matlamat Muslim dan Islam menjadi sebati, di samping agama tidak dipandang hanya kepada solat, puasa, zakat dan haji semata-mata.

Pada masa yang sama juga, agama tidak dipisahkan daripada ibadat khusus sebagaimana yang telah digariskan oleh syariat.
*****
(SEM) RM22.00 > RM19.40
(S/S) RM25.00 > RM22.00

Berjalan Menuju Tuhan ~ Afdholul Rahman

Buku ini mengangkat isu-isu yang sering dihadapi anak muda. Ia tentang dilema dan pengalaman yang dilalui mereka. Ia juga teguran dari sahabat untuk sahabat, dengannya mereka akan lebih mudah menerima.
*****
(SEM) RM21.00 > RM19.40
(S/S) RM24.00 > RM21.10

Amalan Agar Mendapat Seruan Menunaikan Haji & Umrah ~ Khalifi Elyas Bahar

Mekah dan Madinah adalah dua Tanah Suci yang sentiasa dirindui oleh umat Islam. Kerinduan ini bukanlah satu kerinduan biasa. Ia adalah kerinduan yang menggamit hati seorang umat kepada Nabinya Muhammad. Ia adalah kerinduan seorang hamba yang kerdil kepada Rabbnya Al-Ahad.

Seruan ke Tanah Suci adalah satu seruan rahmat daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Tidak semua orang dipanggil dan diseru dalam masa yang sama sebagai tetamu-Nya. Ada yang sudah direzekikan dengan kesihatan dan kewangan yang baik, namun masih tidak berpeluang menunaikan haji mahupun umrah. Begitu juga sebaliknya. Perkara ini merupakan rahsia Allah SWT. Tugas kita sebagai hamba-Nya harus berusaha semaksimum mungkin untuk ke sana.

Justeru itu, naskhah ini akan menghuraikan dengan terperinci amalan-amalan yang boleh anda amalkan agar mendapat seruan Allah SWT ke Tanah Suci. Beramallah dengannya secara istiqamah dan dengan penuh keazaman dan keyakinan kepadaNya bahawa Dia pasti akan menyeru dan memanggil anda sebagai tetamu-Nya di sana. Insya-Allah.
*****
(SEM) RM11.00 > RM9.60
(S/S) RM12.00 > RM10.60

Gaya Hidup Dengan 10 Amal Soleh ~ Nurlaela Isnawati

Mungkin ada di antara kita yang kurang sedar bahawa ibadah harian yang lazim dilakukan mempunyai rahsia dan keajaiban terhadap kesihatan setiap individu yang mengamalkannya. Di antara ibadah harian yang dikupas di dalam buku ini ialah wuduk, iktikaf, solat, membaca Al- Quran, menjalinkan silaturrahim, puasa, sedekah, zikir, doa serta istighfar. Setiap satu ibadah yang disebutkan di atas mempunyai fadilat dan fungsi tersendiri kepada kesihatan tubuh badan.

Subhanallah. Segala puji-pujian bagi Allah SWT, sesungguhnya setiap perintah-Nya itu mempunyai rahsia yang membawa rahmat kepada hambahamba-Nya. Rebutlah peluang ganjaran, manfaat serta pahala dalam beribadah sebanyak mungkin selagi kita masih sihat.
*****
(SEM) RM17.00 > RM15.00 
(S/S) RM19.00 > RM16.70

Tazkiah an-Nafs ~ Ibnu Qayyim al-Jauziyah

Manusia terdiri daripada jiwa dan jasad. Sebagaimana jasad yang memerlukan makan dan minum, jiwa juga memerlukan santapan dan makanan. Keperluan ini hanya dapat dipenuhi dengan melakukan amalan- amalan hati sehingga mampu menjernihkan jiwa dan mensucikannya.

Buku ini membahaskan tentang amalan-amalan hati yang merupakan medium bagi penyucian jiwa (tazkiyatun nafs) seperti sabar, syukur, tawakal, qanaah dan sebagainya. la juga membahaskan tentang cara-cara dan kaedah-kaedah penyucian diri daripada penyakit-penyakit hati seperti riyak, iri, hasad, 'ujub, sombong dan sebagainya.

Alangkah bahagianya mereka yang selalu memberikan santapan kepada jiwanya dan memberikan makanan bagi hatinya dengan petunjuk- petunjuk syarie; sehingga terbentuklah peribadi Muslim yang bertakwa dan berakhlak mulia.
*****
(SEM) RM6.00 > RM5.30
(S/S) RM7.00 > RM6.20

Panduan Praktikal Haid, Nofas & Istihadah ~ Wiwi Alawiyah

Haid, nifas dan istihadah adalah tiga jenis darah yang dialami oleh kebanyakan kaum Hawa. Walaupun pada dasarnya kesemuanya adalah sejenis darah, namun pada hakikatnya, ia mempunyai banyak perbezaan sama ada dari segi ciri-ciri darah itu sendiri, mahupun hukumhukam yang terkait dengannya. Apakah beza antara darah haid, nifas dan istihadah? Bagaimana cara mengira tempoh suci? Bagaimana pula cara mandi wajib yang sempurna? Apakah perkara-perkara yang haram dan mubah dilakukan ketika haid, nifas dan istihadah?

Menyedari akan hakikat betapa ramainya anak remaja dan kaum wanita yang masih samar dan ragu di dalam cabang ilmu ini, maka buku ini hadir untuk merungkai semua persoalan dan masalah yang dihadapi kaum wanita. Istimewanya buku ini, ia menerangkan dengan jelas dan terperinci kaedah-kaedah mengira tempoh suci melalui jadual dan contoh-contoh yang sangat mudah difahami. Penulis juga turut menyelitkan amalan-amalan sunat yang boleh dilakukan oleh kaum wanita ketika haid bagi menjaga tingkatan iman di dalam hati.
*****
(SEM) RM11.00 > RM9.70
(S/S) RM12.00 > RM10.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...