Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, July 30, 2015

Jejak Sahabat: Kisah Agung 31 Sahabat Rasulullah s.a.w Pembuka Mesir ~ Mohd Nasuha Ismail Al-Azhariy

Kisah para Sahabat Rasulullah SAW yang membuka Kota Mesir (Negara Mesir). Padat dengan kajian yang mendalam tentang permulaan sejarah Mesir dan kegemilangannya. Antara nama para Sahabat yang terdapat dalam buku ini:
Umar al-Khattab al-Farruq.
Amru bin al-As.
Abdullah bin Hudzafah as-Sahmi.
Abu Basrah al-Ghifari
Ubadah bin as-Somit.
Al-Qa'qa' bin Amru at-Tamimi
Sariah al-Jabal
Al-Miqdad bin al-Aswad.
Abu Darda', dan ramai lagi.

Disertakan koleksi gambar istimewa tempat bersejarah para Sahabat dan barang-barang peninggalan RASULULLAH SAW yang berada di Mesir. ​
*****
(SEM) RM33.00 > RM29.00
(S/S) RM35.00 > RM30.80

Kelebihan Puasa Bagi Merawat Diabetes ~ Imam Musbikin

Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat kita. la merupakan kesan daripada kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Tanpa insulin, ia akan menyebabkan paras glukosa dalam badan meningkat. Secara lebih tepat lagi, umum lebih mengenali penyakit ini sebagai penyakit kencing manis.

Justeru, penulis memuatkan pengisian berkaitan puasa dan penyakit diabetes khas untuk panduan pesakit-pesakit diabetes dan secara tidak langsung dapat mendidik masyarakat tentang kelebihan berpuasa terhadap kesihatan. Antara kupasan menarik yang disusun kemas oleh penulis termasuk perubahan metabolik ketika berpuasa, garis panduan dalam bersahur dan berbuka untuk pesakit diabetes, manfaat puasa secara umum dan lain-lain lagi. Sesungguhnya setiap perintah Allah itu mempunyai rahmat tersendiri untuk setiap hamba-Nya. 
*****
(SEM) RM22.00 > RM19.40
(S/S) RM25.00 > RM22.00

Pelbagai Tanaman untuk Kesihatan, Kecantikan dan Kecerdasan ~ Hamid Bahari

Tumbuh-tumbuhan memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sejak dahulu lagi. la telah digunakan secara meluas terutama untuk kecantikan, kesihatan dan macam-macam kegunaan lain. Tumbuhan-tumbuhan merupakan rahmat Allah SWT yang boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit tertentu, tujuan kecantikan mahupun kecerdasan minda. 

Umum mengetahui bahawa perubatan moden mempunyai pelbagai penemuan canggih sebagai rawatan kecantikan serta merawat pelbagai penyakit. Namun, pengambilan tanaman-tanaman tradisional sebagai pemakanan harian masih menjadi pilihan utama kerana sifat semula jadinya berbanding ubat-ubatan canggih yang mengandungi pelbagai unsur tambahan yang boleh mendatangkan kesan sampingan kepada penggunanya. Setiap tumbuhan atau tanaman tradisional mempunyai khasiat tersendiri yang terbukti dapat merawat atau mencantikkan serta menghaluskan kulit tanpa sebarang kesan sampingan yang boleh memudaratkan. 

Keistimewaan dan kemujaraban tanaman atau tumbuhan tradisional ini telah acapkali terbukti melalui kajian saintifik dan penyelidikan para saintis. Terokailah pengisian yang cukup memberi manfaat ini dan ketahui jenis tanaman serta cara menghasilkannya untuk mendapatkan rawatan penyakit, kecantikan dan kecerdasan minda secara semula jadi.
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

Pemimpin Hebat ~ Dr. Thariq Muhammad As-Sueaidan, Prof. Dr. Faishal Umar Basyarahil

Sejarah sesuatu tamadun terletak di tangan para pemimpinnya. Jika hebat para pemimpinnya, maka hebat jugalah sesuatu tamadun itu. Justeru cemerlanglah lakaran sejarah yang tercipta. Namun demikian, pemimpin yang hebat dan cemerlang tidak lahir dengan tiba-tiba. Ia memerlukan seseorang itu untuk menjalani proses-proses kehidupan yang tertentu dan sudah pasti mengambil masa yang sangat panjang.

"...sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil sebagai pekerja ialah orang yang kuat dan boleh dipercayai (amanah)."
(Surah Al-Qasas [28]:26 )

Dengan menjadikan ayat Allah SWT di atas sebagai rujukan dan dasar perbahasan, buku ini telah mengupas dengan lebih mendalam dan terperinci prinsip-prinsip, ciri-ciri, teori-teori dan model-model kepimpinan yang boleh dijadikan panduan untuk melahirkan pemimpin Muslim yang hebat dari segala sudut. 
*****
(SEM) RM20.00 > RM17.60
(S/S) RM23.00 > RM20.20

275 Resepi Minuman Super Lazat ~ Umi Fawwas

Buku ini menghimpunkan 275 resepi minuman yang lazat dan mudah untuk disediakan. Selain daripada panduan dan cara-cara penyediaannya yang mudah untuk dipraktikkan, buku ini juga menerangkan secara terperinci tip-tip penting dalam penyediaan air minuman yang sedap dan lazat.

Uniknya resepi-resepi di dalam buku ini, penulis cuba mengajak pembaca untuk memanfaatkan bahan-bahan yang berada di rumah dan di sekeliling anda. Anda tidak perlu lagi bersusah- payah untuk mencari bahan dan gusar untuk berbelanja lebih hanya untuk secawan minuman. Lebih tepat lagi, penulis mengajar anda secara tidak Iangsung untuk Iebih kreatif dalam memanfatkan bahan-bahan di sekeliling anda. Selamat mencuba dan menikmati kelazatan minuman yang sihat dan lazat!
*****
(SEM) RM20.00 > RM17.60
(S/S) RM23.00 > RM20.20

Ajaibnya Tafakur dan Tasyakur Untuk Menyegerakan Rezeki ~ Ahmad Zainal Abidin

Agama Islam adalah satu agama yang sangat menggalakkan umatnya untuk sentiasa berfikir (tafakur) dan bersyukur (tasyakur). Buktinya, kedua-dua sifat ini banyak dinukilkan di dalam kalam-Nya Al-Quran Al-Karim sebagai motivasi secara langsung daripada Allah SWT kepada hamba-Nya. Pastinya kedua-dua sifat ini mempunyai keajaiban yang besar jika dipraktikkan secara berterusan.

Secara ringkasnya, tafakur adalah proses mengamati dan merenungi dengan mendalam semua ciptaan Allah SWT sehingga mampu menimbulkan perasaan kekaguman akan kebesaran-Nya dan mampu mengukuhkan iman. Tasyakur pula adalah perasaan syukur dan redha terhadap nikmat pemberian Allah SWT sama ada banyak mahupun sedikit.

Bagaimanakah sifat tafakur dan tasyakur ini boleh menyegerakan rezeki? Apakah rahsia di sebalik dua sifat istimewa ini? Buku ini akan merungkaikan satu demi satu persoalan mengenainya dan akan menghuraikan dengan lebih mendalam, ajaibnya dua sifat ini dalam menyegerakan rezeki anda, insya-Allah.
*****
(SEM) RM12.00 > RM10.60
(S/S) RM13.00 > RM11.40

Wednesday, July 29, 2015

Ada Apa Dengan Solat? ~ Dr. Anas Mohd Yunus

Bersolat dalam kesedaran tinggi
Bukan hanyut dibawa angan-angan
Lintasan perasaan dan imaginasi khayalan

Kajian mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas menunaikan solat adalah tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur. Orang yang solat berjemaah pula mempunyai kesihatan yang lebih baik berbanding dengan yang bersolat secara bersendirian.

Antara yang menarik:
  • Kaitan teori tenaga alam dan warnanya dengan waktu-waktu solat
  • Kelebihan azan
  • Hikmah basuhan pada anggota wuduk
  • Titik-titik akupuntur pada anggota wuduk
  • Apa keistimewaan lokasi kaabah sehingga menjadi arah kiblat?
  • Petua dan teknik agar solat lebih khusyuk
  • Manfaat solat pada tubuh
  • Hikmah kedudukan sujud
*****
(SEM) RM16.00 > RM14.00
(S/S) RM19.00 > RM16.70

Jihazul Madihah: Persiapan Yang Terpuji Dalam Pengurusan Jenazah ~ Ustaz Azhar Idrus

Buku ini menceritakan tentang bagaimana melakukan persiapan menuju yang Maha Esa.

Ia mengajar cara-cara mengendalikan jenazah bermula ketika orang itu sedang sakit sehinggalah proses mengebumikan jenazah. Buku ini sebagai panduan kepada semua bagi mengetahui dan mempelajari tatacara menguruskan jenazah dengan betul.
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Tafsir Al-Azhar Juz 1,2,3 H/C ~ HAMKA

Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA.

HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain.

Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.

Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.
*****
(SEM) RM90.00 > RM79.20
(S/S) RM93.00 > RM81.80

Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah s.a.w. ~ Zulkarnain Dollah

Mengenalinya membuatkan orang lain jatuh hati kepadanya. Melakukan sunnahnya menyenangkan hati orang yang mengamalkannya. Perbuatan orang yang mengamalnya, menyejuk mata orang yang memandang. Biarpun sudah beribu tahun meninggal dunia, amalannya tetap menjadi ikutan seolah-olah dirinya masih hidup dalam kalangan umat.

Setiap orang Islam ingin melakukan sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Para sahabat berlumba-lumba mencontohi apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. sekalipun perkara itu kecil.

Buku ini menghimpunkan amalan Rasulullah s.a.w. di sepanjang hari bermula dari bangun tidur sehingga kembali tidur pada waktu malam. Selain itu, ia dilengkapi dengan amalan pada hari-hari dan waktu-waktu tertentu. Ia memudahkan pembaca bagi merujuk segala amalan Rasulullah s.a.w. dalam masa 24 jam. Turut dilampirkan ciri-ciri fizikal dan mukjizat Rasulullah s.a.w. bagi menambahkan rasa cinta kepada Baginda.
*****
(SEM) RM5.00 > RM4.40
(S/S) RM6.00 > RM5.30

Merantau ke Deli ~ HAMKA

Untuk novel ini, Hamka memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.

Pada ketika perempuan yang setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.

Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih? 
*****
(SEM) RM15.00 > RM13.20
(S/S) RM17.00 > RM15.00

Fatwa Kontemporari Jilid 2: Siri 4 (Perubatan dan Politik) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus yang ada pada buku-buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan perubatan dan politik.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari, Jilid Dua, Siri Empat adalah:
  • Benarkah Islam mengharuskan kematian bagi pesakit kronik? 
  • Adakah pihak kerajaan berhak mengambil sebahagian daripada anggota ataupun organ mereka yang ditimpa kemalangan? 
  • Adakah Islam membenarkan bagi menggugurkan kandungan yang bermasalah? Bagaimanakah pula dengan kandungan hasil daripada pemerkosaan? 
  • Benarkah penyusuan bukan secara langsung daripada payudara ibu, tidak dikira sebagai anak susuan? 
  • Apakah hukum mengikat saluran peranakan wanita dan lelaki bagi menghalang kehamilan? 
  • Adakah benar Khalifah Ar-Rasyidin yang kelima, Umar bin Abdul Aziz seorang yang jahil tentang politik? 
  • Pandangan Islam berkaitan kepelbagaian parti dalam negara Islam. 
*****
(SEM) RM29.00 > RM25.50
(S/S) RM32.00 > RM28.20

Fatwa Kontemporari Jilid 2: Siri 3 (Hubungan Kemasyarakatan): Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Antara persoalan menarik dalam buku ini adalah:
  • Di Manakah Perlu Disalurkan Harta yang Diperoleh daripada Jalan Haram? 
  • Apakah hukum mengambil keuntungan daripada hasil jualan? 
  • Adakah terdapat had maksimum keuntungan para peniaga perlu ditentukan? 
  • Apakah hukum lawak jenaka yang bertujuan menghiburkan orang ramai? 
  • Hukum penangguhan penjualan dan pembelian tukaran mata wang. 
  • Hukum nyanyian dalam Islam. 
  • Hukum rampasan pesawat.
*****
(SEM) RM24.00 > RM21.10
(S/S) RM27.00 > RM23.80

Tuesday, July 7, 2015

Kedudukan Penceroboh, Penderhaka & Mati Syahid Dalam Islam ~ Prof. Madya Dr. Basri bin Ibrahim al-Hasani al-Azhari, Ustaz Syed Azmi bin Syed Abd Rahman, Ustaz Mohd AlNurulhuda bin Ghazali Al-Madani, Dr. Ustaz Abd Wahid bin Salleh Al-Merbawi

MUTAKHIR ini kita banyak digemparkan dengan peperangan yang berlaku di Timur Tengah yang melibatkan pencerobohan tentera terhadap sesebuah negara dengan tujuan perampasan kuasa dalam menakluk sesebuah negara. Sepertimana yang kita dapat lihat di Syria, tentera-tentera luar telah menceroboh negara tersebut bagi membantu golongan Syiah memerangi ahli Sunnah wal-Jamaah. Dalam pertempuran itu ramai yang telah kembali bertemu Allah SWT, dalam keadaan syahid.

Lebih menyedihkan lagi, Israel laknatullah telah sekian lama menceroboh tanah Palestin dan membuat penempatan mereka secara haram. Kita dapat lihat juga di Mesir berlaku rampasan kuasa pihak yang benar. Perkara ini telah mengundang kemarahan rakyat. Lalu mereka memberontak dengan membakar bangunan-bangunan kerajaan dan berhimpun di tengah-tengah Dataran Tahrir dengan mengadakan demonstrasi bagi menegakkan keadilan terhadap negara mereka. Mereka telah diserang oleh tentera-tentera kerajaan yang zalim. Ramai juga di antara mereka telah syahid.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan dengan apa yang dimaksudkan dengan penceroboh, penderhaka dan juga mati syahid dalam Islam, maka buku ini telah memberi pendedahan secara terperinci dan mudah difahami. Dengan mengkaji secara mendalam, pemahaman masyarakat Islam dalam isu-isu di atas tidak lagi meleset dan pengetahuan mereka dalam isu-isu tersebut semakin meningkat dan matang.
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM20.00 > RM17.60

Monday, July 6, 2015

Dia Bukan Lelaki Biasa: Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ~ Syarafuddin Sulaiman

Lelaki sehebat itu. Orang segah itu.

Bagaimana mahu memenuhi semua harapan yang ada? Bagaimana mahu memastikan kekaguman ini bukanlah pendewa-dewaan, sehingga mengecewakan dia yang sudah pergi?

Kisah ini akan melibatkan pelbagai orang dalam hidup Allahyarham Tok Guru. Daripada isteri, anak, saudara-mara, kepada orang rapat, anak murid, pegawai kerajaan dan mereka yang jauh, tulisan yang memuatkan antara kisah yang menceritakan bagaimana Tok Guru mempengaruhi hidup mereka. Juga bagaimana kita dapat belajar daripada cara Tok Guru berinteraksi dengan setiap seorang daripada mereka.

Gabungan harapan dan kepercayaan bagi memanjangkan usaha dakwah seorang lelaki bernama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
*****
(SEM) RM25.00 > RM22.00
(S/S) RM28.00 > RM24.60

Friday, July 3, 2015

Asam Pedas Sirap Bandung ~ Abd. Jalil Ali

Sebuah catatan ikhlas daripada Datuk Jalil Ali khas untuk kaum wanita. Hasil pengalamannya sejak dari bujang hingga berusia 60 tahun sekarang, bekerjasama dengan wanita di dalam dan luar negara dalam pelbagai tugas memberinya peluang untuk mencatat seribu satu perangai mereka. Ternyata, wanita Malaysia paling unik!
*****
(SEM) RM18.00 > RM15.80
(S/S) RM20.00 > RM17.60

Pemburu Kesepian di Bumi Geordy ~ Dr. Maszlee Malik

Buku ini merupakan catatan ala travelog mengenai pelbagai corak kehidupan yang berjaya dikutip oleh penulis dari tahun 2007 sehingga 2009, hasil sebahagian daripada permukimannya di Durham, England. Bukanlah tujuannya untuk menunjuk-nunjuk ataupun membuka kisah peribadi sebagai tatapan umum, tetapi lebih kepada satu catatan sejarah untuk diambil ibrah atau pengajaran daripadanya jika terdapat apa yang bermanfaat.

Pengisahan pengalaman dalam buku ini dipersembahkan dengan kepelbagaian fakta, pengalaman peribadi, humor, anekdot-anekdot dan juga pelbagai nasihat untuk dijadikan renungan bagi para pembaca. Penulis percaya bahawa perjalanan hidup setiap individu lebih lengkap dan seimbang dengan memberi makna kepada kehidupan individu lain.

Hal demikian kerana setiap daripada kita adalah pelengkap kepada yang lain. Antara kisah dan pengalaman yang mencuit rasa dan mampu menjentik minda bawah sedar para pembaca ialah kisah-kisah perjuangan umat Islam untuk survive di bumi yang majoritinya non-Muslim. Ada juga kisah teladan tokoh-tokoh non-Muslim yang perjuangannya melebihi perjuangan Muslim itu sendiri.

Dive Solehah ~ Siti Nur Fatimah Hassan, Mohd Solleh Abdul Razak

Buku “Diva Solehah” ini bertujuan menyuntik kefahaman dan keyakinan pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati. Buku ini juga untuk menarik wanita bagi memilih prinsip imej dan penampilan Muslimah yang bertetapan dengan syariat Islam.

Mengapa anda perlu memiliki buku ini?
– Perbincangan yang santai dan berfakta.
– Hujah dan dalil yang dikemukakan ringkas dan padat serta memudahkan pemahaman.
– Illustrasi dan grafik yang berwarna penuh mampu menarik perhatian pembaca.
– Sesuai dijadukan bahan israh, sebagai rujukan dan hadiah buat teman serta ahli keluarga.
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Al-Quran Al-Karim & Terjemahan Al-Fauzan ~ Prof. Madya Dr. Abd. Rauf Hassan, Telaga Biru

Saiz : 135 mm x 192 mm
Muka Surat : 224
Cetakan : 4 warna (biru merah, hijau, hitam)
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Step-by Step Solat Lelaki & Perempuan ~ Fauzi Abdul Hamid

Buku ini ditujukan khas untuk umat Islam yang mula belajar solat dan ibadat berkaitan dengannya. Selain itu, buku ini sebagai rujukan dan panduan untuk ibu bapa yang mendidik anak tentang solat di rumah. Seterusnya sesuai bagi guru-guru yang mendidik asas solat dan memperkenalkan solat kepada ank muridnya.

Oleh itu, “Step-by-Step Solat” ini memberikan panduan dan tip bagaimana mendirikan solat secara teratur dan sempurna. Penyampaian yang mudah dan jelas berserta sisipan fotografi dan ilustrasi yang menarik. Terdapat penjelasan teori serta praktikal panduan mengerjakan ibadat khusus. Buku ini praktikal untuk dipelajari di rumah dan sekolah. Turut sesuai menjadi bahan bantuan pengajaran. Info dan cara beribadat yang diterangkan jelas dan terperinci mudah difahami oleh para pembaca.
****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Dari Gelap Menuju Terang ~ Siti Nurzulaikha Adam

Setiap ujian yang Allah datangkan, Dia pasti akan memberikan jalan keluar dan rezeki yang kita tidak pernah jangka.- FAIQ (Faiq Adnan), satu ketika dahulu nama inilah yang pernah menggemparkan tanah air dengan rekod hebat yang diciptanya sehingga mendapat pujian daripada Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia. Tahukah anda di sebalik nama ini sebenarnya merupakan seorang insan kurang upaya yang mempunyai hati dan jiwa yang kental sehingga berjaya mencipta rekod demi rekod di dalam negara mahupun di luar negara.

Insan hebat ini dilahirkan dengan dunia yang gelap pada awalnya namun terbukti mampu menyinar. Ternyata lahir dalam keadaan tanpa penglihatan bukanlah satu penghalang buatnya untuk menjadi seorang insan yang dibanggakan dan ke hadapan berbanding yang lain. Beliau bukan sahaja telah membuktikan kekurangannya mampu menjadikan dia sebaris dengan manusia normal yang lain malah lebih berjaya berbanding mereka.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Kewangan Peribadi Soal Jawab Bersama Anuar Haniff ~ Anuar Haniff

Perancangan kewangan saban hari menjadi semakin kritikal. Demi menangani cabaran-cabaran kewangan yang terus memberikan tekanan kepada kehidupan seharian kita, buku ini penuh dengan persoalan kewangan harian diikuti dengan resolusi kewangan yang relevan lagi praktikal. Antara perbahasan yang bakal anda pelajari daripada membaca buku ini adalah seperti cara memaksimumkan sumber pendapatan dan membuat wang bekerja untuk anda melalui pelaburan strategic.

Selain itu, terdapat juga cara mengurus serta mengurangkan hutang piutang dengan efektif. Di samping itu, buku ini berkongsi cara untuk membina asas kewangan peribadi yang kukuh serta cara melabur dalam Amanh Saham Akhirat buat bekalan/amalan selepas kematian.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...