Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, June 19, 2013

Hebatnya Rasulullah: Teladani Peribadi & Pengurusan Kekasih Allah ~ Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) ALLAH dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati ALLAH banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).” Al-Ahzab : 21

Jauh jarak kita dengan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW umpama langit dan bumi. Lebih 1400 tahun jauhnya sehingga kita kadangkala terasa untuk mengenali baginda itu satu utopia sahaja. Padahal sudah disediakan jambatan antara kita dengan baginda. Jambatan yang menjadi penghubung antara kita dengan Pencipta.

Jambatan itu pula adalah himpunan ayat al-Quran dan hadis yang sangat tinggi nilainya. Daripada keduanya, kita mencedok sunnah-sunnah warisan baginda. Lalu kita meneliti dan menghayatinya agar siratal mustaqim menjadi laluan yang kita tempuhi. Laluan yang menjadi impian sang pencinta agama. Dan pencinta agama itu adalah kita!

HEBATNYA RASULULLAH ini menghimpunkan cara pengurusan yang dilaksanakan yang akhirnya membawa kita menelusuri jejak-jejak kebijaksanaan baginda, baik dari sudut perniagaan, ketenteraan, dakwah mahupun berkeluarga. Sungguh! Baginda suri teladan sepanjang zaman. Tidakkah kita teruja untuk mahu mencontohi baginda?

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Friday, June 14, 2013

101 Nama Nabi Muhammad: Himpunan Nama, Gelaran & Sifat Rasulullah s.a.w. ~ Ahmad Adnan Fadzil

Sebahagian ulama silam menyatakan bahawa nama bagi Nabi Muhammad SAW amatlah banyak. Hal ini kerana setiap daripada sifat dan akhlak yang mahmudah, semuanya disandarkan kepada Baginda SAW yang paling baik menunjukkan contohnya. Maka setiap satu daripada sifat-sifat tersebut menjadi gelaran atau panggilan lain kepada Rasulullah SAW. Dalam usaha untuk kita menyemarakkan lagi perasaan kasih dan sayang kita kepada Baginda Nabi SAW melalui akhlak dan peribadi Baginda, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. berbesar hati untuk menerbitkan buku “101 Nama Nabi Muhammad” yang disusun oleh Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil. 

Buku ini amat berharga dan perlu dimiliki kerana ia menyenaraikan nama dan gelaran lain Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil. Memberi huraian ringkas nama dan gelaran yang membentuk akhlak Mulia. Menyingkap ketinggian peribadi agung Rasulullah SAW untuk diteladani dan mengetengahkan beberapa nama dan gelaran yang sesuai kepada cahaya mata.

*****

(SEM & S/S) RM35.00 - RM30.80

Al-Durr Al-Nafis: Mutiara Yang Indah ~ Syeikh Muhammad Nafis Ibnu Idris Al-Banjari

Syeikh Muhammad Nafis Ibnu Idris Al-Banjari berasal dari Banjar Kalimantan Selatan. Menuntut ilmu di Mekah dan Madinah. Ramai ulama nusantara lain yang seangkatan dengannya ketika menuntut di Mekah dan Madinah. Beliau kemudiannya mengabdikan diri dengan menyampaikan dakwah dan mengjarkan ilmu kepada para penduduk yang dahaga cahaya ilmu. 

Naskhah Al-Durr Al-Nafis ini meruupkan sebuah kitab yang membahaskan tentang ilmu tauhid. Kitab ini sering disyaralikan di sekolah-sekolah pondok, masjid, surau atau madrasah. Dalam usaha menghidupkan dan menyuburkan ilmu-ilmu agama yang telah ditulis oleh ulama terdahulu, kitab ini telah ditulis semula dengan tulisan rumi tanpa membuat pindaan terliadap teks asalnya. Ini bagi memberikan peluang dati ruang untuk mereka yang ingin mengikuti majlis pengajian ilmu ini tetapi kurang mahir dalam tulisan jawi, lebih-lebih lagi tulisan Jawi lama. 

Semoga dengan usaha ini kita sama-sama mendapat pencerahan ilmu yang sangat berharga yang telah dikongsikan oleh para ulama yang terdahulu. Selain itu dengan pencerahan ilmu itu lebih lunak hati dan jiwa untuk kita meraih keredhaan dan kebdaripada Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.00

Santapan Labu Bermua'amalah Dengan Kekasih (Allah): Jalan Murid Menuju Maqam Tauhid (Jilid Pertama) ~ Syeikh Abu Talin Al-Makki Muhammad bin Ali bin Athiyyah

Syeikh Abu Talib Al-Makki atau nama penuhnya Abu Talib, Muhammad bin Ali bin Atiya Al-Makki al-Harithi Al-'Ajami. Nama beliau kurang diperkenalkan dan riwayat hidupnya juga tidak banyak dituliskan. Walau bagaimanapun beliau adalah seorang yang memiliki ilmu yang luas khususnya dalam bidang tasawwuf dan buku karyanya dianggap sebagai salah satu rujukan penting dalam bidang itu.
Kitab 'AI-Qut' ini merupakan kitab tasawwuf dan sebuah tulisan yang padat dengan petua dan nasihat kehidupan. Bicara ilmunya dimulakan tentang hati dan keikhlasan niat. Seterusnya perbahasan dibuka dengan lebih jauh dan mendalam, membicarakan tentang maqam atau kedudukan mereka yang soleh serta keadaan atau berkenaan orang yang bertakwa, ikhlas dan para ahli ibadah. Intipati bicara tentang hati ialah dengan membuang jauh rasa dengki dan iri hati dari hati yang lemah dan tidak dapat menerima kritikan. Hati yang, lemah juga boleh menyebab keburukan malah mampu menjatuhkan seseorang, ke jurang kehinaan. Lebili kronik lagi, sekiranya hati sebegini mampu mengubah perbahasan atau perbincangan menjadi kebohongan dan sikap melampau. 

`Al-Qut'adalah sebuah khazanah ilmu yang tidak ternilai harganya. Ini kerana ia adalah salah situ sumber rujukan mempunyai nilai ilmu yang tinggi bagi, seorang muslim. Penjelasan dan pencerahan dihujah serta diulaskan adalah berdasarkan Al-Qur'an dan As-Sunnah telah memantapkan lagi huraian ilmunya. Semoga mutiara-mutiara ilmu yang tercatat di dalam kitab akan menghiasi kehidupan ibadah dan ketaatan kita kepada Allah Azza wa Jalla. 

Semoga kita dikurniakan ketenangan dan setiap amal kebaikan yang kita takukan., akan sentiasa diberkati dan diredai Allah S.W.T. "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredaiNya. 

Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Surah al-Fajr : 27 - 30)

*****

(SEM) RM70.00 - RM61.60
(S/S) RM72.00 - RM63.40

Doa dan Amalan Agar Terhindar Dari Pelbagai Jenis Penyakit ~ Fhadil Ahmad Haikal

Hidup sihat merupakan salah satu nikmat terbesar dalam kehidupan kita.Tidak seorang dalam kalangan kita yang mahu mengidap penyakit atau mahu jatuh sakit. Apatah lagi penyakit yang kronik dan boleh membawa maut. Namun bagaimanakah kesedaran kita dalam menjaga dan memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang terbaik. Nikmat sihat seringkali membuat kita lupa dan leka. Apabila sudah jatuh sakit barulah kita sedar betapa besarnya nikmat sihat. Dan betapa mahalnya sakit.

Kenapa kita tidak menjaga kesihatan semasa kita masa sihat dan segar bugar, bukankah mencegah itu lebih baik daripada mengubat?
Dan salah satu cara untuk pencegahan adalah dengan berdoa. Selain daripada berusaha, kita sebagai umat Islam dianjurkan untuk mengiringi usaha yang kita lakukan dengan doa dan permintaan kepada Allah S.W.T. Doa juga merupakan senjata yang begitu ampuh bagi seorang mukmin. Bukan saja itu dengan berdoa kita insya Allah dianugerahkan dengan ganjaran kebaikan kerana berdoa kepada Allah itu adalah ibadah yang paling Allah sukai. 

Buku ini mengupas lebih lanjut tentang doa-doa agar kita dihindarkan daripada penyakit yang membahayakan dan agar kita lebih tenang menghadapi apa jua dugaan penyakit yang Allah cubakan ke atas kita. Semoga buku ini dapat kita amalkan agar kita sentiasa mendapat keredaan Allah.

*****

(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM12.00 - RM10.60

Jalan Membawa Hati Menuju Allah s.w.t. ~ Imam Al-Ghazali

Cintakan jawatan, pangkat, harta dan dunia merupakan racun berbisa yang boleh membawa maut. Nafsu dan syahwat yang tidak terkawal clan liar boleh menyebabkan kita takbur dan hanyut dengan nikmat sementara dunia yang fana ini. Ini merupakan unsur negatif yang mampu merosakkan agama. 

Manakala panjangnya angan-angan akan menjadi penghalang untuk melakukan amal kebaikan dan menghalang suburnya kebenaran. Sikap bertangguh dan suka menundamenundakan ibadah dan amal kebaikan pula adalah godaan syaitan yang paling besar. Sekiranya manusia berjaya dilalaikan maka telah memjadi satu kejayaan besar kepada syaitan. Kedekut, panas baran, mengagumi diri sendiri pula adalah suatu penyakit yang sangat membinasakan sama ada diri sendiri mahupun orang lain. 

Jinak dan bersihkanlah hatimu dan pagarkan nafsumu. Bimbinglah hatimu menuju jalan Allah S.W.T. Hanya had yang bersih itu tidak akan pernah kenyang dari membaca Al-Qur'an. Dan dengan hati yang bersih membawakan kepadanya kenikmatan clan lembutnya keimanan. Jalan itu sudah berada di hadapan anda, hanya menunggu langkah yang yakin clan teguh untuk dibawakan hati menuju Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Doa dan Amalan Agar Awet Muda, Cantik & Panjang Umur ~ Fathullah Yasin

Tidak kira perempuan mahupun lelaki pasti ingin sentiasa kelihatan muda, cantik dan panjang umur. Dengan keinginan inilah juga wujudnya berbagai jenis makanan kesihatan tambahan yang dikomersialkan. Malah kebanjiran produk-produk kecantikan menunjukkan betapa manusia semua mahu cantik dan menawan. Semua pengeluar produk kecantikan dan makanan tambahan iiiciigatakan produk keluaran mcrekaiali yang lebih ungggul dan berkesan. Namun sebenar dalam isu ini pengguna pcdu Icb1h berhati-hati, kerana kesan sampingan penggunaan produk ini berbeza-beza. 

Tidak- ketinggalan juga naskah-naskah petua orang dulu dulti dibuka semula, dijadikan sebagai amalan. Inilah scenario biasa yang terjadi semenjak dahulu lagi. Apatah lagi dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu dan teknologi sekarang. jalan pintas untuk mencapai impian itu adalah melalui pembedahan ataupun menggunakan ubatan klinikal yang ada kesan sampingannya. 

Bagi kita orang Islam kecantikan sejati bermula dari dalam. la juga berkait rapat dengan roh dan jiwa setiap individu. Apabila rohaninya sihat dan cantik maka secara automatik zahir atau luarannya sihat dan juga cantik. Di sinilah fungsi dan kekuatan ibadah dan doa. Dan di dalam buku ini terhimpun doa-doa hebat yang boleh diamalkan oleh setiap muslimah sejati. Semoga setiap doa yang dipanjatkan kepada Ilahi, akan didengari dan dimakbulkan-Nya.

*****

(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...