Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, December 22, 2014

Mudahnya Solat: Panduan Solat Sempurna ~ Ustaz Mohammad Taha Hassan

Buku ini menjelaskan secara kemas dan terperinci berkenaan praktikal solat bermula dari niat sehingga rukun akhir solat iaitu memberi salam berdasarkan mazhab Imam Syafi'e. Di samping itu, dinyatakan juga cara dan sunat berwuduk, azan, wirid serta doa selepas solat bagi mereka yang ingin mempelajarinya secara asas. Ia turut disertakan gambar dan carta bagi membantu pembaca lebih mudah memahami konsep dan praktikal solat.

*****
(SEM) RM36.90 - RM32.50
(S/S) RM38.90 - RM34.20

Napoleon Bonaparte ~ Abdul Latip Talib

Kisah Napoleon Bonaparte semenjak dia kecil. Pada ketika dia hidup di pulau yang menjadi pangkalan pemberontak, dan ayahnya juga adalah seorang pejuang pemberontak. Untuk Perancis, mereka adalah pemberontak, tetapi untuk mereka, mereka adalah pejuang kemerdekaan. namun, selepas kekelahan kepada Perancis, Napoleon yang masil kecil dihantar belajar ke Perancis. Di situ dengan segala kekurangan yanga da, dengan tubuh kecil dan keluarga yang susah, napoleon cuba menjadi yang terbaik, dan akhirnya dia berjaya menematkan pelajaran dan seterusnya menjadi tentera.

Daripada situlah nasib napoleon berubah sedikit demi sedikit. Namun, ini baru siri pertama. Siri yang menyaksikan Napoleon menjadi jeneral perang yang paling digeruni Eropah pada ketika itu.

*****
(SEM) RM26.00 - RM22.90
(S/S) RM29.00 - RM25.50

The Final Chapter (Edisi Bahasa Melayu) ~ Jerry D. Gray

Dunia sekarang semakin hampir menuju akhir zaman. Pelbagai tanda dan petunjuk semakin jelas kelihatan. Kejahatan kuffar dan puak pembela Dajal mula memimpin konspirasi kemusnahan. Adakah kita sudah bersedia menentang kejahatan dengan kebenaran? Ataupun masih terbuai dengan keseronokan dunia dan tipu daya syaitan?

Apabila Dajal datang membawa segala kesenangan dan mengaku sebagai Tuhan, hanya iman yang dapat memandu kita. Hanya iman juga yang dapat membezakan di mana pengakhiran kita, syurga ataupun neraka.

Sudah bersediakah kita?

Antara Kandungan:
BAB SATU: PERMULAAN AKHIR ZAMAN
Permulaan Akhir Zaman
Gempa Bumi
Sungai Euphrates Kering, Tanda Kemunculan Imam Mahdi
Kemiskinan
Angin Merah
Berlumba-Lumba Membina Bangunan Tinggi
Waktu Pantas

BAB DUA: PELBAGAI KEAJAIBAN
Afghanistan
Limpahan Kekayaan
Kemiskinan akan Berakhir
Agama Kembali Kukuh
Kelebihan Surah Al-Kahfi
Keadaan Dunia sebelum Imam Mahdi Muncul

*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Rahsia Corak Pemakanan Nabi s.a.w. ~ Mida Lathifah

Daripada Abu Hurairah r.a.: "RasuIullah S.A.W tidak pernah mencela makanan selamanya. Jika baginda suka, baginda memakannya dan jika baginda tidak suka, ditinggalkannya." (HR. Bukhari dan Muslim).

Makan dan minum merupakan keperluan setiap khalifah Allah di muka bumi ini. Sehubungan dengan itu. muslimin dan muslimat digalakkan untuk mengamalkan corak pemakanan mengikut sunnah sehagai panduan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Sesungguhnya kewujudan buah-buahan yang mempunyai khasiat dan nutrien tersendiri ini adalah tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.. Cara dan adab pemakanan Rasulullah S.A.W pula temyata banyak mengandungi rahsia kepada kesihatan yang optimum. Semoga kupasan tentang buahbuahan dan corak pemakanan Rasulullah ini memberi manfaat kepada semua.

"Dan Dialah yang menurunkan air hujan dad langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuhtumbuhan. kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau. Kami keluarkan pula dari tanaman itu bijian yang banyak: dan dari mayang kurma mengurai tangkai-tangkai yang menjuntai. dan kebun-kebun anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak serupa. Perhatikanlah buahnya di waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pulalah) ketika is masak. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tandatanda (kekuasaan Allah) bagi orang yang beriman.
(Surah Al- An'am: 99)

*****
(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM9.00 - RM7.90

Tip Sihat Ala Rasulullah s.a.w ~ Ali Hasan Az-Zacholany

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswatun hasanah (suri teladan yang balk) bagimu..."

Rasulullah S.A.W. merupakan sumber ikutan utama bagi seluruh umat manusia di akhir zaman. Kita sebagai Muslim yang mengimani dan meyakini bahawa Muhammad bin Abdullah itu sebagai Rasulullah seharusnya mencontohi perilaku, akhlak dan gaya hidup baginda dari segenap aspek.

Dalam menyambut seruan ayat Allah S.W.T. di atas, penulis cuba menghidangkan kepada pembaca gaya kehidupan Rasulullah S.A.W dalam aspek kesihatan. Apa yang lebih istimewa, buku ini bukan hanya memaparkan tips-tips kesihatan jasmani Rasulullah S.A.W., bahkan diselitkan juga tips-tips kesihatan rohani dan batin bagi setiap individu secara holistik. Dihuraikan dan dibahaskan mengikut keutamaan topik, buku ini sangat mullah difahami dan diamalkan isi kandungannya.

Mudah-mudahan buku ini boleh kita jadikan panduan dalam mengikuti sunnah-sunnah Rasulullah S.A.W dari sudut kesihatan jasmani dan rohani seterusnya meraih keredhaan Allah S.W.T. kerana mencintai Nabi.

*****
(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Wednesday, December 17, 2014

Hadis Qudsi ~ Muhammad Yusuf A. Kadir

Hadis Qudsi adalah salah satu cabang daripada kumpulan hadis Rasulullah SAW. Hadis Qudsi ialah firman Allah SWT yang disabdakan oleh Baginda SAW. Jumhur ulama menyatakan bahawa lafaz hadis qudsi adalah daripada Nabi SAW yang dinisbahkan kepada Allah SWT dan maknanya adalah daripada Allah SWT.

Buku Hadis Qudsi ini menghimpunkan hadis-hadis qudsi dari tujuh kitab hadis iaitu Shahih Al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abi Daud, Jami' Al-Tirmizi, Sunan Al-Nasa'i, Sunan Ibnu Majah dan Shahih Ibni Hibban. Sebagai info tambahan para pembaca, setiap hadis diletakkan hukumnya berdasarkan penilaian para ulama hadis silam dan kontemporari.

Antara kandungan buku ini ialah:
1. Kitab Tauhid
2. Kitab Solat
3.Kitab Rahmat Allah
4. Kitab Melihat Allah
5. Kitab Zikir dan Doa
6. Kitab Kematian
7. Kitab Akhir Zaman
8. Kitab Para Nabi

Siapa yang perlu memiliki buku ini?
Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan bahan bacaan kepada:
1. Setiap individu yang ingin mengetahui dan mendekatkan diri dengan intipati hadis qudsi
2. Setiap keluarga sebagai input harian
3. Para pelajar yang menginginkan rujukan tambahan dalam penulisan dan kajian terutamanya mereka yang berada dalam bidang hadis
4. Tenaga pengajar sama ada di institusi pengajian formal atau tidak formal
5. Surau dan masjid sebagai bahan bacaan berkala selepas solat fardu

*****
(SEM & S/S) RM45.00 - RM39.60

Thursday, December 11, 2014

Didiklah Dari Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi, Rasidah Mustaffa

Mungkin kita akan bertanya, adakah ibu bapa yang tidak ikhlas dalam mendidik anak-anaknya? Jawabnya, ya..ada.

Anak hakikatnya bukan milik kita tetapi "milik" Allah, maka kita tidak boleh membesarkannya mengikut sesuka hati atau sesedap rasa kita.

Ibu bapa yang ikhlas akan banyak menerima walaupun mereka memberi bukan untuk itu. Apa yang mereka semai, itulah yang akan mereka tuai. Allah tidak akan mensia-siakan ibu bapa yang ikhlas mendidik anak-anak hanya kerana mengharap keredaan Nya,

Malah Tuhan akan menitipkan rasa kasih kepada hati anak untuk mengasihi ibu bapa yang ikhlas itu. Jasa mereka akan dikenang, budi mereka akan dibalas walaupun sedikit pun mereka tidak memintanya.

Inilah hukum Sunnatullah. Siapa yang banyak memberi, akan banyak menerima. Kita tidak akan "kehabisan" dengan memberi, sebaliknya kita akan menerima lebih banyak lagi.

Mengapakah anda perlu memiliki buku " Didiklah Dari Hati" ini?
1. Menyajikan panduan ringkas dan mudah difahami yang berkisar aspek kehidupan seharian yang mungkin kita sebagai ibu bapa terlepas pandang akan kepentingannya dalam pembentukan sahsiah anak-anak
2. Dapat membantu ibu bapa mendidik anak-anak dari aspek jasmani dan rohani
3. Panduan dan penerangan yang diberikan dinyatakan dalam bentuk penomboran yang pastinya mudah diikuti oleh para ibu-bapa.

*****
(SEM & S/S) RM30.00 - RM26.40

Soal Jawab Hudud: Undang-undang Allah swt yang Adil ~ Dr. Mohd Azhar Abdullah

Hukum hudud dan negara Islam, bukan sesuatu yang asing. Malah, tidak perlu diasingkan kerana tertegaknya Syiar Islam adalah disebabkan oleh hukum hudud yang ekslusif yang ditetapkan oleh Allah. Sudah tentu ciri-cirinya berbeza dengan hukum atau undang-undang yang direka oleh manusia - undang-undang sivil. Hudud diketahui dan diakui paling sempurna, penuh kebaikan dan membawa manfaat kepada kemaslahatan manusia.

Bagi menjawab persoalan dan kemusykilan yang timbul, buku Soal Jawab Hudud ini diterbitkan bagi memberi jawapan kepada semua pihak. Buku yang digarap dengan baik inti patinya ini ditulis oleh penulis-penulis yang terdiri daripada Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan diketuai Dr. Mohd Izhar Abdullah.

Buku ini merangkumi isu utama iaitu:
1. Perbahasan Zina
2. Murtad
3. Qazdaf (menuduh zina)
4. Bughah
5. Minum Arak
6. Rogol
7. Curi
8. Liwat
9. Hirabah

Buku Soal Jawab Hudud ini turut menjelaskan kedudukan hudud bagi sesebuah negara Islam yang berbilang bangsa dan agama. Di samping penjelasan hakikat hukum hudud di Malaysia. Dengan gaya penyampaian yang ringkas dan mudah difahami oleh pembaca, kami yakin martabt hukum hudud dapat diletakkan di tempat yang sepatutnya tanpa penafian. Walaupun pihak-pihak tertentu tidak menyegerakan pelaksanaanya, sekurang-kurangya rakyat yang berbilang kaum dapat memahami dengan jelas, tanpa ragu hukum Allah ini.

*****
(SEM & S/S) RM30.00 - RM26.40

Monday, December 8, 2014

200 Soal Jawab Daripada Al-Quran Al-Karim ~ Fairuz Al-Syarif

Al-Quran Al-Karim adalah mukjizat terbesar nabi Muhammad SAW. la adalah kalam Allah yang diturunkan kepada Baginda SAW melalui malaikat Jibrail a.s. Al-Quran Al-Karim mengandungi pelbagai cerita umat terdahulu yang perlu diambil pengajaran oleh umat Muhammad SAW Ia juga menyediakan hukum-hakam, panduan hidup serta khabar gembira bagi hamba Allah yang taat serta amaran bagi mereka yang ingkar.

Sebagai hamba- Allah, kita wajib mengenali kitab Al-Quran dengan baik. Kita perlu mengetahui dengan mendalam pelbagai maklumat yang berkaitan dengan Al-Quran. Sesungguhnya ia sangat kaya dengan ilmu pengetahuan yang perlu digali dan dikaji.

Buku “200 SOAL JAWAB DARIPADA AL-QURAN AL-KARIM" boleh membantu anda mendapat pencerahan tentang pelbagai persoalan yang berkaitan ,dengan Al-Quran serta persoalan-persoalan yang terkandung di dalamnya.

*****
(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Terjemahan Juz Amma ~ Siti Aisyah Bukhari

Al-Quran diturunkan sebagai mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Mukjizat agung merupakan salah satu cumber rujukan bagi kehidupan seorang muslim. Terlalu banyak rahsia dan ilmu yang terkandung di dalam kalam Allah ini yang belum kita bongkar. Setiap perkataan, ayat dan surah yang diturunkan mempunyai cerita dan hikmah tersendiri.

Terjemahan Juz'Amma ini adalah himpunan terjemahan surah-surah yang terdapat di dalam juzuk 30. Naskhah kecil ini sangat ringan dan mudah dibawa ke mana-mana semasa anda bermusafir. Dengan adanya naskhah terjemahan ini, pembaca boleh memahami ayat-ayat Allah di mana sahaja pembaca berada. Semoga hari-hari kita lebih bernilai di sisi Allah 'Ana wa Jalla.

*****
(SEM) RM5.00 - RM4.40
(S/S) RM6.00 - RM5.30

Wednesday, December 3, 2014

Asbaabun Nuzul: Sebab-sebab Turunnya Ayat Al-Quran ~ Al Imam Jalaluddin Al-Suyuti

Al-Quran Al-Karim adalah salah satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad S.A.W. Menerusi Al-Quranlah segala panduan serta peradaban dan hukum-hukum Islam berkenaan ajaran Islam disebarkan ke seluruh umat manusia. Lebih hebat lagi Al-Quran merupakan manual panduan untuk setiap umat Islam hingga ke akhir zaman.

Al-Quran diturunkan dengan penuh hikmah serta mukjizat serta paling lengkap dan melengkapkan kitab-kitab wahyu yang lain. Malah setiap ayat yang diturunkan mempunyai penyebab serta penyelesaian tentang perkara-perkara atau permasalahan yang berlaku di atas muka bumi ini. Dengan adanya buku ini "Asbaabun Nuzul (Sebab-Sebab Turunnya Ayat Al-Quran)" dapat memberi panduan dan pengetahuan kepada kita dalam meniti kehidupan kita di dunia agar di akhirat kelak agar mendapat syafaat serta keberkatan untuk menagih syurga Allah S.W.T. Insya-Allah.

Semoga dengan pencerahan dan perkongsian yang amat bernilai ini juga dapat kita manfaatkan untuk menjadi sebahagian umat Islam yang teguh mematuhi perintah dan larangan Allah S.W.T.

*****
(SEM) RM65.00 - RM57.20
(S/S) RM68.00 - RM59.80

Mengapa Doa Anda Tidak Dikabulkan? ~ Fahruddin Ghozy

Doa itu merupakan senjata mukmin dan ibadah rohaniah yang harus dijadikan amalan teras dalam kehidupan seharian kita. Berdoa dan berdoalah tanpa jemu kerana doa adalah medium untuk kita `berhubung' dan `berkomunikasi' dengan Allah S.W.T.. Hendaklah kalian hanya meminta kepadaNya dan tiada yang lain sama ada untuk menyatakan keinginan, hajat, memohon perlindungan mahupun memohon untuk mengampunkan dosa.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Surah Al-Baqarah: 186)

Doa memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian di mana ia bukan sahaja menjadi laluan untuk menyampaikan keinginan malah ia turut menjadi terapi spiritual yang membantu membentuk jiwa yang kuat kerana sifat yakin kepada Allah Yang Maha Mendengar. Sekaligus doa menjadikan hati seseorang itu tenteram dan mempunyai semangat juang yang lebih tinggi terhadap segala keinginan dan usaha yang telah diperjuangkan. Sehubungan dengan itu, buku ini ditulis untuk mengetengahkan doa-doa yang boleh dijadikan amalan harian secara istiqamah. Selain itu, penulis juga memberi pencerahan tentang kepentingan berdoa yang boleh mempengaruhi kehidupan seharian kita. Tidak kurang juga, penulis turut memberi penekanan tentang intipati signifikan tentang berdoa iaitu antara sebab mengapa doa tidak dikabulkan serta adab-adab dalam `berhubung' dengan Allah S.W.T.

*****
(SEM) RM16.00 - RM14.10
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Terapi Mujarab Menjana Pemikiran Positif ~ Muhammad Aulia

Adakah kita sedari bahawasanya kita adalah insan terpilih setelah melalui seleksi alam ketika air kehidupan (mani) disemburkan. Berjuang bermati¬matian mengalahkan saingan yang juga ingin menjadi 'sang juara' seperti kita. Lahir ke dunia tanpa perasaan takut dan akal fikiran di mana semuanya dapat kita ceduk dan pelajari dalam tempoh kita membesar menjadi dewasa. Sewaktu menganjak dewasa salah satu perkara terpenting yang perlu diterapkan adalah 'input' dan pemikiran positif serta mengelakkan 'input' dan segala perkara negatif masuk ke dalam minda kita.

lni kerana keperibadian dan hasil terbaik serta kualiti seseorang itu bergantung kepada positif atau negatifnya pemikiran.

Terhasilnya buku ini "Terapi Mujarab Menjana Pemikiran Positif" sebagai pemangkin dan pencerna bagi sesiapa yang ingin mengetahui rahsia bagaimana menjana pemikiran ke arah yang lebih positif justeru menuntun kehidupan yang lebih baik dan berjaya serta menikmati kenikmatan hidup di dunia mahupun akhirat. Insya Allah.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Panduan Lengkap Ibadah Wanita ~ Abdul Syukur

"Panduan Lengkap Ibadah Wanita" adalah sebuah buku yang diadun khas untuk kaum Hawa. Kewujudan buku ini sangat membantu kaum Hawa untuk mendalami dan mengetahui dengan lebih jelas tentang ibadah yang berkaitan dengan mereka.

Buku ini menjelaskan secara terperinci segala hukum¬hakam dan permasalahan di dalam agama Islam yang berkait rapat dengan kaum wanita. Cara solat wanita, permasalahan wanita semasa haji dan umrah, haid, aurat wanita, kehamilan dan pembahagian harta pusaka wanita adalah antara topik penting yang telah dikupas cantik di dalam buku ini.

Segala maklumat dan permasalahan agama Islam di dalam buku ini telah dirumus dan dibahas berlandaskan dua sumber autentik iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang tidak diragukan lagi. Para pembaca wanita tidak perlu lagi tercari¬cari panduan Iengkap untuk beribadah kerana buku ini sudah pun berada di tangan anda!

*****
(SEM) RM20.00 - RM18.00

Akibat Buruk Apabila Berani Derhaka Kepada Suami ~ Nor Fadilah

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar-Rum: 21)

Ketahuilah para isteri, keredaanmu terletak kepada keredaan suamimu. Oleh itu, jauhilah perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemurkaan suami. Ada kalanya para isteri menderhaka kepada suaminya tanpa sedan. Oleh yang demikian, buku ini mengetengahkan kategori perbuatan menderhaka serta akibat-akibat buruk apabila seorang isteri menderhaka kepada suaminya. Semoga dengan kupasan ilmu di dalam buku ini dapat mentarbiyah diri kita supaya menjadi Muslimah yang lebih balk. Diharapkan pengisian ini turut dapat membantu pembaca menatijahkan kebahagiaan berumah tangga yang seterusnya berlangsungan hingga ke jannah. lnsya-Allah.

*****
(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Tuesday, December 2, 2014

Anjing: Penciptaan & Hukum-hukum ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Isu anjing telah menyebabkan ramai pihak membuka mata dan membuat pengkajian semula tentang hakikat anjing di sisi Islam melalui kaca mata pandangan mazhab-mazhab dalam Islam, tidak terhad hanya pada mazhab Syafie.

Di samping itu, ramai pihak cuba mempersoalkan kembali hukum-hukum yang telah diijtihadkan oleh para ulama silam berkaitan hukum anjing.

Semoga pencerahan daripada buku kecil ini yang bertajuk 'Anjing: Penciptaan & Hukum-hukum' akan memberi kefahaman kepada para pembaca untuk memahami apa jua hikmah di sebalik ciptaan Allah SWT.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Hakikat Jin: Kawan Atau Lawan? ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Sebenarnya isu Hakikat Jin: Kawan Atau Lawan? telah dibincangkan melalui kertas kerja di USM Pulau Pinang hampir sepuluh tahun yang lalu. Oleh itu, kami amat perlu untuk menyemak semula data dan maklumat serta menyusunnya agar lebih tepat kandungannya.

Buku ini akan membicarakan secara fiqh dan hukum sahaja tanpa membabitkan isu rawatan. Semoga dengan kemunculan buku ini dapat memberi kefahaman kepada orang ramai dan masyarakat untuk mengenali hakikat jin.

*****
(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Selamat Tinggal Ulama ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Mengandungi biografi ulama' sedunia yang telah pulang menghadap Sang Pencipta sepanjang 1435H.

*****
(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Tuesday, November 25, 2014

Tafsir Wanita Dalam Al-Quran ~ Syeikh Imad Zaki Al-Barudi

Setelah Al-Quran turun, seluruh bentuk kekejaman seperti itu ditentang dan dikecam dengan sekeras-kerasnya oleh Islam. Pandangan negatif manusia terhadap wanita menjadi pandangan positif. Pandangan meremahkan mereka menjadi pandangan dihormati. Lelaki dan perempuan diciptakan untuk saling bantu-membantu dan saling melengkapi kekurangan antara satu sama lain.

Islam memberikan kebebasan namun tetap dalam batasan dan peraturan yang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah sehingga tindakan dan arah kaum wanita tetap berapa dalam garis panduan yang benar. Pada masa yang sama, Islam sangat menentang pemikiran yang menjadikan wanita hanya sebagai makhluk pelengkap sehingga tidak lahir sebarang manfaat dari kaum wanita, kerana mereka telah dikongkong dan segala bentuk idea kreatif atau usaha yang lahir dari mereka tidak akan dipandang oleh masyarakat. Kedua-dua pandangan ekstrim ini tidak dipersetujui oleh Islam. Hal ini kerana jika pandangan ini terus wujud, maka keistimewaan agama Islam dalam memartabatkan kaum wanita akan hilang dan pudar sekaligus akan menghancurkan sesebuah masyarakat itu sendiri.
Buku terjemahan ini diberi tajuk Tafsir Wanita Dalam Al-Quran, ianya banyak menyentuh tentang hak dan kewajipan wanita dari sudut hukum, moral dan sosial. Buku ini akan menjadi panduan bagi kaum wanita untuk meniti kehidupan dengan cara yang benar dan sesuai dengan aturan Al-Quran. Hukum-hukum yang terkandung dalam buku ini akan membuat kaum wanita mampu menikmati hidayah Al-Quran. Buku ini akan memberikan makna lebih mendalam tentang hukum-hukum yang berkaitan dengan wanita.


(SEM) RM48.00 - RM42.20
(S/S) RM51.00 - RM44.90

Cuit-cuit Ustaz Kay's ~ Haji Kamil Sidek

Cuit-Cuit Ustaz Kau's ini menggunakan pendekatan dakwah yang lebih santai walaupun agak ilmiah sebenarnya. CCUK ini lebih kepada himpunan dan catatan pendakwah atau travelog yang menjadi trend masa kini. Fresh, ringan dan tidak memeningkan, tulus dan tidak memaksakan. Justeru, dalam pemilihan tajuk-tajuk CCUK, dibuat dengan berhati-hati, isu yang dekat dengan mad'u (golongan sasaran dakwah), malar segar, catchy, trendy dan terkini, selain cadangan yang datang dari rakan-rakan pembaca.

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Sunday, November 23, 2014

Kaedah Merawat Saka ~ Dato' Dr. Haron Din, Tuan Hj. Mokhtar Kassan

Saka adalah makhluk halus yang diwarisi daripada leluhur seperti ayah,
nenek, atau datuk dalam keadaan sedar ataupun tidak. Saka atau jin yang diwarisi kebiasaannya memerlukan waris bagi memberi makanan atau persembahan kepadanya. Makhluk ini kemudiannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya apabila waris mengabaikannya. Ini mungkin terjadi kerana leka atau waris tidak mengetahui kewujudannya.

Dalam syariat Islam, bergantung kepada jin dan syaitan adalah dilarang dan boleh membawa kepada syirik. Seperti yang disebut dalam surah Al-Jin ayat 6:
"Dan sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga, dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat."

Kaedah-kaedah rawatan dalam buku ini adalah panduan berdasarkan pembelajaran dan pegalaman penulis. Dinasihatkan para pesakit supaya mendapatkan perhatian daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini pegangan syariatnya.

*****
(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Thursday, November 20, 2014

Hafal Asmaul Husna ~ Rachmat Ramadhan Al-Banjari

Pasti ada dalam kalangan kita yang tidak tahu akan kelebihan dan keistimewaan Asmaul Husna, sekiranya diamalkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Penerapan dan istiqamah dalam pengamalan Asmaul Husna ini, insya Allah akan memberikan impak positif kepada kesihatan fizikal, terbukanya pintu rezeki serta memperoleh kejayaan dalam kehidupan.

Yang penting adalah kita percaya dan yakin dengan sepenuh hati serta tawaduk dalam mengamalkannya untuk mencapai keberkesanan dan kejayaan. Oleh itu, di dalam buku ini akan diberikan panduan serta cara pengalaman dan perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam mencapai sesuatu matlamat yang kita inginkan.

Semoga dengan pencerahan yang terdapat di dalam buku ini, dapat menuntun dan membawa kita ke arah kehidupan yang lebih sejahtera dan bahagia. Lebih manis lagi adalah mendapat balasan syurga di akhirat kelak. Amin.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Kesalahan-kesalahan Dalam Solat ~ Syeikh Salahuddin As-Sa'id

Solat merupakan tiang agama Islam. la juga adalah amalan yang mula-mula dihisab di hadapan Allah S.W.T. Solat yang berkualiti adalah solat yang dilaksanakan mengikut apa yang diajarkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. dan diamalkan oleh para sahabat serta pengikutnya. Namun dalam melakukan ibadah solat yang agung ini, banyak perkara yang telah dilakukan tanpa berlandaskan dalil yang sahih. Secara tidak langsung perbuatan sedemikian dikira kesalahan yang mungkin menyebabkan pelakunya berdosa dan mencacatkan ataupun membatalkan ibadah solat itu sendiri.

Buku ini menghuraikan kepada kita antara perkara dan perlakuan serta tanggapan yang salah perihal pelaksanaan solat. Untuk menguatkan lagi hujah dan ilmu untuk diketengahkan di dalam buku ini. Penulis telah menyertakan bersama daripada Al-Quran dan Hadis yang sahih. Amat penting bagi kita umat Islam untuk mendapatkan ilmu berkenaan solat kerana solat adalah rukun Islam yang wajib dilaksanakan setiap hari. Begitu juga dalam persoalan menjaga kualiti solat, is adalah satu kewajipan kepada setiap individu muslim.

Oleh yang demikian, carilah ilmu dan panduan tentang solat. Semoga solat kita sempurna dan diterima oleh Allah S.W.T. Buku ini di antara buku yang boleh dijadikan panduan dan pedoman dalam meningkat ilmu kita tentang solat.

*****
(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

15 Tanaman Hiasan Dalam Rumah Bagi Kesihatan dan Kecantikan ~ Yusef N. Jatmika

Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyukai kecantikan. Tumbuh-tumbuhan adalah termasuk dalam makhluk ciptaan Allah SWT. Ia dijadikan dengan tujuan-tujuan tertentu untuk manfaat manusia dalam kehidupan mereka. Ada yang dijadikan makanan dan ada pula perubatan serta hiasan.

Kebanyakan manusia terutamanya kaum wanita hanya mementingkan hiasan halaman rumah mereka. Maka kita dapati halaman rumah atau garaj kereta biasanya dipenuhi dengan bunga-bungaan mahupun tanaman lain yang menyerikan suasana halaman rumah mereka. Tidal( ramai yang menitik beratkan hiasan dalaman rumah mungkin kerana faktor kebersihan mahupun penyelenggaraan.

Hakikatnya, buku "15 TANAMAN HIASAN DALAM RUMAH BAGI KESIHATAN & KECANTIKAN" akan mengubah persepsi dan tanggapan kaum wanita. Mereka mungkin mengubah persepsi sebagaimana suasana dalaman rumah mereka juga berubah. Sesungguhnya kewujudan tanaman di dalam rumah akan menambah keindahan serta keceriaan. Selain itu oksigen yang segar yang dihasilkan oleh tanaman tersebut juga turut menghasilkan udara segar seolah-olah anda berada di dalam taman.

*****
(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM18.90 - RM16.60

Selami Sifat-sifat Rasulullah s.a.w ~ Dr.Abdul Azhim bin Badawi Al-Khalafi,Abu Abdillah bin Luqman Al-Atsari, Abu Ezzat AL-Mubarak, Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas,Syeikh Abullah bin Abdul Rahman al-Jibrin

Islam adalah agama `Rahmatan lil `Aalamin' mengatur secara terperinci tentang hukum-hukum dan kaedah peradaban manusia dengan penuh kesempurnaan. Melalui keteladanan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai perutusan membimbing umat manusia agar sentias. a di landasan Allah S.W.T. Baginda S.A.W. sebagai peneraju umat akhir zaman ini, sudah pasti telah dilengkapi dengan sifat-sifat terpuji dari segala aspek kehidupan.

Buku ini menghuraikan tentang contoh teladan Rasulullah dalam hal-hal rumah tangga, tidur, wuduk, solat dan banyak lagi sifat-sifat Rasulullah yang dapat kita cungkil daripada buku ini.

Semoga dengan perkongsian ini dapatlah kita menerapkan dalam kehidupan kita sehari-hari serta mengamalkannya dengan istiqamah agar is dapat membimbing terus ke jalan yang diredai Allah S.W.T. serta mendapat syafaat daripada Nabi kita Muhammad SAW. di akhirat kelak. Insya-Allah.

*****
(SEM) RM23.00 - RM20.20
(S/S) RM26.00 - RM22.90

Panggilan Terakhir Dari Allah s.w.t ~ Jamal Ma'mur Asmani

Siapa tidak kenal neraka, suatu tempat yang mengerikan ; dan tidak dapat dibayangkan kengeriannya. Tempat penyeksaan dan pembalasan bagi mereka yang menentang dan mengingkari perintah Allah. Digambarkan penuh dengan seksaan dan penderitaan yang tiada tolok bandingannya. Jangankan terasa, membayangkannya pun sudah cukup menggetarkan jiwa dengan kengeriannya.

Sebenarnya, khabar tentang neraka hanya Allah sajalah Yang Maha Mengetahui. Namun demikian Allah telah mengutuskan malaikat untuk menyampaikan khabarnya kepada rasul-Nya, untuk kemudiannya disampaikan kepada umatnya. Sudah pasti, agar umatnya benar-benar berhati-hati dan berusaha untuk tidak terjerumus ke dalamnya.

Apakah khabar buruk yang dibawakan malaikat kepada Rasulullah S.A.W.? Siapakah gerangannya Malaikat Malik? Siapakah calon penghuni neraka? Bagaimana keadaan para penghuni neraka? Bagaimana pedihnya seksaan dan penderitaan di dalam .neraka? Dan apakah yang boleh kita lakukan untuk menghindari dahsyatnya seksaan api neraka? Apakah doa dan amalan yang dapat menjauhkan seseorang daripada masuk neraka?

Buku insya Allah akan menjawab persoalan itu berdasarkan apa yang dibawakan oleh Al-Qur'an dan Hadis dan diperkuatkan lagi oleh penjelasan para ulama yang alim dan soleh.

*****
(SEM) RM14.00 - RM13.20
(S/S) RM16.00 - RM14.10

Doa & Amalan Untuk Menjadi Pemimpin Berkarisma ~ Zainul Ridha

Karisma itu bukan suatu yang boleh dipelajari atau berada di dalam matapelajaran persekolahan atau universiti. Setiap orang mempunyai karismanya yang tersendiri, yang mungkin akan tersedah atau terpendam. Maka inilah perlu dicungkil dan dilatih. Oleh kerana karisma ini sifatnya terpendam di dalam did seseorang maka banyak cara untuk mencungkil dan mengeluarkannya. Salah saw cara adalah dengan doa dan zikir.

Mungkin jika dilihat secara zahirnya ia adalah mustahil atau tidak logik. Namun itulah kekuasaan Allah. Hanya kepada-Nya kita berserah dan memohon. Lebih-lebih lagi apabila amanah kepimpinan diberikan, maka ia mesti dijalankan berlandaskan pedoman dan garis panduan yang telah disediakan oleh Allah iaitu Al-Qur'an dan Hadis. Dan dengan amanah itu juga kita mampu membawa mereka yang di bawah kita ke jalan yang diredai Allah.

*****
(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

Tip dan Doa Mustajab Agar Segera Dikurniakan Cahaya Mata ~ A. Sudirman

Ujian Allah adalah dalam berbagai bentuk, di antara adalah tidak dikurniakan cahaya mata. Bersabarlah, itu langkah pertama, seterusnya berusahalah dengan gigih pula adalah langkah kedua.

Buku yang sedang anda belek ini secara khusus memberikan panduan yang amat praktikal untuk anda agar dikurniakan segera cahaya mata. Dengan teratur dan lengkap, buku ini menyajikan segala apa yang anda perlu lakukan untuk memudahkan anda mendapat cahaya mata, secara medikal dan psikologi.

Ditambahkan lagi dengan bimbingan secara spiritual berupa amalan-amalan praktikal dan doa-doa khusus bagi anda untuk menimang cahaya mata impian yang anda impikan.

Sangat lengkap secara medical-psikologi dan sekaligus spiritual. Sehingga buku ini sangat sesuai untuk dibaca dan diamalkan oleh pasangan suami-isteri yang hingga saat ini belum memiliki cahaya mata ataupun mereka yang hendak mendirikan rumahtangga.
InsyaAllah, usaha anda itu dipermudah dan diperkenankan oleh Allah.

*****
(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.10

Wednesday, November 19, 2014

68 Doa Paling Indah Dari Al-Quran ~ Sayyid Qutb

Al-Qur'an diturunkan penuh dengan hikmat dan ilmu terkandung di dalamnya. Selain itu juga ia menyimpan pelbagai doa yang boleh kita amalkan setiap hari di dalam kehidupan seharian kita. Malah setiap hari sekurang-kurangnya 17 kali sehari kita berdoa dengan menggunakan ayat al-Qur'an agar diberikan petunjuk dan pertolongan serta dirahmati oleh Allah S.W.T. Doa tersebut terkandung di dalam Surah Al-Fatihah. Apatahlagi sekiranya menambahkan lagi bacaan surah ini di dalam wirid dan zikir kica dengan disertai bacaan surah¬surah lain. Maka semakin banyak doa yang kita pohon. Seperti mana yang kita ketahui berdoa juga merupakan suatu ibadah yang disukai Allah.

Himpunan doa daripada Al-Qur'an hasil karya Sayyid Qutb ini merupakan sedikit panduan untuk kita tentang ayat-ayat Al-Qur'an yang boleh kita amalkan menjadi doa. Dalam masa yang sama lidah kita akan sentiasa dilunak dan dilembutkan oleh ayat-ayat suci Al-Qur'an tanpa mengira waktu dan masa. Berdoalah dan memohonlah hanya kepada Allah S.W.T.

*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Monday, October 27, 2014

Solat Taubat ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Ungkapan ulama sufi tentang taubat daripada kitab al-Risalah al-Qusyairiyah:

- Sahl bin Abdullah berkata: "Taubat adalah jangan lupa dosa kamu."

- Junaid al-Baghdadi berkata: "Taubat ialah lupa dosa kamu."

- Al-Nuri berkata: "Taubat ialah engkau bertaubat daripada semuanya kecuali Allah SWT."

- Zu al-Nun al-Misri berkata: "Taubat orang awam adalah taubat dari dosa sedangkan taubat orang khawwas adalah taubat dari lalai."

*****
(SEM) RM7.00 - RM6.20
(S/S) RM8.00 - RM7.00

Solat Istikharah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Solat Istikharah ialah solat sunat sebanyak dua rakaat yang boleh dilakukan pada waktu-waktu yang tidak makruh. Solat ini sunat dilakukan oleh sesiapa yang mahu sesuatu perkara yang harus sedangkan dia tidak mengetahui kebaikan perkara tersebut.
Selepas solat Istikharah, sunat berdoa dengan doa yang ma'thur. Jika Allah melapangkan dadanya untuk melakukan perkara itu selepas mengerjakan solat tersebut maka lakukanlah, dan jika sebaliknya jangan melakukannya.

Solat Istikharah adalah merupakan satu jawapan dalam menentukan pilihan segala perkara yang baik kerana ianya berdasarkan kepada petunjuk nabawi dan ilham rabbani daripada Allah Rabb al-'alamin.

*****
(SEM) RM7.00 - RM6.20
(S/S) RM8.00 - RM7.00

Merungkai Permasalahan Tentang 'Iddah ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Dengan mengkaji hukum dan permasalahan tentang'iddah secara mendalam dan teliti, disulami rujukan yang muktabar sudah pasti kita akan menemui banyak natijah yang baik dan dapat memberi jalan penyelesaian kepada permasalahan ummah. Di samping ia mampu membawa dan memimpin kita ke arah lebih maju dan selari mengikut syariat Allah.

*****
(SEM) RM5.00 - RM4.40
(S/S) RM7.00 - RM6.20

Sedekah Luar Biasa ~ Dr. Zaharuddin Abdul Rahman

Sedekah bukan sahaja berben­tuk kewan­gan dan harta benda. Bahkan sedekah men­cakupi aspek tenaga, usaha, tin­dakan, ketelu­san dan ketu­lu­san dalam usaha mele­barkan man­faat buat diri, masyarakat serta umat manusia.

Sabda Rasu­l­ul­lah SAW yang bermak­sud, “Setiap kebaikan dan keba­jikan itu adalah sedekah.” Ini­lah prin­sip yang mesti dipegang oleh setiap Mus­lim agar setiap detik kehidu­pan itu terus-​menerus diberi gan­jaran pahala yang besar di sisi Allah. Ingat­lah, derma dari­pada seo­rang yang sedikit har­tanya lebih besar gan­jaran­nya dari­pada derma indi­vidu yang banyak har­tanya. Lalu, apa lagi alasan kita seba­gai Mus­lim? Bersedekahlah sebelum sam­pai nyawa di kerongkong.…Adakah si kaya ini gila ker­ana men­der­makan wang yang begitu banyak? Ataupun kita yang mabuk den­gan pen­car­ian wang secara mement­ingkan diri tanpa sebarang pemberian?

*****
(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Tuesday, October 21, 2014

Kitab Fikah Mazhab Syafie ~ Pustaka Salam

Kitab Fikah Mazhab Syafie (kulit nipis)

Harga selepas Diskaun 12%:
Jilid 1 - (SEM & S/S) RM19.40
Jilid 2 - (SEM & S/S) RM13.20
Jilid 3 - (SEM & S/S) RM11.40
Jilid 4 - (SEM & S/S) RM16.30
Jilid 5 - (SEM & S/S) RM16.30
Jilid 6 - (SEM & S/S) RM17.20
Jilid 7 - (SEM & S/S) RM19.40
Jilid 8 - (SEM & S/S) RM24.20

Sunday, October 12, 2014

Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Perbahasan Kitab Al-Umm (H/C) ~ Imam Al-Syafie

Imam Muhammad bin Idris al-Syafie ( 150-204H ) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (Pendapat Lama) dan Kitab yang ditulis ketika beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (Pendapat Baru).
Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie, iaitu; 

1.Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie.
2.Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafie dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla'i).
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam Mazhab as-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk ). la dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam Mazhab ol-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar don tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada al-Qur'an, al-Sunnah, Oak dan Qiyas. 

Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. Manakala dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakon menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Dalam kalangan utama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitab aI-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafie sendiri atau karya para muridnya. Walau apapun pandangan uloma mengenai kaedah penyusunan kitab aI-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan al-Syafie kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya dalam bidang hukum berdasarkan riwayat muridmuridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang add dan thiqah.

Jilid kelima daripada Kitab al-Umm ini membahaskan persoolan-persoalan fekah dalam Kitab Haji yang berkaitan ibadah haji (Manasik Al-Hajj) dan apa yang berkaitan dengannya seperti kewajipan berhaji seperti hukum-hakam berkaitan haji, Kitab Qurban yang berkaitan dengan ibadah qurban, Kitab Berburu dan Sembelihan yang berkaitan dengan hukum-hakam berburu dan sembelihan, don Kitab Makanan yang berkaitan dengan hukum halal haram dalam makanan dan minuman. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat kepada para pembaca don penuntut ilmu.

*****
(SEM) RM65.00 - RM57.20
(S/S) RM68.00 - RM59.80

Tuhfah Ar-Raghibin: Mahkota Orang Yang Gemar Menuntut Ilmu ~ Al-Hidayah

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita memeliharakan iman kita daripada segala perkara yang membinasakanya kerana barang siapa yang binasa imannya, jadilah ia kafir dan binasalah sekalian amal yang telah dikerjakannya dan jadilah ia isi neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya.

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita beri'tiqad dengan iqtiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah kerana ia adalah jalan Nabi Allah dan sahabatnya dan segala mereka yang mengikut akan mereka itu dan yang mengikut akan yang mengikut mereka itu hingga hari kiamat. Dan wajib atas kita menjauhi sekalian rtiqad bid'ah yang sesat seperti i'tiqad segala kaum yang tujuh puluh dua yang tersebut bilangan mereka itu di dalam hadith Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam:
"Bahawasanya adalah kaum Bani Israil bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Musa tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan satu kaum jua yang masuk syurga; (dan lagi bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Isa tujuh puluh dua kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan suatu kaum jua yang masuk syurga; (dan bercerai-cerai umatku kemudian daripada aku tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya isi neraka melainkan suatu kaum jua masuk syurga, (maka) sembah segala sahabat: "Siapa yang suatu kaum itu, ya Rasulullah?" (Maka) sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasollam: "laitu yang aku di dalamnya dan segala sahabatku", (yakni iaitu jalanku yang betel dan jalan segala sahabatku (yakni iaitu jalanku yang betul dan jalan segala sahabatku iatulah jalan ahli Al-Sunnah wa Al-Jamaah."

Oleh kerana itu, untuk mengetahui dengan lebih lanjut siapakah dia di antara kaum-kaum yang tersebut di dalam hadith ini, maka marilah kita sama-sama mempelajari dan mentadabbur isi kandungan kitab ini supaya kita dapat menjaga dan memelihara iman kita supaya tidak terkeluar daripada i'tiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah, hanya kepada Allah kita memohon pertolongan.

Para pembaca disarankan agar mempelajari kitab ini secara bertalaqqi yakni berguru supaya para pembaca dapat memahami isi kandungan kitab ini dengan lebih baik dan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari para guru yang berkenaan. Kepada Allah kita memohon hidayah dan taufiqNya.

*****
(SEM) RM9.00 -  RM7.90
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Monday, September 22, 2014

Wanita-wanita Hebat di Sekeliling Rasulullah s.a.w ~ Mahmud Al-Misri

Apabila kita singkap semula peradaban dunia yang sebelum Islam seperti Yunani, Romawi, Yahudi dan Arab Jahiliah, wanita dianggap sebagai makhluk yang tidak perlu wujud di dunia. Bahkan di zaman moden ini pun wanita kadangkala dianggap sebagai bahan yang boleh dieksploitasi untuk keseronokan dan peragaan ketika wanita tersebut masih muda dan menarik. Namun masih ada yang menganggap inilah simbol kebebasan dan kemodenan. Tetapi hakikatnya ini hanyalah merendah-rendahkan lagi martabat wanita.

Musuh-musuh Islam amat risau sekiranya apabila wanita muslimah begitu berpegang teguh kepada syariat Islam. Kebimbangan ini disebabkan, dari wanita muslimah inilah akan melahirkan generasi Islam yang mantap. Pelbagai helah dan rencana yang dirancang oleh musuh Islam untuk merosakkan wanita muslimah, demi untuk melemahkan generasi Islam yang akan terbina kelak.
Buku ini menghimpunkan beberapa tokoh wanita-wanita hebat yang berada di sekeliling Rasulullah S.A.W. Mereka merupakan contoh teladan yang terbaik untuk menjadi idola dan inspirasi kepada kaum Hawa dalam zaman yang penuh cabaran ini. Semoga dengan perkongsian ini mampu menjentik satu semangat murni ke dalam jiwa kita untuk menegakkan dan meninggikan lagi keagungan Islam.

*****
(SEM) RM80.00 - RM70.40
(S/S) RM83.00 - RM73.00

Friday, September 19, 2014

Ensiklopedia Akhlak Muhammad s.a.w ~ Mahmud Al-Misri

Rasulullah SAW adalah sumber teladan yang layak kita ikuti, kerana Allah SWT berfirman: "Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta is pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)"
(Surah al-Ahzab: 21)

Keteladanan yang baginda tunjukkan melalui akhlak mulia adalah rahsia kejayaan baginda dalam menyampaikan dakwah Islam dan ini dilakui oleh banyak pihak, sama ada muslim ataupun bukan muslim.
Penjelasan secara terperinci tentang rahsia itu kini ada di dalam ensiklopedia ini sehingga pembaca dapat mengamalkannya di dalam kehidupan sehari-hari dan memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

*****
(SEM) RM98.00 - RM86.20
(S/S) RM101.00 - RM88.90

Monday, September 8, 2014

Fathul Bari: Syarah Shahih al-Bukhari Jilid 18 Kitab Jual Beli ~ Ibnu Hajar al-'Asqalani, Pustaka Imam Asy-Syafi'e, Telaga Biru

Kitab Syarah atau penjelasan kitab Shahih Al-Bukhari ini tergolong kitab syarah yang paling sempurna kerana kemampuannya dalam menyajikan dan menerangkan banyak hal. Jilid ke18 ini menghuraikan tentang perbahasan hadis-hadis berkaitan jual beli dan perniagaan. Antara tajuk yang dibahaskan di dalam kitab ini ialah penjelasan makna syubhat, berdagang di laut, kelapangan rezeki dan sebagainya.

*****
(SEM & S/S) RM80.00 - RM70.40

Friday, August 29, 2014

Doa-doa Para Nabi & Wali ~ Sayyid Muhammad 'Alawi Al-Maliki

Konsep sebenar doa bukanlah semata-mata memohon pertolongan Allah. Tempi hakikat utama doa adalah satu ibadah yang meletakkan kita, manusia ini sebagai hamba di sisi Allah. Solat itu sendiri juga merupakan doa kerana di dalam solat terdapat ayat-ayat dan zikir yang kita bacakan setiap kali waktu solat adalah doa dan permintaan kita kepada Allah.

Dengan berdoa kita akan lebih dekat dan sentiasa mengingati Allah swt. Doa merupakan satu ibadah yang agung dan amat disukai Allah swt. Dengan berdoa kita akan sentiasa ingatkan Allah dan mematuhi apa yang disuruh dan dilarang oleh Nya.

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kapadaKu, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (al-Bayarah : 186)

Tidak ada suatu pun yang lebih mulia di hadapan Allah selain doa dan is adalah sebaikbaik ibadah. Semoga doa-doa yang di wariskan oleh para Nabi dan wall boleh kita amalkan dan mendekatkan lagi kita kepada Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

*****
(SEM) RM13.00 - RM11.40
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Menjadi Kekasih Allah (HC) ~ Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir yang lebih dikenali dengan nama Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah salah seorang daripada keturunan Rasullah S.A.W melalui puteri baginda Siti Fatimah Az-Zahra. Salasilah beliau ialah Abu Muhammad Abdul Qadir bin Abi Shalih Musa bin Abdillah Al-Jiliy bin Yahya Al-Zahid bin Muhammad bin Daud bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau merupakan seorang ahli tasawuf yang tidak, asing lagi dalam dunia Islam. Hasil tulisan dan buah fikiran beliau tentang ketuhanan dan tasawuf mendapat perhatian dan menjadi kajian dan rujukan cendiakiawan timur mahupun barat.

Buku ini menghimpunkan beberapa pengajaran. fatwa, wasiat dan nasihat beliau berkenaan dengan sikap kerohanian, khususnya kepada murid-murid beliau dan umumnya kepada seluruh kaum muslimin.

Walaupun fatwa dan nasihat ini telah beliau sampaikan lebih kurang 900 tahun yang lalu, namun pengisian don kandunganya tetap relevan dan sesuai dengan masa kita sekarang ini. Tidak ada istilah ketinggalan zaman atau tamat tempoh untuk pengisian yang penuh dan padat dengan ilmu serta nasihat yang amat berguna ini. la amat berguna untuk dijadikan panduan oleh semua lapisan masyarakat dalam melaksanakan tugas dan tangungjawab mereka selaku pembawa amanah dan hamba Allah di permukaan bumi Ini. Terutama sekali dalam menundukkan pengaruh nafsu dan syaitan terhadap diri manusia dan dalam usaha kita mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat.

*****
(SEM) RM60.00 - RM52.80
(S/S) RM63.00 - RM55.40

Thursday, August 21, 2014

18 Sahabat di Hati Rasulullah ~ Mohd Harun Rashid, Ishrat J. Rumi

18 Sahabat Di Hati Rasulullah Merupakan Pilihan Terbaik bagi setiap kanak-kanak yang rindu untuk mendengar cerita sebelum tidur yang berkualiti. Buku ini memuatkan lapan belas kisah terpilih yang sangat menarik daripada kehidupan para sahabat Rasulullah SAW. Semua kisah digarap dalam bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pembaca muda supaya mudah difahami. 

Teks yang ringkas dan ilustrasi berwarna yang menarik, yang membawa kisah-kisah itu dekat dengan kehidupan pembaca, menjadikan mesej daripada Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda lebih bermakna kepada kanak-kanak. Buku ini menawarkan dimensi yang istimewa kepada cerita-cerita sebelum tidur dan bertindak sebagai teras untuk membina pertumbuhan pengetahuan Islam.

*****
(SEM) RM49.90 - RM43.90
(S/S) RM52.90 - RM46.60

Saya Anak Soleh ~ Abu Nadifa

‘Saya Anak Soleh’ adalah buku yang menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis-hadis yang menyentuh tentang akhlak. Isi kandungan buku ini sangat dekat dengan kehidupan seharian anak-anak.

Nilai-nilai positif ini adalah pelengkap kepada ibadah dan keimanan anak-anak. Tanpa akhlak yang mulia, seseorang itu tidak akan menjadi Muslim yang lengkap.

*****
(SEM) RM14.90 - RM13.10
(S/S) RM16.90 - RM14.90

25 Rasul Pembawa Rahmat ~ Ummi As-Syiqah

Buku ini menghimpunkan 25 kisah rasul yang wajib diketahui sebagai teladan kepada anak-anak. Bentuk penceritaan yang mudah di samping penerapan nilai-nilai murni perjuangan dan keperibadian diharapkan dapat dihayati oleh mereka. Buku ini sesuai dijadikan asas dalam pembentukan sahsiah anak-anak.

*****
(SEM & SS) RM34.90 - RM30.70

Kemusykilan Terjawab: 366 Q&A Daripada Al-Quran ~ Moulvi Al-Hafiz S.A. Seyed Ibrahim Al-Bukhari

"366 Q&A daripada al-Quran" direka dengan pelbagai gambar yang berwarna-warni, sangat bermaklumat serta jawapan yang diperolehi daripada al-Quran yang banyak menerapkan kepentingan nilai-nilai murni. Kanak-kanak juga dapat memperoleh pengetahuan yang menarik di dalamnya. Buku ini juga disarankan kepada guru-guru dan ibu bapa untuk mendidik pelajar-pelajar dan anak-anak mereka sewaktu mengendalikan pertandingan kuiz dan sesi soal jawab. Mudah-mudahan, kanak-kanak akan mendapat manfaat yang banyak melalui buku ini.

*****
(SEM) RM39.90 - RM35.10
(S/S) RM42.90 - RM37.80

366 Cerita Dari Al-Quran dan Hadis ~ Moulvi Al-Hafiz S.A Seyed Ibrahim Al-Bukhari

Setiap rumah haruslah memiliki buku ini dalam mengubah masa depan anak-anak ke arah jalan yang diredai Allah. Dengan usaha murni ini, moga Allah memberikan kita kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat kelak. Insya-Allah, kita dapat membentuk anak-anak kita mempunyai:

Kekuatan Iman seperti Ibrahim a.s.
Kesabaran Tinggi seperti Ayub a.s.
Ketulusan Hati seperti Yusuf a.s.
Keindahan Akhlak seperti Muhammad SAW

*****
(SEM) RM39.90 - RM35.10
(S/S) RM42.90 - RM37.80

Wednesday, August 13, 2014

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani Kisah dan Kehidupan ~ Salih Ahmad Al-Syami

Semangat dan azam kuat ternyata mampu mengalahkan segala-galanya, kekuatan sehebat apa jua sekali pun apabila berhadapan dengan azam, niat dan semangat kuat pasti akan terpatahkan. Kekentalan semangat seumpama inilah yang dimiliki oleh seorang tokoh sufi agung, pada abad keenam Hijrah, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. 

Beliau mampu merubah wajah dunia yang ketika itu hampir tenggelam dipedaya dan dibuai oleh sifat tamak terhadap dunia dan mengalami kehancuran moral yang melalida masyarakat Baghdad, ibu kota pemerintahan Islam pada masa itu. Apa tidaknya, beliau yang ketika itu masih lagi berusia 18 tahun sudi meninggalkan kampung halamannya, Jailani menuju Baghdad hanya untuk menuntut ilmu. Dengan berbekalkan wang sebesar 40 dinar, ibunya reda berpisah dengan anaknya itu yang mungkin ini adalah perpisahan untuk selama-lamanya.

Bersifat jujur dan berkeperibadian mulia satu lagi sifat yang menjadikan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani menjadi tokoh sufi agung pada zamannya. Dengan sifat ini, beliau mampu membuat segerombolan perompak dan lanun yang amat digeruni ketika itu bertaubat dan meninggalkan perbuatan keji mereka. Ternyata untuk menjadi orang besar seperti Syeikh Abdul Qadir al-Jailani seperti yang akan dipaparkan dengan terperitici dalam buku tidak perlukan modal kewangan yang besar. Semangat kuat dan keperibadian mulia sudah memadai untuk menjadikan dunia tunduk dan hormat kepadanya. Namun, sejauh mana kita mampu mentarbiah jiwa kita untuk memiliki sifat-sifat mulia seperti yang ada dalam jiwa Syeikh Abdul Qadir al-Jailani?

Buku ini tentu sangat berbeza dengan buku-buku lain yang sama sebelum ini. Kajian mengenai ketokohan Syeikh Abdul Qadir al-Jailani di sini dikupas dengan gaya bahasa yang mudah difahami, sistematik dan ilmiah. Antara keistimewaan buku ini adalah:
1. Mengukap rahsia keperibadian Syeik Abdul Qadir al-Jailani hingga menjadi tokoh sufi agung dan pemburu paling disegani hingga kini.
2. Mengkaji sejarah kelahiran ilmu tasawwuf atau lebih dikenali dengan ilmu penyucian jiwa, sejauh mana kepentingannya terhadap masyarakat serta sumbangan terhadap Islam.
3. Membalas ilmu tasawwuf menurut perspektif Syeikh Abdul al-Qadir al-Jailani dan prinsip-prinsip Tarekat al-Qadiriah hingga menjadikannya tarekat paling berpengaruh hingga kini.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

10 Gangguan Utama Syaitan Di Dalam Solat ~ Abdul Waid

Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pun pernah digoda syaitan di dalam solat baginda. Apatah lagi kita manusia biasa ini. Oleh sebab itu, sangat perlu bagi kita untuk sentiasa waspada dan berhati-hati dalam menghadapi tipu daya dan pujuk rayu musuh utama manusia ini. Terutamanya ketika menunaikan solat. Agar solat kita tidak sia-sia oleh sebab godaan hebat daripada syaitan ini. Justeru itu apakah gangguan syaitan itu? Dan apakah modus operandi musuh manusia yang licik ini? 

Temukan jawapan untuk persoalan-persoalan tersebut di dalam buku ini. Dengan jelas, buku ini menghuraikan sepuluh taktik utama yang dilakukan oleh syaitan untuk melalaikan seorang muslim di dalam solatnya. Sepuluh taktik ini telah menjadi jurus utama untuk syaitan dan kerap kali berjaya membuatkan solat seseorang itu menjadi sia-sia. 

Fahamilah dan berwaspadalah dengan sepuluh taktik syaitan itu agar kita dapat meraih solat yang khusyuk dan pahala yang melimpah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Majmu'Syarif: Jalan Menuju Bahagia Dunia & Akhirat ~ Muhammad Baihaqi

Setiap kali selesai solat, kita akan duduk berzikir dan kemudian menadahkan kedua-dua belah tangan memohon ke hadrat ilahi agar dikurniakan kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Persoalannya: Bagaimanakan cara untuk memperoleh kesejahteraan dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat? 

Buku ini disusun oleh penyusun dengan begitu teliti agar mudah bagi pembaca untuk mengamalkan amalan yang boleh diamalkan untuk meraih reda Allah S.W.T. Kebanyakan amalan yang terdapat di dalam buku ini adalah berdasarkan ayat-ayat suci Al-Quran dan daripada hadis-hadis Nabi S.A.W. Buku ini juga memperincikan berkenaan beberapa surah pilihan daripada Al-Quran seperti Surah Yasin, Surah As-Sajadah, Surah Al-Mulk dan banyak lagi surah lain yang memiliki fadilat dan kelebihannya yang tersendiri. 

Semoga ia boleh kita jadi panduan untuk kita amalkan dalam mendapatkan keberkatan hidup dan mencapai keredaan Allah S.W.T.

*****

(SEM) RM30.00 - RM26.40
(S/S) RM33.00 - RM29.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...