Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, November 28, 2013

Promosi Akhir Tahun Bermula... DISKAUN 25% BERMULA

SALAM SEMUA...

PROMOSI AKHIR TAHUN dengan DISKAUN 25% 
kepada buku-buku terpilih telah kembali lagi. Promosi bermula dari 28/11/2013 - 30/11/2013. 
Promosi untuk sebuah buku bagi setiap tajuk (kecuali ada ada 10 buku misteri yang dijual lebih dari 1).
Harga adalah sama bagi pembeli dari Sabah/Sarawak.
Pembayaran perlu dibuat dalam jangkamasa 12 jam selepas menerima emel balasan dari kami. Sebarang kelewatan pembayaran, buku yang ditempah akan dijual kepada pembeli lain.

JOMMM... SIAPA CEPAT DIA DAPAT...

SR PUBLICATION:
1. Lafazkan Kalimah Cintamu (Siti Rosmizah): RM26.90 = RM20.20 DIBELI
2. 7 Hari Mencintaimu (Siti Rosmizah): RM32.90 = RM24.70 DIBELI
3. Takdir Itu Milik Aku (Siti Rosmizah): RM33.90 = RM25.40 DIBELI
4. Cinta Gila (Dya Vanilla): RM24.90 = RM18.70 DIBELI
5. Izinkan Kumiliki Hatimu (Ameera Ameer): RM28.90 = RM21.70 (jualan 2 unit)
6. Bidadari Salju (Mia Kiff): RM36.90 = RM27.70
7. Setitis Kasih Darmia (Naniey TJ): RM26.90 = RM20.20

BUKU PRIMA:
1. Tak Mengapa Sayang (Mastura Abdullah): RM19.90 = RM14.90 DIBELI
2. Coklat, Bunga & Si Cupid (Zara Amani): RM22.90 = RM17.20
3. Awak Sudi Tak? (Liza Nur): RM18.90 = RM14.20
4. Cahaya Cinta (Aishah Abu Hassan): RM25.90 = RM19.40
5. Jika Kau Ada (Dyza Ainun): RM27.90 = RM20.90
6. Suamiku Encik Sotong (Syikin Zainal): RM25.90 = RM19.40
7. 3 Hati (Liza Nur, Nurul Syahida, Zara Amani): RM27.90 = RM20.90

PTS:
1. Art Of Diception: Edisi Bahasa Melayu (Jerry D. Gray): RM20.00 = RM15.00
2. Tolonglah Jual Kepada Saya!: Edisi Bahasa Melayu (Seth Gordan): RM20.00 = RM15.00
3. Dahsyatnya Cabaran Di Tempat Kerja (Roland Tan): RM22.00 = RM16.50
4. Fitnah Terhadap Sahabat Rasulullah (Mohd Asri Zainul Abidin): RM15.00 = RM11.30
5. Koleksi Terindah, Peribahasa Melayu (Ainon Mohd, Abdullah Hassan): RM25.00 = RM18.80
6. Rancang Wang Sejak Jatuh Cinta (Shamsuddin Abdul Kadir, Ain Muhammad): RM25.00 = RM18.80
7. Ikhwanul Muslimin (Youssef Nada, Douglas Thompson): RM29.00 = RM21.80
8. Aku Suka Dia (Iman Zahra): RM18.00 = RM13.50 (jualan 2 unit)
9. Aku, Espresso & Latte (Haryani Kamilan): RM17.00 = RM12.80
10. Dahsyatnya Doa Ibu (Syamsuddin Noor): RM14.90 = RM11.20

GALERI ILMU & MUSTREAD:
1. Rumahku Ofisku (Mazneera Zainal): RM18.00 = RM13.50
2. Anekdot Madinah (Prof Muhd Kamil Ibrahim): RM45.00 = RM33.80 DIBELI
3. Buat Bakal Isteriku (Ibnu Rijal): RM19.90 = RM14.90
4. Hebatnya Cara Rasulullah Mendidik (Razali Saaran): RM17.90 = RM13.40 DIBELI
5. Titisan Mahabbah (Diana Amir, Ibnu Rijal): RM16.90 = RM12.70

KAKI NOVEL, KARYASENI & P2U:
1. Seindah Hujan Cinta (Qash Syazwani): RM21.00 = RM15.80
2. Pelakon Cinta & Mr G (Anabella): RM26.00 = RM19.50
3. Usai... Aku Terima Nikahnya (Umie Nadzimah): RM19.00 = RM14.30 DIBELI
4. Biarlah YM Terus Berbicara (Hanni Ramsul): RM20.00 = RM15.00
5. Aku Mahu Kamu (Alfa Syamimi): RM23.00 = RM17.30 (jualan 2 unit)

ALAF21:
1. Hidangan Sunah (Marina Mustafa): RM25.00 = RM18.80
2. Bayangan Rindu (Anis Ayuni): RM19.90 = RM14.90
3. Cantik Sehijau Epal (Intan Arnida): RM25.00 = RM18.80
4. Jauh (Aisya Sofea): RM12.00 = RM9.00
5. Fitrah Kasih (Ilani Mysara): RM18.00 = RM13.50
6. Sunan Musafir (Ramlee Awang Murshid): RM22.00 = RM16.50
7. Zakat Terapi Kekayaan (Hamizul Abdul Hamid): RM18.00 = RM13.50

ASSOHWAH:
1. Jurnal Inspirasi Diri (Prof Dr Muhaya): RM15.00 = RM11.30 (jualan 3 unit) DIBELI - 3
2. Wanita Muslimah (Fauwaz Fadzil): RM10.00 = RM7.50 (jualan 2 unit) 
3. Mata Akal Mata Hati (Prof Dr Muhaya): RM25.00 = RM18.80 DIBELI
4. Celik Mata dan; Jiwa (Prof Dr Muhaya): RM25.00 = RM18.80 DIBELI
5. Peliharalah Matamu (Prof Dr Muhaya): RM30.00 = RM22.50
6. Biografi Prof Dr Muhaya: Sejernih Sinar Matamu (Rozninah Abdul Azib): RM80.00 = RM60.00 (jualan 2 unit)

JEMARI SENI & JS ADIWARNA:
1. Anthem (Hlovate): RM24.00 = RM18.00
2. aA+bB (Hlovate): RM20.00 = RM15.00 DIBELI
3. Rooftop Rant (Hlovate): RM21.00 = RM15.80 (jualan 2 unit) DIBELI
4. Kalau Jodoh Tak Ke Mana (Naurah Iman): RM23.00 = RM17.30 DIBELI
5. Dikau Tak Pernah Jauh (Nur Hatija): RM19.00 = RM14.30
6. Baju Melayu Serindit Hijau (Syud): RM19.00 = RM14.30 (jualan 2 unit)
7. Kau Belacan Aku Keju (Ayuna Asma): RM23.00 = RM17.30
8. Jurutera Hati Saya (Normaslina Masri): RM22.00 = RM16.50 (jualan 2 unit)
9. Contengan Jalanan (Hlovate): RM21.00 = RM15.80
10. Langsir Biji Remia (Noor Suraya): RM17.00 = RM12.80
11. Kisah Cinta Seribu Wajah (JS Adiwarna): RM20.00 = RM15.00 DIBELI
12. Sungguh, Aku Jatuh Hati (Zarra Zuyyin): RM26.00 = RM19.50 DIBELI

REHAN MAKHTAR & FAJAR PAKEER:
1. Kuingin Milikmu (Rehan Makhtar): RM18.00 = RM13.50
2. Kerana Sekali Cinta (Rehan Makhtar): RM15.00 = RM11.30
3. Abang Khai Tomboi (Nuraqilah Syuhaida): RM20.90 = RM15.70

NB KARA, IDEA KREATIF & LOVE NOVEL PUB.:
1. Kasih Yang Tercalar (Norhayati Berahim): RM21.00 = RM15.80
2. Mama Mia Shaza (Emy Roberto): RM22.00 = RM16.50
3. Dekat Padamu (Sarnia Yahya): RM22.00 = RM16.50
4. Terukir Cinta (Anna Lee): RM24.00 = RM18.00
5. Lafaz Cinta di Jari Manis (April Snow): RM22.00 = RM16.50 DIBELI

TELAGA BIRU:
1. 101 Rekreasi Hati (Dr Hj Zahazan Mohamed): RM17.00 = RM12.80
2. Buku Bantal Kanak-kanak - Berwudhu Sebelum Solat: RM35.00 = RM26.30
3. Buku Bantal Kanak-kanak - Mengenal Angka Arab: RM35.00 = RM26.30
4. Buku Bantal Kanak-kanak - Diaku Hari ini: RM35.00 = RM26.30
5. Buku Bantal Kanak-kanak - Waktu Solat: RM35.00 = RM26.30
6. Buku Bantal Kanak-kanak - Mari Kita Solat: RM35.00 = RM26.30 DIBELI
7. Buku Bantal Kanak-kanak - Mengenal Angka: RM35.00 = RM26.30

EMELKAN tempahan ada kepada kami dan mereka yang pertama membuat tempahan dahulu akan diberi keutamaan. 
SEMUA BUKU adalah baru & tiada yang 2nd hand.

Booksville Ent. - Books For All

Monday, November 25, 2013

PROMOSI AKHIR TAHUN... DISKAUN 25% HARGA SEMENANJUNG

SALAM SEMUA...

PROMOSI AKHIR TAHUN dengan DISKAUN 25% kepada buku-buku terpilih telah kembali lagi. Promosi bermula dari 28/11/2013 - 30/11/2013. Promosi untuk sebuah buku bagi setiap tajuk (kecuali ada ada 10 buku misteri yang dijual lebih dari 1).
Harga adalah sama bagi pembeli dari Sabah/Sarawak. JOMMM... TUNGGU KAMI 28/11/13 JAM 8.30 untuk mengetahui senarai buku DISKAUN 25% AKHIR TAHUN...

**Caj pos adalah sama seperti biasa **

Terima kasih

Booksville Ent. - Books For All

Friday, November 22, 2013

Halalkah Makanan Kita? ~ Dr Saadan Man, Zainal Abidin Yahya

Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapat di bumi dan jangan mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata.
(Surah Al-Baqarah, ayat 168)

Apakah makanan yang terbaik? Mengapakah agama Islam mewajibkan umatnya supaya mencari yang halal? Apakah konsep halal dan haram menurut perspektif Islam?

Buku Halalkah Makanan Kita? mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan, dan undang-undang. Halalkah Makanan Kita? juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul. Halalan Toyyiban adalah pilihan kita semua.

Antara Kandungan: 
Bab 1: Makanan Menurut Islam
Bab 2: Prinsip-Prinsip Halal dan Haram
Bab 3: Kategori Makanan
Bab 4: Halalan Toyyiban dalam Makanan
Bab 5: Aplikasi Halalan Toyyiban dalam Pasaran
Bab 6: Halalan Toyyiban dalam Undang-Undang Kawalan Makanan

*****

(SEM) RMR20.00 - RM17.60
(S/S) RM22.00 - RM19.40

Non-Muslim Menurut Kaca Mata Rasulullah s.a.w ~ Mohd Hafiz Daud

Dunia mengagumi Malaysia sebagai sebuah negara yang aman dan harmoni dengan kepelbagaian kaum dalam masyarakat. Hubungan antara masyarakat Islam dengan masyarakat non-Muslim di Malaysia juga tiada perbalahan besar tercetus antara kedua-duanya. Sangat nyata sekali, perlu ada “sesuatu” yang dapat mengharmonikan masyarakat Islam dan non-Muslim. 

Justeru, masyarakat Islam perlu sentiasa merujuk tanggapan Rasulullah SAW tentang masyarakat non-Muslim ketika zaman Baginda. Bagaimana Baginda melayan non-Muslim? Bagaimana tanggapan Baginda terhadap non-Muslim? Bagaimana pemerintahan Islam boleh harmoni walau adanya masyarakat non-Muslim? Rungkaikan persoalan global ini dengan memiliki buku ini. Insya-Allah, kita akan dapat menerapkan seni interaksi Rasulullah SAW bersama masyarakat non-Muslim dalam kehidupan seharian.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

X-Plorasi Surah-surah Al-Quran: Permainan Uji Minda Kreatif ~ Muhammad Luqman Makhtar

Seronoknya Mengenali al-Quran. Baik teka silang kata, cari kata, rungkai perkataan misteri atau sebagainya,kepuasan dapat menyelesaikan satu-satu uji minda sangat manis. Otak benar-benar dirasakan segar dan aktif. Dalam masa yang sama banyak maklumat am yang dipelajari secara seronok dan santai. Itulah pengalaman yang ditawarkan dalam buku ini. Melalui 111 cabaran uji minda, pembaca bukan sahaja disajikan dengan sembarangan fakta, bahkan berkaitan nama surah al-Quran. 

Dengan pendekatan uji minda, belajar tentang al-Quran tidak lagi sukar dan membosankan. Kita tahu bahawa banyak perkara yang kita tidak tahu. Tetapi kita tidak tahu berapa banyak perkara yang kita tidak tahu. Dan kita hanya tahu selepas kita mengetahui perkara yang sebelum ini kita tidak tahu. Jom ukur berapa banyak yang kita tahu dan tidak tahu tentang surah-surah kalamullah!

*****

(SEM & S/S) RM10.00 - RM8.80

Sembang-sembang Politik Islam ~ Muhammad Zuhaili Saiman

Sesungguhnya politik dan Islam tidak dapat dipisahkan, justeru politik adalah sebahagian daripada cara hidup manusia. Panduan terbaik yang seharusnya ditekankan dalam berpolitik adalah prinsip berpolitik yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Sesungguhnya, sistem berpolitik di negara ini dahagakan penerangan dan ilmu yang benar bagi meningkatkan kefahaman pemimpin dan rakyat dalam berpolitik. 

Kelebihan buku ini ialah ia memberikan panduan dan tip bagaimana cara berpolitik mengikut panduan yang digariskan dalam Islam, menyediakan kisah-kisah dan strategi berpolitik Rasulullah dan para sahabat semasa zaman kebangkitan Islam, padat dengan sorotan persoalan-persoalan penting bagi mematangkan minda politik Muslim, dan sarat dengan info berguna sebagai panduan berpolitik berpandukan al-Quran dan as-Sunnah.

*****

(SEM & S/S) RM12.00 - RM10.60

Travelog Dua Tanah Suci ~ Hamirdi Ithnin

Batu itu hidup. Batu itu bernadi. Bernadi seperti nadi manusia ... dup, dup, dup, dup ... pada ketika itu, air mata saya jatuh berderai tanpa henti, dan secara spontan saya mengakui akan keagungan dan kekuasaan Allah. Lalu saya mengadu dan merintih pada-Nya, betapa kerdilnya saya dan betapa banyaknya dosa yang telah dibuat. Saya terus melekap pada batu Kaabah itu sambil menangis dan berdoa, namun batu itu terus-terusan...dup, dup, dup, dup....Saya biarkan keadaan itu berterusan, lama rasanya. Lebih dari 5 minit. Setelah berasa puas, saya lepaskan semula lekapan itu. Kemudian, saya lekapkan dada sekali lagi ke batu Kaabah, tetapi kali ini batu itu tidak punyai apa-apa reaksi. Cuma sekadar batu. 

Bagi menyemarakkan lagi keinginan dan menyebarkan ilmu tentang ibadah haji dan menyingkap hikmah Kaabah, buku ini amat wajar dimiliki oleh hamba Allah yang mencintai syiar-syiar Islam dan merindukan bumi Makkah Al-Mukarramah.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Tuesday, November 19, 2013

Isabella: Permulaan Sejarah Hitam Islam Andalusia ~ Abdul Latip Talib

Ini adalah bahagian pertama menceritakan kisah kehidupan Isabella sejak dilahirkan sehingga menjadi ratu.

Isabella dilahirkan dalam istana dengan penuh kemewahan, hidupnya mula berubah setelah kematian ayahnya. Beliau dianiaya oleh abang tirinya yang tamakan kuasa. Keadaan Isabella menjadi lebih sengsara apabila ibunya mengidap sakit mental. Isabella terpaksa hidup di bawah pengawasan abang tirinya yang kejam. Isabella hampir menjadi mangsa perkahwinan politik yang diatur abang tirinya. Akhirnya Isabella berkahwin dengan Ferdinand putera Aragon, bintangnya cerah sehingga berjaya menjadi ratu.

Bahagian kedua nanti akan menceritakan pula bagaimana seorang perempuan yang pada masa kecilnya hidup menderita, bersikap lemah lembut dan penyayang boleh bertukar watak menjadi kejam dengan memaksa orang Islam menukar agama, dihalau keluar dari Sepanyol malah ramai yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup sehingga pada zamannya tidak ada lagi umat Islam di Andalus...

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan ~ Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Mohd Hariri Hj Mohamad Daud

"Saya amat terkesan dengan salah satu daripada pesanan dalam buku ini, iaitu 'Rasulullah berpesan, dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.' Saya melihat buku ini menghimpunkan 'aksesori' untuk perhiasan seorang gadis solehah. Buku yang sarat dengan pesanan ini mengajak kita 'jom zikir', mengubat hati supaya terus 'la tahzan', dan menginsafi diri supaya kembali kepada fitrah. Sesuai untuk mereka yang bergelar seorang gadis." - Heliza Helmi, Selebriti Tanah Air

"Melalui pengalaman menjadi seorang gadis adalah suatu kenangan yang indah, kerana gadis sentiasa ingin melakukan apa yang terbaik untuk semua insan yang berada di sekeliling. Bahagianya Menjadi Gadis Pilihan ini adalah sangat baik untuk dijadikan pedoman hidup. Pastikan wanita solehah itu adalah diri kalian." - Ummi Rose, CEO Raudatus Sakinah

"Kawan-kawan, mari kita mulakan langkah sebagai 'gadis solehah' dengan membaca buku ini." - Nurussyahamah Taqiah, Juara Adik-Adikku Musim ke-3.

Antara Kandungan:
Pilihan 1: Gadis Dimuliakan oleh Allah s.w.t.
Pilihan 2: Sebaik-Baik Perhiasan Dunia
Pilihan 3: Hikmah Surah An-Nur
Pilihan 4: Hikmah Haid kepada Wanita
Pilihan 5: Aurat Terjaga, Maruah Terpelihara
Pilihan 6: “Falsafah” Bertudung
Pilihan 7: Cinta itu Buta?
Pilihan 8: Kekalkan Kecantikan Dirimu
Pilihan 9: Usah Lewat-Lewat!
Pilihan 10: Gadis Berhak Memilih Jodoh

*****

(SEM) RM16.00 - RM16.00
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Monday, November 11, 2013

Mengapa Istikharah Tidak Berjawab ~ Emran Ahmad

Ramai orang biasanya menganggap, dengan melakukan solat istikharah, mereka pasti mendapat keputusan dan pilihan yang betul. Malahan kadangkala, mereka seolah-olah menyuruh Tuhan yang maha mengetahui, supaya memilih untuk mereka, dan kemudian memberitahu mereka pilihan yang tepat hasil daripada solat istikharah yang dilakukan.

Mengapakah Istikharah Tidak Berjawab memberikan kita suatu dimensi kupasan, perihal konsep sebenar solat istikharah menurut sunnah, dan bukan menurut persepsi. Segalanya dikongsikan satu demi satu, iaitu:
 - Bagaimana keputusan dibuat tanpa melibatkan perasaan.
- Bagaimana mahu menangani perasaan takut dalam memilih dan - membuat keputusan.
- Istikharah sebenar menurut Al-Quran dan As-Sunnah.
- Panduan dan adab dalam melakukan solat istikharah.
- Cara terbaik mengharap dan menikmati hasil keputusan istikharah.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...