Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, November 30, 2015

Bila Hati Berkata... Biar Hati Terasa ~ Bonda Nor, Muhd Kamil Ibrahim

Ia soal menjaga dan mendidik hati supaya hampir kepada pencipta. Penulis berkongsi pengalaman dari pelbagai sudut kehidupan untuk menjuruskan hati kepada sesuatu yang bermanfaat agar hati kita menjadi tempat sentuhan hidayah Allah SWT dan setia dengan kebenaran. Moga dengan asbab tersebut kita beroleh ketenangan yang sebenarnya.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Friday, November 27, 2015

Nasihat Buat Hati ~ Habib Ali Zaenal Abidin

“Sekiranya dengan dugaan dan cabaran yang pelbagai dapat menjadikan kita lebih baik daripada sebelumnya, maka mengapa kita perlu mengeluh dan bersedih?”

Apa hikmahnya Allah s.w.t. menyembunyikan isi hati seseorang manusia daripada manusia yang lain? Tidak lain dan tidak bukan kerana Allah s.w.t. ingin manusia hidup dalam keadaan dan suasana aman, tanpa sedikit pun timbul rasa syak wasangka dan takut pada setiap detik dan ketika. Sudah pasti manusia tidak mampu melelapkan matanya jikalau setiap masa mereka dapat membaca isi hati orang lain.

Ini bukan kelemahan, bahkan satu kenikmatan yang tidak terkira, anugerah daripada Allah s.w.t. kepada kita. Sekiranya isi hati bukan perkara rahsia, dunia ini mungkin huru-hara.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Nasihat 1: Pesanan Buat Penuntut Ilmu
Nasihat 2: Alim vs. Jahil
Nasihat 3: Bekalan Menuju Akhirat
Nasihat 4: Berfikiran Jauh adalah Sikap Seorang Dai
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Imam Bukhari: Pengarang Shahih Bukhari ~ Abdul Latip Talib

Kisah Imam Bukhari yang buta semasa kecilnya Berkta doa ibu, alhamdulillah penglihatannya kembali. Pada ketika dia sudah mampu melihat, kecintaannya terhadap ilmu terutama ilmu hadis semakin meninggi.

Dia mula belajar daripada seorang guru kepada guru yang lain. Dia mula mengembara hanya bagi mengumpulkan hadis-hadis. Akhirnya selepas bertahun-tahun lahirlah Kitab Shahih Bukhari.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Komik Tazkirah Tok Guru ~ Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Athool

Komik Tazkirah Tok Guru - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Himpunan petikan tazkirah dan kata-kata hikmat Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang diadaptasi dan diilustrasikan dalam bentuk komik. Santai dan menyegarkan.
*****
(SEM & S/S) RM12.90 > RM11.40

Ayahku ~ HAMKA

Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan - HAMKA.

Inilah riwayat hidup Dr. H. Abdul Karim Amrullah, perjuangan dan pengorbanannya menegakkan syiar Islam di Sumatera.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Wednesday, November 25, 2015

Suami Hensem Isteri Ohsem ~ Ahmad Shafiai Uda Jaafar (Pak Utih)

Menyelami perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam sebuah perhubungan dan berkongsi tip serta cara komunikasi yang baik untuk membentuk sebuah ikatan perkahwinan yang berkekalan. Buku ini berbentuk soal jawab agar pembaca lebih fokus dan bersistem dalam memahami keperluan dan kehendak pasangan berdasarkan fitrah yang Allah jadikan.

Orang lelaki semasa berurusan di kaunter bayaran mereka akan menggunakan duit besar (wang kertas) agar urusan pecah duit dibuat oleh cashier. "JIMAT MASA".

Orang perempuan pula akan cari duit syiling yang ada di dalam beg sebelum menggunakan wang kertas. "JIMAT DUIT".

MENGAPA?

Hanya dengan kesabaran dan menghormati perbezaan keperluan dan kehendak masing-masing dapat mengekalkan kebahagiaan suami dan isteri.
Cubalah!
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

A-Z Tentang Solat ~ Dr. Nik Yusri Musa

Membahaskan serba-serbi tentang solat. Direka dalam bentuk dalamannya yang mesra pembaca dan mudah difahami. Disertakan dengan ilustrasi, foto, gambar rajah, peta minda, dan jadual. Gaya bahasa yang mudah, ringkas dan santai. Menggunakan kitab rujukan yang muktabar. Antara kandungan menarik:

• Falsafah Solat
•Tip Khusyuk Solat
• Wudhuk dan Tayamum
• Praktikal Solat Lelaki dan Perempuan
• Solat Berjemaah
• Solat Rukhsah
• Solat Sunat
• Soal Jawab Solat
• Solat Khauf
• Solat Jenazah, dan banyak lagi.
*****
(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Friday, November 20, 2015

47 Superstar Syurga ~ Umar Muhammad Noor

Apakah Wasiat Yang Dimaksudkan Itu? Ketahuinya Di Halaman (25)
Pada malam harinya, seseorang melihat Thabit bin Qais dalam mimpi. Dalam mimpi itu, Thabit berkata kepadanya, "Saya berpesan kepadamu satu wasiat. Janganlah engkau mengatakan ini hanya sebuah mimpi lalu mengabaikan wasiatku ini".

Mengapakah Abdullah Menangis? Ketahuinya Di Halaman (54)
Abdullah diturunkan dari tiang salib. Sebuah tungku berisi air panas diletakkan di atas sebuah api yang besar. Dua orang tawanan Muslim dibawa ke tungku tersebut. Satu per satu tawanan tersebut dilemparkan ke dalam air mendidih, sementara Abdullah terus ditawarkan untuk berpindah ke agama Nasrani. Abdullah menangis. Raja Rom menyangka hati beliau mula lemah. Dia bertanya, "Mengapa engkau menangis?".

Siapakah Isteri Baginda Yang "Panjang Tangan" Itu? Ketahuinya Di Halaman (153)
Suatu hari Rasulullah memberitahu isteri-isteri Baginda, "Orang yang paling cepat menyusuli aku dalam kalangan kamu ialah orang yang paling panjang tangannya." (Riwayat Muslim)

Untuk Siapakah Pinangan Yang Dimaksudkan Baginda Itu? Ketahuinya Di Halaman (199)
Lelaki Ansar ini menyangka Baginda menginginkan anak gadisnya menjadi isteri Baginda. Justeru beliau sangat gembira dan segera menerima pinangan tersebut. Namun Baginda menjelaskan, "Aku bukan meminangnya untuk diriku. Akan tetapi...

Risalah Fikriyyah: Menghuraikan Matan Jauharah ~ Dr. Akli Ahmad

Akidah merupakan tunjang kepada umat Islam. Sejak kecil lagi kita dipasakkan dengan keteguhan Islam dan iman berlandaskan kepada prinsip-prinsip yang diajar oleh al-Quran dan hadis. Sudah tentulah perkara paling utama ialah mengakui dengan sepenuh hati bahawa tiada tuhan melainkan Allah SWT.

Oleh itu, tidak dinafikan, setiap individu Muslim wajib mengetahui, mempelajari dan mendalami ilmu akidah agar dapat meneguhkan keimanan dan keyakinan kepada sifat-sifat kesempurnaanNya. Konsep akidah amat mudah dipelajari dan difahami secara umum kepada sesiapa yang ingin mengamalkan akidah secara istiqamah. Secara tidak langsung, masyarakat yang mengamalkan konsep akidah yang betul akan melahirkan sebuah negara yang tinggi ilmu, amal dan akhlaknya.
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Thursday, November 19, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 3: Siri 2 (Akidah & Ibadah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Membawakan perbincangan langsung isu-isu akidah berkaitan pertalian dan pendirian Islam terhadap golongan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) masa kini. Juga dibincangkan tentang isu pemberian syafaat ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w. yang melakukan dosa semasa di hari kiamat kelak. Selain itu, siri kedua ini turut menyentuh beberapa hal lain berkaitan ibadat, khususnya dalam permasalahan berkenaan zakat dan haji.

ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Akidah

Bab 1: Kepentingan Mengetahui Pendirian Islam Berkaitan Akidah Yahudi dan Nasrani, sertaKekufuran Mereka terhadap Agama Islam.
Bab 2: Pendirian Umat Islam Terhadap Golongan Yahudi dan Kristian.
Bab 3: Ulasan Sesi Dialog bersama Dr. Muhammad Abdullah As-Syabani Berkaitan Tajuk Hubungan dengan Ahli Kitab.
Bab 4: Syafaat pada Hari Kiamat dan Pendirian Dr. Mustafa Mahmud.
Bab 5: Pelatnya (Kurang Kelancaran Pertuturan) Nabi Musa a.s.

Bahagian 2: Ibadah
Bab 6: Kiraan(Nisab) Zakat.

Take 5: Tazkirah 5 Minit Bukan 5 Jam ~ Dr. Mohd Izhar Ariff, Mohd Hariri Mohamad Daud

Dengar sahaja tazkirah, pasti terasa membosankan. Tetapi tidak buku ini. Tazkirah 5 minit (Bukan 5 Jam) insya Allah cukup ringkas, padat, dan warna-warni.

Tulisan bersama Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff dan Ustaz Mohd Hariri Mohamad Daud ini mengetengahkan poin dalam bentuk pendek-pendek.

Selain boleh dibaca pada waktu santai dan lapang, ada halamannya yang dapat di-snap dan kemudiannya dikongsi di media sosial.

Insya Allah mampu dapat banyak 'like'.

Antara Isi Kandungan:
Bab 1: Bagaimana Menggunakan Buku Ini
Bab 2: Ruang Tazkirah Efektif
Bab 3: Penyampaian Mempersona
Bab 4: Apa Itu Tazkirah
Bab 5: Mencintai Ilmu
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Thursday, November 12, 2015

Sunan Cinta Nan Sakti ~ Ramlee Awang Murshid

CINTA menuntut seluruh pengertian. Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman menyulam cinta dalam kancah pertempuran, permusuhan dan perjuangan. Cinta – tidak terlafaz dalam lisan. Hanya suara hati yang melagukannya biar dilandai krisis paling parah. Cinta – bakal diakhiri dengan peperangan. Mengorbankan insan tersayang. Apakah semua ini mahar untuk sebuah pernikahan?

Wali Sufi – melarang cinta Saifudin dan Ratna Sang Ratu Sulaman atas alasan yang berbeza. Cintai Penciptamu terlebih dahulu nescaya cinta fitrah suci bakal dikurnia-NYA.

Maharani - menegah cinta Sang Ratu atas sebab... cinta itu melumpuhkan sifat serikandi seorang pejuang.

“Aku akan kembali mendapatkanmu, Saifudin. Akan kuhancurkan kau dalam gumpalan tanah negerimu sendiri. Akan aku pastikan kuburanmu tidak bertanda. Akan kupastikan kematianmu tidak diratapi... apatah lagi untuk dikenang. Seluruh marga negerimu akan kuseksa. Kujadikan negerimu sebuah neraka dunia!” - Ratna Sang Ratu Sulaman.

“Sebagai manusia... aku sayang padamu.”
Saifudin dengan gelar Laksamana Sunan.
Dalam kancah peperangan dan permusuhan yang sedang rancak bergolak, maka...
Di sinilah... lahirnya seorang legenda.
Di sini jugalah zahirnya sebuah cinta.

Antologi Jiwa Kacau: Gaun Berdarah ~ Ramlee Awang Murshid, Maria Kajiwa, dan pelbagai penulis

Jiwa kacau seiring dengan perasaan berbaur misteri, trauma, takut dan seram. Himpunan kisah emosi ini hadir daripada karya-karya yang dihasilkan dalam portal ilham Karangkraf. Terdapat 27 buah cerpen yang dimuatkan dalam antologi ini.

Penulis-penulis yang terkenal seperti Ramlee Awang Murshid, Maria Kajiwa dan ramai lagi menampilkan karya yang hebat dan bakal 'mengacau' jiwa anda selama-lamanya. Gaya bahasa dan penceritaan yang unik, pastui pembaca berimaginasi dengan dunia aneh. Mengikat emosi anda dengan dialog-dialog yang membuatkan tidak tidur malam. Tentunya anda teruja bukan?

Antologi ini mengupas beberapa cerita pembunuhan kejam yang tidak terjangkau dalam minda kita.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 - RM18.50

Sunan ~ Ramlee Awang Murshid

DEK kerana fitnah dan dihukum bapa sendiri, Saifudin menjadi perantau di bumi Serambi Mekah - Aceh. Banyak ranjau yang terpaksa dilalui sebelum bermukim di situ. Saifudin diangkat menjadi anak asuhan kepada Wali Sufi. Memilih mendalami agama Islam tetapi pada masa yang sama berminat dalam seni persilatan. Di sinilah perawakan Saifudin terbentuk.

Dari anak manja di Punggor berubah menjadi pemuda yang pendiam. Ajaran agama Islam banyak membentuk caranya bertingkah laku. Sentiasa mengiringi Wali Sufi ke mana-mana dalam menyelesaikan urusan. Meniti usia remaja, Saifudin terjebak cinta tiga segi. Engku Aminah dari kerajaan Pagar Ruyong tertarik dengan akhlak terpuji lelaki itu. Kemunculan Ratna Sang Ratu Sulaman menjadi penghalangnya kerana ada sekelumit rasa cemburu membajai jiwanya.
*****
(SEM & S/S) RM35.00 - RM30.80

Monday, November 9, 2015

Tinta Nasihat Untuk Penuntut Ilmu ~ Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri

Antara faktor yang mendorong kami mengemukakan buku ini kepada para pembaca ialah:
  • Menjelaskan metodologi pembelajaran agama (dini) pada peringkat awalan dengan lebih berkesan. 
  • Memberi inspirasi kepada para pelajar agar jangan lemah semangat dan tewas dalam medan menuntut ilmu. 
  • Memberi motivasi kepada para pelajar dalam melakarkan kejayaan yang cemerlang. 
  • Menghidupkan semangat himmah yang tinggi dalam menuntut ilmu seperti yang telah dizahirkan oleh ulama terdahulu. 
  • Menghiasi diri para pelajar dengan adab dan akhlak yang tinggi lagi luhur.
Kadangkala tidak disangka ramai juga pelajar yang rebah, patah semangat dan akhirnya kecundang dalam menuntut ilmu. Kami merasakan buku ini adalah jawapannya dalam menyelesaikan kemelut yang dinyatakan itu. Begitu juga membakar semangat pelajar untuk meraih kejayaan yang cemerlang dalam perjalanan menuntut ilmu. Buku ini sesuai kepada sesiapa sahaja yang masih dalam perjalanan menuntut ilmu. Buku ini sarat dengan:
  • nas-nas tentang kepentingan menuntut ilmu
  • Cara ulama terdahulu dalam menuntut ilmu
  • Adab dengan ilmu dan adab dengan guru
  • Nasihat untuk bijak membahagikan masa dengan sebaiknya
  • Kitab-kitab yang perlu dibaca, dihadam dan dihafaz oleh penuntu ilmu agama
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Thursday, November 5, 2015

Anak-Anak Abah ~ Nazali Noor

“Anak-anak adalah anugerah dan ujian dalam masa yang sama. Anak kita bagaimana?” – NAZALI NOOR
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Baju Kelawar, Bedak Sejuk ~ Izawati Eni

Eh, Apa sangat kisah hidup suri rumah sepenuh masa! Duduk di rumah, jaga anak, setakat buat kerja sikit-sikit, nak stres apa? itu persepsi masayrakat kita kepada mereka yang bergelar suri rumah sepenuh masa.Namun kita tak tahu, mereka ini yang bangun palingawal tapi tidur paling lewat, buat kerja tak habis-habis. tak ada slip gaji, tak ada cuti. Disindir dan diperli sampai rendah diri, aduh pedih nya hati!

Buat para suri rumah diluar sana, baju kelawar, bedak sejuk dinukil khas buat kalian yang memegang jawatan paling istimewa didunia. Daripada konflik dan masalah kehidupan harian seorang suri rumah sepenuh masa, sehiggalah pelbagai tip dan panduan yang memudahkan kerja. Semua ada.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Strategi Jihad Bisnes ~ Muhammad Ali Hashim

“Bisnes wajar dijadikan pilihan utama generasi muda berjihad!”

Sesungguhnya, bisnes sangat wajar dijadikan satu perjuangan jihad. Sumber motivasi paling hebat bagi usahawan yang menjayakan Jihad Bisnes terdapat pada janji Islam bahawa usahawan yang amanah dan jujur akan mendapat ganjaran istimewa di akhirat kelak.

Justeru, buku Strategi Jihad Bisnes ini menggunakan pendekatan yang tegas dan jelas dalam menyatakan prinsip perniagaan yang harus dipraktikkan dalam setiap perniagaan umat Islam. Setiap bab di dalam buku ini menerapkan unsur-unsur yang harus ada dalam setiap jihad usahawan Islam. Malah setiap bab menjelaskan peri penting pengamalan waqaf korporat dan jihad bisnes demi memastikan keunggulan bisnes umat Islam.

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU INI?
- Menyuntik kesedaran peri penting berbisnes dengan strategi yang berkiblatkan Islam dan bukannya Barat yang penuh kerakusan.
- Memangkin semangat jihad untuk menjana kekayaan ummah.
- Perkongsian kejayaan seorang tokoh yang banyak melakar kejayaan dalam dunia usahawan.
*****
(SEM & S/S) RM49.00 > RM43.10

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi ~ Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki

Keistimewaan Buku Ini:
- Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama.
- Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun.
- Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya.
- Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Melihat Anak sebagai Amanah
Bab 1: Membisikkan dalam Hati Bahawa Anak adalah Amanah Allah s.w.t.
Bab 2: Jadikan Kalimah Tauhid sebagai Lafaz Permulaan
Bab 3: Ajar Anak Mengenali Allah s.w.t. dengan Sifat-Sifat 20
Bab 4: Didik Diri dengan Ilmu
Bab 5: Didik Anak Mengetahui Kejadian Alam Semesta dan Kebesaran Allah s.w.t.
Bab 6: Didik Anak Mendirikan Solat
Bab 7: Bekalkan Ilmu Agama yang Secukupnya kepada Anak
Bab 8: Hidupkan Bi‘ah Islamiyyah di Rumah
Bab 9: Dekatkan Anak-Anak dengan Masjid ataupun Surau
Bab 10: Tanamkan Semangat Jihad dalam Jiwa Anak-Anak
Bab 11: Ambil Peduli Perihal Sahabat Anak-Anak
Bab 12: Tanamkan Azam dalam Diri Supaya Istiqamah dalam Mendidik Anak
Bab 13: Kenalkan Anak dengan Rukun Islam dan Rukun Iman
Bab 14: Perdengarkan Nasyid Ketuhanan
Bab 15: Asah Minda Anak dengan Kuiz
Bab 16: Latih Anak bagi Mengakui Kesilapan
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...