Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, August 28, 2017

Kiamat Hampir Tiba ~ Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam

(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Buku ini terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian pertamamembawakan lebih 40 hadis yang menyebut tentang tanda-tanda kecil kiamat yang sudah banyak kelihatan dan berlaku pada akhir zaman ini.Pembukuan 40 hadis akhir zaman ini bukanlah untuk menakutkan bahkan ia bertujuan untuk menambahkan keyakinan dan sebagai panduan juga harapan agar kita berada di jalan yang benar.

Antara isu yang dibincangkan ialah: Golongan anti hadis, Bahaya kemewahan, Budaya rasuah berleluasa, Peperangan demi peperangan dan bermegah-megah dengan bangunan masjid.

Manakala Bahagian kedua pula memaparkan kronologi kejadian hari kiamat daripada sebelum kemunculan Dajjal sehingga ia muncul dan dibunuh. Juga huraian peristiwa-peritiwa lain yang akan berlaku setelah kematiannya sehingga berlakunya hari kiamat.

Pujuklah Hati 5: Throwback ~ Bonda Nor

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sesekali menoleh ke belakang seharusnya menjadikan kau lebih matang.

Kata orang …“Jangan pandang belakang.” Betul tu. Saya setuju! What past is past.

Yelah … Buat apa nak fikirtentang perkara yang sudah lepas.Jalan terus! Fokus masa depan lagi bagus!

Tapi kemudian saya sedar satu perkara. Jika diibaratkan hidup ini seperti memandu kereta, kita tetap memerlukan back mirror dan side mirrors.Untuk apa?

Untuk pandang belakang. Untuk kita jeling sesekali. Kadang untuk mengawasi situasi. Kadang sekadar untuk menyedapkan hati.Demikian hidup ini. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup kita tidak pernah sia-sia. Tetap adagunanya. Ya … sekalipun perkara itu pernah melukakan hati kita.

Sekalipun ia pernah menjebakkan kita dengan dosa. Masih ada yang boleh kita belajar daripadanya!

Misalnya bagi saya sendiri. Mengingati perkara yang pernah terjadi, buat saya lebih mudah memahami situasi hari ini. Lebih mudah mengendalikan hati agar lebih matang dan bertenang-tenang dengan pelbagai kerenah orang.

Saat terimbas kenangan, jadilah si pintar yang mahu belajar. Jadilah si akur yang tahu bersyukur.
BICARA MASA DEPAN
Sabda Rasulullah SAW:
1) Orang yang lebih baik daripada semalam, adalah orang yang beruntung.
2) Orang yang sama saja macam semalam, adalah orang yang rugi.
3) Orang yang lebih buruk daripada semalam, adalah orang yang celaka. Baik, sekali lagi ... mari kita tanya sama hati. 'Apa khabar semalam kita? Lebih baik, lebih buruk atau sama sahaja?'

Friday, August 25, 2017

Nabi Lut Melawan LGBT, Nabi Syuib Melawan Kapitalis ~ Syed Azharul Asriq

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

- Apa kaitan kaum Nabi Nuh dengan berhala Kim-Il-Sung di Korea utara?
- Di manakan Atlantis kota Kaum 'Ad?
- Tinggalan kaum yang dilaknat Allah menjadi tapak warisan UNESCO?
- LGBT penyakit warisan kaum Nabi Lut?
- Sudah wujud golongan kapitalis ribuan tahun dahulu?
- Kisah orang kaya angkuh 3300 tahun silam?

Roda sejarah itu berputar. Apa yang berlaku pada zaman para Nabi dan Rasul, juga berlaku pada zaman kita. Masalah moral, masalah politik dan masalah akidah itu berulang-ulang setiap zaman. Para Nabi dan Rasul adalah hero di zaman silam yang cuba memperbaiki kaum mereka. Ada nabi yang berjaya, ada juga yang syahid. Semangat perjuangan para nabi, perlulah diteruskan kita. Patah tumbuh hilang berganti.

Ikatlah Hatimu di Masjid ~ Ahmad Zaidi Adam

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Masjid berasal daripada perkataan Arab iaitu daripada perkataan sajada yang beerti sujud. Oleh sebab perbuatan sujud merupakan perbuatan solat yang paling mulia dan meletakan hamba di kedudukan yang paling hampir dengan Tuhannya, maka perkataan masjid di ambil daripadanya yang beerti tempat sujud. 

Penyakit cinta dunia antara punca yang telah membunuh kecenderungan umat dalam memartabatkan masjid. Lupa akhirat mengakibatkan lesunya institusi masjid yang mulia dan hebat. Masjid sebagai simbol perpaduan, kini hanya tinggal kenangan. Sudah sampai masanya kempen cintai masjid dijana dan dijaja. 

Telah tiba waktunya hati Mukmin beralih kepada rumah Allah dan merinduinya melebihi rumah sendiri agar cahaya hidayah menembusi hati nurani pembaca untuk beramal dan bertindak.

Soal Jawab Solat Musafir ~ Zulkarnain Dollah, Azhar Yahya Al-Batawi

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Solat ialah ibadah yang tidak boleh ditinggalkan walaupun ketika menghadapi kesukaran dan kesulitan. Allah S.W.T dengan rahmat dan kurniaan-nya telah memberi “sedekah” kepada hamba-hamba-Nya dalam melaksanakan ibadah solat. Antara keringanan dan kemudahan yang diberikan adalah dengan menunaikan solat secara jamak dan qasar khususnya ketika berada dalam keadaan musafir dan ketika menghadapi kesukaran dan kesulitan tertentu.

Fail Sulit Mimpi ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Mimpi ialah suatu perkara yang signifikan dalam kehidupan seorang manusia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga tua. Semuanya pasti tidak akan terlepas daripada mengalami mimpi.

Mimpi juga ialah sesuatu yang sangat subjektif untuk dihuraikan, sama ada bagi orang yang mengalami mimpi tersebut atau orang yang mendengar cerita daripada orang yang bermimpi. Mimpi setiap orang berbeza antara satu sama lain, maka sudah pasti huraiannya juga berbeza. Bahkan, persoalan mimpi ini juga bukan sekadar “mainan tidur” seperti yang sering diulang-ulang oleh anggota masyarakat kita pada hari ini kerana terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang berpegang bahawa mimpi ialah suatu hujah yang diterima pakai dalam syariat. 

Namun persoalannya, adakah benar ia boleh diterima sebagai hujah atau sebaliknya?


Bangkitlah Remaja Islam ~ Faridah Mohd Tap

(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Zaman remaja sememangnya zaman yang penuh gemilang, santai ‘enjoy’ dan tidak lupa juga penuh pancaroba kerana ketika inilah remaja akan mengalami kekeliruan identiti dan tingkah laku yang ketara. Zaman ini juga merupakan fasa berisiko bagi remaja, jika tersilap langkah kesannya amat membimbangkan. 

Bertepatan dengan inilah penulis mengambil inisiatif menghasilkan buku Bangkitlah Remaja Islam (kompilasi artikel yang pernah ditulis oleh penulis) bagi memberi kesedaran dan pedoman buat belia dan remaja yang merupakan aset emas negara tercinta.

Thursday, August 17, 2017

Bila Allah Menduga Kita ~ Syed Alwi Alatas

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Pernahkan anda menghadapi masalah dalam hidup?
Sudah tentu pernah, bukan? Tidak ada seorang pun yang terkecuali daripada menghadapi masalah dalam hidupnya. Adakah sesiapa di antara kita yang sepanjang hidupnya tidak pernah menghadapi masalah?

Adakah anda pernah menghadapi ujian yang sangat sukar dalam hidup anda? Mengapa ujian serta masalah yang sukar mesti menimpa kehidupan kita? Bagaimana caranya untuk kita tetap bertahan dalam menghadapi situasi seperti itu?

Kita sering mengeluh dan marah apabila ada kejadian menyakitkan yang menimpa diri kita. Betapa kita enggan menerima dugaan yang datang, sedang nikmat yang ada jauh lebih banyak. Secara sedar atau tidak, kita sering berprasangka buruk terhadap Allah s.w.t. kerana kesukaran yang kita alami. Namun, adakah sikap ini memberi kebaikan kepada kita dan membuat keadaan kita menjadi lebih baik?

Maka, bukanlah masalah yang menjadi persoalan tetapi sikap kita dalam menghadapinya. Buku Bila Allah Menduga Kita menjelaskan secara terperinci apakah jalan penyelesaian yang diberikan oleh Islam terhadap masalah hidup kita. Ada banak pelajaran yang akan membuatkan kita bahagia dan membantu kita meraih keuntungan dalam kehidupan ini.

Bahru Al-Madzi Juzuk 6 ~ Al-hidayah

(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi
Bahagian Haji

Bahru Al-Madzi Juzuk 5 ~ Al-hidayah

(SEM & S/S) RM42.00 > RM37.00

Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi
Bahagian Puasa & I'tikaf

Bahru Al-Madzi Juzuk 4 ~ Al-Hidayah

(SEM & S/S) RM42.00 > RM37.00

Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi
Bahagian Solat & Zakat

Bahru Al-Madzi Juzuk 3 ~ Al-hidayah

(SEM & S/S) RM42.00 > RM37.00

Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi
Bahagian Solat

Bahru Al-Madzi Juzuk 2 ~ Al-hidayah

 (SEM & S/S) RM39.00 > RM34.30

Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi
Bahagian Solat

Friday, August 11, 2017

Tak Perlu Sempurna ~ Nasrullah Amran

(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Tak perlu sempurna...kerana dalam kita cuba nak berubah, pasti kita tak lari daripada buat silap.

Thursday, August 10, 2017

Al-Adab Al-Mufrad dan Terjemahan Himpunan Hadis Mengenai Adab ~ Al-Imam Al-Bukhari

(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Kedua) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam.

Fiqh Hadis: Sahih Itu Sunnah, Daif Itu Bidaah ~ Umar Muhammad Noor

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Dalam buku ini, anda akan didedahkan kepada satu hakikat yang hanya disedari oleh pengkaji ilmi hadis – menilai status hadis dan memahami kandungannya menuntut ketelitian yang tinggi. Selain ketelitian, seorang pengkaji harus memiliki kesabaran. Perbincangan ilmu ini tidak semudah “Hadis ini sahih, justeru hukumnya sunat”, atau “Hadis ini palsu, justeru hukumnya haram”, dan yang seumpamanya. \

Anda akan melihat bahawa terkadang sebuah hadis yang menyebutkan sesuatu hukum dinilai lemah, namun hukum perbuatan yang berkenaan sunat. Ataupun sebaliknya, hadis yang berkenaan sahih namun hukum yang terkandung di dalamnya tidak boleh di amalkan. Justeru, pengkaji hadis tidak boleh terburu-buru merumuskan sesuatu kesimpulan sebelum menyemak pelbagai aspek yang berkaitan.

Jalan Menuju Petunjuk ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Bidayah al-Hidayah adalah sebuah karya yang tidak asing lagi dalam dunia Islam. Ia telah menjadi bahan rujukan utama dalam kalangan umat Islam tanpa dibatasi sempadan negara dan perbezaan bangsa. Bahkan, kitab ini telah diterjemah dalam pelbagai bahasa. Itulah antara tanda keberkatan dan penerimaan kitab ini. 

Di Nusantara, kitab Bidayah al- Hidayah ini telah diterima dengan baik sebagai baahan bacaan umum dan khusus, sama ada di masjid-masjid, surau serta pusat-pusat pengajian. Ia menjadi bahan yang dipelajari oleh setiap pelajar yang ingin memulakan jalan menuntut ilmu. Keistimewaan kitab ini adalah, ia menjadi panduan atau boleh disebut sebagai manual harian bagi seorang Muslim sama ada berkaitan amalan ketaatan (rohani dan jasmani), menjauhi kemaksiatan dan perhubungan sesama insan. Ketiga-tiga perkara ini ialah tunggak utama kepada seorang Muslim.

Prophet Yusuf Series 3 ~ Ummu Ammar Amir, Ris Melati Shamsuddin

(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Merupakan siri yang ketiga kepada Prophet Adventures Series terbitan Telaga Biru Sdn Bhd. Buku ini merupakan kesinambungan daripada Prophet Yusuf Series 1 & 2 yang mengisahkan nasib Nabi Yusuf setelah ditinggalkan oleh adik-beradiknya didalam perigi buta. Kemudian Nabi Yusuf ditemui kalifah dagang dan membesar menjadi pemuda yang sangat kacak. Akibat satu peristiwa baginda dipenjarakan. 

Turutan cerita ini dikisahkan dengan begitu menariki sekali melalui gambaran yang berwarna-warni bagi memudahkan pemahaman pembaca. Pengajaran yang diterapkan dalam penceritaan ini juga mampu mendidik jiwa kanak-kanak agar mencintai Al-Quran dan Sunnah.

Friday, August 4, 2017

Bahru Al-Madzi: Syarah Mukhtashar Shahih At-Tirmidzi (Juzuk 1) ~ Penyusun : Muhammad Idris Al-Marbawi

(SEM & S/S) RM42.00 > RM40.00

Kitab "BAHRU AL-MADZI" ini adalah merupakan himpunan hadith-hadith yang isinya sangat komprehensif. Kitab ini mengandungi 22 juzu', iaitu:

01. Juzu '01 - Mengenai Thaharah.
02. Juzu' 02 - Mengenai Solat.
03. Juzu' 03 - Mengenai Solat.
04. Juzu' 04 - Mengenai Solat dan Zakat.
05. Juzu' 05 - Mengenai Puasa.
06. Juzu' 06 - Mengenai Haji.
07. Juzu' 07 - Mengenai 'Umrah dan Jenazah.
08. Juzu' 08 - Mengenai Nikah.
09. Juzu' 09 - Mengenai Thalaq dan Li'an.
10. Juzu' 10 - Mengenai Perburuan.
11. Juzu' 11 - Mengenai Qurban,Nazar,Sumpah,Perjalanan Nabi dan Kelebihan Berperang.
12. Juzu' 12 - Mengenai Perang Sabil,Pakaian,Makanan.
13. Juzu' 13 - Mengenai Minuman,Kebaktian dan Perhubungan Silaturrahim.
14. Juzu' 14 - Mengenai Ubat-Ubatan,Fara'id,Wasiat,Wala' dan Hibah dan Qadar.
15. Juzu' 15 - Huru-Hara.
16. Juzu' 16 - Mengenai Takbir Mimpi,Saksi dan Zuhud.
17. Juzu' 17 - Mengenai Sifat Qiamat.
18. Juzu' 18 - Mengenai Sifat Syurga, Sifat Neraka dan Iman.

Minhaj Al-Abidin Ila Jannah Rab Al-'Alamin ~ Hujjah Al-Islam Al-Ghazali Al-Thusi

(SEM & S/S) RM32.00 > RM28.20

Kitab ini adalah karangan Hujjah Al-Islam Al-Ghazali Al-Thusi yang diterjemahkan oleh Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani. Ia merupakan sebuah kitab yang sering digunakan di sekolah-sekolah pondok. Sebuah kitab tasawuf yang menjadi rujukan para ilmuan terdahulu. Bicara kitab ini merangkumi pelbagai perbahasan dan disertakan dengan nas daripada Al-Quran dan hadis

Asalnya kitab ini ditulis dalam Jawi. Bagi memberikan peluang kepada generasi sekarang untuk menikmati bicara ilmu yang dihidangkan di dalam kitab ini, ia telah dialihkan ke tulisan rumi tanpa mengubah struktur asal ayat dan perenggannya. Ini merupakan khazah yang amat berharga bagi mereka yang cintakan ilmu dan Islam.

Semoga dengan hadirnya terjemahan ulamak terkenal ini dapat memberikan kita setitis ilmu yang penuh dengan sejuta makna dalam mendapatkan keredaan Allah dan menambahkan keimanan kita kepada-Nya.

Tuhfah Ar-Raghibin: Mahkota Orang Yang Gemar Menuntut Ilmu ~ Al-Hidayah

(SEM & S/S) RM9.00 > RM7.90

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita memeliharakan iman kita daripada segala perkara yang membinasakanya kerana barang siapa yang binasa imannya, jadilah ia kafir dan binasalah sekalian amal yang telah dikerjakannya dan jadilah ia isi neraka, kekal di dalamnya selama-lamanya.

Wahai para pembaca yang beriman! Wajib ke atas kita beri'tiqad dengan iqtiqad Ahli Al-Sunnah wa Al-Jama'ah kerana ia adalah jalan Nabi Allah dan sahabatnya dan segala mereka yang mengikut akan mereka itu dan yang mengikut akan yang mengikut mereka itu hingga hari kiamat. Dan wajib atas kita menjauhi sekalian rtiqad bid'ah yang sesat seperti i'tiqad segala kaum yang tujuh puluh dua yang tersebut bilangan mereka itu di dalam hadith Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam:
"Bahawasanya adalah kaum Bani Israil bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Musa tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan satu kaum jua yang masuk syurga; (dan lagi bercerai-cerai mereka itu kemudian daripada Nabi Isa tujuh puluh dua kaum, sekaliannya di dalam neraka melainkan suatu kaum jua yang masuk syurga; (dan bercerai-cerai umatku kemudian daripada aku tujuh puluh tiga kaum, sekaliannya isi neraka melainkan suatu kaum jua masuk syurga, (maka) sembah segala sahabat: "Siapa yang suatu kaum itu, ya Rasulullah?" (Maka) sabda Rasulullah Sallallahu alaihi wasollam: "laitu yang aku di dalamnya dan segala sahabatku", (yakni iaitu jalanku yang betel dan jalan segala sahabatku (yakni iaitu jalanku yang betul dan jalan segala sahabatku iaitulah jalan ahli Al-Sunnah wa Al-Jamaah."

Mustika Hadis-hadis Al-Qudsi Sahih: Jilid 2 ~ Isomuddin Bin Sayyid Abdul Robbuni As-Soobaathi

(SEM & S/S) RM60.00 > RM52.80

Sesungguhnya buku ini ialah terjemahan dari kitab anal yang berbahasa Arab, susunan Isomuddin bin Sayyid Abdul Robbuni AS-Soobaathi yang bertajuk "Sahib aI-Ahaadis al-Qudsiah" terbitan Darul Hadis Kaherah, Mesir, iaitu Himpunan Hadis-Hadis Qudsi yang sahih. Sesungguhnya hadis al-Qudsi ialah hadis yang diriwayatkan Rasulullah SAW daripada Allah SWT; ada pun ibarat dan lafaz hadis ini terpulanglah kepada Rasulullah SAW untuk? mengucapkannya. Tiada perbezaan atau pencanggahan antara hadis al-Qudsi dengan hadis an-Nabawi melainkan isnad, di mana hadis al-Qudsi isnadnya kepada Allah SWT

Hadis al-Qudsi tidak berperanan untuk memperjelasl?an huhum-hakam fekah dan tidak juga untuk menerangkan syariat-syariat ta'abbudiah, seperti hadis an-Nabawi, namun is tertumpu arah pembinaan dan pembentukan jiwa insani yang lurus. Hadis-hadis Qudsi berperanan mentarbiah jiwa insan agar mencapai maksud-maksud syariat dan rabbaniah.

Mustika Hadis-hadis Al-Qudsi Sahih: Jilid 1 ~ Isomuddin Bin Sayyid Abdul Robbuni As-Soobaathi

(SEM & S/S) RM45.00 > RM39.60

Sesungguhnya buku ini ialah terjemahan dari kitab anal yang berbahasa Arab, susunan Isomuddin bin Sayyid Abdul Robbuni AS-Soobaathi yang bertajuk "Sahib aI-Ahaadis al-Qudsiah" terbitan Darul Hadis Kaherah, Mesir, iaitu Himpunan Hadis-Hadis Qudsi yang sahih. Sesungguhnya hadis al-Qudsi ialah hadis yang diriwayatkan Rasulullah SAW daripada Allah SWT; ada pun ibarat dan lafaz hadis ini terpulanglah kepada Rasulullah SAW untuk? mengucapkannya. Tiada perbezaan atau pencanggahan antara hadis al-Qudsi dengan hadis an-Nabawi melainkan isnad, di mana hadis al-Qudsi isnadnya kepada Allah SWT.

Hadis al-Qudsi tidak berperanan untuk memperjelasl?an huhum-hakam fekah dan tidak juga untuk menerangkan syariat-syariat ta'abbudiah, seperti hadis an-Nabawi, namun is tertumpu arah pembinaan dan pembentukan jiwa insani yang lurus. Hadis-hadis Qudsi berperanan mentarbiah jiwa insan agar mencapai maksud-maksud syariat dan rabbaniah.

Thursday, August 3, 2017

Bidadari Bermata Jeli ~ Hana Ilhami

(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Di The Stanley’s Suite Hotel, Tamara merupakan gadis kelahiran Bosnia yang dipelihara oleh orang Malaysia dan dijadikan anak angkat. Penampilannya ayu mengalahkan gadis Melayu, berbaju kurung, bertudung persis ustazah. Tapi pabila terlanggar eksekutif housekeeper yang garang dan cerewet itu, terkeluar habis loghat Negeri Sembilannya.

“Oh, mak kau kopalo jendol!”

“Hey, you! Stop right there!” Pertemuan dengan Daniel Haidar berlaku pabila secara tak sengaja dia terlanggar jejaka itu. Kerana terlalu takut, Tamara terus melarikan diri tanpa menoleh pun. Punyalah selama ini dia berhati-hati dan mengelak daripada terserempak dengan salah seorang anak CEO The Stanley’s Suite Hotel itu.

“Does dejavu really happen?”

“Well, according to research, about two thirds of us experience at least one dejavu in our lifetime.” Pertemuan dengan Tamara bagaikan dejavu bagi Daniel Haidar. Terasa Tamara begitu dekat di hati. Sudahlah langgar sampai berterabur fail, stafnya itu melarikan diri pula. Kanta lekap berwarna kelabu yang melekat pada fail, menjadi permulaan episod antara Daniel dan pemilik kanta lekap itu.

Tuesday, August 1, 2017

Cikgu Bukan Ultraman ~ Mohd Zamri Husaini

(SEM & S/S) RM23.90 > RM21.00

Mendidik anak - anak abad ke 21 merupakan cabaran besar buat para guru hari ini. Cara dan pendekatan yang digunakan mungkin sedikit sebanyak berbeza dengan pendekatan terdahulu. Alvin Toffler, seorang pemikir dan futuris barat pernah menyatakan di dalam buku Rethinking The Future, bahawa " Buta huruf di abad 21 bukan hanya dialami oleh orang - orang yang tidak tahu membaca dan menulis sahaja, tetapi mereka yang tidak mahu belajar, berhenti belajar dan mengulang kembali belajar ( learn, unlearn, relearn ) ."

Super Duper Studi: Studi Sampai Jadi ~ Farhaan Rahmat, Fadzli Jusoh

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Susahlah , orang lain tak apa sebab dia dah pandai dari dulu ....

Saya sekolah biasa saja , belajar pun biasa-biasa saja ....

Cikgu memang pernah kata yang saya ada masalah .....

Saya dah buat macam-macam , ikut petua , tip , ceramah , semua macam tu saja . Hari ini okey , esok jadi balik perangai lama . Jadi malas ....

Saya ditakdirkan memang tak pandai .....

Memang saya tak boleh rasanya... entahlah , ada orang kata saya ni memang dah tak boleh dan tak pandai belajar.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...