Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, October 30, 2015

Aurat di Bawah Bumbung ~ Waled, Aishun Rafiq, Shah Othman

Kita sering kali terlepas pandang batas aurat dalam kalangan keluarga , sedangkan ia amat penting demi menjaga maruah diri dan keluar.Penjagaan aura bukan sehaja bermula apabila kita melangkah keluar dari rumah, malah ia bermula dari dalam rumah. Semak kembali pergaulan kita sesama ahli keluarga.

Adakah kita bole bersalaman dengan sepupu? dua pupu? atau bapak saudara?

Antara topik menarik dalam buku ini:
Siapa mahram saya?
Boleh Kita bersalaman?
Lesen bertunang\Ketahui pergaulan lelaki dengan wanita ajnabi\kisah viral menantu tidak mahu tidur di rumah mak mertua!
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Versus ~ Harun Sulaiman

Lawan kepada diri sendiri adalah hawa nafsu. hidu ini adalah pilihan, sama ada kita ingin menjadi baik atau sebalaik nya.

Jika kita disoal di akhirat kelak, kenapa engkau mengejar dunia sedangkan akhirat itu lebih kekal abadi.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Muawiyah: Mencari KeredaanNya ~ Al-Ghazali

NAMA sebenar Muawiyah ialah Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhr bin Harb bin Umayyah bin Abdu Shams bin Abdu Manaf bin Qusay bin Kilab al-Qurashiyy al-Umawiyy. Beliau juga turut digelar sebagai Abu Abdul Rahman.

Inilah buku yang bercerita secara dasar siapa itu Muawiyah. Walaupun cuma secara asas tetapi ia sangat penting kepada pencinta ilmu bagi membetulkan salah faham sejarah yang besar sehingga wujudnya banyak puak pada ketika itu.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Fatwa Kontemporari Jilid 3 Siri 1: Al-Quran, Hadith & Usul Fiqh ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Membawakan perbincangan terperinci berkaitan pentafsiran Al-Quran daripada sudut saintifik dan hukum merawat dengan menggunakan Al-Quran. Juga dibincangkan tentang isu antara sunnah yang wajib dan tidak wajib diamalkan, pencerahan semula beberapa hadith yang sering menimbulkan persoalan dan hadith yang diragui dalam kalangan masyarakat. Selain itu, turut menyentuh hal-hal lain berkaitan usul fiqh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Pentafsiran Al-Quran
Bab 1: Tafsiran Saintifik Al-Quran
Bab 2: Merawat dengan Al-Quran
Bab 3: Ayat-Ayat yang Membicarakan tentang Kejahatan Bani Israel

Bahagian 2: Hadith dan Ilmunya yang Mulia
Bab 4: Sunnah Taqrir (Sunnah Pengakuan)
Bab 5: Sunnah yang Wajib dan Tidak Wajib Beramal dengannya
Bab 6: Hadith “Sebaik-baik Generasi Adalah Generasiku, Kemudian Generasi Setelah Itu”
Bab 7: Hadith “Tidak Datang Sesuatu Zaman Melainkan Zaman Selepasnya akan Menjadi Lebih Buruk daripadanya”
Bab 8: Hadith “Umat Berpecah kepada 73 Kumpulan”
Bab 9: Hadith “Pulang daripada Jihad Kecil kepada Jihad Besar, iaitu Jihad Hawa Nafsu”
Bab 10: Hadith “Tiada Konsep Beruzlah dalam Islam”
Bab 11: Hadith: “Sebutlah Banyak Kebaikan Si Mati”
Bab 12: Hadith: “Aku Diutuskan Menjelang Kiamat dengan Membawa Pedang”
Bab 13: Hadith yang Dikatakan Sempurna dan Mendalam
*****
(SEM & S/S) RM27.50 > RM24.20

Thursday, October 22, 2015

Tarbiah Basah ~ Syed Salahuddin Syed Ayob

“Bilakah kali terakhir hatimu DIBASAHI Iman?”

“Bilakah kali terakhir pipimu DIBASAHI air mata keinsafan?”

"Adakah hatimu gelisah? Adakah hatimu gundah-gulana?'"

"Adakah hatimu pedih, sedih dan sempit dek kerana dosa dan pelbagai masalah yang menimpa?"

"Mungkinkah HATIMU sudah lama tidak di BASAHI dengan iman?"

"Bagaimana pula dengan air matamu?"
"Sudah berapa lama ia kekeringan?"
"Sudah berapa lama ia tidak berlinangan kerana penyesalan?"
"Dan sudah berapa lama pipimu tidak di BASAHI air mata keinsafan?"
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Masihkah Taubatku Diterima? ~ Muhammad Widus Sempo

Buku ini menyingkap tabir gaya bahasa Al-Quran dalam menceritakan rasa penyesalan umat sepanjang sejarah. Selain itu, ia cuba membaca, menganalisis, dan menyimpulkan makna-makna kehidupan yang tersirat di sebalik setiap rintihan kesedihan dan penyesalan.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bab 1: Penyesalan Manusia Pertama yang Direkod Al-Quran
Bab 2: Azar, Bapa Nabi Ibrahim a.s. yang Berwajah Hodoh di Akhirat
Bab 3: Nabi Yunus a.s. dan Tiga Kegelapan
Bab 4: Terungkapnya Penyesalan yang Disembunyikan
Bab 5: Petani-Petani Kebun di Kota Dharawan yang Kedekut
Bab 6: Berakhirnya Kezaliman Firaun
Bab 7: Penyesalan Para Pengagum Harta Qarun
Bab 8: Anak yang Derhaka
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Perbahasan Kitab Al-Umm Jilid 10 ~ Imam Muhammad Bin Idris Al-Syafi’i

Imam Muhammad bin idris al-Syafi'e (150-204H) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (pendapat lama) dan kitab yang ditulis ketka beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (pendapat baru). Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie iaitu; 

1. Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie.

2. Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh hr al-Syafie dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla'i).

3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran.

Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam mazhab al-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk). Ia dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam mazhab al-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar dan tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik dan al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas. Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. 

272 Resipi Makanan Paling Lazat ~ Ika Tyana

Kuih-muih, kek, biskut, roti dan puding adalah di antara juadah ringan yang sangat dekat dengan masyarakat kita. Rasa dan aromanya yang unik dan tersendiri mampu mengikat jiwa dan menyuburkan kasih antara si pemakan dan pembuatnya. Maka tidak hairanlah, makanan-makanan seperti ini digemari oleh semua lapisan umur. Justeru, buku ini tampil dengan 272 resepi-resepi yang mampu membuka selera anda dan ahli keluarga anda.

Di dalam buku ini, para pembaca akan disajikan dengan resepi-resepi yang 'pasti menjadi' yang terdiri daripada kuih-muih tradisional dan moden, inti kuih, kek, roti manic, biskut dan jugs puding. Kesemua resepi ini telah dilengkapi dengan panduan Iengkap mengenai bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya Iangkah demi Iangkah. Insya-AIIah, pasti jadi! 
*****
(SEM & S/S) RM40.00 > RM35.20

Beberapa Kisah Konspirasi Yang Menggemparkan Dunia ~ M. Agastya ABM

"Benarkah kapal gergasi 'Titanic' tenggelam hanya disebabkan segunung ais?" 'Dora' Muhammad Mursi sehingga digulingkan"

Kebelakangan ini, kita sering dihidangkan dengan pelbagai konspirasi yang menggemparkan dunia. 'Konspirasi', satu perkataan yang sering didendangkan apabila tercetusnya suatu peristiwa atau kontroversi. Kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar, atau pembunuhan orang-orang penting yang ternama sering dikaitkan dengan konspirasi yang menyebabkan timbulnya 'teori konspirasi'.

Justeru, buku ini memaparkan beberapa teori konspirasi yang berlaku dalam dunia hari ini dan menjelaskan sekumpulan orang yang secara diam-diam 'bermain' dalam peristiwa tersebut demi memenuhi kepentingan tersendiri. Semoga dengan kehadiran buku ini dapat membuka mata kita tentang 'permainan' pihak tertentu yang menjadi dalang di sebalik Iayar suatu peristiwa penting dalam sejarah.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

202 Soal Jawab Berkenaan Akidah ~ Al-Syeikh Hafiz bin Ahmad Al-Hakami

Buku ini membicarakan persoalan berkaitan akidah umat Islam; rukun Islam dan rukun Iman. Istimewanya, kaedah penulisan dalam buku ini sangat mudah difahami dan dihadam oleh para pembaca kerana is berbentuk soalan dan jawapan yang jelas dan menggunakan bahasa yang ringkas.

Antara perkara yang dibahaskan dalam buku ini accalah persoalan dua kalimah syahadah, solat, puasa, zakat serta haji. Adapun dalam hal berkaitan akidah, pengarang telah membicarakan persoalan iman kepada Allah yang merangkumi tauhid uluhiyah dan rububiyah serta tauhid asma' wa as-sifat. Cabang-cabang yang berkaitan rukun Iman seperti beriman kepada para malaikat, kitab-kitab, para rasul, hari akhirat dan qadar juga turut dibincangkan. Selain itu, penulis turut memuatkan huraian berkenaan ihsan, dan perkara-perkara yang membatalkan iman. Setiap persoalan-persoalan ini disertakan dengan dalil-dalil daripada nas Al-Quran dan As-Sunnah serta perbahasan mendalam daripada para ulama muktabar.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Monday, October 19, 2015

40 Kisah Palsu Tetapi Masyhur Yang Disandarkan Pada Agama ~ Mustafar Mohd Suki

Kisah Abdul Rahman Bin Auf masuk syurga dalam keadaan merangkak.

Kisah Saidina Umar r.a. menanam anak perempuan hidup-hidup ketika zaman jahiliah.

Kisah Hindun Memamah Hati Saidina Hamzah r.a.


Apa persamaan antara ketiga-tiga cerita masyhur di atas?
Ketiga-tiganya adalah PALSU.

Kisah ini bukan sekadar penyedap bicara. Jikalau benarnya tiada, maka dongeng nilainya lantas hilang hikmahnya. Jikalau kebetulan betulpun dianggap salah, apatah lagi yang tidak benar terutama berkaitan manusia.

Buku ini wajib dibaca oleh pendakwah, motivator, penceramah, pendidik, ibubapa, mahupun sesiapa sahaja supaya dapat kita betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.
(Ustaz Ahmad Husni bin Abdul Rahman)

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1
Bab 1: Hadith Maudhu’
-Pengenalan Hadith Maudhu’
-Faktor Pendorong kepada Pemalsuan Hadith ataupun Cerita Palsu
-Kaedah Mengenali Hadith Palsu

Bab 2: Israiliyyat
-Sejarah Ringkas Kemunculan Israiliyyat
-Pembahagian Israiliyyat
-Pendirian Ulama Tentang Israiliyat
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

I'm A Backpacker: Korea ~ Halian Azurin

Apa rasanya menjadi backpacker di Korea? Seorang diri tanpa ada sebarang kenalan.
Bagaimana mahu menghadapi ragam hidup masyarakat Korea yang kita hanya kenali melalui kaca TV? Di mana pula tempat-tempat wajib untuk dikunjungi dengan bajet yang sangat ekonomi? Buku ini akan membantu anda.

Ini bukan sekadar buku panduan untuk survival di Korea. Ia adalah buku yang membicarakan tentang manusia dan budaya. Pengembaraan ke Korea akan lebih bermakna sekiranya kita mampu mendalami sisi-sisi Korea yang tidak terpapar di kaca TV.

Dalam buku ini, tidak ada imaginasi, yang ada hanya realiti.

ISI KANDUNGAN
Bab 1 Tentang Seoul
Bab 2 Musim-Musim di Korea
Bab 3 Sejarah Korea
Bab 4 Survival Skill
Bab 5 Jangan Sesat di Seoul
*****
(SEM & S/S) RM23.00 > RM20.20

Kisah-kisah Daripada Al-Quran & Hadis: Rabiulawal Rabiulakhir ~ PTS Junior

Kisah-Kisah daripada Al-Quran dan Hadis menghimpunkan pelbagai kisah tentang perjalanan hidup Nabi dan sahabat, kisah-kisah perang yang berlaku serta kepahlawanan Nabi dan sahabat dalam menyebarkan agama Islam.

Buku ini berkonsepkan Bedtime Stories, Satu Hari Satu Cerita mengikut kalendar Islam. Sangat santai untuk dijadikan aktiviti bersama Si Cilik sebelum tidur. Ia juga dapat menjadikan mesej yang ingin disampaikan oleh Al-Quran dan hadis dekat dengan kehidupan para pembaca.

Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna warni serta info-info tambahan yang boleh dijadikan iktibar serta teladan kepada kita.

ANTARA ISI KANDUNGAN
BULAN RABIULAWAL
Nabi Ishak Menjadi Rasul
Cemburu Isy kepada Nabi Yaakub a.s.
Nabi Yaakub a.s. Mendapat Wahyu
Perkahwinan Nabi Yaakub a.s.
Nabi Yaakub a.s. Wafat
Nabi Yusuf a.s. Disayangi Bapanya
Mimpi Nabi Yusuf a.s.
Iri Hati Terhadap Nabi Yusuf a.s.
Kehilangan Nabi Yusuf a.s.
Nabi Yaakub a.s. Berdukacita
Menjadi Anak Angkat Ketua Polis Mesir
Fitnah Zulaikha
*****
(SEM & S/S) RM15.90 > RM14.00

Kisah-kisah Daripada Al-Quran & Hadis: Muharam Safar ~ PTS Junior

Kisah-Kisah daripada Al-Quran dan Hadis menghimpunkan pelbagai kisah tentang perjalanan hidup Nabi dan sahabat, kisah-kisah perang yang berlaku serta kepahlawanan Nabi dan sahabat dalam menyebarkan agama Islam.

Buku ini berkonsepkan Bedtime Stories, Satu Hari Satu Cerita mengikut kalendar Islam. Sangat santai untuk dijadikan aktiviti bersama Si Cilik sebelum tidur. Ia juga dapat menjadikan mesej yang ingin disampaikan oleh Al-Quran dan hadis dekat dengan kehidupan para pembaca.

Ini pasti menjadi pengalaman dan pembelajaran yang menyeronokkan kerana buku ini dipenuhi dengan ilustrasi menarik dan berwarna warni serta info-info tambahan yang boleh dijadikan iktibar serta teladan kepada kita.


ANTARA ISI KANDUNGAN
BULAN MUHARAM
01. Adam a.s. manusia pertama dan tentangan iblis
02. Hawa teman Adam a.s.
03. Adam a.s. dan Hawa diusir dari Syurga
04. Hawa melahirkan zuriat
05. Perkahwinan anak Nabi Adam a.s.
06. Pembunuhan pertama dalam sejarah manusia
07. Pengebumian pertama
08. Kelahiran Syith a.s.
*****
(SEM & S/S) RM15.90 > RM14.00

Thursday, October 15, 2015

#Sound Direct ~ Ustaz Abdullah Khairi

“Bangladesh paham, hangpa tak paham.
Hangpa lagi teruk daripada Bangladesh tu.”

“Sebab tu ada orang balik dari umrah ataupun haji, depa tak solat dah…, sebab dah banyak pahala!”

---------
Himpunan tazkirah ringkas dan pedas daripada Ustaz Abdullah Khairi yang disusun mengikut kategori, iaitu Ibadah, Akhlak, Akidah, dan Muamalah.
Ada pengajaran yang berguna.

ISI KANDUNGAN
Makan Makanan yang Halal
Kelebihan Penuntut Ilmu
Sempurnakan Wuduk
Kaabah Kiblat Orang Islam
Kewajiban Menutup Aurat
Umrah dan Haji Ketika Muda
Solat Tiang Agama
Kepentingan Menuntut Ilmu
Kelebihan Bersedekah
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Tahniah, Anda Hamil! ~ Muhammad Mawardi Zakaria, Siti Fairuz Zulkefeli, Mohammad Rizalmazli Salim, Muhammad Yusuf A. Kadir

- Sebagai persediaan awal bakal ibu dan bapa menyambut kelahiran anak buat kali pertama.
- Boleh dijadikan panduan sepanjang tempoh kehamilan, kelahiran dan perkembangan anak-anak sehingga 3 tahun.
- Setiap maklumat disampaikan dengan bahasa yang jelas, mudah difahami dan disertakan gambar yang menarik.
- Setiap maklumat diakui oleh pakar bidang yang bertauliah.
- Supaya ibu bapa sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan mental anak-anak.
*****
(SEM & S/S) RM69.00 > RM60.70

#Kipidap ~ Ayahanda Rani Kulup

Siapa sebenarnya Ayahanda Abdul Rani Kulup yang kini menjadi fenomena seantero negara?

Penampilan uniform ketat, rambut panjang, spek mata hitam dan tongkat serta beret merah yang ikonik, dengan mudah menarik lensa kamera dan video para wartawan pengamal media massa.

Beli kalau nak tau. Kalau tak, ayah report!
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

#AboutLove ~ Tere Liye

Kalau memang terlihat rumit, lupakanlah. Itu jelas bukan cinta sejati kita. Cinta sejati selalu sederhana.

Ada seseorang dalam hidupmu yang ketika ia pergi, maka ia juga membawa sepotong hatimu.

Terkadang cinta tumbuh dengan cara yang amat ganjil dan di tempat yang keliru.

Cinta hanyalah segumpal perasaan dalam hati. Sama halnya dengan gumpalan perasaan senang, gembira, dan sedih.

Suatu saat jika kau beruntung menemukan cinta sejatimu, ketika kalian saling bertatap untuk pertama kalinya, waktu akan terhenti.

Jika berjodoh, Tuhan sendiri yang akan memberikan jalan baiknya. Termasuk kebetulan-kebetulan yang menakjubkan.

Kau tidak akan mendapatkan seseorang kalau kau terlalu mencintainya.
*****
(SEM & S/S) RM13.00 > RM11.00

Friday, October 9, 2015

Allah Hidup Matiku Hanya Untuk-Mu ~ Ruhana Zaki

Merupakan sebuah bicara mengenai hakikat hidup sementara di dunia ini. Tiada yang kekal kecuali ALLAH dan hanya kepada-NYA sebaik-baik tempat bergantung.

Jadikan buku ini sebagai kekuatan diri untuk terus bangun dan melangkah menuju bahagia saat diuji Ilahi.

Mudah-mudahan ketaatan dan kesabaran ini selayaknya untuk kita meraih syurga yang abadi.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Kisah Benar Cyber 999: Kompilasi Coretan Hidup di Alam Cyber ~ Alaf21

Abad ini, jenayah berlaku di mana-mana. Semakin dunia mencapai arus kemodenan, semakin banyak kes jenayah yang dilaporkan. Bukan hanya jenayah kecurian, pembunuhan, rompakan, tetapi jenayah siber juga semakin kerap berlaku. Semuanya kerana manusia yang semakin hilang akal dan pertimbangan diri oleh pelbagai sebab.

Buku ini merupakan koleksi insiden dan jenayah siber yang pernah dilaporkan berlaku di Malaysia. Insiden dan jenayah siber ini meliputi kes-kes penyalahgunaan internet untuk mencari keuntungan mudah, gangguan seksual siber, penipuan dalam urusan jual beli atas talian, penyebaran maklumat palsu, fitnah, kecurian data, pencerobohan data dan pelbagai jenis lagi.

Menyedari betapa seriusnya jenayah ini, maka pihak CyberSecurity Malaysia telahmengambil inisiatif untuk menerbitkan buku ini bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri pentingnya ‘keselamatan diri’ semasa berada di atas talian. Kes-kes yang dimuatkan di dalam buku ini semuanya berdasarkan kisah-kisah benar yang pernah berlaku dan dilaporkan.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Wednesday, October 7, 2015

The Greatest Sultan Of Ottoman Muhammad AL-Fatih: Penakluk Konstatinopel & Rom ~ Dr. Muhammad Ali Al-Sallabi

Muhammad al-Faith adalah seorang pahlawan yang berjaya menakluki Konstantinopel dan mengalahkan pasukan Rom. Buku ini menceritakan tentang perjalanan hidup beliau dan leluhurnya yang hidup demi Islam dan mati dalam menegakkan kalimah Allah. Di antara kisah yang diceritakan kepada pembaca yang mulia di dalam buku ini ialah kisah Uthman I, Orkhan, Murad I, Bayazid I, Muhammad Jalabi, Murad H, dan Muhammad al-Fatih.

Juga diterangkan tentang sifat-sifat mereka, jalan yang mereka tempuh, bagaimana mereka berhubung dengan ketentuan Allah dalam mendirikan negara, seperti mendirikannya secara bertahap, mengambil sebab, mengubah jiwa, sating menyokong, dan ketentuan datangnya ujian.

Di dalam buku ini dijelaskan kepada pembaca yang mulia bahawa kebangkitan Dinasti Uthmani pada masa Sultan Muhammad al-Fatih mencakupi seluruh bidang kehidupan ilmiah, politik, ekonomi, informasi, dan ketenteraan. Penguasaan ke atas bidang-bidang tersebut merupakan perkara yang ha rus ada pada diri seorang pennmpin. Apabila ini tidak terpenuhi, maka kejayaan pun tidak dapat diraih.
*****
(SEM & S/S) RM22.00 > RM19.40

Fiqh Islam Mazhab Syafie ~ Sheikh Ahmad bin Hussain Al-Isfahani

Imam As-Syafie adalah ulama' terkemuka di seluru'h dunia Islam. Beliau merupakan salah seorang imam mazhab yang paling popular dan menjadi mazhab yang paling banyak diikuti oleh umat Islam. Kewibawaan dan kepakarannya dalam menganalisis, menghurai dan mengistinbat hukum-hakam fiqh melalui nas-nas Al-Quran dan hadis telah diakui oleh ramai ulama-ulama besar termasuklah imam-imam mazhab yang lain.

Buku di tangan anda ini adalah himpunan hukum-hakam yang sangat berkait dengan diri seorang Muslim. Buku yang telah ditahqiq ini merangkumi beberapa bab utama yang sangat penting termasuklah bab taharah, solat, zakat, puasa dan haji. Selain itu, buku ini juga memuatkan hukum-hakam berkaitan warisan, perkahwinan, jual beli, jenayah, hudud, jihad, binatang buruan dan sembelihan, perlumbaan dan panahan, sumpah dan nazar, saksi serta hamba sahaya.

Mudah-mudahan buku ini dapat menjadi bahan rujukan utama bagi setiap orang Islam dalam memahami hukum-hakam fiqh serta mengamalkannya.
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Sains Bekam ~ Prof. Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail

Kejadian penyakit-penyakit kronik yang meningkat pada han ini dapat dibendung dengan menggunakan kaedah yang ditunjukkan oleh pemimpin agung kita Nabi Muhammad SAW. Imam Muslim meriwayatkan hadis yang bermaksud "Sesungguhnya sebaik-baik rawatan yang kamu gunakan ialah berbekam". Juga hadis yang diriwayatkan oleh Salma, seorang hamba Rasulullah SAW yang bermaksud "Tiadalah aku mendengar seseorang pun yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang sesuatu penyakit melainkan Rasulullah SAW akan menyuruh orang tersebut melakukan bekam". Inilah jawapan untuk menyelesaikan masalah peningkatan penyakit penyakit kronik yang dihadapi oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Bekam sebenarnya telah diamalkan semenjak lebih 1500 tahun sebelum Masihi di seluruh dunia. Kajian saintifik yang kami jalankan telah membuktikan bahawa berbekam itu boleh mengawal diabetes dengan menurunkan paras gula darah, menurunkan paras serum urea, kreatinin dan asid urik. Berbekam juga boleh mengawal lemak dengan menurunkan paras kolesterol (LDL, trigliserida) dan meningkatkan HDL kolesterol, menurunkan tekanan darah dan paras antigen Von Willebrand (VWF). Penurunan faktor-faktor ini boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan strok. Buku ini menerangkan dengan terperinci bagaimana kaedah bekam ini boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah peningkatan penyakit kronik yang melanda masyarakat moden hari ini. Semoga perkongsian ini boleh memberi manfaat kepada semua golongan dan dapat memartabatkan lagi kaedah perubatan bekam selaras dengan ketinggian Islam itu sendiri.
*****
(SEM & S/S) RM15.00 > RM13.20

Pengurusan Jenazah ~ Syeikh Abdullah Abdur Rahman Al-Jibrin

Apabila berlaku kematian dalam kalangan orang Islam, maka beberapa perkara mesti dilaksanakan dengan segera. Urusan pengurusan jenazah adalah perkara yang mesti disegerakan. Urusan yang perlu kita sempurnakan adalah seperti:
-Memandikan jenazah
-Mengapankan jenazah
-Solat jenazah
-Mengusung dan mengebumikan jenazah
-Memberikan ucapan takziah

Buku ini memberikan informasi berkenaan pengurusan jenazah ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan kita ilmu dan persediaan kepada kita semua dalam melaksanakan ibadah fardu kifayah ini.
*****
(SEM & S/S) RM4.50 > RM4.00

Monday, October 5, 2015

As-Syamail Al-Muhammadiyah: Keagunganmu Ya Rasulullah ~ Imam At-Tirmidzi

Daripada penterjemah:
Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.

Mereka itu di antaranya:
- Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Syeikh al-Azhar 1958-1963)).
- Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim
- Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil
- Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah
- Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs
- Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy
- Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf
- Syeikh Dr. Ahmad Yusri
- Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy
- Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani
- Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari
- Syeikh Yusuf bin Ahmad

Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi kemas kini ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.
Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.

"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.
Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.
al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî

Muhammad Masnur Hamzah
Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:
Mentakhrij ayat al-Qur`an.
Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.
Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).
Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.
Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.
Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.
Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Kemas Kini Ini
*****
(SEM & S/S) RM55.00 > RM48.40

Friday, October 2, 2015

Syurga, Aku Datang ~ Rubiah Abu Bakar

Anakku, saat kau dikafankan, kutatap lama wajah bersihmu, tidak kusangka sekejap ini kau akan pergi meninggalkanku. Andaiku tahu sesingkat ini hayatmu, akanku temanimu tanpa sesaat pun berlalu.

Tika doktor ingin menanggalkan penyambung hayatmu, ketahuilah anakku betapa hibanya aku ingin melepaskanmu.

Air mataku turun bagaikan hujan. Duniaku gelap gelita dan terasa kosong. Jika diberi pilihan aku sanggup menjadi galang ganti bagi menanggung deritamu. Namun, apakan daya. Itulah janji TUHAN. Setiap yang datang pasti akan pulang.

Kau pergi kerana esofagusmu tidak sempurna seperti insan biasa. Tujuh bulan menanggung derita, aku redha kau diambil-NYA. Aku tahu kau pasti bahagia bersama TUHAN di sana. Sampai masanya nanti, kita akan bertemu semula...
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...