Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, July 29, 2013

Surah Yasin Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Berserta Hukum Tajwid ~ Fauzi Abdul Hamid

Surah Yasin merupakan salah satu surah lazim yang sering diamalkan oleh masyarakat Islam bagi memohon hajat atau perlindungan daripada Allah SWT. Surah ini sentiasa meniti di bibir dan terpahat di hati masyarakat Islam sama ada dalam kalangan anak-anak kecil ataupun dewasa berbanding surah-surah yang lain. Surah Yasin juga sering dibaca dalam majlis-majlis kesyukuran, doa selamat, qiamullail, mahupun ketika ditimpa musibah seperti keuzuran atau kematian. Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang membaca surah Yasin pada suatu malam kerana menuntut keredhaan Allah Taala, nescaya dosanya diampunkan. Surah Yasin ini dipersembahkan dengan tujuan untuk menggalakkan lebih ramai masyarakat Islam mengamalkannya. 

Antara elemen menarik yang disuntik dalam bahan ini ialah panduan tajwid berwarna, panduan waqaf dan ibtida’ berwarna, terjemahan dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta panduan transliterasi Arab Melayu. Oleh itu, pihak Telaga Biru Sdn. Bhd. mengharapkan surah Yasin ini bukan sahaja untuk memudahkan pembacaan, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada ayat yang panjang. Selain itu, ia juga relevan dan sesuai bagi saudara baru dalam Islam, golongan kurang atau tidak mahir dalam bahasa Arab, anak-anak dan semua peringkat masyarakat Islam. Semoga usaha kecil ini membawa manfaat yang besar kepada masyarakat dan dinilai sebagai amalan soleh di sisi Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM6.00 - RM5.30

300 Hadis Bimbingan: Edisi Kemaskini ~ Dr Hj Zahazan Mohamed, Ahmad Hasan Mohd Nazam

Al-Quran menjadi panduan hidup manusia. Panduan ini banyak dalam bentuk falsafah, konsep dan umum. Hadis Rasulullah s.a.w pula memberi contoh dan panduan yang lebih praktikal. Soalnya hadis ratusan ribu banyaknya dikategorikan kepada beberapa taraf yang terdiri daripada hadis sahih, hasan, daif hingga yang palsu. 

Buku ini telah mengumpulkan 300 hadis sahih yang paling utama yang mencakupi bidang kehidupan harian dan disusun mengikut keutamaan tajuk seperti ilmu, beramal, berjemaah, hal ehwal Rasulullah s.a.w., para sahabat, rukun Islam, rukun iman, solat, Al-Quran, puasa, kesihatan, zakat, haji, jihad, doa, zikir, persaudaraan, akhlak, sedekah, komunikasi, pengurusan, pesanan nabi dan sebagainya. 

Hadis disampaikan melalui teks yang mudah dibaca dengan terjemahan yang jelas. Pembaca dapat membuat rujukan terus untuk kegunaan dalam menghafal hadis, ceramah, usrah, tarbiah, tazkirah dan taklim. Turut disertakan biodata 72 orang perawi hadis yang masyhur.

*****

(SEM & S/S) RM26.00 - RM22.90

Friday, July 26, 2013

Ilmu Kehidupan: Ringkas Tapi Signifikan ~ Mohd Zaini Ariff, Sabtu M Ali, Roza Roslan, Muhd Kamil Ibrahim, Noor Azma Mohamad Khassim

"ILMU KEHIDUPAN: Ringkas tapi Signifikan"

Ditulis oleh lima orang penulis, dan terbahagi kepada tujuh bahagian:
1. Mereka yang Hampir - Setiap ahli keluarga, jiran tetangga dan tetamu yang bertandang, sangat hampir dengan kita, namun sejauh manakah kita menjaga hubungan itu?

2. Usahawan Akhirat - Jika mahu hidup kaya lagi tenteram di dunia dan akhirat, maka berniagalah dengan Allah, pasti menguntungkan. Serba-serbinya perlu mengikut sunatullah dalam setiap aspek kehidupan.

3. Di Hujung Senja - Senja adalah simbol suatu kehidupan. Kitarannya berwarna-warni di dunia yang bersifat hanya sementara. Di hujung senja kehidupan pasti ada titik noktahnya, tetapi sudahkah kita bersiap siaga untuk tiba di garisan penamat?

4. Hadis dan Amalan - Tiadalah suri teladan yang paling sempurna melainkan teladan akhlak dan perbuatan Rasulullah s.a.w. Contohilah ia kerana pasti akan membawa kemenangan di akhirat nanti.

5. Allah Maha Esa - Manusia adalah umpama cermin yang sempurna untuk memantulkan sifat keagungan dan keindahan Allah Taala. Kala seorang hamba hampir putus harapan dan pergantungan kepada makhluk serta asbab, maka penawarnya adalah Allah Yang Maha Perkasa.

6. Hidup Itu Indah - Sesungguhnya hidup kita indah andainya kita berusaha ke arahnya. Memperbaiki kelemahan diri sendiri dan juga hubungan kita sesama masyarakat sekeliling.

7. Nota Hati - Renunglah khilaf diri dan kisah lampau lalu, betulkanlah kesilapan diri dengan memohon keampunanNya dan mengharap redhaNya. Agar dengannya, kita mendapat ketenangan di alam abadi.

Sebuah buku yang ringkas namun pengisiannya memang signifikan. Membawa pembaca untuk merenung diri; bagaimana kita menjalani dan menghabiskan hayat di dunia ini untuk menempuh alam akhirat nanti.

Nota: 100% hasil royalti buku ini akan didermakan kepada Yayasan Anak-anak Yatim Sultanah Haminah. Dengan membeli buku ini, anda bukan sahaja mendapat ilmu di dalamnya, tetapi juga mendapat saham akhirat (membeli sambil beramal), insya-Allah.

*****

(SEM) RM45.00 - RM39.60
(S/S) RM48.00 - RM42.20

Mencari Husnul Khatimah ~ Syed Alwi Alatas

Gagal dalam kematian jauh lebih teruk daripada gagal dalam peperiksaan. Anda boleh gagal dalam hidup, tapi jangan sampai gagal dalam kematian! Maksudnya, jangan sampai kita mati dan tercatat sebagai orang yang gagal di sisi Tuhan.

Maka belajarlah daripada kematian. Banyak-banyaklah mengingati kematian. Buat persediaan yang matang untuk menghadapi kematian.
Jangan lupakan kematian, kerana kematian tak pernah melupakan kita. Jangan lupa untuk mengambil pelajaran daripadanya, kerana kelupaan itu akan menjadi penyesalan yang besar pada hari kemudian. Jangan tak bersedia dalam menghadapinya, kerana kematian selalu mengintai dan bersedia untuk mencabut nyawa kita.
Jangan tunggu lagi. Ambillah pelajaran sekarang juga. Buat persediaan secepatnya. Agar pada akhirnya kita mampu menjadi seorang pemenang yang sejati. Seorang pemenang yang mendapat iktiraf daripada Khalik, bukan sekadar iktiraf daripada makhluk.

Testimoni:
MEREKA TELAH MEMBACA MENCARI HUSNUL KHATIMAH:
Mencari Husnul Khatimah ... membuat saya merenung diri sendiri. Syed Alwi Alatas memaksa saya mencongak, apakah kebaikan yang selama ini telah dilakukan? Bacalah buku ini dengan hati yang terbuka. Insya-Allah ia menyentap jiwa dan perasaan. Fikirlah tentang kematian. Renunglah diri sendiri, jawapannya ada di dalam hati! -ROZA ROSLAN Penulis buku Bukan SekadarResipi dan Aroma Antara Benua.

Sungguh ... huraian oleh Ustaz Syed Alwi Alatas di dalam buku ini benar-benar menggetarkan jiwa. Saya makin tertarik untuk membaca satu bab demi satu bab di samping rasa gerun dan insaf meningkat satu bab demi satu bab di dalam hati sepanjang 'kembara' bersama buku ini. Sebuah pedoman untuk iman ... insya-Allah. -IBNU RIJAL Penulis buku 'Bertanya Tentang Tuhan' dan 'Khutbah Terakhir Rasulullah'.

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Mukjizat Sabar dalam Al-Quran ~ Yusuf Al-Qaradhawi

Sabar adalah bukti ilmu yang dalam dan keyakinan yang kuat kepada Allah s.w.t. Mukmin yang sabar, tegar menggenggam semangat yang kuat bagi meraih kejayaan dunia dan akhirat. Sesungguhnya, Allah s.w.t. menjanjikan pahala yang tidak terbatas dan darjat yang tinggi kepada orang-orang yang bersabar.

Antara kupasan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkenaan topik sabar seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah:
Hakikat Sabar dalam Al-Quran
Hukum dan Keperluan Bersabar
Pembahagian Sabar dalam Al-Quran
Kedudukan dan Darjat Orang-Orang yang Sabar dalam Al-Quran
Kisah Para Nabi dan Rasul Terdahulu yang Sabar
Perspektif Al-Quran Berkenaan Sabar

*****

(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Perang Salib Pertama: Jatuhnya Baitulmuqaddis ~ Abdul Latip Talib

Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah manusia.

Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine.

Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis.

Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel.

Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa.

Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib.

Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?

*****

(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Di Sebalik Ikhwan Muslimin ~ Youssef Nada, Douglas Thompson

Youssef Nada, seorang tokoh yang disegani dalam Ikhwan Muslimin menyanggah pembohongan serta mitos dan memberitahu:
  • Mengapa pengebom berani mati adalah sah.
  • Mengapa wanita Islam tidak perlu memakai burkha dan digalakkan menyertai politik.
  • Bahawa Al-Qaeda adalah satu kumpulan kecil yang terdiri daripada orang gila, dan ia adalah satu fenomena Barat yang terlalu dibesar-besarkan.
  • Bahawa orang Islam, Kristian dan Yahudi mesti belajar hidup bersama rukun dan damai.
  • Bahawa undang-undang syariah telah dirampas oleh puak pelampau.
  • Umat Islam kini bergerak dengan jet-bukan unta-. Islam sesuai untuk abad ke-21 dan pengikut mesti menyesuaikan diri.
  • Bahawa ulama Islam tidak menggunakan otak mereka sejak abad ke-12.
  • Bahawa memerintah negara-negara Islam dengan harta pusaka adalah pengkhianatan terhadap Islam dan umat Islam. 
  • Palestin dan Israel sebagai adalah dua buah negara adalah sesuatu yang tidak akan berjaya. 

Ini adalah biografi sah tentang Youssef Nada, seorang lelaki yang mengetahui paling banyak kisah separuh abad yang penuh dengan kemarahan dan revolusi. Beliau melalui situasi peperangan, keganasan sejagat, dan krisis antarabangsa yang kompleks. Beliau terlibat dalam peristiwa-peristiwa ini. Beliaulah saksi sebenar sejarah apabila mengambil bahagian dan menggunakan pengaruhnya dalam peristiwa-peristiwa yang membentuk sejarah.
.
Youssef Nada tidak pernah menjanjikan jawapan, tetapi menawarkan penyelesaian paling sesuai menerusi idea dan falsafah. Beliau telah berpegang pada idea dan falsafah ini sepanjang hidupnya sebagai duta alasan, pendamai, dan duta luar yang sesungguhnya untuk Ikhwan Muslimin. Ikhwan Muslimin mempunyai keahlian lebih daripada seratus juta di seluruh dunia. Berjuta-juta ahli kumpulan ini memegang jawatan penting di Amerika Syarikat, United Kingdom, dan di seluruh benua Eropah.
.
Beliau memiliki naluri dan pemikiran yang jelas dan tegas. Beliau seolah-olah dapat merasakan berlakunya peristiwa seperti keganasan Lockerbie di Scotland, 'latihan' serangan hebat September 11 terhadap Amerika dan pengeboman Julai 7 di London, masalah Iran-Contra, penculikan Terry Waite di Beirut, dan pelbagai kejadian ngeri yang menyentuh hidup banyak individu dan sesuatu bangsa.
.
Beliau terlibat dalam semua aspek "Kebangkitan Arab" di Mesir, termasuklah musim pilihan raya yang mana Ikhwan Muslimin akan berkuasa. Youssef Nada telah dan sehingga sekarang merupakan rahsia tersembunyi di hati Timur Tengah; bahagian puzzle yang tiada sesiapa dapat temui. Keadaan ini lebih selamat. Selepas 9/11 Nada yang sebelum ini dikenali di seluruh dunia sebagai tokoh kemanusiaan, telah dilabel sebagai pengganas antarabangsa dan disenaraikan seperti tersebut oleh Amerika dan UN.
.
Youssef Nada percaya bahawa apabila beliau dikenali sebagai utusan asing politik antarabangsa Ikhwan Muslimin, semua agensi perisikan antarabangsa mula menentang beliau. Sekarang, beliau membuat keputusan untuk keluar dan memberitahu kisah sebenar hidupnya.

*****

(SEM) RM29.90 - RM26.30
(S/S) RM32.90 - RM29.00

Saturday, July 13, 2013

Islam Selepas Kewafatan Nabi s.a.w. ~ Fathullah Al-Haq Muhd Asni

Sepanjang sejarah perkembangan Islam dari awal penurunannya sehinggalah ke hari ini, kita telah menyaksikan bahawa ramai para ahli sarjana yang lahir. Mereka ini bukan sahaja menyampaikan ajaran agama, bahkan mereka ini menyelesaikan satu persatu masalah umat yang rencam ini dengan efektif mengikut petunjuk dan prinsip wahyu. Sebab itu kita pada hari ini dapat melihat yang ajaran Islam sentiasa relevan dengan tuntutan masa dan tempat.

Namun disebabkan kita tidak berada di zaman kepesatan perkembangan ilmu Islam dahulu, maka kita tidak mendapat gambaran secara jelas bagaimana perjalanan perkembangan ilmu itu berlaku. Maka, di dalam kandungan penulisan ini, ada dihuraikan sedikit sebanyak mengenai perkembangan Islam, yang mana ia amat penting untuk kita semua tahu.

Di samping itu, di dalam buku ini ada juga menjawab golongan-golongan yang tidak mempercayai hadis Nabi SAW, golongan yang mencerca para sahabat Nabi yang mulia, golongan yang menganggap insan selain daripada Nabi SAW adalah maksum, golongan yang fanatik buta, golongan yang jumud mentalitinya terhadap keluasan Islam, golongan yang menganggap mazhab lebih tinggi darjatnya daripada al-Quran dan hadis, golongan yang semberono bercakap mengenai soal agama tanpa mendatangkan dalil dan hujah, dan pelbagai lagi isu yang akan dijawab di dalam buku ini dengan izin Allah SWT.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Thursday, July 11, 2013

Ramadan: Puasa dan Iktikaf ~ Muhamad Zuhaili Saiman

Ramadan merupakan bulan yang paling mulia di sisi Allah SWT. Ramadan menjadi penghulu bulan bagi semua bulan Islam. Terdapat banyak perbincangan berkenaan ibadah-ibadah yang khusus di dalam Ramadan, yang tidak ada dalam bulan-bulan yang lain. Bahkan, Ramadan itu sahaja memberikan sejarah yang tersendiri di sisi Islam dan masyarakat Arab.

Ramadan disinonimkan dengan ibadah puasa. Hal ini kerana, Ramadan menjadi pesta ibadah dengan kehadiran utama pensyariatan puasa. Namun begitu, persoalan dan perbincangan berkaitan ibadah puasa ini mestilah difahami dengan jelas dan teliti agar ibadah puasa yang dilaksanakan akan diterima oleh Allah SWT.
Semoga buku ini dapat memberikan input yang baik kepada semua pembaca dalam menambahkan pengetahuan berkenaan Ramadan dan ibadah-ibadah yang berkaitan di samping memahami dan kemudian mengamalkannya.

*****

(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM19.90 - RM17.50

Mencari Dia Yang Satu ~ The Rocking Hijab

The Rocking Hijab , “Lahirnya saya ke dunia ini adalah dalam fitrah seorang Muslim namun Allah telah memberi amanah kepada sepasang anak muda beragama Kristian Katolik untuk membesarkan saya di sebuah bandar kecil di Kepulauan Borneo.

Mungkin sukar untuk dipercayai, namun sedari kecil, saya seolah-olah sudah set dalam pemikiran saya bahawa Tuhan itu wujud dan Tuhan hanya ada satu, bukan tiga dalam satu, seperti mana ajaran yang dibawakan kepada saya.”

Namun pencarian demi pencarian membawa beliau kepada nur Islam. Islam membuatkan beliau menemui jati diri dan bangkit dalam pencarian Tuhan yang Satu. Ikuti liku-liku yang ditempuhi seorang mualaf dalam pencarian agama yang benar.

Antara Kandungan:
Selayang Pandang
Permulaan
Semenanjung
Fitnah
Kali Pertama Bertudung
Konflik
Syahadah
Cabaran Bermula
Konfrontasi
Kepulangan Pertama
Rumah
Pengakuan
Giliran Ayah
Pengorbanan Ibu

*****

(SEM) RM15.90 - RM14.00
(S/S) RM18.90 - RM16.60

Cara Terindah Hidup Bersyariat ~ Rizky Banjary

1. Sebahagian besar nasihat dan petua hikmah di dalamnya diambil daripada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.
2. Membangkitkan kesedaran dengan sentuhan Islami.
3. Memuatkan pesanan-pesanan ringkas, namun padat dengan makna yang mendalam.
4. Mengandungi 34 tazkirah yang terdiri daripada lebih 300 kata nasihat, hikmah dan renungan harian.
5. Motivasi tanpa banyak teori. Cukup dengan membaca dan memahami nasihat yang diberi, lalu terus mempraktikkannya.
6. Menanamkan kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik dan bermanfaat di dunia dan akhirat.
7. Sesuai menjadi bekalan bagi para pendakwah, motivator dan sesiapa sahaja yang memerlukan

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Dengan Lafaz 2 Kalimah Syahadah ~ Ikhwan Ng

Merungkaikan setiap peristiwa yang lazimnya berlaku pada mualaf. Buku ini dihasilkan supaya dapat membuka mata masyarakat siapa “Mualaf” yang sebenarnya serta memberikan jalan penyelesaian kepada saudara baru yang masih mencari-cari kebenaran.

Apabila menyebut “mualaf” pelbagai reaksi dipamerkan. Sama ada panggilan itu dilihat sebagai satu pujian apabila seseorang mendapat hidayah dari Ilahi untuk memeluk Islam atau pandangan sinis masyarakat pada saudara baru dengan pelbagai maksud tersirat.

Semoga Allah SWT membuka lebih ramai pintu hati manusia untuk menganut agama Islam yang tiada keraguan padanya.

Antara Kandungan:
Surau Dalam Bilik Stor
Bermulanya Perjalanan Ibadah Puasa
Di Sebalik Kata-kata Orang
Mengenal Huruf Alif Baa Taa
Azan Masjid
Adakah Saya Anak Derhaka Selepas Memeluk Islam
MR. Red Hat
Kahwin Campur
Sampaikan Walau Hanya Satu Ayat
Daripada Ateis Menjadi Muslim
Menemui Kebenaran Daripada Kitab al-Quran
Statistik Muallaf Memeluk Islam
Underground Muslim
Wahai “Abdullah”
Tentang Colok (Joss Stick)

*****

(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM19.90 - RM17.50

Titisan Mahabbah ~ Diana Amir

Dalam setiap hembusan nafas, langkah dan tidur, ALLAH SWT sentiasa memerhati,
Walau sering melakukan khilaf, tidak mensyukuri dan menginginkan lebih, ALLAH SWT sentiasa di sisi.

Menunggu doa hamba-Nya meminta hanya kepada yang Hakiki,
Kerana kemerosotan jiwa, nikmat dan hidayah yang diberi dipandang sepi
Tetapi, Allahuakhbar! Kasih-Nya tidak berbelah bagi, peringatan untuk pulang kepada yang merindui sering kembali.

Biar alam, air mata dan kalam menjadi saksi,
Lantas segala hikmah dari perjalanan hidup menuju Ilahi kuteliti,
Apabila ku sedar, tiada terhentinya ‘Titisan Mahabbah’ dari Ilahi,
Ku sambut ia dengan kesyukuran yang tidak bertepi.

Diana Amir... seorang gadis biasa yang bertindak secara luar biasa, meninggalkan zaman kegemilangan untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Apa yang berlaku sebenarnya? Ranjau apakah yang dilalui sepanjang perjalanan kehidupan gadis ini?

Naskhah ini adalah himpunan kisah-kisah peribadi beliau yang mempunyai hikmah yang begitu mendalam apabila diteliti. Kisah-kisah yang disampaikan dalam bentuk bicara santai ini diintegrasikan melalui kupasan ayat-ayat al-Quran dan hadis Nabi agar ia bukan sekadar dibaca di minda, tetapi juga di hati. Hayatilah coretan kisah-kisah ini sebaiknya. Ia bukan sahaja penghibur di kala sunyi, bahkan pengubat keresahan hati.

*****

(SEM) RM16.90 - RM14.90
(S/S) RM19.90 - RM17.50

Al-quran Al-Karim Waqaf & Ibtida' Saiz I (Lebih Nipis) ~ Prof Madya Dr. Hj Ab. Raof Hassan, Tan Sri Hassan Azahari

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ merupakan satu panduan wakaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan Al-Quaran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna.

*****

(SEM & S/S) RM70.00 - RM61.60

Semuanya Soal Hati ~ Pahrol Mohamad Juoi

Kebahagiaan ini apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah dalam al-Quran. Firman Allah, bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’du: 28). Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya. 

Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”. Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, “Inilah hakikat akhlak mulia.” Sesungguhnya, itulah inti pati mesej buku “Semuanya Soal Hati” ini!

*****

(SEM & S/S) RM36.00 - RM31.70

Monday, July 8, 2013

Luqmanul Hakim Adalah Socrates Berkulit Hitam ~ Muhammad Alexander

Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).
Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.
Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan:

Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam.

Kedua - Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.

Antara Kandunga:
. Terjemahan Surah Luqman
. Sejarah Hidup Socrates dan Falsafahnya
. Garis Masa Yunani kuno
. Socrates Berkulit Gelap Keturunan Afrika-Yunani
. Socrates Ahli Hikmah dan Pencari Hikmah
. Socrates Mengajar Manusia supaya Bersyukur kepada Allah dengan Cara Mengenali Diri Sendiri dan sembahyang
. Nasihat Socrates supaya Tidak Menyekutukan Allah
. Socrates Berpesan supaya Lamprodes (Anaknya) Berbakti kepada Ibu Bapa
. Socrates Percaya Tuhan akan Membalas Semua Perbuatan Manusia
. Socrates Mengajak kepada Kebaikan dan Mencegah Kejahatan
. Kesabaran dan Kawalan Diri Socrates
. Usah Sombong
. Socrates Mengajak Hidup Bersederhana
. Tuhan Memudahkan Segala-Galanya untuk Manusia
. Socrates Dihukum Mati Menelan Racun sehingga Digelar "Luqman"
. Mencari Maksud Kata Nama Socrates dan Luqman

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM42.00 - RM37.00

A-Z Soal Jawab Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya ~ Ahmad Adnan Fadzil

Buku “A – Z Soal Jawab Puasa , Tarawih, Zakat dan Hari Raya” ialah pilihan tepat bagi anda. Setiap kali kedatangan bulan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia majoritinya bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan bulan ini. Bulan Ramadhan bagaikan pesta ibadah bagi seorang mukmin yang benar-benar menghayati dan merasai kenikmatan ibadah di bulan Ramadhan. 

Anda perlu memiliki buku ini kerana ia dipersembahkan dalam bentuk soalan dan jawapan yang sering menjadi permasalahan. Merungkai setiap permasalahan yang timbul dalam ibadah puasa, tarawih, zakat dan hari raya secara lengkap serta mudah difahami. Penyediaan jadual, gambar rajah dan carta untuk membantu kefahaman para pembaca. Menyelesaikan persoalan yang berlaku dengan mengutamakan pandangan mazhab asy-Syafi‘i berserta dalil.

*****

(SEM & S/S) RM25.00 - RM22.00

Halalan Thayyiban: Amalan Rikhsah Dalam Pemakanan ~ Khairudin Shaary

Sesungguhnya sudah menjadi lumrah fitrah kehidupan bahawa manusia memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Seiring dengan kemodenan tamadun manusia, corak pemakanan manusia juga sudah disuntik unsur kemodenan. Hal ini sekali gus menyebabkan kita tidak dapat lari daripada kesukaran membezakan unsur-unsur syubhah dalam konsep pemakanan moden pada hari ini. Mencari yang halal itu adalah fardu, maka amat penting bagi setiap Muslim untuk mengetahui lebih mendalam tentang konsep rukhsah dalam kehidupan sehariannya bagi mengelakkan unsur-unsur syubhah lebih-lebih lagi dalam tabiat pemakanan moden. 

Justeru, buku ini akan membincangkan tentang konsep rukhsah dalam ilmu usul fiqh dengan memfokus kepada soal pemakanan dan pengubatan serta beberapa isu sampingan. Di samping itu, buku ini juga akan meneliti isu-isu semasa yang berkaitan fiqh pemakanan serta melihat huraian pertimbangan hukum syarak tentangnya.

*****

(SEM & S/S) RM15.00 - RM13.20

Allah Doktorku: Wahyu Ubat Penyakitku ~ Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi

Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang selesa adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Dalam episod kehidupan dunia, sakit merupakan salah satu babak kehidupan yang datang daripada Pencipta Yang Maha Bijaksana sebagai ujian dan dugaan. Manusia akan berusaha untuk sembuh dan hakikat penyembuhan yang sebenarnya adalah daripada Allah SWT kerana Allah bersifat asy-Syafi. Pelbagai pendedahan mengenai kaedah perubatan warisan Islam melalui buku “Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku”. 

Buku ini sangat wajar dimiliki kerana Menekankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani. Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan hadis. Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit. Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

*****

(SEM & S/S) RM32.00 - RM28.20

Friday, July 5, 2013

Biografi Inspirasi: Prof Dr Muhaya. Sejernih Sinar Mata ~ Rozninah Abd. Azib

"Prof. Dr. Muhaya, pakar mata yang berjiwa Islam. Dari pancaran matanya, dapat dibaca keinginannya yang meluap-luap untuk membawa manusia melihat dunia ini dari pandangan mata seorang mukmin sejati, bukan pandangan duniawi yang merugikan. Alangkah indahnya jika apa yang dilihat oleh Prof. Dr. Muhaya dapat dirasai oleh insan lain. Semoga Prof. berjaya dengan misi 'mata'nya..."
(Ahmad Fedtri Yahya. Personaliti TV)

"Prof. Dr. Muhaya, sumber inspirasi dan semangat untuk kami semua, golongan artis. Cara beliau memberi ceramah dan menegur membuatkan kami selesa dengannya. Tegurannya sama ada secara umum dalam seminarnya dan rancangan TV serta nasihatnya secara langsung melalui pertemuan secara peribadi, membuatkan saya rasa tegurannya, seperti teguran seorang kakak. Ceramah Prof. biasanya diperkuatkan dengan fakta saintifik, yang menyebabkan pendengar berfikir dan cepat terkesan kerana ada bukti yang nyata dan logik."
(Nora. Selebriti)

"Antara tokoh ilmuwan dan pendakwah wanita di Malaysia yang sentiasa memberi manfaat kepada masyarakat ialah Prof. Dr. Muhaya. Namanya kini masyhur sebagai pendakwah.Sumbangan yang diberikan oleh beliau begitu besar dalam melakukan transformasi pemikiran minda yang negatif kepada positif, sentiasa bersangka baik dan berkemampuan untuk berubah. Penerbitan buku ini, diharap dapat memberi manfaat kepada orang ramai untuk mengambil contoh yang baik daripada beliau."
(Ustaz Dr. Zahazan Mohamed. Tokoh Ilmuwan Islam & Pengarah Urusan Telaga Biru)

"Prof. Dr. Muhaya saya kenalinya, sejak saya menjadi pelajar master perubatan dan kini kami bertugas di tempat yang sama, di Prince Court Medical Centre. Walaupun kini kami rakan sekerja, tetapi Prof. Dr. Muhaya tetap guru saya. Beliau menjadi tempat kami merujuk dan mencari ilmu, tidak berubah keadaan itu, walaupun kini saya sudah menjadi doktor pakar, seperti dirinya, kerana faktor pengalaman. Pengalamannya dalam bidang Oftalmologi sangat luas dan tidak dapat ditandingi dan beliau tidak lokek untuk mengajar dan berkongsi pengalaman dengannya. Saya suka Prof. sebab dia seorang yang sangat positif dan baik hati."
(Dr. Tan Niap Ming. Pakar Mata Prince Court Medical Centre)

"Kami bersyukur menjadi anak Prof. Dr. Muhaya. Beliau ibu yang sangat penyayang. Sikap penyayangnya itu dipamerkan dengan sepenuh jiwanya, melalui kata-kata dan perbuatannya. Dalam masa yang sama, dialah ibu dan sahabat karib kami. Ibu kami itu sentiasa bersedia mendengar masalah kami dan sentiasa memberikan sokongan dalam semua keadaan. Sikap positifnya membuatkan kami sentiasa bersemangat menempuh apa-apa cabaran dalam kehidupan kami sebagai 'orang muda'. Ya Allah, penjangkanlah umur kedua ibu bapaku yang kami sayangi dalam keadaan sihat walafiat dan bahagialah hidup mereka di dunia dan diakhirat."
(Dr. Noor Aniah Azmi. Anak)

"Prof. Dr. Muhaya ialah pensyarah saya semasa belajar perubatan dan Sarjana Surgery Oftalmology. Ketika mengajar, Prof. mengaitkan ilmu kedoktoran dengan keagamaan. Beliau lembut dan tegas, sangat rapi dengan kerja dan cekap. Saya belajar banyak tentang kehidupan dan kemanusiaan dengannya, terutamanya tentang bagaimana mengawal emosi ketika berhadapan dengan pesakit. Merawat pesakit dengan kasih sayang dan keikhlasan, menjadi amalannya. Prof., contoh wanita profesional yang berjaya dalam kerjaya dan rumahtangganya. Mudah-mudahan, Prof. terus berjaya dalam setiap perkara yang diusahakannya dan mendapat keberkatan Allah, dunia akhirat."
(Dr. Othmaliza Othman. Pakar Mata & Bekas Pelajar)

*****

(SEM) RM80.00 - RM70.40
(S/S) RM82.00 - RM72.20

Wednesday, July 3, 2013

Amalan Kecil Berpahala Besar ~ Fahrur Mu'is

Buku kecil ini adalah sebuah koleksi pelbagai amalan mudah dan ringan yang dapat dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia menjanjikan pahala besar. Bahkan, ada juga terdapat amalan yang menjadi pembuka pintu syurga. Amalan itu dipanggil sebagai amalan mudah kerana ia lebih mudah dilakukan berbanding dengan amalan lain. Ia juga dipanggil amalan ringan kerana ia mampu dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal dan tenaga yang berat.

Bab 1. Amalan Kecil Berpahala Besar dalam Wuduk dan Solat
Menyempurnakan Wuduk
Berjalan Kaki ke Masjid
Mengumandangkan Azan
Mendengar Azan
Berdoa Selepas Azan
Mengaminkan Bacaan Imam dalam Solat
Membaca Rabbana Walakal Hamdu
Solat Dhuha
Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum Subuh
Duduk di Tempat Solat

Bab 2. Amalan Kecil Berpahala Besar dalam Puasa
Puasa Hari Arafah
Puasa Asyura
Puasa Enam Hari pada Bulan Syawal
Puasa Tiga Hari pada Setiap Bulan

Bab 3. Amalan Kecil Berpahala Besar dalam Sedekah
Sedekah daripada Rezeki yang Halal
Bersedekah Susu
Bersedekah Seutas Tali
Bersedekah Sebotol Air
Bersedekah Tali Selipar
Memberi Minum kepada Binatang
Bab 4. Amalan Kecil Berpahala Besar dalam Membaca Al-Quran
Membaca Al-Quran
Membaca Surah Al-Ikhlas
Membaca Dua Ayat Terakhir daripada Surah Al-Baqarah
Membaca Ayat Kursi

Bab 5. Amalan Kecil Berpahala Besar dalam Zikir
Membaca Tasbih
Membaca Tahmid
Membaca Tahlil
Membaca Istighfar
Menghadiri Majlis Zikir
*****

(SEM) RM5.00 - RM4.40
(S/S) RM6.00 - RM5.30

Hikmah Surah Al-Kahfi ~ A. Razak Muthalib

"Sesiapa yang memelihara (iaitu memelihara bacaan dengan sentiasa membaca) sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi, dia akan dilindungi daripada fitnah dajjal." (Hadith direkodkan oleh Muslim, Abu Daud, An-Nasai, dan At-Tirmizi)

Buku Hikmah Surah Al-Kahfi ini dilengkapi dengan keseluruhan teks surah Al-Kahfi sebagai amalan sunnah hari Jumaat.Selain itu,antara topik-topik yang dibincangkan dalam buku ini merangkumi:

Bab 1: Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Kahfi
Bab 2: Asbabun Nuzul Surah Al-Kahfi
Bab 3: Kelebihan Surah Al-Kahfi
Bab 4: Tafsir Ringkas Surah Al-Kahfi
Bab 5: Zikir PadaWaktu Pagi dan Petang
Bab 6: Zikir Selepas Solat Fardhu Amalan Rasulullah.

*****

(SEM) RM5.00 - RM4.40
(S/S) RM6.00 - RM5.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...