Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, April 21, 2016

20 Sen Untuk Ke Syurga ~ Elyas Ismail

Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia. Tapi ini bukan alasan untuk terus ‘mengumpul harta’ yang tidak baik itu ya.

Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen.

Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang ‘harta yang tidak baik’ itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?
*****
(SEM & S/S) RM24.00 > RM21.10

Selamat Tinggal Usia ~ Mohd Akhirudin

Perjalanan menuju ALLAH SWT itu umpama perjalanan tanpa jarak.Mustahil untuk kita ketahui di mana penghujungnya.Perjalanan kita di dunia ini akan hanya berakhir apabila ALLAH mengotakan kata janji-NYA iaitu di akhirat kelak.

Maka kehidupan ini perlu diisi dengan ilmu dan nasihat, dan al-Quran serta bimbingan Rasulullah SAW adalah wadah terbaik mendapatkan nasihat dari muflis di akhirat nanti.Setiap manusia mempunyai hanya satu umur.Umur ini adalah modal besar yang ALLAH berikan kepada setiap mahkluk-Nya.Isilah umur kita sebaik-baiknya kerana rumah dunia bukanlah rumah yang sebenar.

Gunakanlah segala kesempatan yang ada sebelum kita mengucapkan Selamat Tinggal Usia.
*****
(SEM & S/S) RM27.00 > RM23.80

Menumpang Teduh Pohon Akasia: Somiland Bukan Somalia ~ Muhammad Suhail Ahmad

Kebanyakan kita lebih mengenali Somalia berbanding Somaliland. Sebabnya mudah sahaja, Republik Somaliland tidak pernah wujud. Itulah hakikat pahit yang cuba ditelan setelah tiada satu pun negara di dunia mengiktirafnya.

Kembara ini membolehkan aku melihat sendiri negara Islam yang dipinggirkan ini. Begitu banyak perkara yang mengejutkan aku sejak dari awal menjejakkan kaki sehingga berlepas pulang ke Malaysia.

Walaupun rakyat Somaliland berbangsa Somali, serumpun dengan rakyat Republik Somalia, namun mereka tidak mahu saling berkaitan.

Tahukah anda tentang kehebatan tentera Malaysia yang diselindungkan dunia sewaktu berlakunya kejadian Black Hawk Down? Pernahkah anda terfikir gelombang 4G telefon bimbit sentiasa penuh di kawasan gurun? Percayakah anda kembara ini terpaksa merentasi 20 batang sungai?

Bacalah buku ini untuk menikmati pengalaman kembara gurun Somaliland yang jarang sekali diterokai. Aku sudah selitkan juga video di dalam buku ini. Sambil membaca, anda dapat menonton!
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Mohon Redha Ilahi ~ Ahmad Dusuki Abd. Rani

Jika dikatakan bahagia itu berada di dalam istana yang megah, belum tentu ia membahagiakan kerana harta bukan segalanya. Andai diucap bahagia itu pada pasangan kekasih, itu juga belum pasti kerana akan ada pasang surutnya cinta. Lalu, di manakah sebenarnya bahagia itu?

Mari sahabat, kita salami ke dasar hati dan percayalah bahawa bahagia itu ada pada sifat redha. Lalu, rebutlah peluang yang diberi ketika masih ada ruang dan kesempatan untuk menggapainya. Lakarlah sejarah hidup dengan bahagianya redha ALLAH, tiada yang selain-NYA.

Sesungguhnya, apa yang ditakdirkan ALLAH itu manis belaka. Hanya kitalah yang harus bijak menerima atau menolak. Hakikatnya berkata redha itu mudah, namun ia sulit dilaksanakan kecuali oleh insan yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.
*****
(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Saturday, April 16, 2016

Salju Kyoto ~ Sara Aisha

‘When a man truly loves a woman, she becomes his weakness. When a woman truly loves a man, he becomes her strength. This is called Exchange of Power.'

Musim dingin 2015. Kyoto.

Semuanya bermula pada malam itu. Aku cuma seorang wanita biasa yang ingin mencari sahabat yang hilang. Namun, malam itu mengubah segala-galanya. Dia muncul umpama samurai dalam persalinan kimono hitam dan sebilah pedang.

A.K, dia sang jejaka misteri. Bermata helang, beraura garang. Bersamanya, terselit amaran.
“Stay away from him.”

Tetapi, bagaimana mungkin aku lari daripadanya bila dia tiba-tiba mengumumkan bahawa aku miliknya?
“She's my woman. You touch her...and you die.” - A.K.

Hakikat bahawa Badri sudah menjadi yakuza mengeruhkan keadaan. Dia sahabat baik yang tulus, jadi kenapa dia menghumban diri ke jalan ini?

“If you feed an evil soul, he'll become a devil.” - Badri

Tiga Ceritera Dalam Sebuah Nota ~ Rodier, Ijazati Habib, Nisyah

KERANA SARAH ALYA ~ RodieR

“Puteri Rasulullah nama Fatimah, kan?”
Sarah angguk.
“Pasangan dia Ali kan?”
“Kenapa abang ni?”
“Maknanya, pasangan Ali, Fatimah la kan?” aku tanya lagi.
“Dah tu kenapa?”
“Maknanya kawan Sarah tu pasangan abanglah.”
“Hah?”

Dulu, Saifudin Ali tahu erti cinta pertama daripada dia. Namun dia bukan lagi Fatimah Asyikin seperti yang dulu. Bolehkah Saifudin Ali menerimanya, dan bolehkah mereka bermula semula?

JODOH SAMBAL HITAM ~ Ijazati Habib

“...kamu ni kemaruk nak makan sambal hitam tu hari-hari. Kahwin ajelah dengan orang yang buat sambal tu.”
“Umi ni kan, sikit-sikit kahwin. Sah-sah yang tukang buat sambal hitam ni kategori mak-mak orang. Tak pun bini-bini orang.”

Tapi Zach tak tahu, orang yang pandai buat sambal hitam kegemarannya tinggal di sebelah rumah saja; tuan punya kucing yang jadi musuh Zach. Bolehkah Ariana menerima lelaki yang suka mengusiknya itu?

Kapcai Biru Kenari Kuning ~ Fizziany

“Buat apa tu?” soal Amir.
Alisya menjeling ke arah Amir. “Ambil serailah...” jawab Alisya.
Amir memandang Alisya sambil menghela nafas berat. “Itu pokok lalang....”

Si gadis bandar itu terus mengejar si jejaka yang baik hati dan murni jiwanya. Baginya, lelaki kacak mudah dicari. Lelaki kaya mudah ditemui. Lelaki yang baik hati dan kacak meskipun papa kedana dan cuma ada kapcai tua sebegini pula sudah pupus di bumi. Namun dia hampa apabila bayang jejaka yang dikejar kian hilang entah ke mana.

Bagi sang jejaka, dunia dan pengalaman adalah guru sebenar dalam kehidupan. Hidup bukan bergantung pada syllabus yang tertulis di buku-buku pelajaran. Sang jejaka mula mencari pengisian cinta. Baginya, cinta bukan sekadar di bibir. Hanya dengan cinta, tak bisa mengenyangkan perut yang sedang lapar.

Cinta itu tidak semestinya bercinta. Cukup hanya mencintai biarpun tidak dicintai.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Friday, April 15, 2016

Buat Duit Dengan Dropship ~ Nor Liza Abu Bakar

Ramai orang yang berhasrat untuk menceburi bidang bisnes, namun hasrat itu terhenti apabila memikirkan tentang modal. Benarkah kita tidak boleh berbisnes sekiranya tiada modal dalam tangan? Jawapannya sudah tentu salah! Kita sebenarnya mampu menjana pendapatan dengan bisnes walaupun tanpa modal.

Buku ini memfokuskan tentang bagaimana kita dapat memperoleh pendapatan tanpa mengeluarkan sebarang modal. Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah:
  • Kelebihan & Kekurangan Dropship 
  • Bagaimana Sistem Dropship Beroperasi 
  • Bagaimana Memilih Produk yang Mahu Dijual 
  • Menjayakan Produk Jualan 
  • Pentingnya Khidmat Jualan 
  • Strategi Pengurusan
Berbisnes secara dropship kian mendapat tempat di hati usahawan-usahawan kecil dan sederhana. Cabarannya, mampukah bisnes tersebut bertahan lama? Adakah pendapatan yang diperoleh benar-benar lumayan ataupun indah khabar dari rupa? Apakah risiko bisnes ini? Buku ini mampu memberi pencerahan kepada pembaca terutamanya yang sedang berkira-kira untuk memulakan bisnes ini.
*****
(SEM & S/S) RM9.90 > RM8.70

40 Hadis Palsu dan Lemah Popular ~ Abdul Razak Muthalib

Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagi mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini. Begitu juga dengan hadis lemah yang tidak boleh dijadikan hujah.

Buku 40 Hadis Palsu dan Lemah Popular - Edisi 2016 ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu dan lemah yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu dan lemah ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
BAHAGIAN 1 : PENGENALAN
Bab 1 : Mengenali Hadis
Bab 2 : Hadis Sahih
Bab 3 : Hadis Hasan
Bab 4 : Hadis Dhaif
Bab 5 : Hadis Maudu’

BAHAGIAN 2 : 40 HADIS PALSU POPULAR
Hadis 1 : Menuntut Ilmu Sehingga ke China
Hadis 2 : Menuntut Ilmu Daripada Buaian
Hadis 3 : Nabi Kota Ilmu dan Ali Pintunya
Hadis 4 : Doa Ketika Membasuh Anggota Wuduk
Hadis 5 : Solat Yang Tidak Mencegah Kemungkaran
*****
(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Laki Aku Negro, Kau Peduli Apa? ~ Dr. Hayya Bilal

“Tempat awak sejukkan. Kalau macam itu, kenapa awak hitam?” aku bertanya selamba.

Si Negro ketawa. (Apa punya soalan kurang ajar, agaknya).

“Kenapa awak tanya?”

“Yelah, bukankah awak hitam sebab cuaca di negara awak panas?” Hahaha. Si Negro ketawa lagi.

“Awak tak belajar geografi ke?”

“Hahahah...” Aku ketawa sebab terasa macam bodoh sangat.

“Belajar geografi masa dulu-dulu, tapi sudah lupa,” jawabku.

“Orang kulit gelap bukan sebab duduk di cuaca panas. Awak ingat kalau kita letak orang Melayu di tempat Eskimo 100 tahun, mereka akan jadi putih?”

ANTARA ISI KANDUNGAN
Berkenal-Kenalan
Cinta Itu Aneh dan Dungu
Berkenalan dengan Negro
Makan Pisang
Kena Sebiji
Kenapa Negro Hitam
Mainan Gadis Bujang
Jatuh Tersuka

Thursday, April 14, 2016

Himpunan Tazkirah Canteek 2 ~ Ustaz Hj. Kamil Hj Sidek

Himpunan Tazkirah Canteek 2 karya Ustaz Haji Kamil bin Haji Sidek atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Kay, merupakan episod sambungan daripada Himpunan Tazkirah Canteek yang pertama. Sebuah contoh karya yang santai dan ringan namun berkesan dalam mendidik jiwa masyarakat yang dahagakan peringatan dan bimbingan.

Jelas sekali hati ini memerlukan penggilap yang merupakan pengisian ilmu dan peringatan bagi membantu membezakan antara yang halal dengan yang haram. Ilmu yang baik ialah ilmu yang dapat disampaikan dengan tepat dan padan. Padan dengan golongan sasaran. Lantas membuahkan hasil tuaian berupa amalan. Begitulah realiti masyarakat pada hari ini, ilmu dan peringatan perlu disampaikan kepada mereka dengan tepat, padat, santai dan ringan. Bertepatan dengan nukilan hukama, 

"Sebaik-baik ucapan ialah ucapan ringkas dan membawa erti yang mendalam."
*****
(SEM & S/S) RM19.00 > RM16.70

Saturday, April 9, 2016

Bidadari Di Pintu Firdausi ~ Grup Karya Bestari

Sebuah naskhah yang menjadi inspirasi untuk kita membentuk diri menjadi seorang insan baik dalam kalangan terbaik.

Menghimpunkan beberapa pandangan peribadi yang berkongsi kisah mengenai seorang Jemaah haji yang meninggal dunia di Tanah Suci akibat runtuhan kren.

Disertai nasihat dan peringatan yang mampu membangkitkan semangat untuk menjadi hamba yang disayangi dan dicintai Ilahi. Al-fatihah buat Siti Nuroshlizan Zolkifli.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Thursday, April 7, 2016

Kisah Israk & Mikraj: Berdasarkan Riwayat al-Bukhari & Muslim ~ Ahmad Adnan Fadzil

Kisah Israk dan Mikraj telah diriwayatkan daripada sahabat yang cukup ramai, iaitu mencapai 26 sahabat yang menceritakannya. Oleh sebab itu kisah Israk dan Mikraj ini termasuk dalam akidah yang wajib dipercayai oleh setiap orang Islam. Israk dan Mikraj merupakan peristiwa penting yang sering dirayakan saban tahun oleh seluruh umat Islam. 

Peristiwa ini merupakan antara mukjizat terbesar yang dikurniakan Allah SWT kepada kekasih-Nya, Nabi Muhammad SAW. Allah SWT telah menunjukkan kekuasaan dan kebesaran-Nya serta mengurniakan kekuatan rohani yang besar kepada Baginda demi mengutuhkan jiwanya dan menerangkan hikmah-hikmah ilahiah atas apa yang telah terjadi. Kisah ajaib ini telah direkodkan dalam al-Quran dan hadis-hadis sahih, yang wajib diimani.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

Tuesday, April 5, 2016

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat ~ Roza Roslan

Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara. Ada ilmu yang hadirnya melalui kehidupan seharian. Kehidupan inilah yang perlu diamati dan diteroka.

Mengandungi 30 bab. Mengenai kisah penulis semasa berada di Turki dan beberapa negara Timur Tengah. Bagaimana penulis melihat dan memerhati serta menyingkap kisah tersirat masyarakat, budaya dan tradisi setempat. Betapa persepsi awal penulis terhadap sesuatu itu tersasar apabila mula memahami kisah yang terselindung. Sebaliknya ia penuh dengan pengajaran dan natijah yang wajar dihayati oleh setiap manusia.

Senyumlah, menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini.

Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat umpama sebuah universiti kehidupan yang penuh dengan keagungan Maha Pencipta!
*****
(SEM & S/S) RM38.00 > RM33.40

Detik Itu... DIA Menguji Kita ~ Noraini Bahari, Muhd Kamil Ibrahim

Seluruh kehidupan adalah ujian, namun ujian duka kelihatan lebih mencabar.

Buku ini merupakan tulisan bersama Prof. Muhd Kamil Ibrahim dan Noraini Bahari. Konsep asas penulisan karya ini adalah untuk mengingatkan diri akan kematian yang pasti menjelma. Namun, sebelum detik itu tiba, kehidupan ini akan dilalui dengan kehadiran pelbagai ujian. Ujian sentiasa hadir. Dia mengajar kita untuk sabar dan solat. Itulah tanda redha menjadi tunggangan yang tidak memenatkan. Benar, sepanjang berusaha dan bertawakal, sudah pasti kita bertemu dengan onak, duri dan ranjau kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian besar. Kita dicipta dan dilahirkan di muka bumi ini semata-semata untuk menyembah dan beramal ibadat kepada-Nya.

Karya ini menampilkan kisah diri dan mereka yang hampir dalam melihat, merasai dan melalui setiap ujian-Nya yang datang bersilih berganti. Ujian biasa-biasa yang tidak terbanding dengan ujian para nabi dan rasul tetapi inilah teras penulisan yang mereka persembahkan kepada khalayak pembaca berkait dengan kisah-kisah kehidupan yang telah mereka lalui bersama dengan keluarga dan masyarakat. Tidak kiralah sama ada ia besar atau kecil, biasa atau luar biasa kerana sesungguhnya hidup adalah ujian. Niat akhir penulis agar karya mereka ini menjadi penyebab untuk mereka dan khalayak mendekatkan diri kepada-Nya. Insya-Allah.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Monday, April 4, 2016

Tafsir Mini Surah Al-Duha Untuk Anak-anak ~ Ummu Ammar Amir, Abu Ammar Ramlie

Buku ini hadir untuk membantu ibu bapa dan guru bagi mentadabbur bacaan ayat-ayat suci Allah SWT kepada generasi muda dengan gaya yang lebih interaktif dan menarik minat anak-anak. Buku ini juga menggunakan pendekatan “Pictorial Mnemonics and Sound Contrasting” yang terbukti mampu menambah perbendaharaan kata. 

Hampir setiap ayat disertakan dengan ilustrasi yang sesuai dan menarik bagi membantu anak-anak memahami ayat-ayat yang dibaca.
*****
(SEM & S/S) RM10.00 > RM8.80

40 Hadis Tentang Keberkatan ~ Mohd Khafidz Soroni

Keberkatan juga merupakan satu anugerah daripada Allah SWT kepada setiap hambaNya yang bertakwa kepadaNya. Keberkatan bukanlah diukur dan dinilai daripada nikmat penggunaannya.

Walaupun sedikit, tetapi mencukupi malah banyaknya boleh diagih-agihkan. Itulah yang dinamakan berkat. Manakala yang tidak berkat adalah sedikitnya tidak cukup, banyaknya tidak puas.
*****
(SEM & S/S) RM8.00 > RM7.00

Praktikal Solat Sempurna ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

PRAKTIKAL SOLAT SEMPURNA menghuraikan secara ringkas dan padat cara pelaksanaan solat, langkah demi langkah berdasarkan rukun-rukun solat yang telah digariskan para ulama dalam mazhab Syafi‘i.

Kenapa buku ini mesti dimiliki?
- Pencerahan ringkas kepada beberapa persoalan khilafiah berkenaan solat yang menjadi perbahasan di kalangan orang awam.
- Menghuraikan cara pelaksanaan solat, langkah demi langkah dengan posisi yang tepat seperti solat Nabi, disertakan foto.
- Setiap pergerakan solat dinyatakan dalilnya.
- Bersumberkan kitab rujukan muktabar berbahasa Arab dan bertulisan jawi.
- Bacaan dalam solat juga dijelaskan berserta maksudnya agar pembaca dapat memahami setiap yang dilafazkan dan membantu khusyuk.
- Sebagai bonus, disertakan tip mendapatkan khusyuk dan menghilangkan waswas dalam solat.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Ekstremis Dua Kutub ~ Ustaz Firdaus Zalani

“Aku nampak sekarang ada dua kutub kefahaman ekstremis yang sedang melanda umat ini. Kutub itu adalah kutub teroris dan juga kutub liberal. Kedua-dua kutub fahaman ini telah membawa imej yang buruk terhadap Islam. Islam tidak difahami dengan benar dan tepat, baik oleh penganutnya sendiri mahupun kepada orang kafir.

Pada kutub teroris, umat Islam dilihat sebagai umat yang ganas jahat suka bom orang! Pada kutub liberal pula, umat Islam dilihat terlalu terbuka, sehingga adakalanya mengiktiraf agama lain sebagai benar. Jadi, orang kafir ini pun rasa, buat apa aku nak masuk Islam, agama aku pun benar apa?

Kefahaman-kefahaman sesat seperti inilah yang aku akan cuba betulkan melalui siri-siri tulisan aku. Nak tahu lanjut? Mari selak buku ini.”
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Kau Sembah Apa? ~ Ahmad Iqram Mohamed Nor

Buku ini mengisahkan tentang agama-agama di Malaysia, serta ulasan dan kritikan terhadap isu-isu sensitiviti antara agama yang wujud di negara ini.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Konsep Agama
Bab 1: Pengertian Agama
Agama dan Manusia
Manusia Membawa Agama
Islam dan Agama Lain

Bab 2: Peranan Dakwah
Pendekatan Dakwah
Dakwah dan Malaysia

Bahagian 2: Agama-Agama di Malaysia
Malaysia Masyarakat yang Majmuk

Bab 3: Agama Islam
Sejarah Ringkas Nabi Muhammad s.a.w.,Nabi Akhir Zaman
Al-Quran Adalah Kitab Terakhir
Kewajipan Umat Islam
Islam di Tanah Melayu
Isu-Isu Umat Islam
Salah Fahaman Muslim Terhadap Islam

Bab 4: Agama Buddha
Sejarah Ringkas Sidharta Gautama Buddha
Kematian Buddha
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Galaksi Muhsinin ~ Azrul Jaini

Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa, tetapi bersatu. Mereka maju, tetapi mereka bertaqwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: Menyebarkan rahmat ke serata alam.

Tahun 2205. Keamanan galaksi ini mula tergugat. Orang Zion sentiasa mengintai peluang. Liga Lanun mahukan maruah mereka kembali. Maharaja Legion pula berikrar melunaskan sumpah Maharaja Empayar Sibernatik Cyborg yang pertama.

Konflik tercetus apabila salah sebuah planet yang berlindung di bawah Galaksi Muhsinin cuba dijajah oleh pihak musuh. Konflik berlanjutan apabila kapal angkasa yang membawa rombongan haji hilang selepas diserang oleh pasukan misteri.

Kemakmuran yang dahulunya tiada tolok banding kini di ambang kehancuran. Di bawah kepimpinan Khalifah Zulqarnain, mampukah mereka mempertahankan kedaulatan galaksi?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00

Anarkis ~ Khairul Nizam Khairani

Sarjan Awai Anak Gamung adalah salah seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia yang ditugaskan di Bosnia di bawah misi IFOR. Kerana terlalu mengikut perasaan, Sarjan Awai telah bertindak di luar batasan dengan membunuh seorang jeneral pasukan tentera Serbia, Jeneral Revan Tanovic. Akibat diburu rasa bersalah atas tindakannya yang melampaui batas, Sarjan Awai telah meringkuk di dalam penjara di Croatia selamat lima tahun sebelum Angkatan Tentera Malaysia berjaya menemuinya dan membawanya pulang ke Malaysia. Namun dosa lampaunya masih terus memburu apabila kerajaan Britain menghantar wakilnya ke Malaysia iaitu Sir Anthony Morse dan ejen MI5, Andrew Doyle untuk menyiasat kematian salah seorang anggota skuad elit SAS British yang dipecayai maut akibat tindakan Sarjan Awai di Bosnia.

Sarjan Awai telah bersedia untuk mengakui kesilapannya, namun berlaku satu perkara yang mengubah segala-galanya. Kematian Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur, peguam yang bertanggungjawab membela Sarjan Awai yang dibunuh dengan kejam. Kini Sarjan Awai menjadi suspek utama. Cif Inspektor Kamarul Zaman yang menggalas tugas menyiasat pembunuhan Sir Anthony Morse dan Jagjit Kaur berpendapat kemungkinan Sarjan Awai mengalami tekanan mental dan telah hilang kewarasan.

Transgenesis ~ Amir Husaini

Apa yang bermula sebagai sebuah kes pembunuhan seorang tauke balak, menjadi semakin rumit dengan kehadiran gadis misteri berambut hijau. Ada masanya dia datang sebagai kawan, dan ada masanya sebagai lawan yang menakutkan. Siapa sebenarnya gadis misteri ini?

Para penyelidik daripada Institut Trans-DNA beria-ia mahu menjejak gadis misteri itu. Apakah rahsia yang mahu diselindungi?

Seorang wartawan, Buraquzzaman, berusaha untuk membongkar misteri pembunuhan dan misteri gadis berambut hijau ini, tetapi kehadirannya tidak disenangi oleh mereka yang mempunyai agenda tersembunyi.

Apakah nilai kehidupan manusia apabila wang dan kuasa yang memegang nyawa?
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...