Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, January 14, 2016

Pillow Fight: Love You Till Jannah ~ Yussamir Yusof

Suami adalah manusia biasa.
Imannya turun dan naik.
Kadangkala imannya tinggi setinggi Gunung Uhud.
Kadangkala imannya rendah serendah batu di atas tanah.

Isteri jua begitu.
Emosinya tenggelam dan timbul.
Ada ketika manjanya membelai jiwa semanis gula.
Ada ketika rajuknya mengganas persis ribut tropika.

Suami ataupun isteri, masing-masing sering terlupa, rumah tangga adalah wadah untuk berkongsi segala rasa. Perkahwinan itu satu perkongsian, bukan satu persaingan. Andai kita menang pun, apalah gunanya. Kerana kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal dan berteduh di bawah bumbung yang sama.
*****
(SEM & S/S) RM21.00 > RM18.50

Surah Al-Kahf English Version ~ Al-Hidayah

From Abu Sa'eed al-Khudri, who said: "Whoever reads Surah Al-Kahf on the night of Jumu'ah, will have a light that will stretch between him and the Ancient House (the Ka'bah). "(Narrated by Al-Daarimi,3407. This hadis was classed as saheeh by Shaykh Al-Albanani in Saheeh Al-Jaami,6471)
*****
(SEM & S/S) RM3.90 > RM3.40

Friday, January 8, 2016

Fiqh Wanita ~ Fauwaz Fadzil Noor

Buku ini menghimpunkan kompilasi beberapa aspek kehidupan penting yang perlu diambil tahu oleh wanita, malah menjadi persoalan sejak sekian lama. Risalah ini turut menjawab pelbagai topik penting tentang masalah- masalah hukum yang berkaitan dengan wanita. 

Banyak daripada permasalahan tersebut terbiar tanpa penjelasan disebabkan oleh ketiadaan waktu yang sesuai untuk bertanya atau merupakan perkara yang malu untuk ditanya oleh kaum hawa. Apatah lagi, pada zaman ini, kemungkinan orang yang bertanya tentang masalah tersebut dipandang tidak baik oleh orang lain. 

Oleh itu, buku ini mampu memandu para wanita Muslimah moden hari ini dan golongan lelaki yang ingin membimbing ahli keluarga ke jalan Islam yang benar.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Solat Sunat Pilihan (Edisi Kemaskini) ~ S.S. Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Kehidupan bagaikan kerdipan mata. Satu perumpaan yang tersirat, membawa maksud yang begitu mendalam. Betapa singkatnya hayat manusia. Justeru, jangan dipenuhi dengan lena yang panjang. Jangan sampai kita terjaga di kala jasad sudah dimamah tanah.

Buku Solat Sunat Pilihan ini tampil mengingatkan kita agar menjadi hamba yang taat, patuh dan ikhlas dalam melaksanakan ibadat kepada-Nya. Kupasan tentang hikmah solat-solat sunat yang dianjurkan dan doa-doa daripada salaf as-soleh berdasarkan sumber yang tepat dan pencerahan yang menyentuh jiwa sangat bermanfaat dalam proses menterjemahkan diri kita sebagai hamba Tuhan.
*****
(SEM & S/S) RM20.00 > RM17.60

Ensiklopedia Serangga Dalam Al-Quran Untuk Anak-anak ~ Ummu Ammar

Buku "Ensiklopedia Serangga dalam Al-Quran untuk Kanak- kanak" ini mengajak kita semua berfikir, bertaddabur dan bersyukur dengan setiap ciptaan Allah SWT, Rabbulalamin, Tuhan semesta alam. Risalah ini bukan sahaja mengajak kita berfikir tentang kewujudan Allah SWT, tetapi lebih daripada itu, berusaha mengajak pembaca menjadi hamba yang patuh akan suruhanNya. 

Mungkin dengan mempelajari serta mencontohi sifat dan sikap yang ada pada serangga itu akan dapat menjadikan kita hamba Allah SWT yang taat dan patuh.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Monday, January 4, 2016

Be Cool: Pujuklah Hati 2 ~ Bonda Nor

Sequel kepada Pujuklah hati. Perkongsian kisah yang biasa berlaku terhadap diri, pasangan dan sesiapa sahaja yang tampak sukar, sebal dan pelbagai namun sekiranya diamati ia merupakan kisah ‘semua’ orang. Jika di tangani dan dilihat takdirnya dari mata hati serta fikiran yang positif, semuanya akan jadi mudah dan tenang-tenang sahaja.
*****
(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Makkah Al-Mukarramah: Kelebihan & Sejarah ~ Dr. Abd. Basit Abd. Rahman

(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Madinah Munawwarah: Kelebihan & Sejarah ~ Dr. Abd. Basit Abd. Rahman

Madinah Munawwarah merupakan tempat hijrah Rasulullah SAW. Selain itu, turut menjadi tempat bertapaknya iman pada akhir zaman, markas pimpinan, madrasah pendidikan dan bimbingan serta tarbiah Islamiah. Tempat ini penuh dengan kesan-kesan sejarah yang tidak ternilai dan mempunyai keistimewaan yang tinggi disisi Allah SWT.

Oleh itu, terhasillah risalah ini bagi kaum muslimin untuk mendalami sejarah asal-usul dan ketamadunan pembinaan pusat perkembangan agama Islam di Madinah. Buku ini juga merungkai hikmah yang terdapat di sebalik kewujudan bandar istimewa ini.
*****
(SEM & S/S) RM30.00 > RM26.40

Ikon Syabab 2 ~ Umar Muhammad Noor

"Ikon Syabab 2" merupakan kesinambungan daripada buku "Ikon Syabab". "Ikon syabab 2" menceritakan tokoh-tokoh pemuda Islam zaman dahulu yang pandai menetapkan matlamat dan mengatur strategi untuk mencapainya. Tokoh-tokoh ini layak menjadi ikutan remaja Islam. Terutama dalam menjalani masa-masa muda yang penuh dengan rayuan hawa nafsu dan bujukan syaitan. Jom kenali pemuda Islam berjiwa besar, seperti Yahya bin Yahya, Imam Malik bin Anas, Imam al-Bukhari, Arthaah bin Munzir dan ramai lagi. Kisah-kisah mereka yang dipaparkan dalam buku ini pastinya bakal memberi inspirasi.
*****
(SEM & S/S) RM17.00 > RM15.00

#Jangan Kata Abang Tak Payung ~ Bahruddin Bekri

Kisah ini sudah lama. Editor yang seorang ini, datang dan kemukakan cadangan dia. Dia kata, nak ambil status2 FB saya yang lama2, status2 yang terpilih, buat jadi buku.

Saya tidak berapa berkenan dengan cadangan dia. Sebab saya belum sampai taraf lagi untuk buat macam tu (sedar diri T__T). Tapi saya tak kata tak nak, cuma saya buat ayat yang menyusahkan dia dengan harapan dia akan mengalah.

"Tapi aku malas nak kumpul2 ni. Kalau kau kumpulkan, baru aku ok."

Tapi dia okey pula. Kemudian selepas beberapa ketika, dia beri saya tengok layout awal. Eh, lepas baca, feel baca balik tulisan kita pada layout buku sangat berbeza dengan feel baca pada layout facebook. Saya mula lembut hati.

Kemudian waktu nak beri tajuk, saya tak tahu nak letak tajuk apa. Dia beri cadangan, tajuk ‪#‎jangankataabangtakpayung‬
Saya yang sudah malas nak berfikir, pun ok.
- Bahruddin Bekri
*****
(SEM & S/S) RM25.00 > RM22.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...