Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, January 16, 2020

Asam Garam Rumahtanga Nabi s.a.w 2 ~ Luqman Makhtar

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini terdiri daripada 4 bab mustahak dengan lebih 100 babak romantik Nabi dengan ummul mukminin :

Bab 1 - Romantik menampilkan sekitar 40 babak yang bakal menginspirasi kan rumah tangga kita. Antara babaknya;
- Asam Garam 1 : Nabi dan isteri berkongsi makanan
- Asam Garam 8 : Nabi dan isteri berkongsi berus gigi
- Asam Garam 14 : Isteri sikatkan rambut

Bab 2 - Nikah pula menghidangkan lebih 50 babak pernikahan Nabi dengan 11 orang isteri tercinta baginda. Pernikahan Nabi suatu babak hidup baginda yang begitu penting namun jarang diberikan perhatian. Antara babaknya;
- Asam Garam 55 : Nabi tidak ada belanja hendak kahwin
- Asam Garam 85 : Mahar paling mahal

Bab 3 - Ilmu dan ibadah menghimpunkan sekitar 30 babak Nabi dan isteri menghidupkan budaya ilmu dan ibadah; dua asas yang wajib bagi kebahagiaan rumah tangga. Antara babak menarik:
- Asam Garam 127 : Nabi baca Al Quran, isteri dengar
- Asam Garam 140 : Ummu Salamah bertanya juga walaupun malu
- Asam Garam 144 : Nabi suruh Hafsah belajar berubat

Asam Garam Rumah Tangga Nabi s.a.w. ~ Luqman Makhtar

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Rasulullah sebagai manusia juga berumah tangga. Lalu dalam berumah tangga Baginda hadapi asam garamnya. Ada ketika ceria bersama, ada ketika saling bermasam muka. Ada ketika romantik, ada juga ketikanya berkonflik. Sungguh setiap saat dalam hidup baginda ada teladan untuk umat. Barulah umat boleh belajar daripada Baginda.

Benarlah, Rasulullah uswah hasanah; teladan terbaik. Buku ini memaparkan babak - babak asam garam rumah tangga Nabi yang mungkin kita tidak tahu selama ini, antaranya:

1. Nabi terasa hati
2. Sebulan Nabi merajuk
3. Isteri intip Nabi
4. Nabi dan isteri kemalangan
5. Isteri berdikari cari nafkah
6. Adakala Nabi pun bergadai
7. Isteri paksa Nabi makan ubat
8. Nabi melayan sahaja isteri cemburu
9. Nabi bercerai!
10. Isteri dituduh curang!

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 ~ HAMKA

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Tafsir Surah An-Nur dan Juzuk 18 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 18, iaitu Surah Al-Mu'minun, An-Nur, dan Al-Furqan.Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA adalah kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara.Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.

Adab Berdamping Dengan Al-Quran ~ Imam An-Nawawi

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20

Melihat hurufnya, mendengar alunan bacaannya, malah membaca isi kandungannya sudah dijanjikan ganjaran yang besar. Apatah sekiranya mentadabbur dan mengamalkan segala suruhannya.

Buku Adab Berdamping dengan Al-Quran karga Imam An-Nawawi menggariskan panduan yang jelas berpandukan Al-Quran dan sunnah. Antara topik yang dibincangkan adalah:
  • Mengapa perlu membaca Al-Quran? 
  • Apakah yang membuatka ‘ulat’ Al-Quran begitu istimewa? 
  • Adab dan etika pendammping Al-Quran. 
  • Ayat-ayat dan surah Al-Quran yang digalakkan untuk dibaca pada waktu dan keadaan yang khusus.

Kau Sembah Apa? Part 2 ~ Ahmad Iqram Mohamad Noor

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Jika ajaran sesat dalam Islam di Malaysia kita ada Ayah Pin dan Rasul Melayu. Perkara yang sama juga berlaku kepada agama lain, malah ajaran-ajaran mereka itu telah berkembang di Malaysia.

Ia menjadi topik hangat dikalangan penganut Kristian, Hindu dan Buddha di Malaysia yang mungkin kurang diberi perhatian kepada kita sebagai muslim di Malaysia.

Ada beberapa persoalan dijawab dalam buku ini:
1. Sebanyak manakah gerakan agama baru telah berkembang di Malaysia?
2. Bagaimana modus operandi mereka bergerak?
3. Kumpulan agama baru yang manakah yang terlibat berdakyah kepada pelajar Muslim Melayu?
4. Mengapa wujudnya penyembahan kepada makhluk?

Monday, January 6, 2020

Kurus ~ Kevin Zahri

(SEM & SS) RM89.90 > RM85.00

"KURUS' ADALAH "SUKA HATI AKU?"

The journey of "KURUS" must be a journey that makes you smile.

Dan sekiranya selama ini perjuangan "kurus" anda hanya menyeksa diri, biar saya bimbing anda untuk menjadikannya lebih seronok dan berpanjangan.

"KURUS" bukan program 6 minggu.
"KURUS" bukan soal kurus.

Ia komitmen diri untuk sepanjang hayat.

IA SUKA HATI KAU!


Sunday, January 5, 2020

What You Should And Should't Tell Your Kid ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM24.00 > RM21.60

How To Manage Kids With Simple Rules:
1. Setting Priorities - Priorities homework before indulging in TV, video games, ipads, iphone and other electronics.
2. Be strict about the importance of sleep.
3. Teach your child how to self-regulate with respect to wake-up and bedtime from the age of 10 or so.
4. Expect self management and good time management. Don't get into the nasty habit of watching the homework clock for your child.
5. Ensuring Good Behavior - Prevent back talk. If your kids gets big-mouthed with you, your spouse, etc. and/or continue to do so, then assign extra chores and/or take away privileges.

Universal Challenges That All Students And Kids Face Are:

Lookin for acceptance from their peers
Looking for acceptance from their parents
Low Self-esteem
Fear of Judgement from others
Lack of patience towards one's goals
Not using social media in a productive way

Wednesday, January 1, 2020

Paluan Gendang Perang Akhir Zaman: Al Malhamah Al Kubra Semakin Hampir... ~ Shafie Abdul Rahman

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini yang memperkatakan tentang perang akhir zaman yang berlaku sebelum dunia musnah dan akhirnya mengalami kehancurannya melalui Hari Kiamat. Melalui buku ini, penulis cuba menjelaskan beberapa persoalan yang kerap menjadi tanda tanya dan bermain dalam minda kebanyakan umat Islam dewasa ini. 

Melalui buku ini, penulis membuat beberapa hipotesis dan cuba melakar rentetan peristiwa bermual dengan munculnya Imam Mahdi hinggalah membawa kepada kehancuran negara Israel. Selain itu, banyak lagi persoalan selain daripada persoalan-persoalan di atas yang cuba dijelaskan oleh penulis melalui buku ini. 

Ingin mendapat jawapan kepada pelbagai persoalan yang berkaitan dengan Perang Akhir Zaman atau Al-Malhamah Al-Kubra? Dapatkan jawapan-jawapan kepada persoalan-persoalan yang bermain di minda anda dengan memiliki buku ini.

Membongkar Misteri Tragedi MH370 & MH17 ~ Syed Mahadzir Syed Ibrahim

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Tragedi yang berlaku ke atas MH370 dan MH17 milik Malaysia telah mengundang pelbagai teori dan sebab musabab kejadiannya. Antara teori yang heboh diperkatakan ialah tragedi ini angkara konspirasi Dajjal Illuminati. 

Menurut satu kajian, teori konspirasi ada fungsinya iaitu sebagai satu mekanisme untuk orang ramai menghadapi atau memahami sesuatu peristiwa yang buntu. Dalam kes tragedi kehilangan pesawat MH370, adalah sukar untuk memahami bagaimana pesawat boleh hilang. Teori konspirasi memberikan ruang untuk sesetengah orang bagi mendapatkan penjelasan buat mereka yang memerlukannya. Jadi, bagaimana pandangan para pembaca terhadap teori konspirasi atas kehilangan MH370 dan tragedy MH17? 

Para pembaca berhak untuk sama ada mempercayai atau tidak teori ini tetapi pelbagai maklumat dan fakta telah dipaparkan bersama hujah-hujah yang logik.

Bersangka Baik Dengan Tuhan ~ Syira Lokman

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Dunia ini tidak adil,
Ada sahaja duka yang menjenguk,
Ada sahaja sakit yang dirasa,
Ada sahaja dugaan yang menimpa,
Mengapa aku sahaja yang kena?
Mengapa hidup mereka sungguh sempurna?

Bersangka baik dengan Tuhan tidak mudah, tetapi mencuba bersangka baik juga tidaklah susah.
Di setiap ujian yang kita bencikan, dalam setiap sabar yang kita wujudkan, ada kebaikan yang Allah SWT mahu kurniakan. Ada jalan yang Allah SWT mahu tunjukkan.

Di setiap kegelapan yang kita rasa akan hilang segalanya, sebenarnya ada harapan yang akan menyinari hari – hari kita.
Jadi, bersangka baiklah dengan Tuhan, kerana Tuhan tidak pernah kejam.
Dia pasti mendengar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...