Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, September 29, 2021

Rezeki Dari Langit ~ Ida Hani Ali

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Bagaimana ingin mengetahui konsep rezeki yang sebenar? Di dalam buku ini ada dinyatakan jawapannya. Jawapan yang diberi oleh penulis sangat mudah dan disampaikan dengan gaya yang sangat santai.

Buku ini mengajak para pembaca mengenal Pemberi rezeki, iaitu Allah Taala. Kemudian, barulah penulis membuka minda pembaca tentang rezeki yang sebenar. Allahuakbar! Rezeki paling mahal ialah nikmat iman dan Islam.

KANDUNGAN
1. Allah Maha Melapangkan Rezeki
2. Menjernih Hati
3. Niat Biar Power
4. ‘Membesarkan’ Allah Taala
5. Hidupkan Sunnah Nabi SAW
6. Bersyukur Lagi Dan Lagi
7. Menyelongkar Khazanah Duha
8. Beruntung Jadi Orang Berilmu
9. Taubat Cuci Hati
10. Membina Yakin
11. Tekun Bertindak
12. Aura Positif
13. Kasih Sahabat Bertaut

Seindah Akhlak Nabi s.a.w ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM98.00 > RM93.00

Buku ini menghimpunkan 600 hadis tentang kisah-kisah akhlak Nabi Muhammad SAW yang mesti dicontohi. Setiap hadis disusun dan diletakkan dalam tajuk-tajuk yang diperincikan mengikut pelbagai kategori yang merangkumi setiap sudut kehidupan Baginda sama ada akhlak Baginda dengan diri sendiri, ahli keluarga, para Sahabat, kanak-kanak mahupun terhadap haiwan dan makhluk yang tidak bernyawa.

Antara akhlak Baginda yang dikisahkan dalam naskhah ini:
• Lemah lembut dalam mengajar dan berdakwah.
• Rahmat kepada umat.
• Memaafkan kesalahan orang lain.
• Membantu urusan keluarga.
• Suka berbincang dan bermesyuarat.
• Suka bersedekah dan menolong orang lain.
• Membantu menunaikan hajat dan permintaan orang lain.
• Adil, bijaksana, lemah lembut dan pemaaf.
• Qana‘ah (berasa cukup dengan apa yang ada).
• Zuhud, warak, tawadhuk dan amanah.



Penyakit hati itu wujud


Belajar untuk tidak cemburu dengan rezeki & kejayaan orang lain.

Semua kita Allah dah tentukan kejayaannya. Kita cuma perlu usaha 💪💪

Sikit-sikit dan jadi kurus


 Yang nak cuba diet atau kurangkan pengambilan makanan, boleh cuba tips ni. 

Dari tidak pernah buat, kita cuba buat. Step by step.

Bidayah Al-Hidayah ~ Mohamad Akmal bin Mohamad

(SEM & SS) RM17.00 > RM16.50

Matan Ummul Barahin merupakan sebuah matan yang masyhur dalam mempelajari Ilmu Kalam atau Ilmu Sifat Dua Puluh. Kitab ini menerangkan di dalam bait-bait matannya mengenai sifat ketuhanan yang wajib diketahui oleh sekalian mukallaf.

Justeru, bagi memudahkan para penuntut ilmu memahami isi kandungan matan ini, Al-Allamah Al-Fadhil Tuan As-Syeikh Muhammad Zain Ibnu Al-Faqih Jalaluddin telah mengarang satu kitab bagi mensyarah dan menerangkan Matan Ummul Barahin ini yang diberi judul Bidayah Al-Hidayah.

Di dalam kitab ini juga didatangkan taqrirat (nota-nota) yang dicatatkan oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain Al-Fataniy yang dibuat dalam bentuk nota kaki bagi memberi lebih kefahaman kepada para penuntut ilmu sekalian.

Hidayah Al-Salikin Fi Suluki Maslaki Al-Muttaqin ~ Syeikh Abdus Shamad Al-Falimbani

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Hasil karya Tuan Syeikh Abdu Al-Shamad Al-Falimbani ini merupakan salah satu kitab yang banyak digunakan dalam pengajaran di sekolah pondok. Naskah asalnya ditulis dalam tulisan Jawi. Bagi memudah mereka yang berminat untuk mendalami ilmu buku ini telah ditulis semula dalam tulisan rumi. Beberapa perkara yang disentuh di dalam buku ini melibatkan akidah, ibadah, ibadah, adab dan kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah dan Islam. Rangkuman bicara ilmunya yang bermanfaat di dunia dan akhirat. Di bahagiakan kepada tujuh bab yang dihuraikan secara teliti. Dikekalkan Bahasa Melayu lama yang biasa digunankan dalam pengajaran di sekolah-sekolah pondok.

Semoga ilmu yang terkandung di dalam buku manfaatnya besar. Bak tak Imam Al-Ghazali ilmu yang bermanfaat itu adalah suatu yang akan menambahkan perasaan takut kita kepada Allah. Di mana perasaan itu menambahkah lagi keimanan kita kepada-Nya. Dan dengan ilmu itu, kita akan mengenal siapa Pencipta seluruh alam ini. Dan ilmu itu juga akan menambahkah keseronokan kita untuk mencapai kebahagiaan dan kemenangan di akhirat serta menghindarkan kita daripada tipu daya syaitan.

Aqidatun Najin Fi Ilmi Usuliddin ~ Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fathani

(SEM & SS) RM22.00 > RM21.00

Aqidatun Najin merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Jawi. Kitab ini digunakan di dalam pengajaran sekolah-sekolah pondok ini telah dikarang oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Zainul Abidin bin Muhammad Al-Fathani yang juga dikenali dengan nama Tuan Minal. 

Seperti yang kita telah ketahui sistem sekolah pondok ini amat popular dan telah ramai melahirkan ilmuan dalam bidang agama dan juga bidang lain yang berkarisma dan menyumbangkan sumbangan besar kepada bangsa dan agama.Isu utama yang dibahaskan di dalam kitab ini berkisar berkenaan Ilmu Usuluddin. Setiap perbincangan yang diketengahkan, dikuatkan lagi dengan nas-nas al-Quran dan Hadis. 

Buku ini amat berguna bagi semua pencinta ilmu dalam mendalami ilmu agama. Bagi memudahkan semua pembaca buku ini telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi. Semoga segala usaha dan pergorbanan ilmuan Islam nusantara sebelum ini kita terus manfaatkan untuk kecemerlangan seluruh Islam khususnya di Malaysia ini.

Pedoman Mandi Wajib ~ Noraine Abu

(SEM & SS) RM4.80

Mandi janabah ataupun mandi junub juga disebutkan mandi hadas besar hukumnya adalah wajib. Yakni apabila sebab-sebab mewajibkan mandi itu berlaku ke atas diri seseorang, maka wajiblah mandi, di mana mandi ini bukannya seperti mandi biasa, iaitu asal mandi sahaja. Dalam erti kata lain, sebelum mandi janabah ini, haram mendirikan solat, haram memegang dan menyentuh Al-Quran dan segala sesuatu yang diharamkan dan dimakruhkan menurut hukum Islam.

Perintah mandi janabah itu adalah berdasarkan firman Allah s.w.t. dan juga hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Dan jika kamu betjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib”. (Surah AI-Maidah: 6)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:

“Apabila bertemu dua penyunatan (bersetubuh), maka sesungguhnya telah wajib mandi, meskipun tidak keluar mani.” (Hadis Riwayat Muslim)

Darah & Air Mata Rasulullah s.a.w ~ As-Syeikh Ahmad Ridha' Hasbullah

(SEM & SS) RM14.00 > RM13.50

Nabi Muhammad SAW adalah insan teladan, sempurna, satu-satunya manusia yang layak dijadikan “Uswah Hasanah” bukan hanya bagi umat Islam sahaja melainkan juga untuk seluruh manusia dan alam.Baginda SAW lahir dalam keadaan yatim, menjadi piatu semenjak kanakkanak dan serba kekurangan dalam kehidupannya. Hikmah di sebalik itu, Allah SWT menguji, melatih dan mendidik Baginda sejak kecil lap untuk memimpin manusia dan jin kepada jalan hidyah Allah SWT.

Pendedahan buku ini yang merupakan suka duka manusia teragung, bermula dari kanak-kanak, kehidupan rumah-tangganya dan perjuangan baginda menegakkan kalimah tauhid dalam menghadapi orang-orang kafir, Munafik, Kristian, Yahudi, Majusi dan lain-lain patut diikuti dan dijadikan iktibar sekaligus panduan bagi pejuang, pendahwah dan sekalian umat Islam sampai hari Kiamat.

Monday, September 13, 2021

Teknik Mendorong Perubahan Tingkah Laku (Lead Like Muhammad) ~ Ainon Mohd

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Nabi membawakan kebaikan kepada penduduk seluruh dunia, bukan hanya kepada umat Islam sahaja. Banyak ilmu kepimpinan yang beliau ajarkan dapat dipraktikkan oleh orang-orang Islam dan juga orang-orang bukan Islam.

Buku ini menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP yang digali daripada hadith-hadith yang mempunyai elemen psikologi di dalamnya, dan bagaimana elemen-elemen itu dapat diaplikasi.

Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP kepimpinan gaya Nabi dapat dikumpulkan ke dalam 2 kategori:

KATEGORI 1
Dalam kategori ini adalah amalan-amalan, rutin dan ritual yang dilakukan oleh Nabi sebagai pemimpin yang beragama Islam. Dari sudut aplikasinya, amalan-amalan, rutin dan ritual itu adalah khusus untuk ketua-ketua yang beragama Islam sahaja.

Buku-buku kepimpinan gaya Nabi yang ditulis oleh golongan agamawan fokus menerangkan amalan, rutin dan ritual dalam kategori ini. Buku-buku itu hanya relevan kepada pemimpin dan ketua-tua yang beragama Islam sahaja.

KATEGORI 2
Dalam kategori ini adalah prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP gaya Nabi yang bersifat universal, yang dapat berdiri sendiri, yang tidak perlu dikaitkan dengan iman dan akidah. Prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini dapat dipisahkan daripada kepercayaan spiritual.

Sesiapa sahaja dapat mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP itu. Orang bukan Islam pun dapat menggunakannya dengan mudah sekali. Jika pemimpin dan ketua hanya mengaplikasi prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kategori ini sahaja pun dia sudah mampu memimpin organisasinya secara efektif.

Buku ini fokus menerangkan prinsip, strategi, teknik, dan SOP-SOP dalam kepimpinan gaya Nabi yang bersifat universal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...