Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, August 23, 2023

Bergembiralah bila kita dalam situasi membantu orang


Jika ada orang minta pertolonganmu, berbahagialah. Kerana Allah menentukan kita bakal berbuat sesuatu yang baik di sisinya. Pilihan di tangan kita 😊💝

Buku: Najmi Nawawi. 2017. Heart with Iman. Synergy Media. Kuala Lumpur.

Belajar di tempat yang betul dan dengan mereka yang pakar


Carilah ilmu dengan orang yang betul. Kerana, dari mereka, kita mendapat ilmu yang bermanfaat yang menjadikan kita pakar & dapat dikongsikan dengan orang lain.

🔖Buku: Charles Saputra. 2021. Seni Mengubah Nasib. Puteh Press. Kuala Lumpur.

Menjawab Kebatilan Tawassul Para Habib ~ Nur Adilah Amiruddin, Fadlan Mohd Othman

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Menurut In al-Qayyim, dua syarat satu amalan itu diterima adalah ikhlas dan menepati petunjuk al-Quran serta al-Sunnah. Bahkan Nabi s.aw. juga berpesan supaya umat Islam berpegang teguh kepada kedua-duanya. Namun akhir-akhir ini banyak kumpulan yang muncul dengan fahaman dan amalan yang tersendiri termasuklah golongan Habib yang dikenali sebagai keturnan Rasulullah s.a.w.

Amalan yang dibawa kepada masyarakat adalah bertawassul kepada orang yang meninggal dunia di kawasan perkuburan. Perkara ini mendapat perhatian oleh masyarakat umum.

Amalan bertawassul adalah satu amalan yang menjadikan sesuatu sebagai perantara ketika berdoa. Walau bagaimanapun, ia perlu diamalkan selari dengan petunjuk al-Quran dan al-Sunnah serta jumhur ulama.

Buku in menjawab persoalan yang menjadi keeliran dalam masyarakat. Apakah tawassul yang boleh diamalkan dan tidak bole diamalkan menurut agama Islam.

Pandangan Hidup Muslim ~ HAMKA

(SEM & SS) RM39.00 > RM37.00

Hidup manusia bukanlah semata-mata makan, minum, kahwin, beranak, dan mati. Pandangan Hidup Muslim bukanlah menurunkan dariat kehidupan insan kepada asalnya sebagai binatang. Hidup manusia mempunyai tujuan lebih tinggi, lebih murni. Hidup adalah tugas. Hidup adalah risalah.

Hidup bukanlah semata-mata menguruskan benda mati-matian, tidak putus-putus. Bangun pagi, kerja, pulang ke rumah dan makan. Kemudian, kembali pula, keria pula, makan pula, dan tidur. Hal yang begitu hanyalah alat yang mati, bukan manusia yang hidup. Alat memang begitu; tekan butang, berputar, isi bahan api dan istirahatkan. Namun. insan bukan begitu sebab dia mempunyai ‘sesuatu’ yang lebih tinggi, lebih luhur.

Pengaruh Dalam Hidup: Mempengaruhi Lingkungan Orang Berkuasa Besar dan Kecil Dalam Kerjaya ~ Zamri Mohamad, Firdaus Hamsin

(SEM & SS) RM40.00 > RM37.00

Bahagian 1 : Kuasa Pengaruh Dalam Organisasi
Bab 1: Siapa Pengaruh Siapa?
Bab 2: Selarikan Tujuan Dan Peraturan Membina Pengaruh
Bab 3: Pekerja Dan Bos Menilai Sesama Sendiri
Bab 4: Pekerja Membunuh Pengaruh Sendiri

Bahagian 2 : Tingkatkan Kelebihan Diri
Bab 5: Melangkah Ke Organisasi Dengan Langkah Bergaya
Bab 6: Pekerja Adalah Pemimpin Berpengaruh
Bab 7: Superman Organisasi Terbang Melayang
Bab 8: Susun Batu-Bata Pengaruh Sehingga Ke Atas
Bab 9: Si Talam Dua Muka, Double Agent Dalam Organisasi
Bab 10: Pengaruh Palsu Daripada Serbuk Putih
Bab 11: Jelajah Dan Jajah Dunia Kerja Saudara
Bab 12: Imej Organisasi Pakaian Kita
Bab 13: Gopoh Berkongsi Maklumat Diri Terjerat
Bab 14: Beri Sedikit Peroleh Sedikit
Bab 15: Apabila Pemegang Diploma Menjadi Tukang Bersih

Bahagian 3 : Kuatkan Kuasa Rangkaian
Bab 16: Apabila Sultan Mahmud Dipengaruhi Dua Perosak
Bab 17: Kisah Lima Pekerja Di Kilang Biskut

Menang Dalam Hidup: Seni Kekal Berpengaruh Dalam Konflik Dari Rumah ke Tempat Kerja ~ Zamri Mohamad, Fadzli Jusoh

(SEM & SS) RM40.00 > RM37.00

Bahagian 1: Teropong Dunia Konflik
Bab 1: Peluang, Perang ataupun Perjalanan
Bab 2: Konflik Itu Lumrah Organisasi
Bab 3: Konflik Bukan Satu, Masalah Bukan Seribu
Bab 4: Urus Konflik Dapatkan Ganjaran
Bab 5: Benarkah Kami Tidak Serasi
Bab 6: Selesaikan Situasi Secara Berperingkat
Bab 7: Ketakutan Menjadi Musuh dan Rakan
Bab 8: Konflik Umpama Aisberg
Bab 9: Berkonfrontasi ataupun Bekerjasama
Bab 10: Lima Cara Respons kepada Konflik
Bab 11: Dengar Dahulu, Kemudian Nilai di Hati
Bab 12: Universiti Konflik, Makin Genius Makin Keliru
Bab 13: Kerana Kata dan Ego, Keputusan Dibunuh
Bab 14: Si Genius Penyelesai Masalah Ada di Mana-mana
Bab 15: Pengkritik Meluruskan Keputusan

Bahagian 2: Urus Konflik Gaya Individu
Bab 16: Aduh! Tempat Kerjaku Persis Syurga Dunia
Bab 17: Buka Jalan-jalan Baru dengan Maklumat
Bab 18: Buktikan Potensi Cara Jim Ellis
Bab 19: Label Pembunuh dalam Organisasi
Bab 20: Salin, Susun dan Selamatkan Kerja
Bab 21: Sesuaikan Budaya Orang Menjadi Budaya Diri

Bahagian 3: Urus Konflik Gaya Kumpulan
Bab 22: Urus Konflik Cara Pendakwah Harley Davidson
Bab 23: Ada yang Beri, Ada Pula yang Minta
Bab 24: Apabila Konflik Dibayar Secara Tunai
Bab 25: Keputusan yang Membawa Konflik Gergasi
Bab 26: Hilang Rakan Sekerja kerana Sekotak Klip Kertas

Kekal Hidup Berpengaruh: Seni Mencari Keabadian Dengan Kuasa Pengaruh ~ Zamri Mohamad, Haeqal Zulqarnain

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Bahagian 1: Pengaruh yang Kabur Diperjelas
Bab 1: Segelas Air Suam, Secawan Teh Pengaruh
Bab 2: Berpengaruh dari Atas ke Bawah Cara Xenophon
Bab 3: Bina Kejayaan Kecil Apabila Membina Pengaruh
Bab 4: Dua Muaz, Satu Pengaruh, Satu Kepercayaan
Bab 5: Genius Nabi Muhammad Mempengaruhi Hati
Bab 6: Harun bin Puteh, Wakil Rakyat Tanpa Jawatan
Bab 7: Hilang Pengaruh dalam Tempoh 10 Hari

Bahagian 2: Sedikit Demi Sedikit, Lama-lama Pengaruh Membukit
Bab 8: Hobi Informasi Awal Bina Pengaruh
Bab 9: Hormat Berganda, Pengaruh Diterima
Bab 10: Ibrahim bin Aazar Mencipta Pengaruh Secara Visual
Bab 11: Kuasa Pengaruh Datang daripada Bicara yang Lembut
Bab 12: Lakukannya dengan Begitu Halus
Bab 13: Lapan Guruh Kecil, Satu Halilintar di Langit
Bab 14: Membina Pakatan Berpengaruh

Bahagian 3: Tingkah Memikat Tingkah Berpengaruh
Bab 15: Membina Pengaruh dari dalam Diri
Bab 16: Mengalihkan Kuasa Pengaruh Cara Malcolm X
Bab 17: Menjadi Sahabat yang Berpengaruh

Mendorong Anak Suka Membaca ~ Faziela Isa, Zamri Mohamad

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Pasangan ibu-bapa muda resah apabila melihat anak orang lain seawal usia empat tahun sudah tahu membaca.

“Abang macam mana ini?”

Dalam keadaan resah, si bapa membelikan panduan membaca sehingga beratus ringgit. Itu pun semakin berganda.

Esoknya, si influencer dalam Facebook Live pula berkata, “Kasihan anak kalau masuk darjah satu tak pandai membaca. Ketinggalan nanti!”

Si bapa bertambah panik. Dia sudah rasa dirinya gagal mendidik anak. Si ibu pula mengelak daripada bersembang dengan kawan-kawan yang ada anak seusia.

Kebimbangan itu nampak ketara sehinggalah jirannya, seorang ‘pensyarah rakyat’ pendidikan awal kanak-kanak berkata, “Tuan, tahukah sebelum anak tahu membaca, dia mesti suka membaca?”

“Apa bezanya?”
“Kajian akademik memanggilnya reading readiness. Bertenang. Anak yang tahu membaca, sukses pada hari ini. Anak yang suka membaca, sukses sepanjang usia. Tuan mahu yang mana?”
“Bagaimana caranya?”

Lalu ditunjukkan langkah demi langkah daripada buku ini.

Perempuan Limited Edition ~ Izzati Elya, Rizki Ayu Amaliah, Ummu Kalsum

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

“Perempuan itu kaum yang diciptakan Tuhan dengan memiliki jiwa yang halus dan lembut, memiliki persona kecantikan dan tarikan, memiliki kekuatan utuh tersendiri sehingga mampu menggoncangkan dunia. Perempuan juga akan dipandang tinggi apabila memiliki sifat-sifat yang mulia. Tergolong sebagai perempuan yang sempurna ini pasti dilimpahi keredhaan dan kasih sayang Allah.

Seakannya menjadi seorang perempuan yang diredhai Allah ini amat sukar. Tetapi ingatlah firman Allah, “Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah, ayat 286)

Semua persoalan ini tercatat dalam Perempuan Limited Edition yang membawa kisah-kisah inspiratif serta pelbagai pesanan buat kita demi menjadi perempuan yang mahal dan diredhai Allah. Semoga kita sama-sama dapat manfaatnya.

Dengan bersyukur, hati kita tenang

Syukur dengan apapun yang Allah berikan. Belajar menghargai meski nampak kecil aje pada pandangan mata. Dengan bersyukur, hati rasa tenang, jiwa rasa gembira.


Buku: Tuhan, Beri Aku Waktu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...