Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, April 16, 2019

Koloni (M) ~ Auni Zainal

(SEM & SS) RM28.00 > RM24.60

Bagaimana jika suatu hari nanti, masyarakat diasingkan untuk hidup mengikut personaliti diri?

Tahun 2029, landskap Malaysia telah berubah. Kotanya kini dipanggil TMCC. Masyarakat pula dibahagikan kepada 4 koloni berdasarkan personaliti diri iaitu M (Empath), N (Analyst), X (Exucutive) dan R (Artist).

Ansar telah lama menyimpan cita-cita untuk kembali ke TMCC setelah keluarganya dibuang kota. Satu hari, Ansar menerima tawaran untuk kembali ke TMCC.

Tanpa dia sedar, ada agenda tersembunyi di sebalik tawaran itu - pada Ansar terdapat sesuatu yang bakal mengubah masa depan manusia.

Benarkan satu jenis personaliti mempunyai lebih manfaat daripada satu yang lain?
Adakah kelancaran negara bergantung sepenuhnya kepada satu jenis personaliti manusia sahaja?

Monday, April 15, 2019

Membunuh Muhammad ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Novel Membunuh Muhammad merupakan novel terbaru dan terakhir bagi siri HERO.

Nobu mengambil tindakan drastik bagi memastikan kekalahan total buat Malaysia, yang semakin dianggap sebagai ancaman buat kuasa-kuasa besar dunia.

Berjaya mencuri Elemen Baru dan maklumat rahsia daripada Mr Umayer, Nobu membina Mesin Masa tersendiri dengan satu misi:

MEMBUNUH MUHAMMAD, Nabi kepada ummat Islam!

Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab tidak berdiam diri dan cuba untuk memintas cubaan tersebut dengan turut membina Mesin Masa. Saksikan final Siri HERO yang pastinya amat epik dan mendebarkan ini.

Hikayat Satria-Satria Sejati: Badai Perjuangan ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ariki koma selama enam bulan lamanya, dan bangkit secara tiba-tiba dengan satu kejutan yang menggegarkan semua. Pada masa yang sama, Lutello telah hilang kewarasan dan mula membina kerjasama bersama Uluwalu, dengan matlamat mahu mencapai kekuasaan yang lebih besar! Bagi menghalang kerjasama tersebut, Arata menghantar Ariki, Aifer, Yusuf, Gidaya dan Ishmakil ke Uluwalu. 

Namun satu rahsia pula tersingkap melibatkan Yusuf! Runihara dan kekandanya, Jilani, akhirnya sampai ke Tanah Suci, dan polemik antara mereka dan Mikail pula tercetus, mengheret mereka ke konflik dalaman di negara utama ummat Islam itu. Pengembaraan Satria-Satria Sejati terus bergolak dan mendebarkan!

Samurai Melayu ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Sambungan kepada Surihati Encik Pembunuh ini mengisahkan Mus'ab, seorang ejen rahsia bagi Organisasi Ryuken yang dihantar ke Malaysia untuk diaktifkan kelak. Namun 15 tahun berlalu, Mus'ab langsung tidak diaktifkan. Tetapi kini tiba-tiba Ryuken mengaktifkannya. Namun, Mus'ab itu sendiri telah berubah. Bantahan Mus'ab kepada arahan tersebut mula mengancam nyawa keluarganya. Lantas Mus'ab mengambil jalan sendiri, memberontak dan kembali menghunus senjata.

Hikayat Satria-Satria Sejati: Arus Perubahan ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Enam bulan telah berlalu semenjak tragedi di Wagaganda. Ishmakil masih belum pulang menumbuh perasaan risau dalam diri Ariki dan rakan-rakan. Ibu Umeira menghantar mereka ke Timur untuk menjejaki Ishmakil. Destinasi pertama Ariki dan rakan-rakannya ialah Mastazadi, sebuah negara pahlawan yang dipimpin seorang budak.

Tanpa Ariki ketahui, perjalanannya ke Mastazadi itu bakal dipenuhi dengan konflik dan tragedi!

Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagaganda telah menginspirasikan pemberontakan. Kini pemberontak berkumpul mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Lutello, Maharaja Mukan'Aja. Lutello bergerak ke sana untuk menghapuskan mereka, tanpa menyedari sesuatu yang besar sedang menantinya.

Sumpahan Legenda ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Legenda merupakan gelaran agung di dalam dunia pertarungan. Para pendekar dan pahlawan berzaman-zaman merebutinya. Sudah terlalu banyak darah mengalir dan nyawa melayang disebabkan ramai yang mahu menyandangnya. Hanya dengan menumpaskan penyandang sebelumnya, barulah sseorang pendekar itu dinobatkan gelaran Legenda.

Tetapi tiga dekad yang lepas, penyandangnya yang terakhir telah menghilangkan diri, mengakibatkan tidak ada sesiapa mampu merampas gelaran tersebut dengan rasmi selepas itu.

Rusyd, pemuda berusia 20-an, turun dari Puncak Tanpa Nama sebaik sahaja pertapaanya tamat, dengan satu misi - menuntut bela kematian ayahanda dan bondanya yang telah dibunuh oleh pendekar sebuah sekolah persilatan.

Di tengah kembara, Rusyd bertemu dengan misteri gelaran Legenda, dan perjalanannya unutk melunaskan dendam mebara, kini terlilit dengan misteri tersebut, menariknya ke konflik yang lebih besar!

Tetamu Tuhan 50 hari ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Berumur 30-an, Wasim hidup sederhana bersama keluarganya di Kuala Lumpur, menyara hidup dengan perniagaan kecil di dalam talian bersama pendapatan cukup-cukup makan. Anti-sosial, ketagihan rokok dan tidak menjaga solat, Wasim tidak betah bergaul dengan orang ramai, dan kehidupannya juga terumbang-ambing dengan tekanan ekonomi serta jauh dari kepatuhan kepada Tuhan.

Tanpa diduga, Wasim mendapat jemputan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 hari bagi urusan menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ada yang mahu menanggung!

Mengenali dirinya, Wasim sendiri mempersoalkan, apakah dia layak menjadi tetamu Tuhan?

Mampukah dia bertamu di Tanah Suci dengan baik selama 50 hari, dengan keadaan dirinya yang sedemikian rupa?

Nota Parenting Ohsem ~ Dr. Taufiq Razif

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

"Bayi ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya." Masyhur ayat tersebut di kalangan masyarakat kita, menunjukkan betapa ibu bapa memainkan peranan yang teramat penting dalam membentuk anak-anak. Tidak dapat tidak, sebagai guru pertama kepada generasi mendatang, ibu bapa perlu mempersiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan keibubapaan, agar anak-anak di bawah naungan masing-masing membesar dengan baik dan sihat. 

NOTA PARENTING OHSEM DR TAUFIQ RAZIF ini akan mengupas pelbagai isu keibubapaan dan anak-anak, secara ringkas dan santai. Buku yang padat dengan tips dan teknik menarik ini, sememangnya penting untuk disantuni semua, hatta mereka yang belum berkahwin, untuk mempersiapkan diri masing-masing menjadi pencorak generasi mendatang!

Hikayat Satria-Satria Sejati: Generasi Baru ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Airi lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh. Tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya. Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.

Surihati Encik Pembunuh ~ Hilal Asyraf

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Ahli-ahli dunia gelap telah menggelarnya sebagai 'Izrail', kerana setiap kali organisasi dunia gelap tumbang, dialah yang bertanggungjawab. Dia telah meragut 900 nyawa. Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kehidupannya itu. Sedang kemelut jiwanya mencapai kemuncak, kenalan lamanya Amirah muncul. Faisal membuat tindakan drastik melamar ketika itu juga. Berhajat Amirah menjadi surihatinya, menemani dan membantunya keluar dari kegelapan.

Pada masa yang sama, Organisasi Hitam, yang menaungi Faisal, mempunyai satu agenda rahsia yang bakal menggegarkan Malaysia.

Apakah Faisal akan berjaya menyelamatkan dirinya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...