Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, May 27, 2013

Taubat Seorang Pelacur ~ Alang-alang Timur

“Sesungguhnya, aku telah tertawan dan tergia-gila oleh kecantikanmu! Segala usaha telah aku lakukan utuk menidurimu. Tetapi aku benar-benar tidak mampu. Aku merasakan Allah melihat perbuatanku. Aku benar-benar amat takut kepada-Nya.”

Luar biasa, wanita itu tersentak mendengar kata-kata si pemuda itu. Selama melalui pekerjaannya, baru kali pertama si pelacur kelas pertama itu mendapati tetamu aneh yang tiba-tiba mengurungkan niatnya untuk menidurinya dan menikmati kenikmatan duniawi bersamanya. Dia pun berfikir, jika belum berbuat apa-apa pun pemuda itu sudah takut kepada Allah, bagaimana dengan dirinya yang telah bertahun-tahun menjual kehormatan diri tanpa rasa takut kepada Allah?

"Sesungguhnya, dosaku telah bertimbun banyaknya!' keluhnya perlahan.

Sejak saat itu, wanita itu meninggalkan segalanya. Harta yang melimpah dan kenikmatan dunia, dia tanggalkan semuanya demi mencari redha dan keampunan daripada-Nya.

Secebis kisah luar biasa ini yang begitu sarat dengan makna dan sinar pencerahan.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Thursday, May 9, 2013

101 Hadis Pengubatan Rasulullah ~ Ahmad Adnan Bin Fadzil

Banyak hadis yang diriwayatkan telah menceritakan betapa Rasulullah SAW ialah seorang individu yang menitikberatkan soal kesihatan dan cara memeliharanya. Bagaimanakah kaedah pengubatan yang Baginda lakukan? Adakah tatacara pemakanan yang sekian lama kita lakukan bertepatan dengan kaedah yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW? Apakah fadilat dan kelebihan di sebalik pengubatan dan nutrisi Baginda?

Maka buku yang menjadi tatapan pembaca ini menjadi pilihan yang tepat bagi menghuraikan persoalan-persoalan sekitar pengubatan dan pemakanan Rasulullah SAW. Hal ini kerana buku ini menyajikan hadis-hadis pilihan yang menggambarkan pemakanan Nabi SAW secara sempurna. Maklumat-maklumat saintifik berkaitan yang ringan dan mudah untuk difahami. Memudahkan pemahaman pembaca dengan gambar rajah, carta dan tip berguna. 

Oleh itu, buku ini sesuai menjadi panduan yang terbaik bagi umat dalam mengatur pemakanan dan pengubatan bertepatan dengan gaya Rasulullah SAW agar menjadi teladan untuk diikuti oleh umatnya. Semoga buku ini membawa sebanyak mungkin manfaat dan pedoman buat kita bersama.

*****

(SEM & S/S) RM23.00 - RM20.20

Friday, April 12, 2013

Cara Hidup Nabi Muhammad: The Way Prophet Muhammad Spent His Life ~ Muhammad Abdul Aziz Al-Khuly

Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah r.a tentang bagaimanakah akhlak Nabi S.A.W. Aisyah menjawab, " Akhlak Nabi SAW adalah Al-Qur'an." ( Riwayat Muslim).

Kehidupan harian bermula dari bangun tidur sehingga tidur, begitu terperinci sekali contoh cara hidup yang ditunjukkan oleh seorang insan yang agung lagi dimuliakan iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Baginda adalah contoh atau model yang paling sempurna untuk disanjung, dicontohi dan diteladani. Bagaimana Baginda SAW menjalani kehidupan seharian, berhubungan dengan Sang Khalik, keluarga, sahabat, orang asing dan juga musuh. Semua ini telah ditunjukkan dengan penuh hikmah dan nilai akhlak yang mulia.

Maka kenapa perlu lagi bersusah-susah untuk mencari idola pujaan yang lain? Selayaknya dan sepatutnya Baginda SAW adalah idola atau contoh utama bagi setiap umat Islam. Inilah yang sepatutnya diterapkan ke dalam jiwa setiap Muslim di zaman yang penuh dugaan dan cabaran ini. Bagaimana cara Rasulullah membangunkan sebuah masyarakat yang begitu kukuh melalui pembinaan insan yang yang sistematik dan sempurna. Diteguhkan lagi dengan pembinaan institusi keluarga yang cemerlang. Sebuah masyarakat dan negara yang terbaik sehingga dikagumi oleh musuh-musuhnya. Malah dikagumi sehingga kini sama ada oleh umat Islam mahupun bukan Islam. Apa yang dihidangkan di dalam buku ini merupakan di antara cara hidup Nabi Muhammad SAW yang boleh kita ambil contoh teladan dan diaplikasikan ke dalam kehidupan seharian kita.

*****

(SEM) RM40.00 - RM35.20
(S/S) RM43.00 - RM37.80

Kitab Fadhail Amal ~ Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi alaih

Sheikh Maulana Zakariya merupakan seorang tokoh ulama hadis yang dikenali ramai berasal dari India, lebih-lebih lagi dalam kalangan ahli Jemaah Tabligh seluruh dunia. Usaha beliau dalam memartabatkan ilmu dan dakwah Islam begitu besar sekali signifikannya kepada perjuangan menyebar luaskan Islam dan sunnah Nabi S.A.W. Hasil tulisannya telah menjadi sumber rujukan dan bacaan umat Islam seluruh dunia dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa utama dunia.
Kitab Fadhail'Amal (Fadhilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya yang terkenal, la adalah himpunan hadis-hadis. Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu:
a. Kisah-Kisah Para Sahabat
b. Fadhilat Al-Qur'an
c. Fadhilat Solat
d. Fadhilat Zikir
e. Fadhilat Tabligh
f. Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya
g. Fadhilat Ramadhan
Kitab ini juga merupakan salah satu kitab bacaan dan rujukan yang digunakan oleh Jemaah Tabligh. Semoga dengan kehadiran kitab yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi Bahasa Melayu ini akan memberikan kita pencerahan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat.

*****

(SEM) RM49.00 - RM43.10
(S/S) RM52.00 - RM45.80

Fadhilat Amal ~ Shaikhul Hadith Hazrat Maulana Muhammad Zakariya Rahmatullahi alaih

Kitab Fadhail 'Amal (Fadhilat Amal) merupakan hasil karangan Sheikh Maulana Zakariya yang terkenal, ia adalah himpunan hadis-hadis. Ruang lingkup perbicaraannya merangkumi tujuh bahagian iaitu: a. Kisah-Kisah Para Sahabat
b. Fadhilat Al-Qur'an
c. Fadhilat Solat
d. Fadhilat Zikir
e. Fadhilat Tabligh
f. Kemunduran Umat Dan Penyelesaiannya
g. Fadhilat Ramadhan
Kitab ini juga merupakan salah satu kitab bacaan dan rujukan yang digunakan oleh Jemaah Tabligh. Semoga dengan kehadiran kitab yang telah diterbitkan semula dalam tulisan rumi Bahasa Melayu ini akan memberikan kita pencerahan dan perkongsian ilmu yang bermanfaat. Dengan ilmu yang diperolehi itu dalam kita amalkan dalam meraih keredhaan Allah dan meneguhkan lagi iman kita serta menyempurnakan amal ibadah seharian kita.

*****

(SEM) RM59.00 - RM51.90
(S/S) RM62.00 - RM54.60

Monday, April 1, 2013

Bicara Ini Demi Ilahi ~ Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat

ALLAH Maha Benar.
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar.
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa
merenungi kalam-NYA, al-Quran. Ya, di situlah kita
mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA...

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan.
Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan.
Ya, bicara yang penuh berhemah.
Namun, ada yang kurang mengerti. Teguran disangka bisa.
Nasihat dikatakan tiada gunanya.

Maka biarkanlah diri ini berbicara
hanya demi DIA, Maha Pencipta.
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati.
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati,
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

Antara Pengisian Menarik:
• Izinkan Aku Berbicara
• Bicara Ini Demi DIA
• Bicara Ini Demi Umat
• Bicara Ini Demi Nurani
• Bicara Ini Demi Akhlak
• Bicara Ini Demi Anak Kita
• Bicara Ini Demi Hari Pengadilan
• Andai Mampu Lagi Aku Bicara

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Allah Tidak Pernah Jauh ~ Suhana Amiril

Buku ini lebih kepada mengajak kita untuk bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang DIA hadirkan sebagai ujian, kadangkala kita menjadi lemah tidak berdaya lalu terasa tiada harapan lagi. Padahal sebenarnya, DIA tidak hadirkan sesuatu itu dengan sia-sia.

ALLAH Tidak Pernah Jauh ini mengajak kita merenung diri dan menyeru kepada kebaikan dalam mengharungi kehidupan. Harapannya agar kita tidak mudah terjatuh apabila DIA datangkan ujian. Agar kita lebih redha dan teguh dalam keyakinan terhadap-NYA apabila jiwa terusik dengan lambaian jahiliah akhir zaman.

Naskhah ini menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Gaya bahasanya yang santai sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

*****

(SEM) RM19.90 - RM17.50
(S/S) RM22.90 - RM20.20

Monday, March 25, 2013

Dosa-dosa Suami Yang Paling Dibenci Allah s.w.t ~ Ach. Syaiful A'la

Dunia ini hanya sementara. Begitu jugalah dengan nikmat dan keseronokannya juga hanya sekelip mata sahaja. Yang kekal dan abadi adalah pembalasan- dan kehidupan di akhirat kelak. Bagaimanakah keadaan dan nasib kita di sana nanti, pastilah balasannya seperti apa yang kita lakukan ketika di dunia ini. Manakala iblis dan syaitan pula akan terus bekerja keras memujuk rayu manusia untuk ingkar perintah Allah.

Khususnya buat para suami, perlu diketahui bahawa banyak perlakuan sama ada dari segi percakapan, perbuatan ataupun pandangan yang mampu menjerumuskan kita ke lembah dosa dan keingkaran. Tanpa kita sedar ia juga merupakan dosa yang paling dibenci Allah. Apakah dosa-dosa itu? Buku akan menghuraikan topik perbicaraan yang mudah untuk difahami dan dijadikan teladan. Didatangkan dengan dalil serta nas daripada Al-Quran dan Sunnah. Malah dengan penjelasan yang komprehensif tenting dosa-dosa yang sering dilakukan oleh para suami, baik disedari ataupun tidak; disengajakan ataupun tidak, insya Allah akan memberikan kita cahaya ilmu dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

*****

(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM16.00 - RM14.10

Sejuta Khasiat Serta keajaiban Sari Kurma dan Susu Unta ~ Agus N. Cahyo

Pasti ramai dalam kalangan kita yang pernah mendengar tentang khasiat sari kurma dan susu unta? Dan ada juga yang pernah menggunakannya. Seperti yang kita ketahui, kedua-dua sumber nutrisi ini terdapat banyak di negara timur tengah atau di Semanjung Arab yang beriklim panas kering atau padang pasir. 

Namun dengan kecanggihan sistem pengangkutan masa kini bahan nutrisi ini mudah didapati di mana sahaja dalam keadaan yang segar dan berkhasiat. Tentu saja kita ingin tahu lebih mendalam apakah khasiat yang terkandung di dalam sari kurma dan susu unta ini. Dan bagaimanakah membuat adunan makanan ini agar sesuai dengan selera atau 'tekak'masyarakat kita tanpa mengurangkan khasiat dan keasliannya.

Buku ini menghadirkan pelbagai informasi berguna untuk anda tentang makanan ini. Dengan penjelasan, dan huraian yang lengkap, anda akan mengetahui apakah manfaat dan khasiat sari kuma dan susu unta untuk tubuh badan kita.

*****

(SEM) RM8.00 - RM7.00
(S/S) RM10.00 - RM8.80

Fikih Dakwah: Kepentingan Tauhid Dalam Hidup Manusia ~ Sayyid Quthb

As-Syahid Sayyid Quthb adalah salah seorang tokoh Islam kontemporari yang sangat dikenali di seluruh dunia. Sumbangan dan buah fikiran yang beliau berikan kepada generasi muda Islam sekarang begitu besar. Lebih-lebih kini dalam keadaan umat Islam yang semakin dihimpit oleh pclbagai cabaran dan dugaan yang begitu kompleks dan canggih. Seiring dengan kepesatan dan kecanggihan teknologi yang menjadikan dunia maklumat semakin terbuka dan tidak bersempadan. Idea dan buah fikiran yang Sayyid Quthb terjemahkan mcmberikan inspirasi kepada generasi kini khususnya di zaman digital dan teknologi ini.

Walaupun perjalanan untuk merealisasikan idea tersebut penuh dengan ranjau dan rintangan. Sehingga menyaksikan beliau telah meringkuk di dalam penjara dan akhirnya syahid dalam menegakkan Islam. Walaupun di kelilingi oleh tembok penjara dan jeriji besi, hasil buah fikiran yang dikurniakan Allah telah beliau catatkan dengan mata penanya yang tidak berheti menari menukilkan kesegaran tentang Islam dan dakwahnya kepada semua. Terdapat beberapa tulisan yang beliau telah karang semasa beliau sedang dipenjarakan. Naskhah ini merupakan hasil karangan beliau yang telah dikumpulkan dari penjara tempat beliau dikurung, ia telah disusun mengikut bab tertentu oleh Ahmad Hassan. Dan diberi tajuk k 'Fiqhud-Da'wah : Maudhu'at fi ad-Da'wah wal Harakah' berdasarkan huraian dan pencerahan yang dicatatkan di dalam helaian tulisan Sayyid Quthb.

Semoga dengan usaha penulis dan juga kegigihan penyusunnya, generasi kini mendapat manfaat ilmu yang berguna, yang boleh dikerahkan untuk memartabatkan Islam dan dakwahnya.

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...