Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, October 8, 2020

Quick Mastery Pendidikan Islam Tingkatan 1,2 & 3 ~ Ustaz Wan Ali Akbar Bin Wan Abdullah Ustaz Zulhakim Bin Munjari

(SEM & SS) RM10.90 > RM10.00

Buku Quick Mastery Pendidikan Islam Tingkatan 1, 2 & 3 Merupakan nota padat yang ringkas dan efektif dan sistematik untuk menguasai mata pelajaran ini. Buku ini juga merangkumi keseluruhan tajuk bagi sukatan pelajaran pendidikan islam KSSM tingkatan 1, 2 dan 3. Buku ini sesuai digunakan oleh murid-murid sekolah menengah rendah sebagai bahan bantu pembelajaran.

Kelebihan
  • Berdasarkan sukatan pelajaran terkini.
  • Buku ini merupakan nota padat yang ringkas serta efektif.
  • Merangkumi keseluruhan tajuk bagi sukatan pelajaran pendidikan islam kssm tingkatan 1, 2 dan 3.
  • Sesuai digunakan sebagai bahan bantu pembelajaran murid serta rujukan guru.
  • Sesuai untuk mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan.



Tuesday, October 6, 2020

23 Sahabat Kesayangan Nabi ~ Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

Buku ini menampilkan 23 personaliti daripada kalangan SAHABAT Rasulullah SAW yang menyayangi dan mencintai Nabi melebihi cinta kepada diri mereka sendiri. Mereka sentiasa ingin berdampingan dengan Nabi di dunia dan di syurga.

Maka, kasih sayang dan cinta mereka dibuktikan dengan kesungguhan mereka beribadah dan menegakkan agma Allah.

Antara kisah hidup Sahabat yang dipaparkan dalam buku ini ialah:
· Zaid bin Tsabit
· Rabi‘ah bin Ka‘ab
· Dzul Bijadain
· Abu Al-‘Ash bin Ar-Rabi‘
· ‘Ashim bin Tsabit
· ‘Utbah bin Ghazwan
· Nu‘aim bin Mas‘ud
· Khabbab bin Al-Arat
· Ar-Rabi‘ bin Ziyad Al-Haritsi
· Abdullah bin Salam
· Khalid bin Sa‘id Al-‘Ash
· Suraqah bin Malik
· Fairuz Ad-Dailamy
· Tsabit bin Qais
· Thalhah bin ‘Ubaidillah
· Abu Hurairah
· Salamah bin Qais
· Mu‘adz bin Jabal
· Keluarga Yasir
· Suhail bin ‘Amr
· Jabir bin Abdullah
· Salim Maula Abu Hudzaifah
· Utsman bin ‘Affan

Nasihat & Bimbingan Hadith Qudsi ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & SS) RM8.00 > RM7.50

Hadis-hadis yang ada di dalam buku ini telah dikumpulkan oleh Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali dengan tujuan menjadi dasar atau sumber yang kukuh sebagai nasihat serta pengajaran bagi para mukmin yang senantiasa haus akan kesempurnaan pengabdiannya kepada Ilahi, sekaligus menjadi peringatan bagi para muttaqin.

Beliau memilih di antara sekian banyak hadis qudsi untuk disampaikan kepada kaum Muslimin, supaya ada sinar yang boleh menunjukkan mereka ke jalan yang lurus, mengajak mereka zuhud, tawadduk, sabar, takut kepada Allah (Azza wa Jalla) serta berserah diri dengan sepenuhnya kepada -Nya.

Hal-hal seperti ini sudah tentu amat digemari orang-orang mukmin dan orang-orang yang rajin beramal, supaya mereka sentiasa dalam keredaan Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang di dunia juga di akhirat.

Al-Wafi Syarah Hadith 40 Imam Nawawi ~ Dr.Mustafa Al-Bugha, Muhyiddin Misto

(SEM & SS) RM58.00 > RM52.20

Hadith Arba’in adalah kumpulan hadith yang sudah tidak asing lagi dikalangan kaum muslimin, bahkan banyak dari mereka yang sudah menghafalnya. Ia merupakan kumpulan hadith yang disusun oleh Imam An-Nawawi.

Kesemua hadith yang terdapat di dalam kitab ini adalah merupakan hadith-hadith yang merangkumi asas-asas penting dari asas agama, yang telah dinyatakan oleh para ulama’ bahawa ia merupakan pokok-pokok ajaran Islam atau merupakan separuh agama atau sepertiganya dan seumpamanya.

Kesemua hadith-hadith ini merupakan hadith-hadith sahih dan sebahagian besar daripadanya diambil daripada Kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Salah satu keunggulan hadith-hadith yang dicantumkan di dalamnya adalah merupakan hadith yang ringkas tetapi mengandungi makna yang sangat luas. Memang secara umum Rasulullah SAW memiliki kelebihan-kelebihan dalam

Monday, October 5, 2020

Sesungguhnya Bersama Kesulitan Ada Kemudahan ~ Muhammad Ibn Muhammad, Al-Manjabi Al-Hambali

(SEM & SS) RM35.00 > RM31.50

Musibah adalah sesuatu yang menimpa manusia, adakalanya ia datang sebagai hukuman Allah atas kesalahan dan kelalaian manusia dan adakalanya ia datang sebagai ujian atas keimanan hambaNya.

Seseorang yang ditimpa musibah hendaklah lebih dahulu melakukan muhasabah, memeriksa ke dalam dirinya sendiri, mengapa perkara itu menimpa dirinya. apakah ia sebagai hukuman atas kesalahannya atau merupakan ujian atas keimanannya. Perkara ini amat penting sekali, kerana dengan cara itu dia tidak akan kehilangan punca atau dapat mengawal dirinya dan mencari jalan yang hendak dilaluinya seterusnya.

Pengarang buku ini berusaha membantu pembaca budiman. terutama pembaca yang ditimpa musibah, untuk mencari jalan keluar atau penawar agar seseorang itu boleh menentukan arah tuju yang akan dilaluinya selepas itu, benarkah musibah itu didatangkan sebagai sarana penghapus dosa bagi manusia dan sejauhmana hubungan musibah itu dengan qadak dan qadar yang sudah ditentukan oleh Allah untuk hambaNya.

 

Kitab Al-Arbaik Fi Usul Ad-Din: 40 Prinsip Agama Penyucian Rohani Untuk Meraih Akhlak Terpuji ~ Imam Al-Ghazali

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Pintu-pintu kebahagiaan adalah ilmu dan amal. Kuncinya pula adalah kesungguhan dan tafakur. Sesungguhnya, jika orang bodoh melatih hatinya dan menguatkan jiwanya, kadangkala akan menemui sebahagian kedalaman ilmu jua. Akan tetapi, dia mendapatkannya hanya sedikit dalam tempoh yang lama, sehingga tidak mampu mendapat pengetahuan yang sepatutnya kecuali dengan hati yang bening seperti cermin yang bersih. Perkara itu dengan fitrah yang kuat dan tujuan yang benar. Kerana tabiatlah yang menghalang hati untuk mengenal Allah SWT. Sesungguhnya Allah membatasi antara seseorang dengan hatinya.

Empat perkara dibahas di dalam buku ini iaitu:
1. Prinsip Ilmu
2. Amal Lahiriah
3. Membersihkan Hati dan Akhlak Yang Tercela
4. Akhlak Terpuji

Keempat perkara ini dibahaskan dan di bawah setiap perkara itu ada 10 prinsip agama ke arah menyucikan hati dan mendapatkan akhlak yang terpuji.

 

Wahai Kaum Wanita, Delete Dosa Update Pahala ~ Syeikh Nada Abu Ahmad

(SEM & SS) RM40.00 > RM36.00

Apabila membicarakan tentang dosa-dosa yang sering dikaitkan dengan wanita, bukan bermakna Islam ini adalah agama yang bersifat diskriminasi terhadap wanita. Dan bukan juga Islam ini merendah-rendahkan martabat dan maruah kaum hawa. Bahkan dalam Agama Islam, martabat kaum wanita begitu tinggi sekali khususnya seorang wanita yang bergelar ‘Ibu’. Keutamaan ibu itu lebih tiga kali ganda daripada seorang bapa. Sekiranya seorang anak dipanggil oleh kedua-dua ibu bapanya, lebih utamakan untuk menyahut panggilan si ibu didahulukan daripada bapanya. Insan yang mesti dihormati dan yang pertama adalah ibu, kedua ibu, ketiga ibu dan keempatnya barulah bapa. Begitulah betapa tingginya taraf wanita dalam Islam. Ketaatan seorang wanita adalah kepada suaminya manakala ketaatan seorang lelaki pula adalah ibunya.

Namun apa yang ingin dikongsikan di dalam buku ini adalah sebagai peringatan dan panduan buat semua muslimah yang rindukan syurga dan mengharapkan balasan yang terbaik daripada Allah SWT. Di atas dasar kasih sayang dan cinta terhadap kaum hawa maka disampaikan pesanan itu agar hidup mereka sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah SWT. Semoga dengan apa yang dinukilkan di dalam buku ini memberikan kita panduan dan rujukan agar kaum hawa khusus mereka

Panduan Belajar Tajwid: Cara Mudah & Berkesan ~ Ustaz Mahadi Haji Dahlan Al-Hafiz

(SEM & SS) RM18.00 > RM16.20


Belajar Tajwid menjadi kewajipan setiap mukmin. Pelajaran ini penting bagi seorang untuk membaca Al-Quran. Tajwid yang betul menentukan bacaan seseorang itu tepat.

Mamandangkan betapa pentingnya pelajaran Tajwid untuk dipelajari, maka penulis mengambil inisiatif untuk menulis buku ini.

Buku ini memudahkan untuk kita belajar Tajwid mengikut Resam Uthmani.

Buku ini juga mengupas hukum-hukum Tajwid bermula dari Surah Al-Fatihah hingga Surah Al-Ghasyiah. Semoga dengan kupasan ini dapat membantu umat Islam membaca Al-Quran dengan betul khususnya dalam sembahyang.

 

12 Perkara Untuk Sihat


 Jom sihat.

Mari kita cuba perkara yang disarankan oleh kajian terdahulu & juga para alim ulama. Ada sebahagiannya daripada Sunnah Nabi s.a.w. Moga kita diberikan kesihatan yang baik oleh Allah sepanjang masa Covid-19 ni & selepasnya.

Tujuh Cara Diterima Pahala Sesudah Mati


Mari kita bina saham akhirat dari sekarang. Moga salah satu cara ini membawa peluang kita untuk ke syurga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...