Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, August 26, 2013

Kembara Cinta Kahakea ~ Fatimah Saidin

Mengisahkan perjuangan Jihad Nuruddin Abdul Rahman dalam menyebarkan dakwah Islam di Pulau Kahakea, sebuah pulau kecil di Kepulauan Mikronesia. Ternyata apa yang dipelajari tidak sama dengan apa yang ditempuhi dalam realiti kehidupan. Iman dan ilmu Jihad teruji apabila Jihad perlu berhadapan dengan penduduk tempatan yang masih berpegang pada agama nenek moyang mereka. 

Di sinilah Jihad bertemu dengan Elima Tino Aroha, seorang gadis tempatan yang berjaya mencuri hatinya. Suka, duka, pahit, manis pengalaman yang dilalui oleh para sukarelawan Yayasan Dalquds dalam berjihad di jalan Allah memberi pengajaran bermakna kepada kita. Kisah cinta bermotivasi ini bukan hanya berkisar pada cinta sesama manusia, namun merangkumi cinta dan kasih sayang terhadap pencipta cinta, Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Thursday, August 22, 2013

Agenda Politik Syiah ~ Dr Kamaluddin Nurdin Marjuni

Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah seperti tidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yang dituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulan pro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan Bani Umayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib.

Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalam politik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin.

Antara Kandungan:
Bab 1: Syiah Zaidiyah
Bab 2: Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (12 Imam)
Bab 3: Syiah Ismailiyah Batiniah
Bab 4: Teori Politik Golongan Syiah
Bab 5: Kritikan Syiah Zaidiyah BerkenaanTeori Imamah (Politik) Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah
Bab 6: Ahli Sunnah Mengkritik Teori Politik Syiah
Bab 7: Pelantikan Imam Menurut Golongan Syiah
Bab 8: Kritikan Syiah Zaidiyah Berkenaan PelantikanImam Syiah Imamiyah dan Syiah Ismailiyah
Bab 9: Kritikan Ahli Sunnah Berkenaan Teori Penentuan Nas Pelantikan Imam
Bab 10: Percanggahan Konsep Maksum Menurut Syiah

*****

(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

40 Tokoh Islam ~ Rohayati Bakri, Nazrie Haslieanie, Nur Izzati

Buku 40 Tokoh Islam memuatkan 40 kisah tokoh Islam yang banyak memberi sumbangan dalam perkembangan ilmu,sama ada ilmu agama atau ilmu dalam bidang yang berkaitan dengan kehidupan dunia. Ia meliputi zaman selepas Nabi Muhammad meninggaldunia pada tahun 11 hijrah bersamaan 632 Masihi sehingga ke zaman ilmuwan Islam yang masyhur.

Apabila membaca buku ini, insya-Allah pembaca dapat mengenali tokoh-tokoh Islam yang berjaya dan menjadi perintis dalam bidang masing-masing. Hasil daripada sumbangan mereka, kita dapat dimanfaatkan oleh generasi kini sehingga pembaca dapat melihat dan menikmati pelbagai kemajuan di dunia kita pada hari ini.

Antara Kandungan:
Bahagian 1: PEMIMPIN ISLAM
1. Muhammad bin Abdullah
2. Abu Bakar as-Siddiq
3. Umar bin Khattab
4. Usman bin Affan
5. Ali bin Abi Talib

Bahagian 2: SAHABAT NABI
6. Bilal bin Rabah
7. Zaid bin Sabit
8. Anas bin Malik
9. Abu Hurairah
10. Muaz bin Jabal
11. Abdullah bin Abbas
12. Salman al-Farisi
13. Suhaib bin Sinan
14. Abdul Rahman bin Auf
15. Zaid bin Harisah

*****

(SEM) RM28.00 - RM24.60
(S/S) RM31.00 - RM27.30

Ajaran Sesat: Di Sebalik Lipatan Sejarah Islam ~ Dr. Engku Ahmad Zaki

Sejarah Islam mencatatkan bahawa isu ajaran sesat bukan satu perkara yang baru dalam zaman Rasulullah SAW kerana pada zaman Rasulullah SAW sendiri telah menyaksikan beberapa kumpulan ajaran sesat yang mengisytiharkan diri mereka keluar daripada Islam.

Masyarakat Islam pada masa kini masih belum memahami dan terkeliru berkenaan hakikat sebenar kesesatan yang terdapat dalam sesuatu ajaran sehingga berlaku tuduh-menuduh di kalangan umat Islam hingga ke tahap mempertikaikan akidah dan pegangan masing-masing. Namun, apa yang paling menyedihkan adalah pendukung ajaran sesat berjaya pula mempengaruhi masyarakat sekeliling. Malah, pendukung ajaran sesat sanggup menuduh dan melabelkan orang-orang beriman yang tidak bersama mereka sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran yang sebenarnya.

Terdapat 56 gerakan ajaran sesat yang telah dikenal pasti dan diwartakan di Malaysia, antaranya ialah Al-Arqam, Syiah, Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang, Ajaran Ayah Pin dan Al-Ma`unah.

*****

(SEM) RM18.00 - RM15.80
(S/S) RM21.00 - RM18.50

Asmaul Husna, Kenali 99 Nama Allah ~ Azmi Ahmad

Buku ini membicarakan tentang asas yang berkaitan dengan ASMAUL HUSNA atau disebut juga sebagai pengantar serta menganalisis ASMAUL HUSNA dari sudut kaedah bahasa, terjemahan kata dan huraian makna.

Dalam karya ini, penulis menekankan pengetahuan tentang ASMAUL HUSNA khususnya daripada aspek morfologi kaedah bahasa yang dikemukakan bagi 99 Nama Allah.

Penulis berusaha menghasilkan terjemahan yang tidak terlalu bebas untuk mudah difahami oleh pembaca. Selain itu, huraian makna AAH yang dimuatkan dalam buku ini berdasarkan kepada pandangan ulama aliran perdana mazhab Ahli as-Sunnah wa al-Jama‘ah, iaitu al-Asha‘irah dan al-Maturidiyah.

Antara Kandungan:
- Pengertian Asma’ Allah al-Husna
- Dalil Asma’ Allah al-Husna dalam al-Quran dan as-Sunnah
- Asma’ Allah al-Husna adalah qadim dan secara tawqifiyah
- Bilangan Asma’ Allah al-Husna
- Nama Allah yang teragung
- Maksud menghitung Asma’ Allah al-Husna
- Bacaan selepas Asma’ Allah al-Husna
- Mendendangkan Asma’ Allah al-Husna
- Kesan penghayatan Asma’ Allah al-Husna
- Kaedah memahami ayat al-Quran yang diakhiri dengan Asma’ Allah al-Husna
- Mengetahui nama Allah lebih utama daripada nama manusia
- Pembahagian Asma’ Allah al-Husna berdasarkan pengertiannya
- Asma’ Allah al-Husna sumber akidah Imam Abu al-Hasan al-Ash‘ariy
- Barangsiapa mengenal nama Allah harumlah namanya di dunia dan di akhirat

*****

(SEM) RM20.90 - RM18.40
(S/S) RM23.90 - RM21.00

45 Amalan Menempah Tiket Ke Syurga ~ Firdaus Shahidin, Syed Abdul Razaq Syed Isa

SYURGA merupakan satu tempat indah yang tidak pernah dilihat oleh mata. Tidak pernah didengar oleh telinga akan keindahannya dan tidak pernah terlintas di hati akan kecantikannya. Satu tempat yang penuh kenikmatan dan kebahagiaan abadi.

Siapa yang tidak menginginkan semua ini? Masing-masing berharap agar dipilih Allah SWT untuk menjadi penghuni SYURGA. Ingin meraih nikmat yang tidak henti. Teruja untuk mengecap kehidupan yang abadi dilingkungi cinta Tuhan yang amat tinggi.

Namun, pernahkah kita menilai setiap amalan yang kita lakukan sehari-hari? Adakah apa yang kita lakukan sudah melayakkan kita mendapat tiket menghuni SYURGA Ilahi? Bagaimana mungkin kita boleh merintis jalan menuju keinginan mulia ini?

Buku di tangan anda mengupas beberapa panduan amalan yang boleh kita praktikkan sebagai bekalan, merintis jalan ke SYURGA idaman hati. Mudah-mudahan, dengan kita mengamalkan perkara-perkara baik saranan Baginda Nabi dan para sahabat Baginda serta orang-orang soleh, keinginan kita itu tidaklah menjadi satu keinginan yang sia-sia.

*****

(SEM) RM16.50 - RM14.50
(S/S) RM19.50 - RM17.20

Tabung 'Beli Sambil Menderma'


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Pelanggan Semua...

Melihat kepada konflik dunia Islam yang seakan tidak terkawal, kami di Booksville Ent. (BV) dengan ini melancarkan tabung 'Beli Sambil Menderma' kepada anda semua.

Setiap 50 sen daripada jumlah belian anda kepada BV akan disalurkan ke dalam tabung ini. InsyaAllah, setiap hujung bulan atau jumlah wang telah mencapai jumlah tertentu, kami akan menyalurkan jumlah wang derma ini kepada badan-badan amal atau NGO tertentu seperti Aman Palestine, Tabung Syria, Tabung Rohingya dan lain-lain. Bergantung kepada keadaan semasa dunia.

Terima kasih atas kesudian anda membeli buku dan cenderahati dengan kami. Moga usaha kecil kita ini bukan sahaja meringankan beban saudara lain tetapi juga menjadi saham akhirat buat kita.

Daripada Said bin Zaid r.a., Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
“Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid.”
(Riwayat al-Tirmizi & al-Nasa’i)

Terima kasih

Booksville Enterprise.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...