Hubungi Kami

Hubungi Kami

Wednesday, July 10, 2019

Dahulukan Ibadah Kamu Daripada Dunia Kamu ~ Dr. Masiq Khalid Ali

(SEM & SS) RM32.00 > RM28.80

Apabila kamu merasai kesukaran dan menghadapi banyak masalah hidup di dunia ini, janganlah berputus asa dan rasa kecewa kerana sesungguhnya Allah SWT adalah tempat bergantung dan tempat diletakkan sepenuh pengharapan. Ketahuilah, sesungguhnya kenikmatan yang teragung dan terbesar, iaitu kenikmatan yang dirasai sepenuhnya di hari akhirat nanti. 

Kenikmatan akhirat itulah yang akan membawa hamba kepada kemuliaan yang kekal. Kerana itu, hakikatnya seorang mukmin, tidak mengejar kenikmatan dunia, yang tidak memiliki apa-apa keuntungan melainkan sedikit sahaja, dibandingkan dengan kenikmatan berupa kemuliaan di sisi Allah SWT. Tidak ada maknanya kenikmatan dan kelazatan dunia seisinya, yang boleh membuat manusia menjadi lupa dan mabuk, sehingga terlena dengan kehidupan dunia. Kehidupan manusia yang sudah mabuk dunia itu, menjadikan sujud, rukuk dan ibadahnya hanya untuk memenuhi rasa kenikmatan dunia. 

Marilah kita sama-sama jadikan kehidupan di dunia ini sebagai medan untuk kita beramal dan menyediakan persiapan kita menuju alam akhirat. Kita tidak mungkin akan tenang dan berbahagia apabila membawa bekalan yang sedikit dan tidak berkualiti pula apabila menuju perjalanan yang jauh iaitu ke alam barzakh dan alam akhirat. Janganlah sia-siakan masa, umur, tenaga dan kekayaan yang kita miliki tanpa kita membuat pelaburan untuk bekalan kita di sana, ketika itu apa yang akan menjadi pertukaran adalah amal-amal soleh, amal ibadah, amal kebajikan yang kita lakukan di dunia ini semata-mata kerana Allah SWT. Renungkanlah dan bertindak segera tanpa ditangguh-tangguhkan lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...