Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Syed Alwi Alatas. Show all posts
Showing posts with label Syed Alwi Alatas. Show all posts

Thursday, August 17, 2017

Bila Allah Menduga Kita ~ Syed Alwi Alatas

(SEM & S/S) RM26.00 > RM22.90

Pernahkan anda menghadapi masalah dalam hidup?
Sudah tentu pernah, bukan? Tidak ada seorang pun yang terkecuali daripada menghadapi masalah dalam hidupnya. Adakah sesiapa di antara kita yang sepanjang hidupnya tidak pernah menghadapi masalah?

Adakah anda pernah menghadapi ujian yang sangat sukar dalam hidup anda? Mengapa ujian serta masalah yang sukar mesti menimpa kehidupan kita? Bagaimana caranya untuk kita tetap bertahan dalam menghadapi situasi seperti itu?

Kita sering mengeluh dan marah apabila ada kejadian menyakitkan yang menimpa diri kita. Betapa kita enggan menerima dugaan yang datang, sedang nikmat yang ada jauh lebih banyak. Secara sedar atau tidak, kita sering berprasangka buruk terhadap Allah s.w.t. kerana kesukaran yang kita alami. Namun, adakah sikap ini memberi kebaikan kepada kita dan membuat keadaan kita menjadi lebih baik?

Maka, bukanlah masalah yang menjadi persoalan tetapi sikap kita dalam menghadapinya. Buku Bila Allah Menduga Kita menjelaskan secara terperinci apakah jalan penyelesaian yang diberikan oleh Islam terhadap masalah hidup kita. Ada banak pelajaran yang akan membuatkan kita bahagia dan membantu kita meraih keuntungan dalam kehidupan ini.

Tuesday, January 17, 2017

Katak di Luar Tempurung ~ Syed Alwi Alatas

(SEM & S/S) RM18.00 > RM15.80

Man ‘arafa Nafsah ‘arafa Rabbah

Jangan sekali-kali membunuh impian yang baik. Selama impian itu mulia dan tidak bertentangan dengan agama, maka sila kejar dan raih. Jangan biarkan orang lain menguburkan impianmu. Impian itu adalah permulaan daripada sebuah pencapaian.
Pada masa kini, boleh dikatakan ramai yang menghadapi konflik self-confidence dan self-esteem. Apabila terdapat sedikit kekurangan atau kecacatan pada diri seperti gemuk, berkulit gelap, miskin dan sebagainya, kita hilang keyakinan diri. Kita lupa bahawa kita ada banyak lagi kelebihan lain yang Allah berikan.

Malangnya apabila kita terlalu memikirkan kelemahan dan kekurangan diri, kita terus mundur kebelakang, tertindas dan tidak berdaya maju sehingga gagal untuk menyelidik kelebihan diri yang boleh digunakan untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Oleh itu, buku ini ingin mengajak pembaca membangunkan keyakinan diri, tidak lagi berterusan berkata “tak boleh”. Sebaliknya, katakanlah “saya boleh” dan lakukannya tanpa keraguan. Yakinlah setiap daripada kita memiliki kemampuan yang unik yang dijadikan-Nya. Kita hanya perlu mengetahui kelebihan yang kita miliki dan menggunakannya sebaik mungkin.

Wednesday, May 11, 2016

Ubah ~ Syed Alwi Alatas

Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi? Yang Penting Mulakan ...

Sebelum mencari di kejauhan, mengapa tidak mulakan saja dengan yang dekat, iaitu diri sendiri? Sebelum mengharap perubahan pada manusia lain, mengapa tak mulakan saja daripada manusia yang satu ini? Ya, diri kita sendiri!

Tidak ada manusia yang sampai ke destinasi yang dicita-citakan hanya dengan satu langkah. Mulakanlah dengan diri sendiri kerana itulah yang paling dekat. Pilihlah jalan yang paling tepat yang akan membawa ke tempat tujuan kita. Jika hendak ke hulu, jangan pula ambil jalan ke hilir. Kalau hendak ke syurga, jangan pilih jalan ke neraka.

# Jatuh untuk bangun! Teruskan melangkah.
*****
(SEM & S/S) RM16.00 > RM14.00

Monday, August 10, 2015

Biografi Agung Nuruddin Zanki ~ Syed Alwi Alatas

Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu... Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem.

Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib.

Menurut Carole Hillenbrand dalam bukunya, Perang Salib, menyatakan bahawa, selama berabad-abad sejak masa Perang Salib “adalah Nuruddin, dan bukannya Saladin, yang memiliki reputasi paling gemilang sebagai sosok mujahid sejati. Saladin ‘ditemukan kembali’ oleh umat Islam pada abad kesembilan belas dan kedua puluh.” Rupanya, bersamaan dengan ‘ditemukannya’ Salahuddin pada masa-masa yang belakangan, peranan Nuruddin Zanki menjadi pudar dari ingatan kaum Muslimin kontemporer.

Tulisan ini tidak bermaksud mengembalikan keadaan seperti sebelum abad kesembilan belas, iaitu agar Nuruddin Zanki menjadi tokoh mujahidin yang lebih terkenal dan lebih menonjol daripada Salahuddin. Walaupun buku ini secara khusus menulis tentang Nuruddin Zanki, dan tidak banyak membahas tentang Salahuddin, tapi saya berharap kedua-dua tokoh ini dikenali oleh kaum Muslimin serta diberi penghargaan secara seimbang dan semestinya.
*****
(SEM & S/S) RM28.00 > RM24.60

Friday, August 8, 2014

Biografi Agung Salahuddin Al-Ayyubi: Penakluk Tentera Salib ~ Syed Alwi Alatas

Salahuddin al-Ayyubi bukan nama asing kepada orang Islam, malah sosok hebat ini disanjung orang bukan Islam. Sejarah keperwiraan tokoh Muslim ini menjadi bahan tulisan sama ada buku atau tesis di seluruh dunia. Ia juga mendapat perhatian karyawan seni untuk difilemkan.Dalam lambakan bahan-bahan mengenai Salahuddin menyebabkan pembaca keliru antara fakta dan fiksyen mengenai perwira ini.Begitu juga sebahagian menilainya daripada sejarah gemilang yang diciptanya tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

Sebaliknya buku ini tidak membahaskan fakta sejarah semata-mata. Lebih penting ia mengkaji masalah dan cabaran yang ada pada zaman itu yang memiliki banyak persamaan dengan yang dihadapi oleh kaum Muslimin pada zaman sekarang. Kaum Muslimin pada masa Nuruddin dan Salahuddin telah melewati masalah itu dan mereka mampu merespons cabaran dengan sangat baik.Ini adalah pelajaran yang berharga bagi kita yang hidup pada hari ini. Jika kita memahami dengan baik apa yang telah terjadi pada masa itu – kemunduran kaum Muslimin, penguasaan al-Quds oleh musuh, serta konflik Sunni-Syi’ah – dan kita dapat menggunakan contoh-contoh sebagai model untuk diterapkan pada masa sekarang ini, maka ia dapat menyelesaikan sebahagian besar masalah umat yang ada pada hari ini sebagaimana kejayaan yang dicapai oleh Salahuddin pada masa itu.

*****

(SEM) RM32.50 - RM28.60
(S/S) RM35.50 - RM31.20
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...