Hubungi Kami

Hubungi Kami

Monday, September 22, 2014

Wanita-wanita Hebat di Sekeliling Rasulullah s.a.w ~ Mahmud Al-Misri

Apabila kita singkap semula peradaban dunia yang sebelum Islam seperti Yunani, Romawi, Yahudi dan Arab Jahiliah, wanita dianggap sebagai makhluk yang tidak perlu wujud di dunia. Bahkan di zaman moden ini pun wanita kadangkala dianggap sebagai bahan yang boleh dieksploitasi untuk keseronokan dan peragaan ketika wanita tersebut masih muda dan menarik. Namun masih ada yang menganggap inilah simbol kebebasan dan kemodenan. Tetapi hakikatnya ini hanyalah merendah-rendahkan lagi martabat wanita.

Musuh-musuh Islam amat risau sekiranya apabila wanita muslimah begitu berpegang teguh kepada syariat Islam. Kebimbangan ini disebabkan, dari wanita muslimah inilah akan melahirkan generasi Islam yang mantap. Pelbagai helah dan rencana yang dirancang oleh musuh Islam untuk merosakkan wanita muslimah, demi untuk melemahkan generasi Islam yang akan terbina kelak.
Buku ini menghimpunkan beberapa tokoh wanita-wanita hebat yang berada di sekeliling Rasulullah S.A.W. Mereka merupakan contoh teladan yang terbaik untuk menjadi idola dan inspirasi kepada kaum Hawa dalam zaman yang penuh cabaran ini. Semoga dengan perkongsian ini mampu menjentik satu semangat murni ke dalam jiwa kita untuk menegakkan dan meninggikan lagi keagungan Islam.

*****
(SEM) RM80.00 - RM70.40
(S/S) RM83.00 - RM73.00

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...