Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, October 12, 2014

Ensiklopedia Imam Al-Syafie: Perbahasan Kitab Al-Umm (H/C) ~ Imam Al-Syafie

Imam Muhammad bin Idris al-Syafie ( 150-204H ) atau lebih dikenali dengan Imam al-Syafie banyak meninggalkan karya yang menjadi rujukan umat Islam. Ada dua peringkat penulisan al-Syafie, kitab yang beliau tulis di Makkah dan Baghdad dinamakan Qawl Qadim (Pendapat Lama) dan Kitab yang ditulis ketika beliau di Mesir dinamakan Qawl Jadid (Pendapat Baru).
Ada tiga kaedah penulisan karya atau kitab yang dinisbahkan kepada al-Syafie, iaitu; 

1.Kitab yang ditulis sendiri oleh al-Syafie.
2.Kitab yang ditulis oleh murid-murid beliau berdasarkan pembacaan oleh Imam al-Syafie dihadapan mereka atau dikenali sebagai kaedah imlak (al-imla'i).
3. Kitab yang disusun oleh murid-murid al-Syafie berdasarkan syarahan atau pengajaran Kitab beliau yang paling utama dan menjadi teras dalam Mazhab as-Syafie ialah Kitab al-Umm (Kitab Induk ). la dinamakan sedemikian kerana boleh dikatakan semua penulisan dalam Mazhab ol-Syafie berasal daripada kitab ini. Kitab al-Umm dari satu sudut merupakan kitab fiqh terbesar don tiada tandingan pada masanya. Kitab ini membahas berbagai persoalan lengkap dengan dalil-dalilnya, baik daripada al-Qur'an, al-Sunnah, Oak dan Qiyas. 

Isi kitab ini adalah sebagai bukti keluasan ilmu al-Syafie dalam bidang fiqh. Manakala dari sudut yang lain, ia juga dianggap sebagai kitab hadis kerana dalil-dalil hadis yang dikemukakon menggunakan jalur periwayatan tersendiri sebagaimana layaknya kitab-kitab hadis. Dalam kalangan utama terdapat keraguan dan perbezaan pendapat, mengenai penulisan kitab aI-Umm, adakah ia ditulis oleh al-Syafie sendiri atau karya para muridnya. Walau apapun pandangan uloma mengenai kaedah penyusunan kitab aI-Umm ini, yang pastinya kitab ini boleh dinisbahkan al-Syafie kerana ia memuatkan pandangan dan pemikirannya dalam bidang hukum berdasarkan riwayat muridmuridnya yang diakui ummah sebagai perawi yang add dan thiqah.

Jilid kelima daripada Kitab al-Umm ini membahaskan persoolan-persoalan fekah dalam Kitab Haji yang berkaitan ibadah haji (Manasik Al-Hajj) dan apa yang berkaitan dengannya seperti kewajipan berhaji seperti hukum-hakam berkaitan haji, Kitab Qurban yang berkaitan dengan ibadah qurban, Kitab Berburu dan Sembelihan yang berkaitan dengan hukum-hakam berburu dan sembelihan, don Kitab Makanan yang berkaitan dengan hukum halal haram dalam makanan dan minuman. Moga ensiklopedia yang telah diterjemahkan ini memberikan manfaat kepada para pembaca don penuntut ilmu.

*****
(SEM) RM65.00 - RM57.20
(S/S) RM68.00 - RM59.80

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...