Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Show all posts
Showing posts with label Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Show all posts

Tuesday, June 20, 2023

Ringkasan Fiqh Al-Jihad ~ Prof. Dr. Syeikh Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi

(SEM & SS) RM49.00 > RM46.00

Isu perbincangan buku ini menjelaskan secara mendalam tentang kefahaman konsep jihad yang sebenar. Istilah jihad selalunya difahami oleh masyarakat secara tidak benar atau terhad dalam perkara tertentu sahaja. Dengan ini, Syeikh al-Qaradhawi bangkit dan menjalankan peranannya untuk mengembalikan umat kepada landasan sebenar secara ilmiah dan berhikmah selepas membuat kajian dalam jangka masa yang panjang secara lebih mendalam.
 

Sunday, January 17, 2021

Pemikiran Tasawuf Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ~ Dr. Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid

(SEM & SS) RM25.00 > RM22.50

Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi adalah seorang ilmuan tersohor dalam dunia lslam masa kini. Beliau dikenali sebagai antara ulama yang cuba mengembalikan disiplin ilmu lslam yang pelbagai seperti ilmu kalam, imu Figh, ilmu hadith, ilmu tasawuf, dan sebagainya yang terpisah jauh antara satu sama lain. Beliau terkenal sebagai ulama yang mengakui dirinya sebagai tokoh yang memperjuangkan kesederhanaan Islam. 

Buku ini mengajak pembaca memberikan tumpuan kepada pemikiran Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam aspek tasawuf yang lebih bersifat amali dan akhlak dan bukan hanya teori dan falsafah. Beliau berpegang pada aliran yang menerima tasawuf bersumberkan disiplin syariah. Tasawuf yang beliau anggap lebih sesuai untuk masyarakat umum dalam kalangan umat Islam. Buku ini juga bagi meletakkan umat Islam pada landasan ilmu supaya tidak keterlaluan mempertahankan tasawuf, dan juga tidak melulu mengkritik tasawuf. Buku ini disusun berdasarkan rujukan buku berautoriti dalam kalangan para sufi seperti Risalah al- Qushairiyah, Ihya Ulumuddin, dan lain lain.

Tuesday, March 22, 2016

Halal & Haram Dalam Islam ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Buku Halal dan Haram dalam Islam karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini adalah cetakan yang ke-70 ataupun lebih (tidak dapat dipastikan). Beliau berdoa semoga buku ini memberi manfaat kepada penulis, penerbit, dan pembacanya. Beliau juga berdoa semoga umat Islam dapat menjaga tingkah laku selari dengan hukum-hakam yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah tanpa menghiraukan ideologi-ideologi yang diimport daripada luar.

Kelainan Buku Halal dan Haram dalam Islam Edisi Kemas Kini:
Al-Qaradhawi menambah baik isi kandungan berbanding cetakan sedia ada sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Hadith-hadith dalam buku ini dijelaskan sumber dan martabatnya berbanding buku sebelum ini yang ringkas.

Beberapa hadith yang dilihat tidak perlu dalam edisi sebelum ini dibuang. Namun, ia tidak menjejaskan hukum asal yang terkandung dalam buku ini.

Al-Qaradhawi turut memuatkan lampiran soalan-soalan berbangkit pembaca buku Halal dan Haram dalam Islam yang sebelumnya. Antara soalan, kritikan, dan jawapan yang dikemukakan dalam buku ini adalah:
Hukum mengharaman sembelihan orang Majusi kerana mereka adalah Musyrikin.
Isu susunan ayat-ayat Al-Quran tentang arak.
Isu aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi dan lain-lain...
*****
(SEM & S/S) RM100 > RM88

Thursday, November 19, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 3: Siri 2 (Akidah & Ibadah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Membawakan perbincangan langsung isu-isu akidah berkaitan pertalian dan pendirian Islam terhadap golongan ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) masa kini. Juga dibincangkan tentang isu pemberian syafaat ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w. yang melakukan dosa semasa di hari kiamat kelak. Selain itu, siri kedua ini turut menyentuh beberapa hal lain berkaitan ibadat, khususnya dalam permasalahan berkenaan zakat dan haji.

ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Akidah

Bab 1: Kepentingan Mengetahui Pendirian Islam Berkaitan Akidah Yahudi dan Nasrani, sertaKekufuran Mereka terhadap Agama Islam.
Bab 2: Pendirian Umat Islam Terhadap Golongan Yahudi dan Kristian.
Bab 3: Ulasan Sesi Dialog bersama Dr. Muhammad Abdullah As-Syabani Berkaitan Tajuk Hubungan dengan Ahli Kitab.
Bab 4: Syafaat pada Hari Kiamat dan Pendirian Dr. Mustafa Mahmud.
Bab 5: Pelatnya (Kurang Kelancaran Pertuturan) Nabi Musa a.s.

Bahagian 2: Ibadah
Bab 6: Kiraan(Nisab) Zakat.

Friday, October 30, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 3 Siri 1: Al-Quran, Hadith & Usul Fiqh ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Membawakan perbincangan terperinci berkaitan pentafsiran Al-Quran daripada sudut saintifik dan hukum merawat dengan menggunakan Al-Quran. Juga dibincangkan tentang isu antara sunnah yang wajib dan tidak wajib diamalkan, pencerahan semula beberapa hadith yang sering menimbulkan persoalan dan hadith yang diragui dalam kalangan masyarakat. Selain itu, turut menyentuh hal-hal lain berkaitan usul fiqh.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Bahagian 1: Pentafsiran Al-Quran
Bab 1: Tafsiran Saintifik Al-Quran
Bab 2: Merawat dengan Al-Quran
Bab 3: Ayat-Ayat yang Membicarakan tentang Kejahatan Bani Israel

Bahagian 2: Hadith dan Ilmunya yang Mulia
Bab 4: Sunnah Taqrir (Sunnah Pengakuan)
Bab 5: Sunnah yang Wajib dan Tidak Wajib Beramal dengannya
Bab 6: Hadith “Sebaik-baik Generasi Adalah Generasiku, Kemudian Generasi Setelah Itu”
Bab 7: Hadith “Tidak Datang Sesuatu Zaman Melainkan Zaman Selepasnya akan Menjadi Lebih Buruk daripadanya”
Bab 8: Hadith “Umat Berpecah kepada 73 Kumpulan”
Bab 9: Hadith “Pulang daripada Jihad Kecil kepada Jihad Besar, iaitu Jihad Hawa Nafsu”
Bab 10: Hadith “Tiada Konsep Beruzlah dalam Islam”
Bab 11: Hadith: “Sebutlah Banyak Kebaikan Si Mati”
Bab 12: Hadith: “Aku Diutuskan Menjelang Kiamat dengan Membawa Pedang”
Bab 13: Hadith yang Dikatakan Sempurna dan Mendalam
*****
(SEM & S/S) RM27.50 > RM24.20

Wednesday, July 29, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 2: Siri 4 (Perubatan dan Politik) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus yang ada pada buku-buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan perubatan dan politik.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari, Jilid Dua, Siri Empat adalah:
  • Benarkah Islam mengharuskan kematian bagi pesakit kronik? 
  • Adakah pihak kerajaan berhak mengambil sebahagian daripada anggota ataupun organ mereka yang ditimpa kemalangan? 
  • Adakah Islam membenarkan bagi menggugurkan kandungan yang bermasalah? Bagaimanakah pula dengan kandungan hasil daripada pemerkosaan? 
  • Benarkah penyusuan bukan secara langsung daripada payudara ibu, tidak dikira sebagai anak susuan? 
  • Apakah hukum mengikat saluran peranakan wanita dan lelaki bagi menghalang kehamilan? 
  • Adakah benar Khalifah Ar-Rasyidin yang kelima, Umar bin Abdul Aziz seorang yang jahil tentang politik? 
  • Pandangan Islam berkaitan kepelbagaian parti dalam negara Islam. 
*****
(SEM) RM29.00 > RM25.50
(S/S) RM32.00 > RM28.20

Fatwa Kontemporari Jilid 2: Siri 3 (Hubungan Kemasyarakatan): Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Antara persoalan menarik dalam buku ini adalah:
  • Di Manakah Perlu Disalurkan Harta yang Diperoleh daripada Jalan Haram? 
  • Apakah hukum mengambil keuntungan daripada hasil jualan? 
  • Adakah terdapat had maksimum keuntungan para peniaga perlu ditentukan? 
  • Apakah hukum lawak jenaka yang bertujuan menghiburkan orang ramai? 
  • Hukum penangguhan penjualan dan pembelian tukaran mata wang. 
  • Hukum nyanyian dalam Islam. 
  • Hukum rampasan pesawat.
*****
(SEM) RM24.00 > RM21.10
(S/S) RM27.00 > RM23.80

Monday, June 22, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 2: Siri 2 (Ibadah, Wanita & Keluarga) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."

Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan ibadah, wanita, dan keluarga.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Dua, Siri Dua ini adalah:
  • Adakah Islam membenarkan isu politik dibicarakan di dalam masjid? 
  • Apakah hukum penggunaan wang zakat bagi mendirikan masjid? 
  • Apakah hukum membelanjakan wang derma untuk urusan pentadbiran? 
  • Adakah petroleum perlu dizakatkan? 
  • Apakah hukum lelaki berjabat tangan dengan wanita? 
  • Apakah pemakaian purdah itu wajib? 
  • Adakah cucu-cucu berhak mendapat harta peninggalan datuknya? 
  • Perbincangan fatwa tentang pengharaman hak berpolitik untuk golongan wanita
*****
(SEM) RM31.00 > RM27.30
(S/S) RM34.00 > RM29.90

Fatwa Kontemporari Jilid 2: Siri 1 (Al-Quran, Hadith & Akidah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden , khususnya berkaitan Al-Quran, hadith, dan akidah.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 2, Siri 1 adalah:
  • Temapat berhenti dalam Al-Quran yang merosakkan makna. 
  • Benarkah terdapat hadith palsu dalam buku hadith Shahih Al-Bukhari? 
  • Benarkah terdapat hadith yang mengatakan, “Kebanyakan penghuni syurga adalah orang-orang yang bodoh”? 
  • Apakah kita boleh mengamalkan pandangan selain daripada pandangan empat mazhab? 
  • Benarkah dakwaan yang menyatakan bahawa hari kiamat akan berlaku pada 2280 Masihi bersamaan 1710 Hijrah? 
  • Membaharui usul fiqh: Antara pandangan yang menyokong dan yang menolak. 
  • Hukum mempercayai ramalan horoskop.
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Saturday, May 16, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 1: Siri 4 (Hubungan Kemasyarakatan) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."

Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan hubungan kemasyarakatan.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Satu, Siri Empat ini adalah:
  • Adakah riba terdapat pada wang kertas? 
  • Apakah hukum makan ayam dan daging yang disembelih dan diimport dari negara luar? 
  • Apakah hukum mengharapkan kematian di saat kita berputus asa untuk meneruskan kehidupan? 
  • Apakah hukum bekerjasama dengan musuh demi menyelamatkan diri sendiri? 
  • Hukum merokok menurut Al-Quran, sunnah, dan kaedah syariah. 
  • Benarkah hukum menonton televisyen, mendengar lagu adalah haram? 
  • Apakah pandangan Islam berkaitan kamera dan fotografi?
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

Fatwa Kontemporari Jilid 1: Siri 3 (Wanita dan Keluarga) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden , khususnya berkaitan wanita dan keluarga.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 3 adalah:
  • Benarkah kata-kata Saidina Ali menyatakan bahawa setiap wanita adalah jahat? 
  • Adakah haram untuk seorang wanita pergi ke pusat kecantikan? 
  • Apakah jenis dusta yang dibenarkan dalam rumah tangga? 
  • Apakah hukum bagi seorang isteri yang mencintai selain daripada suaminya? 
  • Hukum mewarnakan kuku dengan pewarna tiruan. 
  • Apakah hukum pengambilan sperma dan ovun untuk disenyawakan, dan kemudian disuntik semula ke dalam rahim?
*****
(SEM) RM26.00 > RM22.90
(S/S) RM29.00 > RM25.50

Tuesday, April 21, 2015

Fatwa Kontemporari Jilid 1 Siri 2 (Ibadah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

“Setiap sakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya.”

Tanpa terikat pada silibus buku-buku agama, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden khususnya berkaitan ibadah termasuk permasalahan dalam bab solat, puasa, zakat, haji, dan umrah.

Antara persoalan menarik dalam Fatwa Kontemporari Jilid 1, Siri 2 adalah:
  • Apakah yang dimaksudkan dengan solat khauf? 
  • Adakah haram berkahwin pada bulan Muharam? 
  • Adakah haram menggantikan puasa pada bulan Syaaban? 
  • Adakah melakukan suntikan membatalkan puasa? 
  • Apakah yang dimaksudkan dengan sumpah yang terikat? 
  • Apakah hukum mengambil pil penahan haid?
*****
(SEM) RM30.00 > RM26.40
(S/S) RM33.00 > RM29.00

Fatwa Kontemporari Jilid 1 Siri 1 (Al-Quran, Hadith & Akidah) ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

"Setiap penyakit ada penawarnya, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya, dan setiap persoalan pasti ada jawapannya."

Tanpa terikat dengan silibus yang ada dalam buku agama, Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab persoalan semasa yang mencabar praktik ajaran Islam dalam dunia moden, khususnya berkaitan Al-Quran, hadith, dan akidah.

Antara persoalan menarik dalam buku Fatwa Kontemporari Jilid Satu, Siri Satu ini adalah:
1) Di manakah neraka? Benarkah neraka itu wujud?
2) Benarkah ada hadith yang mengatakan mayat akan diseksa sekiranya keluarga menangis kerana kematiannya?
3) Mengapakah surah At-Taubah diturunkan tanpa basmalah?
4) Benarkah Nabi Muhammad s.a.w. adalah makhluk pertama yang diciptakan oleh Allah s.w.t?
5) Bagaimanakah keadaan Islam sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w?
6) Hukum menyembelih binatang sempena mendiami rumah baru.
7) Hukum menyebarkan surat berantai.
*****
(SEM) RM28.00 > RM24.60
(S/S) RM31.00 > RM27.30

Saturday, January 17, 2015

Pemalsuan Atas Sejarah Islam ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi

Sejarah adalah hasil tulisan penulis pada sesuatu zaman berdasarkan kecenderungan masing-masing, ada penulis yang menulis sejarah para khalifah, para penguasa, para ilmuwan dan sebagainya. Ada penulis yang menulis tanpa mengambil kira jalur riwayat kisah-kisah yang ditulisnya.

Penulis buku ini seorang tokoh ulama kontemporari yang sangat dikenali di seluruh dunia, baik di dunia Islam, mahu pun di dunia Barat. Prof. Yusof Al Qardawi adalah Presiden Kesatuan Ulama Sedunia sejak puluhan tahun yang lalu. Beliau menjelaskan tentang pemalsuan atas sejarah Islam kerana di sana ada ahli sejarah yang kurang cermat dalam penulisannya. Adakalanya penulisan itu memporakperandakan ummah, dan tidak ilmiah, penuh kecurigaan. Al Qardhawi cuba menjelaskan bahawa perlunya penapisan dan pemurnian semula terhadap karya-karya sejarah baik sejarah silam mahu pun sejarah terkini agar ia sejajar dengan keindahan Islam dan tidak menjadi fitnah kepada Islam dan umatnya.

*****
(SEM) RM22.00 - RM19.40
(S/S) RM25.00 - RM22.00

Wednesday, March 26, 2014

Ringkasan Fiqh Jihad: Keamanan Bukan Peperangan ~ Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Dr Rejab Abu Meleh, Fauwaz Fadzil Noor

Sesungguhnya saat umat Islam berada pada tahap kelemahan dan kealpaan, maka jihad adalah pencetus kebangkitan umat yang mampu mengembalikan mereka kepada pentasnya yang asal. Tanpa jihad, umat Islam akan dipandang hina dan rendah. Justeru, buku ini adalah salah satu pencetus kepada perubahan yang dinanti-nantikan oleh dunia. Buku ini juga sebagai wadah dalam menerangkan hakikat sebenar jihad yang luas, tidak terbatas kepada peperangan tetapi kepada semua aspek kehidupan manusia, ekonomi, sosial, kesihatan, ilmu dan dakwah. 

Peperangan bukanlah matlamat asal Islam tetapi itulah jalan terakhir untuk mempertahankan agama dan negara. Kedamaian adalah nikmat yang diperjuangkan oleh al-Quran dan sunah seperti yang diterangkan dalam Ringkasan Fiqh Jihad ini. Semoga buku ini mampu menerangi jalan ilmu umat Islam yang sentiasa dahagakan cahaya ilmu yang luas, insya-Allah.

*****

(SEM & S/S) RM24.00 - RM21.10
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...