Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, February 21, 2019

Ensiklopedia Pengubatan Herba ~ Dr. Khalid Gadd

(SEM & SS) RM50.00 > RM44.00

Kesihatan adalah anugerah Allah SWT yang perlu dihargai oleh setiap manusia. Kepentingan menjaga kesihatan sangat ditekankan di dalam Islam. Kesibukan manusia dengan kehidupan seharian terkadang melekakan mereka daripada mengambil berat terhadap persoalan kesihatan dan menjaganya.

Ensiklopedia Pengubatan Herba Terapi Alternatif Kedoktoran Islam oleh Dr. Khalid Gadd adalah sebuah buku yang memberi panduan tentang khasiat tumbuh-tumbuhan dan bahan-bahan semulajadi ciptaan Allah SWT untuk menghindari serta mengubati penyakit-penyakit, termasuk penyakit kronik seperti kanser dan sebagainya. Buku ini padat dengan petua-petua yang digali daripada Al-QLjran, Hadis Rasulullah SAW serta kajian-kajian penyelidik Islam dan juga barat.
Penulis ingin membawa pembaca untuk memahami bahawa Islam amat menitikberatkan berkenaan pencegahan penyakit serta menyakini penyembuhan penyakit tertakluk kepada usaha pesakit dengan keizinan Allah SWT. Resipi-resipi terapi alternatif yang diketengahkan mudah untuk dipraktikkan oleh pesakit.
Ensiklopedia ini perlu dimiliki dan dimanfaatkan sebagai sumber rujukan oleh setiap keluarga, pelajar-pelajar bidang kedoktoran dan mereka yang berminat untuk membantu pesakit.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...