Hubungi Kami

Hubungi Kami

Sunday, October 17, 2021

Ummahat Al-Mu'minin: Mengenali Para Isteri Rasulullah s.a.w ~ Dr. Muhamad Rozaime Ramle

(SEM & SS) RM35.00 > RM33.00

Ummahāt al-Muʾminīn bermaksud para ibu bagi orang - orang mukmin, iaitu para wanita yang dinikahi Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم dan baginda “bersama” dengan mereka. Mereka ini digelar sebegitu berdasarkan ayat al-Qur’an: 

Nabi itu lebih berhak terhadap orang-orang mukmin daripada diri-diri mereka sendiri [pada apa yang dia seru mereka ke arahnya, walaupun mereka cenderung kepada selainnya] dan isteri-isterinya merupakan ibu-ibu mereka. Surah Al Ahzab Ayat 6 

Secara ringkasnya, arahan Rasūlullāh صلى الله عليه وسلم lebih utama berbanding arahan manusia yang lain termasuklah ibu bapa dan orang mukmin. Seterusnya, mengapa para isteri baginda digelar sebagai ummahāt al-muʾminīn? Hal ini disebabkan ummahāt al- muʾminīn mempunyai hukum yang khusus, iaitu apabila baginda menikahi dan “bersama” dengan seseorang wanita itu dan kemudian baginda wafat, maka wanita tersebut tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki lain. Isteri nabi merupakan isteri baginda buat selama-lamanya hingga ke syurga. 

Buku ini menyenaraikan Isteri Isteri Nabi yang merupakan ibunda kita semua untuk dijadikan contoh bagi kita khususnya Wanita dizaman ini

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...