Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz. Show all posts
Showing posts with label Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz. Show all posts

Thursday, June 16, 2022

Bacaan Pelik & Ganjil Dalam Solat Namun Sahih ~ Dzulkhairi Mohd Noor, Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Buku Bacaan Pelik dan Ganjil dalam Solat Namun Sahih ini ditulis bagi merealisasikan usaha memperbaharui dan meningkatkan kualiti dalam solat. Solat yang kita kerjakan selama ini sudah cukup baik, namun masih boleh ditambah baik dan ditingkatkan kualitinya.

Jika pembaharuan dalam bidang bukan agama boleh ditambah baik dengan jayanya, mengapa tidak dengan kualiti solat kita. Tahukah kita bahawasanya bacaan dalam solat yang diajarkan dan diamalkan semenjak dari kecil lagi itu sebenarnya mempunyai banyak lagi kaifiat atau bacaan lain yang sahih dan bertepatan dengan sunnah Baginda s.a.w? Semuanya dicatatkan dalam buku ini.

Antara topik menarik adalah:Bacaan-bacaan doa istiftah yang pelik tetapi sahih,
  • Bacaan lain bagi rukuk dan sujud,
  • Bacaan-bacaan lain bagi iktidal dan duduk antara dua sujud,
  • Bacaan lain bagi tashahhud akhir.

Tuesday, December 15, 2020

Perang Gerila Dengan Syaitan ~ Abdullah Bukhari, Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM23.00 > RM20.70

  • Merungkai sejarah di langit serta permusuhan awal.
  • Pengenalan tentang jin, iblis dan syaitan.
  • Kelebihan dan kelemahan jin dan syaitan.
  • Rasul dan sahabat Nabi SAW dalam kalangan jin.
  • Sifat-sifat syaitan serta cara serangan iblis dan syaitan.
  • Senjata untuk menghadapi serangan syaitan.
  • Nama jin dan syaitan dalam al-Quran dan sunah.
  • Komentar terhadap riwayat berkenaan nama-nama syaitan.
Buku Perang Gerila dengan Syaitan ini boleh disifatkan sebagai buku yang mendedahkan tipu daya Iblis kepada manusia moden di alam Melayu. Justeru untuk menulis buku ini, penulis banyak merujuk buku Alam al-Jinn wa al-Syayatin karya Dr. Umar Sulaiman al-Asyqar. Walau bagaimanapun, penulis turut menambah isinya dengan rujukan lain bersama olahan sendiri bagi menyesuaikan isinya dengan kehendak semasa seperti perihal nama-nama jin atau syaitan mengikut kepercayaan orang Melayu dan beberapa perkara lain.

 

Tuesday, December 11, 2018

Nota Cinta Daripada Tuhan ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Buku Nota Cinta Daripada Tuhan ini merupakan susulan daripada Nota Daripada Tuhan hasil karya Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Halim. Buku ini menghimpunkan koleksi nota atau tafsir penulis berinterpretasikan dalam bentuk cerita daripada hadis dan pengalaman penulis sendiri. Sarat dengan nasihat dan pedoman bagi membawa umat Islam menuju syurga yang di redhai-Nya.

Thursday, January 11, 2018

Nota Daripada Tuhan ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & SS) RM18.00 > RM15.80

Merupakan himpunan koleksi nota atau catatan tafsir penulis buat masyarakat, khasnya golongan moden pada hari ini yang sentiasa sibuk dan terdedah dengan cabaran dan godaan akhir zaman. Berdasarkan kandungannya yang padat tetapi diringkaskan dengan bahasa yang mudah difahami diharap agar buku ini mampu menjadi peneman sehari-hari untuk santapan minda dan rohani para pembaca. Semoga ayat-ayat Allah ini dapat dijamah oleh minda orang yang sentiasa rindukan syurga-Nya.

Friday, August 25, 2017

Fail Sulit Mimpi ~ Abdullah Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz

(SEM & S/S) RM14.00 > RM12.30

Mimpi ialah suatu perkara yang signifikan dalam kehidupan seorang manusia, sama ada kanak-kanak, remaja, dewasa mahupun warga tua. Semuanya pasti tidak akan terlepas daripada mengalami mimpi.

Mimpi juga ialah sesuatu yang sangat subjektif untuk dihuraikan, sama ada bagi orang yang mengalami mimpi tersebut atau orang yang mendengar cerita daripada orang yang bermimpi. Mimpi setiap orang berbeza antara satu sama lain, maka sudah pasti huraiannya juga berbeza. Bahkan, persoalan mimpi ini juga bukan sekadar “mainan tidur” seperti yang sering diulang-ulang oleh anggota masyarakat kita pada hari ini kerana terdapat juga segelintir anggota masyarakat yang berpegang bahawa mimpi ialah suatu hujah yang diterima pakai dalam syariat. 

Namun persoalannya, adakah benar ia boleh diterima sebagai hujah atau sebaliknya?


Wednesday, May 4, 2016

Ceritera Haji Wartawan Al-Quran: Tuhan Kami Datang ~ Abdullah Bukhari, Dr. Abdul Basit

Ceritera Haji Wartawan Al-Quran - Tuhan, Kami Datang... adalah sebuah catatan travelog haji. Ia mengandungi kisah-kisah pendek yang menarik, dan dikaitkan dengan tafsir Al-Quran.

ANTARA ISI KANDUNGAN
Tip Mudah Mendapat Haji Mabrur
Rahsia dan Hikmah Haji

BAB 1: KISAH SEBELUM HAJI 1436H
Empat Hari Berbaki
Terkena Mukjizat Nabi Ibrahim a.s.
Doa supaya Mendapat Jemputan Istimewa daripada Allah s.w.t.
20 Visa Ihsan dan Rahsia Doa
Lembut Hati Encik Polis Trafik
Perlu Berangkat Pagi Ini!
Tragedi Visa KT65
Pulang Kembali ke Rumah
Kisah Pasport dan Hari Khamis yang Tragis
Ujian Kecil di UTC Keramat
Keajaiban Doa Musibah
Insya Allah, Belanja Haji akan Berganti
Haji Berlari-Lari pada Hari Jumaat
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...