Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Anuar Haniff. Show all posts
Showing posts with label Anuar Haniff. Show all posts

Friday, July 3, 2015

Kewangan Peribadi Soal Jawab Bersama Anuar Haniff ~ Anuar Haniff

Perancangan kewangan saban hari menjadi semakin kritikal. Demi menangani cabaran-cabaran kewangan yang terus memberikan tekanan kepada kehidupan seharian kita, buku ini penuh dengan persoalan kewangan harian diikuti dengan resolusi kewangan yang relevan lagi praktikal. Antara perbahasan yang bakal anda pelajari daripada membaca buku ini adalah seperti cara memaksimumkan sumber pendapatan dan membuat wang bekerja untuk anda melalui pelaburan strategic.

Selain itu, terdapat juga cara mengurus serta mengurangkan hutang piutang dengan efektif. Di samping itu, buku ini berkongsi cara untuk membina asas kewangan peribadi yang kukuh serta cara melabur dalam Amanh Saham Akhirat buat bekalan/amalan selepas kematian.
*****
(SEM & S/S) RM12.00 > RM10.60

Thursday, December 19, 2013

Jana Duit Dengan Membayar Hutang ~ Anuar Haniff, Dr. Mohd Nizal Haniff

Life Is Too Short. Oleh itu, bebaskan diri anda daripada fenomena ‘Kaya Hutang’ sambil menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit! Pelaksanaan ilmu pengurusan hutang ini amat penting lebih-lebih lagi dalam suasana ekonomi serta kewangan yang kian mencabar yang boleh digambarkan dengan kos kehidupan yang kian meruncing, budaya konsumerisme dan sudah semestinya, fenomena ‘KAYA HUTANG’ yang semakin menular dalam kalangan rakyat Malaysia (terutamanya belia negara kita serta kesan negatifnya kepada kedudukan kewangan sebenar golongan muda yang menjadi aset penting negara masa hadapan).

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI BUKU ‘JANA DUIT DENGAN MEMBAYAR HUTANG’?
Antara pengajaran penting yang anda bakal pelajari daripada membaca buku ini adalah:-
• Mengenali fenomena hutang/riba yang akan menentukan keberkatan serta ketenangan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.
• Tahu membezakan antara hutang baik dengan hutang tidak baik.
• Kelebihan-kelebihan mempunyai bebanan hutang yang minimal.
• Perancangan Hutang Hayat (PHH) yang merangkumi teknik-teknik penjimatan ribuan ringgit berkaitan pinjaman pendidikan/PTPTN, kenderaan, perkahwinan serta perumahan.
• Langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan bebanan hutang.
• Langkah-langkah membebaskan diri daripada ‘Kaya Hutang’.
• Langkah-langkah kewangan untuk menyuburkan serta memberkatkan harta/aset anda.

*****

(SEM & S/S) RM14.00 - RM12.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...