Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Dr. Shamsul Mohd Nor. Show all posts
Showing posts with label Dr. Shamsul Mohd Nor. Show all posts

Tuesday, October 18, 2022

Al-Quran Tafsir & Tadabbur ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM98.00 > RM94.00

Sebagai satu-satunya mukjizat Rasulullah ﷺ yang kekal hingga ke akhir zaman, Al-Qur’an umpama lautan hikmah yang tiada bertepi. Buku Al-Qur’an: Tafsir dan Tadabbur memberikan inspirasi yang menarik terkait dengan wacana ilmu-ilmu Al-Qur’an.

Di samping kandungan perbahasannya yang pelbagai, buku ini juga mempersembahkan penjelasan komprehensif dan tuntas terhadap istilah-istilah dalam bidang ‘Ulum Al-Qur’an dengan ulasan yang mudah difahami. Karya tulis ini sangat sesuai dijadikan bahan bacaan oleh pelbagai lapisan masyarakat, kerana ia bagaikan pintu gerbang untuk memasuki khazanah ilmiah yang terkandung dalam wahyu Ilahi tersebut.

Antara perbincangan menarik yang terangkum dalam naskhah ini ialah:- Mengenal pelbagai jenis mukjizat yang terkandung di dalam Al-Qur’an.
- Memahami konsep asas tadabbur yang sebenar.
- Mengenal cabang-cabang ilmu asas dalam perbahasan ‘Ulum Al-Qur’an.
- Inti sari lengkap isi kandungan 114 surah dalam Al-Qur’an.

Apa Kata Mereka?

"Subhanallah, buku ini hadir tepat pada masanya! Ketika umat Islam mula timbul kesedaran dan semangat untuk mentadabbur kandungan Al-Qur’an, kita perlukan pedoman yang sahih dan konkrit. Naskhah istimewa ini akan memandu anda saat meneroka luasnya mesej yang terkandung dalam

Tuesday, June 21, 2022

Rahsia Nama-Nama 114 Surah Al-Quran ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM45.00 > RM43.00

Naskhah ini hadir bagi mengetengahkan pesan-pesan utama di sebalik nama-nama surah yang terkandung di dalam Al-Qur’an. Penting bagi umat Islam untuk mengetahui latar belakang dan rahsia di sebalik nama-nama surah tersebut. Kerana hanya dengan mengetahui dan memahaminya, umat Islam mampu mendapatkan gambaran umum tentang isi kandungan Al-Qur’an dengan lebih utuh dan lengkap.

Di samping itu, Rahsia Nama-nama 114 Surah Al-Qur’an ini turut dilengkapi dengan terjemahan kitab Manzhumah Al-Zamzami. Sebuah karya klasik yang ditulis oleh cendekiawan pelbagai disiplin ilmu, Syeikh Abdul Aziz al-Zamzami (900-976 Hijrah). Kandungan kitab ringkas ini adalah berdasarkan perbincangan dalam bab Ulum Al-Qur’an yang terkandung dalam kitab Al-Nuqayah karangan Imam Jalaluddin al-Suyuti. Manzhumah Al-Zamzami merupakan sebahagian daripada sukatan pelajaran asas di beberapa institusi pengajian Islam semenjak era kerajaan Utsmaniyyah. Hingga kini ia masih dijadikan rujukan di beberapa sekolah Islam sama ada di Timur Tengah mahupun Asia Tenggara.

Manzhumah Al-Zamzami merupakan salah satu rujukan asas dan lengkap bagi pembaca yang ingin mengintai luasnya cakerawala perbahasan ilmu Usul Tafsir. Semoga dengan adanya kombinasi antara pengenalan 114 surah dan asas ilmu Usul Tafsir ini, buku ini dapat menjadi panduan yang lengkap bagi mempelajari kandungan Al-Qur’an.

Hadis: Suatu Pengenalan Asas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Sepanjang sejarahnya, hadis sebagai sumber rujukan kedua selepas Al-Quran mempunyai peranan penting dalam membentuk hukum-hakam syariat Islam. Oleh itu, wajar jika mempelajari ilmu yang berkaitan dengan ucapan, perbuatan, hal-ehwal, dan juga ketetapan Rasulullah ﷺ ini turut dinilai sebagai salah satu usaha ilmiah yang mulia.

“Akan sentiasa wujud sekumpulan manusia dalam kalangan umatku, golongan yang berada di jalan kebenaran, tidak akan memudaratkan mereka setiap yang menjauhkan diri daripada mereka (dengan tidak membantu atau tidak menyokong), sehinggalah berlakunya kiamat.” (Riwayat Muslim)

Menurut sebahagian ulama, sekumpulan manusia dalam hadis di atas merujuk kepada ahli hadis. Buku ini menghuraikan setiap perkara asas dalam ilmu Hadis. Ia menjawab beberapa persoalan berkaitan dengan ilmu Hadis; antaranya:
• Sepuluh prinsip dasar tentang ilmu Hadis. 
• Mengenali jenis-jenis pembahagian hadis; dari segi jumlah perawi, kedudukan, penerimaan atau penolakan, dan juga pembicaranya. 
• Mengetahui kedudukan, autoriti, dan peranan hadis dalam hierarki perundangan Islam.
• Mengenali asas-asas ilmu Takhrij Hadis.
• Mengenali asas-asas ilmu Al-Jarh wa At-Ta‘dil.
• Memahami syarat dan proses menaik taraf kedudukan sesebuah hadis.
• Memahami mengapa tidak semua hadis Dhaif tergolong dalam kategori Mardud (ditolak).

Monday, April 11, 2022

40 Hadis Sahih Tentang Akidah ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

Buku 40 Hadis Sahih tentang Akidah merupakan salah satu usaha kecil untuk mengetengahkan kaedah memahami ilmu Tauhid berdasarkan ilmu Hadis. Syarahan dan penjelasan terhadap hadis-hadis tersebut adalah berdasarkan kepada dua buah kitab syarah Sahih al-Bukhari, iaitu kitab Fathul Bari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Ali Ibn Hajar al-Asqalani dan kitab Irsyad al-Sari Syarh Sahih al-Bukhari karya Imam Ahmad bin Muhammad al-Qastalani.

Dalam buku ini penulis turut menghuraikan hadis-hadis tentang akidah yang bersifat Mutasyabihat mengikut pandangan Imam Abu Hasan al-Asy‘ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi. Ia dikukuhkan lagi dengan pandangan-pandangan muktabar ulama Ahli Sunnah wal Jamaah dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis berkenaan dengan sifat-sifat Allah SWT tersebut.

Pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah dalam memahami nas-nas Mutasyabihat adalah untuk menyelamatkan akidah umat daripada penyelewengan serta menyamakan sifat-sifat Tuhan dengan makhluk.

Al-Subki berkata, “Ketahuilah bahawa Abu Hasan al-Asy‘ari tidaklah meletakkan asas akidah ini di atas dasar pandangannya, melainkan ia adalah penerusan dan kesinambungan daripada mazhab Salaf dan apa yang difahami daripada Baginda Rasulullah ﷺ.”

Tuesday, March 2, 2021

Sejarah Makkah dan Madinah ~ Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM48.00 > RM45.00

Sejarah Makkah Dan Madinah adalah sebuah buku yang mengungkap kembali sejarah peradaban manusia di dua kota suci, Makkah al-Mukarramah & Madinah al-Munawwarah. Ia disertakan dengan gambar & lakaran, rajah serta ilustrasi bagi memudahkan para pembaca mengenali, menghayati & merasai perjuangan insan kamil bernama Muhammad bersama para sahabat baginda dalam mengembangkan agama Allah.

Sesungguhnya Islam itu benar, disampaikan oleh rasul yang benar, dari Tuhan yang benar, iaitu Allah.

Tuesday, February 11, 2020

Ilmu Tajwid Ringkas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Setiap perbahasan dalam ilmu Tajwid disampaikan dengan bahasa yang ringkas dan mudah difahami.

Disertai gambar rajah berwarna, latihan dan panduan untuk membantu pembaca memahami dan menguasai ilmu Tajwid dengan sempurna hingga mampu membaca al-Quran dengan melafazkan setiap huruf dari makhrajnya yang betul, memenuhi hak-hak setiap huruf dan menepati kadar bacaan pendek atau panjangnya serta waqaf dan ibtida’.

Tentang Penulis:
Berpengalaman luas dalam bidang dakwah di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Pengasas Sistem Genius Membaca al-Quran dalam masa tiga hari dengan kaedah al-Badar. Perunding Latihan dan Bina Insan di Pearl Mentor (M) Sdn. Bhd.

Berpengalaman dalam mengendalikan kursus motivasi dan latihan seperti Rahsia Alam Diri, Islamic Team Building, Effective Supervisory Skills, Interpersonal Skills dan Islamic Leadership Program. Ilmu Tajwid Ringkas adalah karya kedua beliau terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd. selepas Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas.

Monday, July 8, 2019

Tasawuf: Suatu Pengenalan Asas ~ Dr. Shamsul Mohd Nor

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Buku ini menerangkan dengan jelas dan terperinci berkaitan jiwa, nafsu, dan hati yang merupakan perbahasan utama dalam ilmu Tasawuf.

Sepertimana kita sentiasa membersih dan menghias tubuh badan, maka kita juga perlu berusaha untuk membersihkan dalaman kita daripada segala yang buruk dan menghiasnya dengan sifat-sifat yang baik.

Hati yang baik dan jernih adalah padanan dengan amalan yang baik dan diterima. Mana mungkin amalan dan pekerjaan yang dilakukan dengan hati yang tidak ikhlas, jahil dan riyak diterima oleh Allah. Maka, kita mesti berusaha memperbaiki rohani seiring dengan membanyakkan amalan dan ibadah.

Moga-moga nanti kita diredhai oleh Allah dan dimasukkan ke dalam Syurga-Nya. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...