Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Hadi Fayyadh. Show all posts
Showing posts with label Hadi Fayyadh. Show all posts

Thursday, June 4, 2020

Silence Protocol: Urban of Convergence ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Watak-watak yang yang dikatakan menyerupai Dajjal wujud dalam tamadun terdahulu seperti Lord Pacal, Viracocha, dan Shi Huangdi adalah sebagai wakil Tuhan atau anak Tuhan Matahari. .. ..

Penjelmaan Dajjal dalam tamadun ini adalah di dalam bentuk manusia tua yang berjanggut. Lalu, sejauhmanakah kebenaran sangkaan para pengkaji ini terhadap kewujudan Dajjal di masa lampau? .

Adakah benar Dajjal melalui zaman demi zaman, menjadi penguasa dan pembina yang hebat.

Setiap tamadun yang dijejaki Dajjal, dia akan meninggalkan monumen sebagai simbol kehebatan ilmunya sebelum tiba zaman kemunculan semula Dajjal yang dijanjikan di akhir masa nanti. .. .. Jangan terus mengerutkan dahi anda, walau sebenarnya kajian ini agak pelik dan aneh bukan?

Pertanyaannya benarkah kemunculan Dajjal hanyalah selama 40 hari keberadaannya di akhir zaman, atau Dajjal memang benar-benar telah wujud mengembara ke serata dunia menyuntik doktrin sekian lama ? . Apakah definisi 40 Hari yang dimaksudkan oleh baginda Nabi SAW?

Thursday, September 12, 2019

Ablaasa ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.90

Buku ni cerita pasal apa? Seolah-olah kamu sedang berbicara dengan Iblis dan syaitan dalam diam, bagaimana dia memasukkan jarum hasutan yang sangat halus sehinggakan seorang Pendosa terus menerus melakukan dosa.

Bahkan, orang yang berilmu tenggelam dalam ilmunya sehingga menjadi manusia yang terlaknat tanpa dia sedari, bagaimana Iblis berbicara denganmu, membelaimu dan berbisik lantas, kau terus mahu ikutinya walau sebenarnya bibirmu berkata sebaliknya.

Apa rahsia Iblis ini sehingga dia mampu merosakkanmu sedang kau tahu dia adalah musuh utamamu. Siapa temanmu, siapa sahabat mu, bagaimana nafsu mengeksploitasi hidupmu hingga ada yang sanggup bunuh diri kerna refleksi khayalan mainan semata.

"Aku ada denganmu dan janjiku dari saat mula ku dilaknat akan termetrai bersama-sama korbanku ke Neraka yang menyala" Sukarnya menempuh jalan ke Syurga bukan? Kenapa? Kerna aku ada denganmu...

Iblis dan bala tenteranya tidak akan pernah berputus asa, namun ada jalannya untuk mematahkan perisainya. Buku seolah kamu sedang berbicara dengan Iblis ini sebenarnya "agak seram" namun mampu mengingatkan kamu tentang bahayanya fitnahnya itu.

Thursday, November 15, 2018

The Last Kingdom: Skyfall & Ghost Protocol ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Sejarah empayar purba nusantara yang dibina, bukanlah siap hanya beberapa hari, ia menyaksikan bagaimana pemimpin Melayu yang hebat ketika itu mampu mengemudi bahtera kerajaannya sehingga sukar dikalahkan musuh. Pelbagai keagungan dan kehebatan yang perna diraih akhirnya lenyap dan dipadam oleh mereka yang menang.

Namun, penjajah tidak mampu melenyapkan semua debu-debu keagungan yang mereka percaya bakal bangkit di akhir zaman ini. Mereka sedar di kalangan bangsa itu akan wujud tentera-tentera hebat yang jitu sambil melaungkan Allahuakbar. Battalion tentera Tauhid akan muncul dari segenap penjuru timur.

Segala perencanaan ribuan tahun akan dilumpuhkan dengan bantuan kuasa dari Langit. Imam Al-Mahdi dan Nabi Isa a.s. akan mengetuai kembara merentas timur dan barat mengejar susuk Dajjal sehingga dia dibunuh. Panji ketauhidan bakal merubah lanskap dunia.

Nusantara akan kembali bercahaya dengan Kalimah Tuada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad adalah hamba dan utusan Allah yang pernah dilenyapkan oleh penjajah bertopengkan Freemanson dan Iluminati ini. Ayuh selusuri perjalanan hebat ini, THE LAST KINGDOM: Skyfall & Ghost Protocol. Di sini bermula dan berakhirnya sebuah tamadun.

Friday, November 2, 2018

Infinity War ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM29.90 > RM26.30

Tanya kami; "Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?", Jawab Rasullullah: "Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang".

Tanya kami; "Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?", jawab Rasullullah; "Tidak" tetapi hitunglah bagaimana pantasnya. (HR Muslim)

40 hari ini diwakili oleh 4 fasa, iaitu;-
1 hari yang pertama seumpama setahun,
1 hari kedua seumpama sebulan,
1 hari ketiga seumpama seminggu,
Dan hari selebihnya (37 hari) seumpama hari2 kita... ...dan kini kita sudah pun memasuki fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai "1 hari ketiga bersamaan seminggu".

Dalam buku Jerusalem in the Quran karya Imran Nazar beliau mengatakan fasa pemerintahan Dajjal yang disifatkan sebagai 1 hari bersamaan setahun ialah pada ketika British mengepalai tampuk pemerintahan dunia.

Tuesday, February 20, 2018

Mengintai Aku di Neraka ~ Hadi Fayyadh

(SEM & SS) RM37.50 > RM33.00

MENGINTAI AKU DI NERAKA, novel thriller TERBARU dari Hadi Fayyadh penulis novel best seller Semusim di Barzakh. Sebuah inspirasi picisan kisah benar sejak beberapa bulan lalu sebelum penulis berangkat ke Mekah, beliau dipertemukan dengan seseorang yang mahu dikenali sebagai aleeya. Kisah Aleeya Qistina, mengambil keputusan untuk bunuh diri dan terjun di atas tebing nan tinggi, sebagai protes terhadap cintanya yang kecundang. Namun, dia gagal kerana ada sesuatu yang menggangunya saat itu. Apakah yang menggangunya dan kisah disebaliknya? 

Aleeya mengambil keputusan untuk murtad dari agama Islam, dan mula hidup di dalam budaya orang-orang barat. Suatu ketika, dia mengambil keputusan untuk menjadikan kelab malam dan disko sebagai kiblatnya. Malam pertama dia mengunjunginya, dia disapa oleh seorang lelaki yang penuh tatoo dibadan, subang ditelinga, dihidung dan kelihatannya tak ubah seperti gengster kelab malam. Dia dipelawa minum arak bersamanya. Pada mulanya Aleeya Qistina menolak, namun setelah dia dicabar,dia menyahut cabaran itu. Sewaktu arak sedang diteguk,tiba-tiba dia ditegur sang lelaki tadi.

“Cuba kau lihat, air apa yang kau minum?” 

Thursday, September 14, 2017

Semusim di Mahsyar: Ratap Dari Pembaringan Lahad ~ Hadi Fayadh

(SEM & S/S) RM29.90 > RM26.30

Karya tinta cerita yang diceduk dari relung prasasti hati, seorang anak gadis yang pernah di matikan Allah seketika, "Mati Suri". Dia dikebumikan selama 5 hari berturut-turut dengan satu jasad misteri. Kematiannya berpunca dari kegagalan proses pembedahan jantung berlubang yang dihidapinya. Doktor mengesahkan kematiannya, lalu jenazahnya melalui proses pengembumian seperti biasa. 

Naluri kuat hati seorang ayah, dititipkan Allah melalui mimpi aneh. Anak gadisnya dilihat berjalan pulang kerumah dengan balutan kain kapan yang dipenuhi darah, nanah dan tanah. Hanya satu perkataan yang disebutnya' " Ayah, iqlima tak mati lagi... selamatkan saya ayah". Dengan raut wajah yang sangat mengerikan dia mengulang ayat yang sama sehingga Ayahnya mulai gusar tentang mimpinya. Dengan kudrat sebagai lelaki yang lumpuh seluruh badan, dia mengesot berjalan beberapa kilometer untuk menyakinkan orang kampung tentang apa yang dialami oleh mimpinya. 

Apa yang terjadi kepada Ayahnya ? Mampukah mesej anaknya disampaikan? Benarkah anaknya masih hidup? Bagaimana anak gadis iqlima ini diselamatkan? Apa pula pengalaman yang dilaluinya selama 5 hari ditanam di dalam Kubur? Siapa pula mayat yang ditanam bersama-sama dengannya? Semusim Di Mahsyar sebuah rentetan sejarah peradaban. Dipaut Allah buat insan yang terpilih, merasai dan melalui kematian yang tidak lagi mampu digambarkan.

Ketika Azazil Berputus Asa ~ Hadi Fayyadh

(SEM & S/S) RM29.90 > RM26.30

KETIKA AZAZIL BERPUTUS ASA : Rungkai Misteri Dunia yang disembunyikan.

Kisahnya dibongkar di dalam kitab kuno lampau. Kebangkitannya disebut ribuan tahun lalu. Makhluk Purba yang hidup di dalam sangkar tahanan Tuhan.

Dia menggelarkan dirinya sebagai “Tuhan Abadi” lantas di dahinya terukir KA Fa Ra. Berita kemunculannya jadi amaran setiap Ummat. ‘The Power of God' bakal dinobat. Penakluk Jendela Timur dan Barat.

Tujuh Penjuru Pintu Dunia, bakal tertutup rapat. Dimensi MASA dan USIA terus berlari. Rotasinya berputar pantas, bagai bukan lagi sehari. Paksi, dan medan magnerik Bumi tidak selari. Matahari terbenam, terbit dari ufuk misteri.

Disana, ada cahaya dari Ufuk Timur. Sinarannya mencetus ledakkan pertembungan. Al-Mahadi dan Isa Ibn Maryam, pemusnah dogengan kehebatan. Di belakangnya gah tentera pembawa panji destini ketauhidan dan keamanan.

Misi dominasi empayar Iblis bakal dihancurkan. Kembara ini, menembusi era dan zaman, jawaban kepada umat penutup peradaban kehidupan.

Semusim di Barzakh ~ Hadi Fayyadh

(SEM & S/S) RM29.90 > RM26.30

Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil?

Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah, dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang.

Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...