Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Hamid Addin. Show all posts
Showing posts with label Hamid Addin. Show all posts

Tuesday, November 29, 2022

Terapi Solat ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Dr. Azahar Yaakub, Hamid Addin

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Pasti anda tertanya-tanya benarkah solat adalah sebuah terapi bagi menghilangkan rasa tekanan dalam menjalani kehidupan seharian? Bukankah apabila menghadapi tekanan dan keserabutan hidup perlu dipraktis melalui terapi minda bersama pakar psikologi sahaja?

Anehnya solat kerana dalam kewajiban menunaikannya, terdapat 1001 kenikmatan yang tidak dapat dirasai daripada apa-apa cara melainkan solat. Bahkan, kelebihan ini dibuktikan daripada sumber dan kajian yang sahih. Dengannya, kita dapat menzahirkan ketaatan sambil merawat kekosongan dan luka dalam jiwa. Bukankah itu sebuah terapi yang menakjubkan?

“Solatlah kalian seperti kalian melihat aku solat.”

Kajian saintifik membuktikan solat itu satu terapi yang menyembuhkan. Ikuti kupasannya dalam buku ini.

Antara yang menarik:
- Bagaimana cara Nabi s.a.w. bersolat?
- Bagaimana untuk khusyuk dalam solat?
- Bagaimana solat dapat membantu kita dalam menjalani kehidupan seharian

Friday, July 22, 2022

Terapi Qiamullail ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Dr. Azahar Yaakub, Hamid Addin

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Pasti anda tertanya-tanya mengapa ibadah bangun malam dijadikan terapi dalam menyembuhkan sesebuah luka dan dorongan menempuhi ujian? Bukankah kekuatan dan keyakinan sejati dilatih melalui terapi minda bersama pakar psikologi?

Agungnya waktu malam adalah dijadikan sebagai waktu berehat, penyembuhan dan beribadah bagi umat Islam. Ketiga-tiga ruang ini dapat dinikmati bersama tanpa perlu memilih salah satu daripadanya. Nikmat menghidupkan malam mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Islam akan memberi ganjaran yang berganda kepada umatnya. Perbuatan ini terangkum dalam sebuah istilah iaitu ‘qiamullail.’ Padanya ada kerehatan, kesembuhan dan nikmat beribadah.

Qiamullail yang dilaksanakan mengikut panduan dan saranan yang benar menghasilkan beberapa pembuktian saintifik bahawa setiap kerehatan dan proses yang dilakukan dapat merawat beberapa masalah peribadi individu.

Ketahui sudut terapi pada qiamullail melalui buku ini. Antara yang menarik adalah:
-Bagaimana menjadikan qiamullail sebagai rutin yang tidak meletihkan badan?
-Bagaimana menjalani tidur sebelum bangun berqiamullail?
-Bagaimana qiamullail memberi kesan terhadap imunologi tubuh?

Terapi Sedekah ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Dr. Azahar Yaakub, Hamid Addin

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Kita fikir ia mustahil, namun tiada yang mustahil bagi-Nya…

Tiada satu insan pun di dunia ini terlepas daripada diuji oleh Allah s.w.t. Ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi kita diuji dengan kesempitan wang, keluarga yang berpecah-belah, kesihatan yang tidak menentu, ataupun kehilangan orang yang kita sayangi.

Bersedekah adalah satu daripada jalan untuk kita keluar daripada kemelut yang melanda kehidupan. Walaupun kita berada dalam keadaan serba kekurangan, kita perlu juga berusaha untuk bersedekah kerana amalan ini akan memberi kebaikan kepada kita.

5 perkara menarik dalam buku ini:
- Keberkatan sedekah dan analoginya
- Persoalan sedekah yang perlu dimuhasabah
- Sedekah yang kreatif
- Kisah pedoman yang menarik
- Modul aktiviti di hujung setiap bab

Baca, faham dan amalkan agar sedekah benar-benar mampu menjadi terapi hidup kita.

Wednesday, October 6, 2021

Jangan Buat Baik, Buat Terbaik ~ Zul Ramli M. Razali, Hamid Addin

(SEM & SS) RM27.00 > RM26.00

Sekiranya berbuat baik itu hanya memerlukan manusia bersedekah. Maka, yang miskin tidak berpeluang buat baik.

Sekiranya berbuat baik itu hanya menuntut manusia menjaga ibu bapa. Nescaya anak yatim akan berduka sepanjang hayatnya.

Sekiranya berbuat baik itu hanya dengan menolong orang lain sahaja. Pasti mereka yang lemah tidak layak menjadi manusia yang baik.

Sekiranya berbuat baik itu hanya tentang berkongsi ilmu pengetahuan. Lalu, akan ada yang kesedihan kerana tidak mampu.

Berbuat baik itu tidak khusus kepada sesuatu perkara, namun ia menuntut kepada satu pencapaian.

Lakukan kebaikan dengan cara terbaik. Hanya yang terbaik layak untuk syurga yang terbaik.

Jangan buat baik, lakukan terbaik!

Tuesday, August 24, 2021

The Art of Story Telling: Teknik Menjual Dengan Bercerita ~ Hamid Addin

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

DAPATKAH KITA MENARIK PERHATIAN DENGAN HANYA MENULIS?

Ramai yang sukakan perhatian, lagi-lagi para peniaga. Mereka perlu ‘membina’ perhatian supaya lebih ramai orang berminat dengan produk atau servis yang mereka hasilkan.

‘Membina’ perhatian itu akan menjadi lebih mudah dengan THE ART OF STORYTELLING.

Buku ini membincangkan mengenai rahsia dan cara menulis kisah daripada ‘biasa-biasa’ menjadi ‘hebat’ dan ‘luar biasa’, seterusnya menjadi daya penarik orang untuk membacanya. Akhirnya kita berjaya mengubah pembaca itu menjadi pembeli.

Berikut adalah keistimewaan buku ini:
1. Gaya penulisan dan persembahan yang mudah dan praktikal
2. Pendekatan infografik yang memudahkan kefahaman pembaca
3. Berwarna sepenuhnya

Disertakan juga di dalam buku ini 20 template ayat jualan yang dapat diguna pakai bagi semua jenis perniagaan.
Hanya tinggal salin, sunting dan post pada media sosial jualan anda.

Thursday, March 25, 2021

Fitnah Akhir Zaman ~ Imam Muda Asyraf, Hamid Addin

(SEM & SS) RM20.00 > RM18.00

Khabar perihal akhir zaman tidak membawa kita lebih mundur ke belakang. Khabar berkenaan tidak juga menjadikan umat hanya menanti kehadiran ‘hero penyelamat’ semata-mata. Menyalahkan ‘zaman’ sebagai cara melepaskan diri daripada mengislah umat. Bukanlah juga mencari-cari kemungkinan untuk dikaitkan dengan fakta yang diceritakan. Sebaliknya, khabar berkenaan akhir zaman adalah pembuktiaan kebenaran Rasulullah s.a.w., juga menjadi peringatan untuk kita menghadapi suasana semasa.

Antara Kandungan:
Bahagian 1
Bab 1: Adakah Kita Sudah Berada pada Akhir Zaman?
Bab 2: Berapakah Umur Dunia?
Bab 3: Adakah Lima Fasa Dunia Akhir Zaman Benar-Benar Wujud?
Bab 4: Memahami Maksud Hadith Akhir Zaman

Bahagian 2
Nabi Muhammad s.a.w. Diutus
Bulan Terbelah
Keluarnya Api dari Wilayah Hijaz yang Menyinari
Leher-Leher Unta di Bushra (Syam)
Ilmu Dicabut
Zina Berlaku Secara Terang-Terangan
Keluarnya 30 Orang Pendusta yang Mengaku sebagai Nabi
Banyak Berlaku Gempa Bumi
Waktu Seakan-Akan Berjalan dengan Pantas
Banyak Berlaku Pembunuhan
Fitnah Tersebar
Pembebasan Baitulmuqaddis
Kematian Mengejut Manusia dalam Jumlah yang Ramai
Harta Melimpah-Ruah
Bermewah-Mewah dalam Membina Masjid

Friday, March 13, 2020

7 Keajaiban Diet Rasulullah ~ Hamid Addin

(SEM & SS) RM30.00 > RM27.00

Rasulullah S.A.W. adalah Utusan Allah S.W.T. yang terakhir di muka bumi. Tugas Baginda bukan sekadar membawa agama Islam, malah Rasul Ulul Azmi ini juga turut memikul tanggungjawabnya sebagai manusia iaitu sebagai seorang suami, ayah, sahabat dan pemimpin.

Rasulullah S.A.W. bukanlah Malaikat.
Baginda sama seperti kita – manusia.
Justeru, jika namanya manusia, maka ia tidak sesekali lari daripada fitrah insan. Makan, minum, tidur, berkahwin dan lain-lain.

Hebatnya Rasulullah S.A.W. sebagai manusia, Baginda bukan sahaja memiliki kesihatan yang begitu menakjubkan, malah susuk tubuh Baginda yang tegap juga menunjukkan bahawa Baginda sememangnya seorang lelaki yang cukup sihat.

Adakah kesihatan Baginda ini semata-mata kerana anugerah Allah S.W.T. ataupun ada rahsia di sebalik amalan Baginda dalam kehidupan seharian yang dapat kita ikuti dan teladani bagi memperoleh kesihatan tubuh badan?

Monday, March 4, 2019

Amalan Yang Mengundang Rahmat Allah ~ Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi, Ustaz Hamid Addin

(SEM & SS) RM10.00 > RM9.00

Mungkin kita tidak sedar akan pentingnya rahmat dalam kehidupan. Malah, ramai yang menganggap rahmat bukanlah sesuatu yang boleh dikejar dan dituai, melainkan ia adalah milik mutlak Allah SWT. Sesungguhnya kefahaman sebegini adalah tidak benar sama sekali. Sebagai insan, kita berhak mengharap dan berusaha bagi mengundang rahmat. Buku ini disusun bagi membantu kita lebih mengetahui apakah itu rahmat dan bagaimanakah cara mengundang rahmat dalam kehidupan kita.

Antara kandungan:
BAHAGIAN 1: KEPENTINGAN RAHMAT
BAB 1 APA ITU RAHMAT?
BAB 2 BAHANA ISTIDRAJ
BAB 3 KASIH SAYANG ALLAH
BAB 4 BESARNYA RAHMAT ALLAH

BAHAGIAN 2: AMALAN YANG MENGUNDANG RAHMAT ALLAH
BAB 5 BERSIFAT IHSAN DALAM KEHIDUPAN
BAB 6 MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
BAB 7 MEMBACA, MENGHAFAL DAN BERAMAL DENGAN AL-QURAN
BAB 8 SEBARKAN KASIH SAYANG
BAB 9 MENJAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH
BAB 10 SOLAT SUNAT EMPAT RAKAAT SEBELUM ASAR
BAB 11 BERSELAWAT KE ATAS RASULULLAH
BAB 12 MEMELIHARA WUDUK
BAB 13 DUDUK DALAM MAJLIS ILMU 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...