Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Khalifi Elyas Bahar. Show all posts
Showing posts with label Khalifi Elyas Bahar. Show all posts

Monday, February 12, 2018

Neraka Bukan Untuk Wanita ~ Khalifi Elyas Bahar

(SEM & SS) RM11.00 > RM9.70

Daripada Abdul Rahman bin Auf R.A, Rasulullah S.A.W telah bersabda, ” Jika perempuan mengerjakan solat yang lima, puasa Ramadannya, memelihara kehormatannya dan taat kepada suaminya maka akan dikatakan kepadanya masuklah ke dalam syurga dari pintu yang mana sahaja engkau suka.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Tabrani)

Begitu mudah sekali bagi kaum hawa untuk meraih syurga. Malah kelebihan mereka ialah boleh memilih dari pintu mana yang ingin mereka masuki. Tetapi kenapa lebih ramai perempuan yang masuk neraka? Apakah yang menyebabkan ramai perempuan masuk neraka? Apakah yang perlu dilakukan agar kita semua, khususnya kaum hawa tidak dicampakkan ke neraka?

Monday, August 3, 2015

Amalan Agar Mendapat Seruan Menunaikan Haji & Umrah ~ Khalifi Elyas Bahar

Mekah dan Madinah adalah dua Tanah Suci yang sentiasa dirindui oleh umat Islam. Kerinduan ini bukanlah satu kerinduan biasa. Ia adalah kerinduan yang menggamit hati seorang umat kepada Nabinya Muhammad. Ia adalah kerinduan seorang hamba yang kerdil kepada Rabbnya Al-Ahad.

Seruan ke Tanah Suci adalah satu seruan rahmat daripada Tuhan kepada hamba-Nya. Tidak semua orang dipanggil dan diseru dalam masa yang sama sebagai tetamu-Nya. Ada yang sudah direzekikan dengan kesihatan dan kewangan yang baik, namun masih tidak berpeluang menunaikan haji mahupun umrah. Begitu juga sebaliknya. Perkara ini merupakan rahsia Allah SWT. Tugas kita sebagai hamba-Nya harus berusaha semaksimum mungkin untuk ke sana.

Justeru itu, naskhah ini akan menghuraikan dengan terperinci amalan-amalan yang boleh anda amalkan agar mendapat seruan Allah SWT ke Tanah Suci. Beramallah dengannya secara istiqamah dan dengan penuh keazaman dan keyakinan kepadaNya bahawa Dia pasti akan menyeru dan memanggil anda sebagai tetamu-Nya di sana. Insya-Allah.
*****
(SEM) RM11.00 > RM9.60
(S/S) RM12.00 > RM10.60

Tuesday, March 18, 2014

Kesan-kesan Mengabaikan Solat Sunat Dhuha ~ Khalidi Elyas Bahar

Solat Sunat Dhuha adalah solat sunat yang sangat dianjurkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. Begitu istimewanya Solat Dhuha hingga Allah S.W.T. berfirman kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. melalui sebuah Hadis Qudsi,"Wahai anak Adam, janganlah engkau tinggalkan empat rakaat solat pada awal slang (waktu duha) kerana itu (Allah) akan mencukupkan kamu pada akhir slang." (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmizi dan Ad-Darimi)
Jika kita ingin mendapatkan kelebihan dan keberkatan daripada solat sunat, iaitu solat pembuka pintu rezeki, kita perlu istiqamah dalam mendirikannya setiap waktu dhuha. Usah meremehkannya, kerana banyak akibat negatif sekiranya kita meremehkan solat sunat ini.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kelebihan dan keberkatan Solat Dhuha bukalah setiap helaian buku ini. Semoga dengan pencerahan yang dikongsikan memberikan kita kekuatan untuk mendirikan Solat Dhuha dan istiqamah melaksanakannya.

*****

(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...