Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Sarah Kamal (Siti Sujinah Sarnap). Show all posts
Showing posts with label Sarah Kamal (Siti Sujinah Sarnap). Show all posts

Thursday, July 7, 2022

Al-Mahdi The Last Savior: Penyelamat Umat Akhir Zaman ~ Siti Sujinah Sarnap

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Kita mengenal Imam Mahdi dan ciri-cirinya hanya melalui Rasulullah sallallahu "alaihi wasallam. Oleh itu sebaik-baik tempat untuk merujuk tentang perkara in adalah hadis-hadis baginda. Terdapat beberapa ramalan dan konspirasi mengenai keadaan akhir zaman yang penulis kongsikan untuk renungan bersama. la dikaitkan dengan hadis-hadis tentang Imam Mahdi dan situasi yang berlaku di dunia sekarang ini. 

Kedatangan Imam Mahdi sangat dinantikan oleh umat Islam yang kini sedang tenat diserang dari pelbagai sudut. Negara-negara umat Islam dijajah, ditindas, akidah mereka diseleweng, diasak dengan pelbagai fahaman yang menyesatkan. Mush kita yang pasti adalah mereka yang bersekongkol dengan zionis seta hamba-hamba Dajal. Namun malangnya telah timbul sejenis virus amat berbahaya yang sedang menyerang umat Islam kini. Dan amat dibimbangi virus ini akan menjadikan mereka tidak fokus kepada kedatangan Imam Mahdi. 

"Musuh akan mengerumuni kamu dari semua penjuru, sebagaimana mereka berkumpul menghadapi makanan." Ditanya,"Adakah kami waktu itu sedikit?" Baginda berkata, "Bahkan kamu ramai. Tetapi kamu bagai sampah yang dibawa air hujan. Allah akan menghilangkan rasa takut pada hati mush kamu dan akan menimpakan dalam hati kamu "Wahn'. Ditanya,"Apa itu 'wahn?" Baginda berkata, "Cinta dunia dan takut mati." Buku ini cuba mengupas tentang benarkah Imam Mahdi akan muncul, siapa dia, siapakah pula pengikutnya. Semoga ia memberi panduan kepada yang sedang tercari-cari kebenaran.

Friday, August 13, 2021

Misteri Kisah Lagenda Melayu ~ Sarah Kamal

(SEM & SS) RM37.90 > RM37.00

Adakah suatu masa dahulu lelaki Melayu sememangnya telah membina tamadun agung yang hebat sehingga menggusarkan para musuh Allah dan mereka begitu takut generasi ini akan bangkit semula atas nama Islam? Kejayaan atau kejatuhan sesebuah bangsa pasti akan disandarkan kepada lelaki. Kuat lelaki, gagahlah bangsanya.

Kini makin ramai lelaki Melayu yang ingin moden, tanpa disedari semakin jauh dari budaya malah agamanya. Mereka di ambang hilang jati diri dan hanya menggangguk kepada apa yang dibawa dari luar.

Friday, October 9, 2020

Dome of The Rock: Rahsia Kubah Tergantung di Baitulmaqdis ~ Sarah Kamal (Siti Sujinah Sarnap)

(SEM & SS) RM37.90 > RM34.10

Buku ini berkisar tentang kisah benar Masjid Al-Aqsa, masjid yang perlu kita pertahankan demi maruah agama. Bangunannya berciri senibina Islam dihiasi pula dengan bedaya Islam , ia menjelaskan betapa pentingnya masjid ini kepada umat , dilengkapi bahan rujukan termasuk beberapa ayat Quran yang berkaitan . Ia menceritakan tentang Masjid Kubah Batu atau batu Tergantung di Baitul Maqdis. Ia memberi ilmu yang tepat tentang sejarah Kubah Batu, "Dome of the Rock" atau lebih terkenal dengan panggilan Batu Tergantung yang kurang kita fahami. Semoga bermanfaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...