Hubungi Kami

Hubungi Kami
Showing posts with label Syafiq Nasri Publication. Show all posts
Showing posts with label Syafiq Nasri Publication. Show all posts

Tuesday, September 18, 2018

Lafaz Syahadah Berdarah ~ Syafiq Nasri

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

“Jangan mudah percaya dengan orang yang nampak baik di depan mata. Mungkin mereka inilah musuh kita dalam senyap.” Pesanan daripada seorang lelaki tua kepada Juan Ery Leo itu benar-benar menghantui fikirannya. Siapakah yang dia maksudkan?

Pemuda Cina yang tekad melafazkan syahadah dan berkahwin dengan Adeena Zahra itu sering dihimpit dengan perkara aneh dalam keluarganya.

Megat Azfar hilang membawa diri selepas cintanya tidak kesampaian bersama Adeena. Mak Kalsom pula terpaksa menyimpan sebuah rahsia besar arwah suaminya kerana ada sesuatu yang berlaku antara mereka berdua.

Pusara di belakang rumah Mak Kalsom, digali seseorang. Apakah motifnya?
Ustaz Ridwan pula secara tiba-tiba tidak munculkan diri di masjid dan di rumah berbulan lamanya.
Buntu Ery dan Adeena mencari jawapan kepada setiap perkara misteri yang berlaku.

Tangisan di Langit Ketujuh ~ Syafiq Nasri

(SEM & SS) RM30.00 > RM26.40

Permulaan kehidupan yang diraikan atas jalan khianat kepada Tuhan telah mengajar aku untuk redha menerima balasan. Serpihan luka yang terpaksa aku lalui ini merupakan hadiah istimewa daripada Tuhan. Aku hilang segala-galanya. Sampai satu tahap, aku sedar bahawa hakikat hidup di dunia ini adalah seorang diri. Luqhfi meninggalkan Malaysia dan berada di bumi Eropah secara tiba-tiba. Qasehku Yasmeen mula berpaling tadah atas setiap ungkapannya. Keluarga? Hanyalah boneka yang melengkapkan sifir hidup. Musnah! Pemuda yang tak diundang sering menjelma sewaktu aku terlantar di hospital. Apakah motif dia sebenarnya? 

Fikiran sering meledak untuk mengetahui penyakit misteri yang sedang aku lalui. Malangnya, semua merahsiakan daripada pengetahuan aku. Mengapakah semua ini terjadi? Adakah Tuhan sedang mendera aku? Kesudahannya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...