Hubungi Kami

Hubungi Kami

Thursday, September 12, 2013

Sabil Al-Muhtadin: Solat-solat Sunat ~ Mohammad Haidzir Hussin

Solat merupakan salah satu ibadat amali yang disyariatkan kepada umat islam dalam mendekatkan diri dan mengingati Allah AST.Solat Fardu merupakan tanggungjawab yang diwajibkan oleh Allah kepada Umat Muhammad SAW untuk dilaksanakan sebagai hamba kepada-nya.Manakala solat sunat pula merupakan ibadah tambahan dan pelengkap kepada ibadat fardu jika terdapat kekurangan atau kecacatan dalam perlaksanaanya. Hal ini telah diungkapkan oleh Rasullullah SAW melalui sabda Baginda melalui Tamim Ad-Dari r.a” 

Perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya dia menyermpurnakan solatnya ditulis (amalan) untuknya sempurna. Sekiranya dia tidak menyempurnakan solatnya, Allah berfirman kepada malaikat-Nya,” Perhatikan, adakah kamu dapati solat-solat sunat bagi hambaku? (Sekiranya ada) maka kamu sempurnakan solat fardunya dengannya (solat-solat sunat).”

*****

(SEM & S/S) RM20.00 - RM17.60

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida' Bertajwid ~ Prof Madya Dr Hj. Abdul Raof Tan Sri Hassan

Al-Quran Al-Karim dengan Panduan Wakaf & Ibtida’ beserta hukum tajwid yang menggabungkan 2 elemen penting iaitu hukum tajwid dan wakf ibtida’(memberhentikan dan memulakan bacaan). 

Keistimewaan Al-Quran ini adalah ia menggunakan sistem warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca Al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. Memudahkan para pembaca untuk mengenalpasti hukum hakam bacaan Al-Quran, malah ia juga dapat meminimumkan kesilapan bacaan hukum tajwid serta kesilapan dalam memberhentikan dan memulakan bacaan pada pertengahan ayat yang panjang. 

Al-Quran ini juga sesuai untuk dijadikan permulaan untuk mengenali dan mempelajari hukum tajwid. Didatangkan dengan 4 warna untuk pilihan pengguna iaitu ungu, kuning, hijau dan turquoise.

*****

(SEM & S/S) RM95.00 - RM83.60

Wednesday, September 11, 2013

Al-Quran Al-Karim Muslimah ~ Alaf21

Didatangkan dalam 7 warna, produk Al-Quran khas untuk Muslimah ini disajikan dengan bentuk pelbagai tema ayat-ayat al-Quran yang dipilih berdasarkan empat tema; tema HUKUM, tema IBRAH, tema TOKOH PEREMPUAN dan tema AKIDAH-AKHLAK.

Tema HUKUM - berkisar tentang perintah dan larangan dalam ibadah, peraturan ekonomi, waris dan lain-lain yang secara zahir ayat tersebut berlaku untuk lelaki, mahupun berlaku untuk suatu kejadian tertentu. Namun, berdasarkan kaedah Usul Fiqh di atas, ayat tersebut berlaku juga kepada kaum perempuan.

Tema IBRAH – berkisar tentang kisah, sirah, hari kiamat, syurga dan neraka, langit dan bumi, sains dan lain-lain. Di sebalik semua itu ada pengajaran yang boleh diambil sebagai cerminan pedoman hidup wanita.

Tema TOKOH PEREMPUAN – berkisar tentang tokoh-tokoh perempuan dalam al-Quran, sama ada yang baik mahupun sebaliknya. Kisah ini bertujuan menjadi teladan dan panduan perilaku yang mesti dijauhkan.

Tema AKIDAH-AKHLAK – berkisar tentang akidah dan akhlak yang diharapkan dapat menjadi bimbingan untuk berkelakuan mulia sebagai makhluk ALLAH dan menjauhkan akhlak tercela supaya terhindar dari laknat dan kemurkaan-NYA.

Warna: Merah, Merah Jambu, Ungu, Hijau, Biru, Oren, Kuning

*****

(SEM) RM75.00 - RM66.00
(S/S) RM78.00 - RM68.60

Al-Quran Al-Karim: Terjemahan & Tajwid Berwarna ~ Alaf21

Didatangkan dalam 4 warna, al-Quran al-Karim ini sistematik mengikut tema, daripada sumber yang sahih merujuk metode penafsira para ulama’ yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma’sur). Diharapkan menjadi solusi terbaik memahami tata cara ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani. Lebih istimewa, mushaf ini dilengkapi panduan ilmu tajwid berwarna penuh. Mushaf Resam Uthmani terjemahan bahasa Melayu secara sistematik ini pilhan terbaik dijadikan panduan hidup.

Warna: Merah, Hitam, Hijau, Biru

*****

(SEM) RM35.00 - RM30.80
(S/S) RM38.00 - RM33.40

Pintar Al-Quran ~ Muhammad Nazir Mohammed Khalid

Hari ini, banyak teknik yang diperkenalkan untuk menjadikan al-Quran sebagai perkara yang seronok untuk didalami. Buku tajwid misalnya, menjadi nilai tambah untuk mempelajari al-Quran dengan lebih sempurna dan betul. Namun, sejauh mana kaedah tersebut dapat mengajak masyarakat untuk memahami bahasa al-Quran?

PINTAR AL-QURAN dihasilkan untuk mencapai tujuan tersebut melalui kedah berkesan. Di mana, beberapa perkataan di dalam al-Quran dipilih daripada mana-mana surah dan diterjemahkan ke dalam bentuk permainan. Objektif buku ini ialah untuk merangsang masyarakat agar lebih mendekati al-Quran.

Modul ini juga diolah dalam bentuk fleksibel dan boleh digunakan pada bila-bila masa dan keadaan, selain dapat meningkatkan kekuatan memori, tumpuan perhatian, kepantasan menjawab dan menyelesaikan masalah.

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Magis ~ Ramlee Awang Murshid

Fenomena Halo telah mengheret lima manusia yang berlainan tempat dan berbeza tahun ke sebuah dunia magis. Sebuah dunia di hujung waktu ketika tamadun serta peradaban manusia mulai terhakis. Mereka yang terpilih adalah Saifudin, Tombiruo, Mikhail, Ryu-Watanabe dan Carlos. Terjebak ke lokasi yang berbeza-beza.

Saifudin bertemu Syeikh Thauban – satu-satunya manusia penjaga masjid. Dipercayai masjid terakhir yang terselamat.

Tombiruo yang kini berwajah manusia dan tampan, jatuh cinta pada seorang perempuan Tur-Kus yang rupawan bernama Juvia.

Ryu-Watanabe diselamatkan orang-orang Memalik yang menghuni underground city di Derinkuyu.

Mikhail pula bergaul hidup dalam gerombolan dubuk yang pandai berkata-kata.

Manakala Carlos menjadi tawanan perang di Buyuk Bulsinatur. Dia dijagai perempuan pendamping bernama Cinnie.

Masa secara perlahan-lahan telah mempertemukan mereka. Namun di kalangan mereka ada yang berpihak kepada kejahatan yang diterajui seekor makhluk gagah dipanggil Tuan Turak – pemimpin boneka di sebalik satu kuasa yang lebih kejam lagi dahsyat.

Apabila dunia semakin dihampiri Dukhan (asap tebal,) maka peperangan tidak mampu dielakkan lagi. Mereka bertempur sampai mati!

*****

(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM24.00 - RM21.10

Hujan Di Hati ~ Fateen Najwa

"Dengarkan kata-kata ini, Suraya..."
Serunya dengan suara parau dari jarak yang amat dekat. Suraya menahan nafas apabila dapat menangkap bau nafasnya yang busuk.

"Suatu hari nanti kau akan berkahwin dengan orang yang kaya berpangkat, hidup mewah...Tapi kau hanya mampu membawa malang kepada mereka. Ingat Suraya! Jangan sombong bila kau sudah jadi kaya dan terkenal."

Tubuh Suraya lemah dan dia jatuh terjelepok di atas tanah. Matanya terpejam rapat, terlalu takut untuk membuka mata. Namun, suara pawang itu masih didengarinya dengan jelas, terakam dalam relung otaknya.

*****

(SEM) RM25.00 - RM22.00
(S/S) RM28.00 - RM24.60

Lenakan Tidurnya ~ Norhayati Berahim

Awak yang paling saya benci!
Awak...
Jangan terperanjat menerima pasu bunga ini. Saya tak letak bom di dalamnya.
Hana, awak tahu tak saya sangat bencikan awak! Bukan saja tingkah laku awak menyebabkan saya tak suka, tapi melihat awak saja sudah boleh menyebabkan mata saya sangat menderita...
Awak fikir saya cintakan awak? Awak fikir saya sangat teruja dengan awak?
Saya sangat bencikan awak, Hana. Awak seorang wanita sombong. Yang membuat saya tertanya-tanya, apa kurangnya saya? Sedangkan dalam sejarah kehidupan saya sejak bergelar pemuda selepas masuk jawi, saya sentiasa digilai wanita yang sangat tertawan dengan ketampanan saya.
Awak, saya terseksa dengan tingkah laku awak. Saya bencikan awak namun awak harus tahu, betapa banyaknya kebencian saya pada awak tidak mengurangkan rasa sayang dan cinta saya pada awak!!!

Awak yang semanis cup-cake...
Cinta saya tidak pernah berubah untuk awak...

*****

(SEM) RM31.00 - RM27.30
(S/S) RM34.00 - RM29.90

Monday, September 9, 2013

Panduan Belajar Bahasa Arab Untuk Jemaah Haji & Umrah ~ Muhammad Sabri Sahrir

*Gabungan teori dan praktikal bagi membantu para jemaah haji dan umrah dalam berkomunikasi bahasa Arab di Tanah Suci dan tempat-tempat lain.

*Mencakupi tajuk-tajuk penting dalam perjalanan dan penggunaan seharian. *Terdiri daripada bahasa arab baku (fushah) di samping frasa-frasa penting dalam dialek (lahjah) Arab Saudi yang agak berlainan dengan bahasa Arab baku bagi membantu para jemaah membezakannya nanti.

* Walaupun buku ini disusun khas untuk tujuan haji dan umrah, namun ianya boleh juga digunakan untuk tujuan perjalanan dan pengembaraan di negara-negara arab yang lain, selain untuk tujuan pembelajaran bagi semua peringkat usia.

*****

(SEM & S/S) RM17 - RM15.00

Syarah Al-Hikam Jilid 1 ~ Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Al-Hikam ialah perkataan jamak bagi “hikmah” bermakna “Tiap-tiap kalimah yang terkandung dalamnya ilmu yang bermanfaat” atau “material ilmu yang bermanfaat” seperti ilmu Fiqah, ilmu Tauhid dan ilmu Tasawuf.

Al-Hikam mengandungi intisari yang padat mengenai ilmu Tauhid dan Tasawuf. Tasawuf adalah ilmu yang mengupas bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah) dan menjaga ibadah serta semua amal perbuatan supaya terhindar daripada penyakit-penyakit hati yang berbahaya seperti takabur, riyak dan ujub. Tauhid pula berhubung rapat dengan akidah Islamiah untuk mengenalkan hamba dengan pencipta-Nya pada kadar yang lebih dekat (akrab). 99 hikmah-hikmah yang merangkumi kandungan kitab al-Hikam membicarakan tentang pokok dan hakikat ilmu Tauhid yang menjurus kepada membimbing mereka kepada menuju Allah SWT.

*****

(SEM & S/S) RM50.00 - RM44.00
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...