Hubungi Kami

Hubungi Kami

Friday, July 22, 2022

50 Cent: Success Lesson ~ Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin

(SEM & SS) RM21.00 > RM20.00

AFTER HIS STRONG RECOVERY, 50 CENT WENT ON TO SELL OVER 30 MILLIONS ALBUMS WORLDWIDE, AND ALSO MAKE SOME VERY GOOD INVESTMENTS IN BUSINESSES, SUCH AS VITAMIN WATER WHICH WAS SOLD TO COCA COLA FOR $4.1 BILLION, HIS OWN RECORD LABEL AND CLOTHING COMPANY. HERE ARE SUCCESS LESSONS FROM 50 CENT

  • THE ONLY VOICE THAT MATTERS IS YOURS
  • REINVENT YOURSELF
  • DON'T COMPROMISE YOUR CHARACTER
  • BELIEVE IN YOURSELF
  • DEVOTE YOUR LIFE TO YOUR DREAM
  • DON'T LET DEATH CRIPPLE YOU, LET IT MOTIVATE YOU
  • SEE THINGS FOR WHAT THEY REALLY ARE
  • PUSH PAST THE BOREDOM
  • EVERY NEGATIVE IS A POSITIVE
  • EVERY DREAM CAN COME TRUE, YOU JUST NEED TO DEVOTE YOUR LIFE TO IT.

Jangan marah. Kawal.


JIKA KITA BANGGA DENGAN DIRI YANG SUKA MARAH ORANG, FIKIR KEMBALI πŸ€”

Nabi s.a.w. pesan pada kita semua agar kawal kemarahan. Marah bukan sahaja membuat orang benci dengan kita tetapi juga membuatkan wajah kita tidak suka dipandang oleh orang lain.

Maka, bawa-bawalah bertenang & senyum.

Buku: Syeikh Yusuf bin Ismail An-Nabhani. 2013. Ringkasan Riyadhus Shalihin Iman An-Nawawi. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Creativity is making mistake & having fun

ANDA SEORANG YANG KREATIF JIKA ADA INI SEMUA 🎨🎳🎭🎸🀸


Jika anak anda buat perkara yang pelik, selalu kena marah, ceria, mungkin dia seorang yang kreatif. Mahu cuba pelbagai perkara. Jangan marah sangat. Perhatikan apa dia lakukan sesuatu hingga selesai. Anda pasti kagum dengan pencapaiannya.

Ringkasan Kronologi Tanda-Tanda Besar Kiamat ~ Ustaz Muhadir Haji Joll

(SEM & SS) RM20.00 > RM19.00

Kitab Kiamat Hampir Tiba susunan Guru Mulia, Syaikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki, rahimahullahu rahmatan wasi’ah menjelaskan tentang empat puluh hadis peristiwa akhir zaman dan tanda-tanda besar sebelum berlakunya hari kiamat.

Manakala buku ini, Ringkasan Kronologi Tanda-tanda Besar Kiamat disusun untuk memudahkan lagi kefahaman pembaca mengenai gambaran berlakunya beberapa peristiwa besar yang menjadi tanda-tanda utama sebelum berlakunya kehancuran alam semesta.

Naskhah ini diolah dalam bentuk gambar rajah, carta dan grafik berwarna-warni. Dengan gaya penyampaiannya yang ringan, buku ini mampu memudahkan pembaca bagi memahami kronologi tanda-tanda besar kiamat.



 

16 Puncak Gunung ~ Haizan Runsah

(SEM & SS) RM38.00 > RM36.00

Memang benar. Hutan dan gunung sarat dengan segala keindahan, keajaiban dan ketenangan. Mustahil kita tidak terpukau dengan hamparan kehijauan rerumputan dan pepohonan, aroma wangian semula jadi, melodi alam yang saling bersahutan, deruan sungai yang tenang, desiran angin lembut, langit cerah membiru, awan-gemawan putih yang menyeliputi puncak, sinaran matahari terbit dan terbenam.

Namun merasai nikmat keindahan ini tidak semudah disangka. Ada cabaran dan rintangan yang perlu ditempuhi dengan kemantapan fizikal, kekuatan minda dan ketabahan jiwa. Namun cabaran ini sebenarnya membawa rahmat kerana ia membuka pintu-pintu luar biasa yang tersembunyi dalam diri dan berkembang menjadi manusia yang lebih baik serta semakin mendekatkan diri dengan Pencipta alam semesta.

Catatan pengalaman pengembaraan dan pendakian di dalam buku ini merangkumi:
9 gunung TERTINGGI di Semenanjung Malaysia:
1) Gunung Tahan 2) Gunung Korbu 3) Gunung Gayong 4) Gunung Yong Belar 5) Gunung Chamah 6) Gunung Yong Yap 7) Gunung Ulu Sepat 8) Gunung Batu Putih 9) Gunung Irau
Gunung TERTINGGI di Malaysia Gunung Kinabalu
Gunung KEEMPAT TERTINGGI di Malaysia Gunung Kaingaran
Gunung TERTINGGI di Jepun Gunung Fuji
Gunung berapi TERTINGGI di Indonesia Gunung Kerinci
Gunung TERTINGGI di Kepulauan Jawa Indonesia Gunung Semeru
Gunung KETIGA TERTINGGI di Filipina
Gunung Pulag Sea of Cloud, Betong Thailand Gunung Silipat

Awak Sebenarnya Budak Biasa Yang Luar Biasa ~ Haizan Runsah

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Kita adalah LUAR BIASA. Sama ada sedar atau tidak sedar. Jangan memandang kisah kesukaran dan kegagalan menyebabkan kita lemah. Pandang kesukaran tersebut dari sudut hikmah yang besar. Bukan memandang kesukaran itu, menghancurkan hidup. Daripada sibuk meratapi kegagalan, lebih baik memikirkan bagaimana menangani kegagalan.

Buku ini berkisar PENGEMBARAAN hidup LUAR BIASA daripada orang biasa yang hidup miskin di kampung. Namun mempunyai impian besar. Pengembaraan yang bermula zaman kanak-kanak, sekolah, universiti sehingga mempunyai kerjaya yang diimpikan. Berkat doa dan semangat tidak putus asa menyebabkan KEAJAIBAN demi KEAJAIBAN muncul ketika mengharungi pelbagai cabaran hidup.



Terapi Qiamullail ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Dr. Azahar Yaakub, Hamid Addin

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Pasti anda tertanya-tanya mengapa ibadah bangun malam dijadikan terapi dalam menyembuhkan sesebuah luka dan dorongan menempuhi ujian? Bukankah kekuatan dan keyakinan sejati dilatih melalui terapi minda bersama pakar psikologi?

Agungnya waktu malam adalah dijadikan sebagai waktu berehat, penyembuhan dan beribadah bagi umat Islam. Ketiga-tiga ruang ini dapat dinikmati bersama tanpa perlu memilih salah satu daripadanya. Nikmat menghidupkan malam mengikut garis panduan yang ditetapkan dalam Islam akan memberi ganjaran yang berganda kepada umatnya. Perbuatan ini terangkum dalam sebuah istilah iaitu ‘qiamullail.’ Padanya ada kerehatan, kesembuhan dan nikmat beribadah.

Qiamullail yang dilaksanakan mengikut panduan dan saranan yang benar menghasilkan beberapa pembuktian saintifik bahawa setiap kerehatan dan proses yang dilakukan dapat merawat beberapa masalah peribadi individu.

Ketahui sudut terapi pada qiamullail melalui buku ini. Antara yang menarik adalah:
-Bagaimana menjadikan qiamullail sebagai rutin yang tidak meletihkan badan?
-Bagaimana menjalani tidur sebelum bangun berqiamullail?
-Bagaimana qiamullail memberi kesan terhadap imunologi tubuh?

Terapi Sedekah ~ Ustazah Datuk Dr. Norhafizah Musa, Dr. Azahar Yaakub, Hamid Addin

(SEM & SS) RM25.00 > RM24.00

Kita fikir ia mustahil, namun tiada yang mustahil bagi-Nya…

Tiada satu insan pun di dunia ini terlepas daripada diuji oleh Allah s.w.t. Ujian yang Allah s.w.t. turunkan kepada kita datang dalam pelbagai bentuk. Boleh jadi kita diuji dengan kesempitan wang, keluarga yang berpecah-belah, kesihatan yang tidak menentu, ataupun kehilangan orang yang kita sayangi.

Bersedekah adalah satu daripada jalan untuk kita keluar daripada kemelut yang melanda kehidupan. Walaupun kita berada dalam keadaan serba kekurangan, kita perlu juga berusaha untuk bersedekah kerana amalan ini akan memberi kebaikan kepada kita.

5 perkara menarik dalam buku ini:
- Keberkatan sedekah dan analoginya
- Persoalan sedekah yang perlu dimuhasabah
- Sedekah yang kreatif
- Kisah pedoman yang menarik
- Modul aktiviti di hujung setiap bab

Baca, faham dan amalkan agar sedekah benar-benar mampu menjadi terapi hidup kita.

The Art of Closing Sales (Edisi Bahasa Melayu) ~ Adilla Rahim

(SEM & SS) RM35.00 > RM34.00

‘Closing’ ialah satu proses jualan produk atau servis yang kita jual sehingga mendapat transaksi daripada pembeli. Dalam jualan, proses yang paling penting dan mencabar adalah ‘closing sales’.

Percayalah, dalam proses jualan, proses ini yang paling ramai ‘tumbang’. Proses inilah yang menentukan sama ada pembeli mahu beli dengan kita ataupun mencari penjual lain. Jika dalam proses ini, pembeli mencari penjual lain, maka ‘art’ dalam ‘closing’ anda masih ada lompong. Anda wajib baca buku ini!

Apa yang menarik mengenai buku ini,• Paparan buku yang berwarna penuh.
• Disampaikan dalam bahasa yang santai dan mudah.
• Setiap teknik didatangkan sekali dengan contoh yang boleh dibuat terus!
• Merangkumi semua teknik yang dapat disesuaikan pada semua jenis perniagaan.

Anda hanya perlu beli, baca dan jadikan buku ini sebagai panduan dalam perniagaan anda.
Semoga berjaya!

Bersahabatlah dengan sesiapa sahaja tapi masih perlu berhati-hati


Berkawanlah dengan sesiapa sahaja tetapi tetap kena hati-hati.

Ikutlah seperti saranan Rasulullah s.a.w. dalam memilih kawan. Setiap kawan atau sahabat ada kebaikan & keburukan yang dibawanya. Maka, pilihan terletak di tangan kita untuk memilih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...