Hubungi Kami

Hubungi Kami

Tuesday, February 24, 2015

Promosi Suka-suka Rabu 25/2/15

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Di sini kami senarai 5 naskhah buku yang diberikan DISKAUN 25% untuk promosi SUKA-SUKA RABU 25 Februari 2015. Harga ini untuk seluruh Malaysia & luar negara juga (sehari ni aje ya).

Tempahan dan belian bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam (Rabu).
Jika ada berminat, boleh emel kami di belidiskaun@gmail.com atau inbox kami di FB Belidiskaun.
Caj pos akan kami maklumkan melalui setiap emel atau boleh aje klik logo Pos Laju / Skynetyang ada di sisi blog.

DISKAUN 25% untuk 25 Februari 2015.
1. Kau Yang Tak Diundang: RM25 > RM18.80
2. Bersamamu Di Firdaus: RM24 > RM18.00
3. Bukan Cinta Secondhand: RM33 > RM24.80
4. Ulu Yam di Liverpool: RM35 > RM26.30
5. Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi: Siapakah Beliau?: RM16 > RM12

Monday, February 23, 2015

Merenung Diri: Buat Masa Berbaki ~ Muhd Kamil Ibrahim, Mohd Zaini Mohd Ariff

Kegembiraan, melupakan. Kedukaan, mengingatkan.

Hukum jiwa manusia begitu. Kisah silam membenarkan kenyataan ini. Lalu, jika kita mengambil masa sesaat dua mengingati diri dengan masa lampau – insya-Allah – ia boleh mengubah rutin kehidupan.

Bezanya, akan tiba masanya yang kita tidak mampu menoleh ke belakang untuk mengenangi masa yang telah berlalu. Saat itulah yang kita namakan kematian. Malah semua orang tahu soal ini. Entah-entah hari ini adalah hari kita yang terakhir.
*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Wirid Mustajab Sepanjang Zaman ~ Syeikh Ahmad Abdul Jawwad

Menghimpunkan susnan bacaan wirid harian dalam seminggu daripada al-Quran, hadis dan amalan alim ulama yang disusun secara berbeza setiap hari. Patut dimiliki oleh semua agar menambahkan lagi rasa kehambaan kepada Allah.
*****
(SEM) RM12.00 - RM10.60
(S/S) RM14.00 - RM12.30

Doa Mustajab Sepanjang Zaman ~ Syeikh Ahmad Abdul Jawwad

Himpunan doa-doa harian yang sering dilakukan berdasarkan penerangan ringkas dan mudah daripada al-Quran, hadis dan juga ulama. Sesuai dimiliki oleh semua peringkat pembaca agar hidup ini lebih diberkati Allah.
*****
(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

Hebatnya Zikir Mustajab ~ Syeikh Ahmad Abdul Jawwad

Menjelaskan kelebihan-kelebihan di sebalik amalan-amalan yang disarankan oleh Junjungan Mulia Nabi Muhammad, merangkumi zikir, doa, Asmaul Husna, surah dan ayat al-Quran, serta selawat. Sesuai dimiliki oleh semua agar timbul rasa yakin dalam beramal.
*****
(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

Destinasi ~ Syed Alwi Alatas

“Saya melihat sendiri bagaimana cinta menjadikan orang itu sakit. Saya belum pernah menyaksikan penyakit yang lebih keras dan lebih aneh daripada itu. Penyakit yang bukan hanya tidak difahami oleh orang-orang sihat, juga oleh si pesakit itu sendiri. Saya tidak mampu menyaksikan keadaan seperti itu. Namun, apa yang mampu saya lakukan? Sungguh sukar menemukan ubat bagi putus cinta seperti itu.”

“Allah. Dialah ubatnya,” potong Khair.
***

Khair, pemuda berusia 19 tahun, serta sahabat rapatnya, Turam, memutuskan untuk mengikuti ajaran Guru. Mereka meninggalkan kepekatan tradisi berhala yang menguasai masyarakat. Mereka kemudiannya menempuh jalan yang lurus menuju Tuhan. Tidak sekadar secara maknawi, tetapi juga secara fizikal.

Destinasi adalah kisah seorang penempuh jalan. Perjalanan menuju puncak cinta dan cita-cita. Perjalanan menuju Tuhan. Ia adalah kisah yang akrab dengan kita semua, namun seringkali hilang maknanya dalam arus globalisasi yang mengancam. Melalui pembacaannya, ia diharap mampu menyentuh hati-hati di luar sana untuk merenung hakikat kewujudan diri di dunia ini.
*****
(SEM) RM17.00 - RM15.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Himpunan 60 Kisah Jenaka ~ Adzhar Ibrahim

Himpunan 60 Kisah Jenaka ini mengisahkan kehidupan Mullah Nasreddin Hodja, seorang tokoh ilmuwan sufi yang luas ilmunya. Beliau menggunakan gaya humor dan santai untuk membuka fikiran para muridnya memahami sesuatu perkara. Ikuti kisah-kisah Mullah Nasreddin yang mencuit hati, namun penuh makna tersirat.
*****
(SEM) RM10.00 - RM8.80
(S/S) RM11.00 - RM9.70

Wednesday, February 18, 2015

Untukmu Wanita ~ Dr. Zaharuddin Abd. Rahman

Hadiah istimewa buat insan bernama wanita. Menggarap pelbagai permasalahan wanita yang merangkumi isu aurat, maruah, munakahat dan juga rumah tangga. Dipersembahkan dalam bentuk soal-jawab. Santai dan bersahaja. Dikukuhkan dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis untuk rujukan dan bimbingan. Juga diselitkan kisah-kisah motivasi sebagai iktibar membentuk peribadi solehah. Buku ini dibahagi kepada tiga bahagian:
* Aurat
* Munakahat
* Rumahtangga

Antara artikel menarik:
- Benarkah Berpakaian Hak Peribadi?
- Aurat Wanita Lebih Sukar, Adilkah?
- Bolehkah Wanita Bekerja?
- Bertudung Sambil Menghina Hukum
- Displin Dalam Bertunang
- Fakta Penting Tentang Cerai
- Bolehkah Lafaz Taliq Ditarik Semula?
- Mestikah Turuti Tanda Istikharah?
Dan banyak lagi...
*****
(SEM) RM21.00 - RM18.50
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Syiah: Ancaman Dalam Diam ~ Amni Adnan

Ulamak yang ditakuti puak Syiah, Dr Ihsan Ilahi Zhahir. "Jika Syiah berbicara, pasti pembohongan akan berlaku. Seolah Syiah dan kebohongan adalah perkara pasti dan tidak boleh dipisahkan."

Eksklusif Syiah di sebalik krisis Syria.
*****
(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM19.00 - RM16.70

Friday, February 13, 2015

Misteri Hidup Selepas Mati ~ Miftahul Asror Malik

Kematian adalah nasihat yang paling agung. Apabila ajal menjemput, segala nikmat dunia tidak menjadi kepentingan. Pada ketika itu, hanya amalan di dunia menjadi bekalan bagi menentukan di mana destinasi abadi kita, syurga ataupun neraka.

Kata-kata Ad-Diqaq, “Seseorang yang banyak mengingati mati akan mendapat tiga kemuliaan, iaitu bersegera dalam bertaubat, hati yang menerima kecukupan (qana'ah), dan tekun dalam beribadah.”

Antara topik menarik dalam buku ini adalah:
  • Hakikat Kematian dan Kesengsaraannya
  • Alam Barzarh, Alam Kubur, dan Alam Roh 
  • Hari Kiamat dan Hari Kebangkitan 
  • Hisab Amalan dan Pembalasan Dosa 
  • Timbangan Mizan dan Titian Sirat 
  • Golongan Ahli Syurga dan Ahli Neraka
*****
(SEM) RM20.00 - RM17.60
(S/S) RM23.00 - RM20.20

Fahami Aku Sayang, Dengari Aku Abang ~ Hasan Mohd Ali

FAHAMI Aku Sayang, Dengari Aku Abang ini adalah satu pembaharuan dan usaha mempersembahkan kepada masyarakat beberapa fakta yang lahir daripada penyokong utama keluarga yang perlu difahami oleh setiap pasangan suami isteri. Buku ini mengupas perihal cita rasa, hati budi, cetusan perasaan, dan bisikan kalbu antara pasangan suami isteri. Paparan aspek-aspek perasaan dan kejiwaan ini jarang dilakukan. Penulis mengambil langkah ini selepas terbukti pentingnya setiap pasangan suami isteri memahami bukan sahaja ciri-ciri lahiriah ahli keluarga yang hidup bersama mereka buat sekian lama, tetapi yang lebih penting memahami dan merasakan cetusan-cetusan rasa dan luahan nurani yang dapat dijadikan panduan dalam melayarkan bahtera kehidupan bagi menuju ke pulau kebahagiaan.

Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami dan 30 bisikan hati isteri. Setiap satu luahan dan bisikan dalam buku ini disenarai mengikut keutamaan permasalahan yang sering terjadi antara pasangan suami isteri. Buku ini mengambil pendekatan yang mudah, iaitu pada peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu, dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil.

Rekahan Jiwa ~ Hamidah Mat

Rekahan adalah retak memanjang dan terbuka
Rekahan berlaku sebagai tindakbalas alami terhadap faktor luaran seperti tanah merekah kerana kemarau panjang.
Rekahan berlaku demi mengeluarkan sesuatu yang bermanfaat sebagaimana yang berlaku pada biji benih yang mengeluarkan tunas pokok.

Rekahan berlaku demi menunjukkan bahawa sesuatu telah matang dan bersedia seperti rekahan pada kulit buah buahan yang matang untuk dimakan.
Rekahan dimisalkan kepada bibir, lambang keindahan dan kecantikan.
Rekahan pada kuntum bunga, apabila mula mekar mengembang.

Rekahan pada jiwa...
Bila jiwa kontang dan dahaga
Rekahan pada jiwa...
Demi mengalirkan kasih tulus sesama manusia
Rekahan pada jiwa
Demi menyerap cinta yang Maha Esa
Inilah rekahan jiwa...
*****
(SEM) RM15.00 - RM13.20
(S/S) RM17.00 - RM15.00

Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril ~ Mohammad Asraff Ayob

Kaedah jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan Al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah.

Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz Al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan.

Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami setiap langkah menghafal setiap ayat Al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini akan mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang dan usia mereka!
*****
(SEM) RM16.00 - RM14.00
(S/S) RM18.00 - RM15.80

Tuesday, February 10, 2015

Wanita-wanita Syurga ~ Ahmad As-Sa'dani

Sebaik-baik teladan dan ikutan dalam kehidupan ini adalah nabi Muhammad SAW serta para sahabat baginda. Keseluruhan kisah-kisah mereka telah ditulis dan dirakam kemas di dalam lembaran sejarah Islam. Kebanyakannya mencoretkan tentang tokoh-tokoh dalam kalangan lelaki.

Adapun buku yang anda tatap ini karangan Syeikh Ahmad as-Sa'dani adalah kisah-kisah wanita-wanita syurga, sebuah buku yang membicarakan secara khusus tentang ketokohan dan keimanan mereka serta sumbangan mereka dalam mendaulatkan kebenaran Ilahi dan keunggulan Islam di persada dunia dan alam semesta. Peribadi-peribadi yang dipuji oleh Allah Taala dalam kitab suci al-Quran dan diakui juga oleh hadis-hadis baginda SAW.

Tokoh-tokoh seperti Khadijah, Fatimah, Aisyah, Hafsah, Juwairiyah, Mariam Qibtiyah, Zainab al-Jahsy, Safiyyah, Raihanah, radiallah anhunna ajmaain antara tokoh-tokoh wanita ahli syurga yang dirakamkan dalam buku ini. Wanita-wanita ini mendapat pujian daripada penduduk langit, juga mendapat pujian daripada Jibril a.s.

Selain mereka ini, isteri-isteri para sahabat nabi SAW juga dirakamkan dalam buku ini seperti Asma binti Abu Bakar, Atikah dan lain-lainnya merupakan wanita-wanita yang kuat iman dan banyak bersabar serta ikhlas amalannya dalam menggembirakan suami-suami mereka, juga turut serta dalam medan perjuangan jihad, memberikan makanan dan minuman kepada pejuang Muslimin serta merawat mereka.
*****
(SEM) RM50.00 - RM44.00
(S/S) RM53.00 - RM46.60

Cantik & Mulus Dengan Air Wuduk ~ Rizem Aizid

Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya umatku akan datang pada hari kiamat, dalam keadaan indah berseri serta bercahaya-cahaya mukanya dan anggotanya yang lain dari kesan wuduknya (yang sempurna).

Berdasarkan hadis di atas, dapat kita lihat bahawa amalan berwuduk ini mengandungi sejuta hikmah dan kemuliaan di mana pengamalnya akan datang pada hari kebangkitan dengan muka yang bercahaya. Kesan sedemikian berlaku pada pengamalnya bukan sahaja di akhirat malah di alam duniawi ini di mana is akan memberi kesan menakjubkan pada wajah serta kulit hasil dari hikmah mengamalkannya demi beribadat untuk Allah SWT.

Apakah hikmah dan fadilat lain dari amalan berwuduk? Temui jawapan untuk persoalan tersebut dalam naskhah ini. Pelbagai rahsia dan hikmah yang tersimpan di sebalik ibadah wuduk dijelaskan dengan terperinci dalam buku ini. Miliki dan bacalah buku ini untuk meneroka himpunan hikmah berwuduk.
*****
(SEM) RM14.00 - RM12.30
(S/S) RM15.00 - RM13.20

Friday, February 6, 2015

Al-Quran Al-Karim Mufassir ~ Karya Bestari

Menampilkan keistimewaan khat atau tulisan yang lebih besar dan selesa untuk dibaca. Membahaskan secara sistematik mengikut 7 tema iaitu ibadah, muamalat, akidah, sirah nabawi, kisah Nabi & Rasul, Asmaul Husna mahupun terapi Qurani.

Bersumberkan rujukan sahih daripada metod penafsiran para ulama' yang mempunyai jalan riwayat kepada Rasulullah SAW dan para sahabat (bil ma'sur).

Tampil berbeza dengan al-Quran al-Haramain, al-Hambra dan al-Kautsar dengan keistimewaan perbahasan tafsir al-Quran yang disokong olah hadis-hadis sahih pada ayat-ayat terpilih. Turut disertakan dengan indeks bertema yang memudahkan untuk merujuk pada ayat berkaitan.
*****
(SEM & S/S) RM75.00 - RM66.00

Wednesday, February 4, 2015

Promosi Suka-Suka Rabu 4/2/15

Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Di sini kami senarai 5 naskhah buku yang diberikan DISKAUN 25% untuk promosi SUKA-SUKA RABU 4 FEBRUARI 2015. Harga ini untuk seluruh Malaysia & luar negara juga (sehari ni aje).

Tempahan dan belian bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam (Rabu).
Jika ada berminat, boleh emel kami di diskaunbukuislamik@gmail.com atau inbox kami di FB Belidiskaun.
Caj pos akan kami maklumkan melalui setiap emel atau boleh aje klik logo Pos Laju / Skynet yang ada di sisi blog.

DISKAUN 25% untuk 4 FEBRUARI 2015.
1. Idea Bekal Ke Sekolah: Menu Ala Barat: RM15 > RM11.30
2. Terjemahan Al-Azkar Imam An-Nawawi: RM60 > RM45.00
3. Menantu Pilihan Bapak: RM22 > RM16.50
4. Bukan Cinta Secondhand: RM33 > RM24.80
5. 13 Ros Merah: RM23 > RM17.30
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...